CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dauswq

[SBS] Temperature of Love - Seo Hyun Jin, Yang Se Jong [Review: dauswq, pg. 11]

  [Copy link]
Post time 23-11-2017 04:41 PM | Show all posts
Edited by santubung at 23-11-2017 04:47 PM
dauswq replied at 23-11-2017 04:27 PM
iols baca rebiu org tadi rmi komen seo hyun jin berjaya tampilkan lakonan yg buat org benci pd lee ...

citer Another Miss Oh tu iols tengok sbb Eric. lps tgk 3 meals, iols suka tgk Eric masak

citer Another Miss Oh tu iols ok jah dgn SHJ wpun dia sengih2 mybe sbb Eric tu tua kot

tapi citer ni iols tgk SHJ mcm pompuan gatal wpun dlm Another Miss Oh kegatalan dia boleh tahan gak tapi citer ni dia mcm so birah & so gedik & so gatal. mybe sbb hero muda kot. anak ikan katakan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2017 04:45 PM | Show all posts
dauswq replied at 23-11-2017 04:27 PM
iols baca rebiu org tadi rmi komen seo hyun jin berjaya tampilkan lakonan yg buat org benci pd lee ...

IU, Suzy, Yoona pun boleh buat org benci gak .... iols mencik tgk lakonan kayu IU dlm Scarlet Heart
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2017 04:47 PM | Show all posts
santubung replied at 23-11-2017 04:41 PM
citer Another Miss Oh tu iols tengok sbb Eric. lps tgk 3 meals, iols suka tgk Eric masak

citer  ...

kalau suzy atau IU bawa wtk lee hyun soo, iols leh bayangkan betapa byk kecaman akn diberikan...
of coz label "kayu" merata ditulis

seo hyun jin ni org leh kecam wtk yg dibawa, tp tak leh deny her acting lah yg buat org benci akn wtk dia tu..

iols harap seo hyun jin cari wtk yg feminism sket mcm romantic doctors tu tp versi heroic sket..
ala2 jd bos syarikat kah mcm kim hye soo tu..




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2017 04:50 PM | Show all posts
santubung replied at 23-11-2017 04:45 PM
IU, Suzy, Yoona pun boleh buat org benci gak .... iols mencik tgk lakonan kayu IU dlm Scarlet Hear ...

3 serangkai ni termasuklah hyeri sekali kena dpt director mcm kim won seuk dan shin won ho, barulah diorg ni reti berlakon
kalau tak, tukar pengarah lain, jd yg same gak.. tak improve dari dulu2

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 06:22 PM | Show all posts
dauswq replied at 23-11-2017 04:47 PM
kalau suzy atau IU bawa wtk lee hyun soo, iols leh bayangkan betapa byk kecaman akn diberikan...
...

mostly SHJ watak watak hampir2 sama ... so kita dah boleh predict cara dia bawak. sbb citer2 tu masih berkisar tentang kegedikan. cuma citer RDTK jer lain sikit. yg lain2 tu stil dalam "gedik"

pas ni cari citer2 yg tak gedik lak. asyik gedik berlakon best pun org menyampah gak

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2017 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
santubung replied at 23-11-2017 06:22 PM
mostly SHJ watak watak hampir2 sama ... so kita dah boleh predict cara dia bawak. sbb citer2 tu ma ...

Pada aku shj bwk watak hyun soo bagus sekali..menjadi gedik dia.. mmg aku terbayang housmate aku masa bujang dulu.. kapel mcm onsoo ..beza byk tahun .. mmg gedik abis uolssss.. lelaki pulak matang.. so aku mmg boleh relate bila hyun soo gedik bila kapel dengan anak ikan mcm jeong soon.. acting dia superb... jgn le give up dgn shj.. uols boleh tgk cite2 dia yg lain mcm lets eat 2 @ three musketeers tapi kalau yg sejenis memuja kecantikan mmg kureng la dgn dia.. pada aku dia cantik je tapi ada je yg kata dia tak cantik.. yg penting dia boleh berlakon dan lakonan dia bagus. Dia pun jenis hardworking dan x hadap sgt fame.. dia dah lama dlm industy tp thn lepas baru dpt liputan meluas lps another miss oh..dia dikenali sbb bakat dia bukan kontrovesi dan kegedikan . Dlm running man pun dia malu2 je..

Sekian dari karatsss shj
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-11-2017 04:01 PM | Show all posts
abih gakkk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2017 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
wan_ie replied at 26-11-2017 04:01 PM
abih gakkk


Jemput antar rebiu dgn klik cara ke2 dlm kotak warna biru cair di hadapan. Alang2 dapat kredit tacang sekali.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-11-2017 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
jun2016 replied at 26-11-2017 03:00 PM
Pada aku shj bwk watak hyun soo bagus sekali..menjadi gedik dia.. mmg aku terbayang housmate aku m ...
jun2016 replied at 26-11-2017 03:00 PM
Pada aku shj bwk watak hyun soo bagus sekali..menjadi gedik dia.. mmg aku terbayang housmate aku m ...


Merata betul karat shj ya haha
Tak termasuk @thafly lagi ni.
Iols setuju bukan sbb ape, sbb acting dia yg marvelous tu wat org benci pompuan gedik hadap jantan.
Iols perasan kebanyakan org pompuan tak berapa suka watak lee hyun soo ni kerana dedahkan kelemahan wanita rather than jadi feminist, atau strong-willed character. Cthnye, mcm cerita andainya takdir aritu, rmi tak suka dgn wtk isteri masih hadap dgn suami wlpn kena belasah hari2. But, at the same time, acting dia should be praised too for bringing the character alive.

Kalau tanye iols, more like appreciate acting  saje tanpa perlu jd karats. Klu tak, dah lame iols kecam moon chae won tu sbb berlakon drama merapu. Sbb iols jd karat dia, jarang iols nak kecam

So, memandangkan uols dh abis tgk, sila klik hantar rebiu dgn cara ke2 dlm kotak biru tersedia. Alang2 tapat tacang sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2017 08:54 PM | Show all posts
[Claim Credit]
Reason: Review Submission

@dauswq @ismaha @eddlisa_uyuk

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2017 09:42 PM | Show all posts
Edited by dauswq at 27-11-2017 12:51 AM

TEMPERATURE OF LOVE

Rating Keseluruhan Drama:  (6.6+8.0+8.5+4.8+2.0) =29.9/4=7.48)

Kritik Keseluruhan: "Tak banyak boleh dipuji tentang plot cerita melainkan hanya sekadar mengesahkan cinta buta sedemikian semenangnya wujud. Jalan ceritanya begitu mudah dan tak terlalu "cheesy" tapi plotnya kurang dramatik dan tak perlu perhatian penonton untuk penilaian secara moral. Namun di sebalik garapan cerita yang terlalu longgar tentang romantik yang dipersembahkan, penulis mampu menyediakan perwatakan yang seimbang serta dibantu dengan teknik pengarahan yang memantapkan visualiti, akhirnya mampu mengekalkan tontonan sehingga habis."

1. Cerita  (6.6/10)


Drama berkisarkan pasang surut berlaku apabila sedang bercinta seperti yang penulis nukilkan sebagai tema dramanya , "Suhu sesebuah percintaan".
Konsep drama ini tidak ‘direct-to-the-point’ tentang bagaimana merpati dua sejoli ini pada mulanya bertemu sebagai ‘stranger’ sebelum kedua-duanya mengaku jatuh antara satu sama lain pada pandangan pertama.

Setelah menjalinkan hubungan cinta, mereka mendapati mereka tak serasi sebagai pasangan lalu memilih untuk berpisah akhirnya. Namun takdir menemukan mereka semula kali ini dengan keadaan berbeza seperti dijelaskan di atas. Penulis menterjemahkan maksud ‘Temperature Love’ sebagai genjatan cinta yakni fasa beralihnya dari pengenalan kepada pencarian cinta sebenar yang lebih kukuh tanpa ragu-ragu. Oh Jung Sun  mengaku dia jatuh cinta dengan Lee Hyun Soo pada pandang pertama  tapi ditolak Lee Hyun Soo kerana memikirkan Jung Sun masih muda dan dia belum terbuka hati untuk menerima cinta orang yang lebih muda daripadanya.


Lee Hyun Soo hanya menyedari dia sebenarnya mencintai Oh Jung Sun setelah Oh Jung Sun menghilangkan diri bertahun-tahun. Rindu terhadapnya bertukar kepada cinta. Hyun Soo ketika ini  turut dilayan baik oleh seorang lelaki merangkap CEO syarikat hiburan ON, Jung Woo (Kim Jae Wook).

Sebaik saja Jung Soon kembali ke Korea, Hyun Soo segera menyatakan isi hatinya yang terpendam selama ini. Mereka ber’dating’ sehinggalah berlakunya fasa ‘break up’ dalam episod 16 (31 & 32 di korea) yakni dinamakan penulis skrip ini sebagai naik turun atau suhu sesuatu hubungan.
Lee Hyun Soo mahu berpisah setelah mengenangkan hubungan mereka tak dapat diteruskan.

Oh Jung Sun menangis melihat Lee Hyun Soo gembira bersama dengan Jung Woo sebaik saja mereka mengumumkan perpisahan.


Alasan Hyun Soo kali ini kerana mereka tak sepakat dalam menceritakan secara terbuka tentang hal peribadi masing-masing. Hyun Soo mendakwa Jung Soon terlalu berkeras kepala dan suka menyimpan rahsia sendirian tanpa berkongsi perasaan dengan wanita yang disukainya. Ini membuatkan Hyun Soo berasa tawar hati seketika untuk meneruskan perhubungan mereka. Sementera itu, Jung Woo pula masih melayan Hyun Soo dengan baik dengan mengambil hati ibubapanya sewaktu ibunya terlantar di hospital. Namun, Hyun Soo tetap menolak cinta Jung Woo.

Tak mahu menyesali kerana terlalu ego sebelum ini, kedua-duanya bersemuka kembali. Jung Sun merendahkan egonya dan mula menerima pandangan Hyun Soo secara terbuka manakala Hyun Soo pula sudah sedar dirinya memerlukan Jung Sun lebih daripada apa yang dikehendakinya. Mereka berkahwin pada akhir episod yang ditayangkan.

Kesimpulan daripada plot yang dibentangkan, tak banyak boleh dipuji hanya sekadar mengesahkan cinta buta sedemikian semenangnya wujud. Jalan cerita begitu mudah dan tak terlalu "cheesy" tapi plotnya kurang dramatik dan tak perlu perhatian penonton untuk penilaian secara moral. Namun di sebalik garapan cerita yang terlalu longgar tentang romantik yang dipersembahkan, penulis mampu menyediakan perwatakan yang seimbang akhirnya mampu mengekalkan tontonan sehingga habis.


                                      
2. Keberkesanan Lakonan (8.0/10)
Boleh dipuji untuk beberapa aspek tertentu saja.


Seo Hyun Jin - Lee Hyun Soo [Best Actress]
Sememangnya untuk membawakan watak yang merendahkan taraf wanita ataupun mendedahkan kelemahan mereka boleh membuatkan sesiapa saja meluat dan benci padanya. Seo Hyun Jin amat berjaya menghasilkan Lee Hyun Soo dengan keadaan wanita berusia yang kurang matang dan tergedik-gedik kerana mahu menegakkan cinta dengan lelaki lagi muda daripadanya. Orang kata, apabila seseorang itu sedang bercinta, nasihat orang lain terus di pandang enteng. Sebuah lakonan yang berkelas daripada aktress yang tak berkisah dengan imejnya!


Yang Se Jong - Oh Jung Sun
Walaupun usia pelakon ini agak muda, tapi dia mampu menampilkan watak lelaki yang matang dan menjadi pelindung kepada Lee Hyun Soo. Tutur katanya kemas dan kredibilitinya terserlah sebagai seorang tukang masak berbakat di samping sebagai seorang yang begitu memerlukan cinta untuk menaikkan keyakinan dirinya. Tidak patriaki seperti bapanya walaupun sedikit berkeras kepala, Oh Jung Sun membuktikan dia boleh menerima pandangan orang lain. Kekurangan ialah sedikit membosankan menjadikan lakonannya hanya sekadar memenuhi tuntutan watak itu saja.


Kim Jae Wook - Jung Woo
Jung Woo seorang sering memikirkan dan menyelesaikan permasalahan orang lain berbanding dirinya. Atas sebab itu, dia sering dipergunakan dan kadang-kadang layanan baiknya boleh ditafsirkan sebagai cinta yang harus dibalas. Perwatakannya tiada turun naik dan "stagnant". Walaubagaimanapun, lakonan boleh dipuji cuma perlukan lebih "kick".


3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)   (8.5/10)
Walaupun jalan cerita berbaur kelemahan, teknik pengarahan banyak membantu menyelamatkan drama ini.
Respek kepada pengarah yang berjaya menjadikan  dramanya lengkap dengan aturan yang sangat memikat pandangan mata! Walaupun "settings" drama hanya berkisarkan tempat yang sama berulang-ulang kali, tapi dengan teknik kamera yang menangkap halwa sinematografi, ia membuatkan penonton tidak terasa bosan. Contohnya, adegan memasak dalam dapur restoren beberapa kali ditunjukkan dalam drama ini tidak membosankan kerana pengarah berjaya "innovate" keindahan seni persekitarannya. Visual dihasilkan sangat mantap menaikkan lagi aroma percintaan merpati dua sejoli ini. Ibarat menonton filem penuh romantis, Titanic, seboleh-bolehnya Temperature of Love berjaya mendakap anda mendalami interaksi yang penuh ‘chemistry’ antara mereka.

Apapun, kerana terlalu banyak teknikal ia seolah-olah mengurangkan "soulness" dan kemaknaan sesuatu cerita. Mungkin boleh diperbaiki lagi di kemudian hari.

[Best Cinematography]

4. Skor muzik (4.8/5)



Tak lupa juga, drama ini punyai runut bunyi yang menyebabkan sesiapa saja mudah terbuai perasaan. Instrumental dimainkan kedengaran menusuk kalbu, tetapi dalamannya sangat ‘refreshing’. Dendangan muzik ‘Back to Black’ oleh Amy Winehouse disadurkan dengan instrumental tersebut menambahkan lagi sudut keromantisan antara mereka.

Cuba dengar kedua-dua insturmental di bawah, betapa indahnya muzikal itu dimainkan.






[Best Original Score - Instrumental]

Antara lagu yang menjadi pilihan ialah

1. The Ending Only I Know 나만 아는 엔딩     Stella Jang (스텔라장)



2. It Has To Be You 꼭 너여야 해     Lee Bong Goo (이봉구) of Gilgubongu



5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (2/5)
Sesuai untuk sesiapa yang meminati drama romantik.

Rating Keseluruhan Drama: (6.6+8.0+8.5+4.8+2.0) =29.9/4=7.48)
Nomination: Seo Hyun Jin

@ismaha @eddlisa_uyuk    @isabel tacang


Review untuk dibaca: @C1k_J4h @wima @santubung @anissa_kyra
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2017 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
dauswq replied at 26-11-2017 09:42 PM
TEMPERATURE OF LOVE

Rating Keseluruhan Drama:  (6.6+8.0+8.5+4.8+2.0) =29.9/4=7.48)

Lepas baca review uols ni then ulang dgr lagu it has to be you ni rs mcm rindu plak dgn jung sun...terbayang2 dia tgh masak bile dgr lagu ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2017 12:34 AM | Show all posts
wima replied at 26-11-2017 10:10 PM
Lepas baca review uols ni then ulang dgr lagu it has to be you ni rs mcm rindu plak dgn jung sun.. ...

sedap kan lagu tu? kedua2 ost ni mmg fit dgn bbrp adegan mesra dlm drama ni..

iols baru jumpa dua instrumental yg sgt awesome..

https://www.youtube.com/watch?v=4x0R9RpXYQA


https://www.youtube.com/watch?v=IXy1cBYXrLI



Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2017 11:10 AM | Show all posts
dauswq replied at 26-11-2017 09:42 PM
TEMPERATURE OF LOVE

Rating Keseluruhan Drama:  (6.6+8.0+8.5+4.8+2.0) =29.9/4=7.48)

dah baca review. mesti penat bercinta pastu putus, pastu jumpa org sama lagi, bercinta pulak, putus. mehhhh sangat. kalo iolsss dah lantak ko situ malas nak becinta balik. huahuahua tapi baca review dauswq takde la teruk sangat jalan ceritanya. maybe.

iolss drop dulu, next nak tengok because this is my first life. next nak tengok oppa kim rae won dlm citer black knight
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2017 01:15 PM | Show all posts
Edited by santubung at 27-11-2017 01:23 PM
anissa_kyra replied at 27-11-2017 11:10 AM
dah baca review. mesti penat bercinta pastu putus, pastu jumpa org sama lagi, bercinta pulak, putu ...

jln citer x la teruk sgt. still ok cuma bohsan bin boring bin slow jah hahahhha

yg menyelamatkan citer ni sebenarnya Seo Hyun Jin wpun dia nmpak sgt2 birah & gedik

watak  YSJ & KJW tak membantu pun citer ni. Expresi muka YSJ agak failed. Dgn nada suara yang bohsan & mendatar. watak Kim Jae Wook lak agak stagnant. tak ader klimaks & tak berapa membantu citer ni utk jadi lbh menarik. Tapi expresi muka KJW much2 better darp YSJ anak emas SBS tu.

watak2 lain ......... hmmmm tak payah ada pun tak apa. tak der pedah apa2

tu je review iols @dauswq

bintang iols bagi 4 or 5 je kot!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2018 08:24 PM | Show all posts

[SBS] Temperature of Love
tercalon
1. Best Actress - Seo Hyun Jin

2. Song of The Year
3. Best Original Score
4. Best Cinematography


Undian akhir





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 07:29 PM GMT+8 , Processed in 0.066392 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list