CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1461|Reply: 10

Terima Rasuah RM1000, Penolong Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Tetap Ditahan SPRM

[Copy link]
Post time 31-8-2017 09:47 PM | Show all posts |Read mode


sumber : Berita Harian



Susulan disyaki meminta dan menerima rasuah RM1000, seorang Penolong Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Cawangan Tawau ditahan.


Memetik laporan Berita Harian, Pengarah SPRM Sabah, Datuk Sazali Salbi menerusi satu kenyataan hari ini berkata suspek yang juga wanita berumur 37 tahun itu ditahan di pejabat KPDNKK di Tawau kira-kira jam 4.15 petang kelmarin.


"SPRM menerima aduan berkaitan suspek disyaki terbabit melakukan perbutan rasuah Selasa lalu. Sebelum ini bot dan enjin milik pengadu dirampas oleh pihak KPDNKK atas kesalahan menyeludup 10 tong gas petroleum cecair (LPG)."


"Dia mendakwa suspek yang berumur 37 tahun itu meminta RM1,000 sebagai wang saguhati apabila memulangkan barangan yang dirampas itu kepada nya pada 15 Ogos kira-kira 5 petang."


"eniaga tersebut telah memberikan RM3500 kepada suspek pada hari itu juga, manakala wang baki RM500, peniaga tersebut memaklumkan akan dibayarnya pada hujung bulan."


Sementara itu, Mahkamah Majistret di Tawau hari ini membenarkan perintah tahanan reman terhadap suspek selama tujuh hari bermula hari ini.


Kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan, mana-mana yang lebih tinggi. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2017 12:51 AM From the mobile phone | Show all posts
nawuzubilla
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2017 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah umur 37thn.....RM1000 pun kau hadap...
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2017 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni berita biasa niii..lagipun nama tarak
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2017 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Berbaloi ke duit 1k kalau kena penjara? Haih
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2017 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena game dgn peniaga yg seludup tu lah kn
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-9-2017 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena game dgn peniaga yg seludup tu lah kn
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2017 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang melayu ni kalau sehari tak jadi berita utama macam tak sah pula
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2017 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
N17 ke ?? .....
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2017 11:16 AM | Show all posts
Alright ado jawatan kosong.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2017 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukti Mulayu suci muruni bukan mata duitan, tidak materialistik,sebab tu dia tibai seribu inggit aje, yang penting interaksi dan dapat kenal peniaga tuh ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2024 07:52 AM GMT+8 , Processed in 0.807614 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list