CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 10709|Reply: 76

Berani Guna Tandas OKU, Anda Harus Berdepan Dulu Dengan Ras Adiba!

[Copy link]
Post time 27-10-2016 06:53 PM | Show all posts |Read mode






Selepas kejayaan atlet Paralimpik di Rio 2016 nampaknya semakin ramai masyarakat yang membuka mata tentang hak dan juga kelebihan mereka yang bergelar OKU.


Namun, dalam pada itu masih ada lagi segelintir masyarakat yang bukan sahaja tidak peka malah seolah tidak mahu menghormati hak golongan OKU tersebut.


Menerusi sebuah perkongsian di laman sosial, selebriti dan personaliti televisyen Ras Adiba Radzi menyuarakan kemarahan kerana mendapati 'orang normal' menggunakan tandas OKU.


"Gadis ini memarahi saya kerana mengambil gambarnya tatkala menggunakan tandas OKU.

"Meninggikan suara & mengatakan bahawa bukannya OKU ada guna 24 jam jadi dia tidak boleh."













Itu antara yang ditulis oleh Ras Adiba, menerusi beberapa gambar yang digabungkan menunjukkan seorang wanita sedang keluar dari tandas OKU.


Bagi Ras, seharusnya mereka yang 'normal' menunjukkan rasa hormat terhadap fasiliti buat golongan OKU.

"Kalau anda bukan OKU, jadi jangan meminta untuk menjadi OKU. Sudah tentu ada alasan mengapa tandas OKU dibina khas namun mereka tetap bertekak dengan saya dan meninggikan suara," antara lain yang dicatatkan oleh Ras di laman sosialnya.


Masalah ini boleh diselesaikan jika wanita terbabit sedar akan kesilapannya dan meminta maaf. Namun kerana ego dan tidak peka dengan golongan OKU inilah yang menyebabkan ia menjadi satu pergaduhan.


Menurut Ras lagi, jika dia tidak bertindak menegur dan mengambil gambar wanita berkenaan, isu seperti ini akan terus menerus berlaku dalam masyarakat.

"Anda mencari masalah dengan saya, bermaksud anda mencari pasal dengan komuniti saya (OKU)," katanya lagi.


Dalam pada itu, beberapa komen yang dilihat menerusi akaun Facebook Ras menunjukkan rasa sokongan terhadapnya dan juga golongan OKU.






Bagaimana pula dengan anda? Pernah 'terguna' tandas OKU tanpa sengaja atau terdesak? Apa pun, moga situasi seperti ini memberikan lebih lagi pendedahan agar semakin ramai yang peka. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2016 07:10 PM | Show all posts
mmg mendapat la..sape sruh pakai toilet OKU
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2016 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok memang budak tu salah, tapi rasanya lebih baik tegur dia elok2,  dlm Islam pun nak tegur org ada cara dia.. Tak boleh tegur depan2 khalayak.. Cara sindir pun ok.. Buat jelah status secara general pasal ni, tak payahlah nak ambik gambar dan viralkan muka dia mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2016 07:25 PM | Show all posts
pernah pakai toilet OKU beberapa kali bilamana toilet lain masa tu tengah penuh dgn orang and saya pulak 'terdesak' gi toilet. tapi at the time mmg takder OKU di belakang saya and/or sedang menunggu giliran guna toilet. i think dalam keadaan2 tertentu, its okay kot [my view] utk guna tapi kena pastikan bahawa oku diutamakan jika ada OKU ada bersama. and pastikan jugak dah pakai tu, pandailah flush atau jgn biarkan lantai basah dan sebagainya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2016 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Si ras ni pun oku ke...cuba tinggalkan dia kat rel ketapi tunggu ketapi dtg tgk dia bangun x cabut lari..sbb teringat statement x hubby dia dulu...dgn wartawan malay mail punya penyiasatan...sampai harini aku ragu2 dgn oku dia tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2016 07:48 PM | Show all posts
tak pernah dalam hidup aku guna parking oku...

tapi kalau tandas...memang selalu guna...
aku guna diwaktu memang tak ada orang langsung
aku takkan guna di shopping mall atau tempat2 ramai orang sebab mungkin tiba2 ada oku datang...
tapi aku akui aku bersalah dalam hal ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-10-2016 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku belum ada kad oku, tapi aku mmg selalu guna tandas oku kalau tak ada org. Sebabnya aku keluar sorang diri dgn anak2 dlm stroller.Kau nakbaku tinggal stroller dgn anak kt luar toilet berkubikel? Selalu akak cleaner ada lepak situ,aku beritahu je aku nak guna sat,ada anak2 kecil dlm stroller dan aku keluar sorabg diri.Nantilah.. Aku punya kad oku kena tgu setahun lagi baru blh endorse kata doc.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2016 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak pernah pakai toilet oku. Toilet dia macam mana? Haha.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2016 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Levespa replied at 27-10-2016 07:24 PM
Ok memang budak tu salah, tapi rasanya lebih baik tegur dia elok2,  dlm Islam pun nak tegur org ada  ...

Bukankah budak ni kuangjor dulu cakap tinggi suara. Kalau dia mntk maaf mungkin dh settle kes & Ras x akan viralkan. Susah sgtka nk minta maaf bila rasa buat salah. Dahla gemuk busuk kepam x da budi bahasa. Itulah gaya budak2 sekarang. Pakai jer tudung tp budibahasa kelaut. Masaalah skrg bnyk timbul bila dh buat salah nk tegakkan benang basah x tahu adab plk tu dgn org lebeh tua. Bg penyepak sampai jd OKU baru tahu
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2016 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
CrowneGlory replied at 27-10-2016 07:41 PM
Si ras ni pun oku ke...cuba tinggalkan dia kat rel ketapi tunggu ketapi dtg tgk dia bangun x cabut l ...

Amacam kalau ko dulu plk ikat kakitangan pstu ltk atas rel ketapi. Amacam rasa2 boleh lari tak
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2016 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Xpnh guna parking oku mahupun toilet oku
Rasa bersalah kalau guna
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2016 08:58 PM | Show all posts
pernah la guna tandas OKU kat uk untuk ambik wudhuk.
nasib baik la tak ada mat salleh ambik gambar aku viralkan.

kalau tak.....glamerr la aku masuk bbc
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2016 09:00 PM | Show all posts
miniusb replied at 27-10-2016 07:25 PM
pernah pakai toilet OKU beberapa kali bilamana toilet lain masa tu tengah penuh dgn orang and saya p ...

same la mcm iols..prnh terdesak sgt nk gune smpi dh berhentak-hentak kaki ..tp bile dh gune rase serba salah plak..nasib la xde mane2 oku nk gune toilet tu masa iols kt dlm...nasib baik la jugak xjmp ras adiba/ida nerina, klu x viral la muke iols di seantero malaya.... sekali tu je iols gune...sory..
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2016 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
boyagombak replied at 27-10-2016 08:34 PM
Bukankah budak ni kuangjor dulu cakap tinggi suara. Kalau dia mntk maaf mungkin dh settle kes & Ra ...

Stujuk ngan abam boya...kurang ajar budak ni..kalau x ..xdakla ras viralkan..
Byk spesis budak teenager mcm ni skrg..
Korang yg xpnh kena boleyla ckp mcm2
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2016 09:04 PM | Show all posts
Kalau c lembam boleh di panggil oku,kenapa orang yang buta hati buta huruf tidak di panggil oku...?
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2016 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
boyagombak replied at 27-10-2016 08:36 PM
Amacam kalau ko dulu plk ikat kakitangan pstu ltk atas rel ketapi. Amacam rasa2 boleh lari tak


Kejadahnya aku bukan malay mail pernah siasat aku menipu oku pun bahalol...komen tu guna otak pls...ko pun oku kah? Retarded kah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2016 10:29 PM | Show all posts
swayne replied at 27-10-2016 08:11 PM
Tak pernah pakai toilet oku. Toilet dia macam mana? Haha.

biasanya toilet dia luas dan ada tempat pemegang kat dinding.

Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2016 10:56 PM | Show all posts
Tak pernah guna tandas oku ni walaupun kadang akak cleaner ada offer sapa2 nak guna boleh kalau tandas awam ramai orang tengah guna dan kena beratur panjang
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2016 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
gmba lastu tu nmpk puting tetek akak kepam tu kan uols
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2016 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku sll guna bila bawak anak3.. sbb tandas oku luas snng masuk anak 3org sekali..gila nk tgl kat luar...

Tp pastikan mmg tiada oku la nak guna..klu ada bg deme dahalu guna
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 01:12 AM GMT+8 , Processed in 0.203471 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list