CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1381|Reply: 4

Ustaz Haslin Bollywood dan Ismail Menk Dilarang Masuk Singapura

[Copy link]
Post time 31-10-2017 10:43 AM | Show all posts |Read mode


sumber: internet



Kementerian Dalam Negeri Singapura semalam dalam satu kenyataan memaklumkan ulama terkenal yang juga Mufti Zimbabwe, Sheikh Ismail Menk dan penceramah bebas Malaysia, Ustaz Haslin Baharim tidak lagi dibenar memasuki Singapura.


Memetik laporan The Sun Daily, keputusan itu dibuat hasil rundingan dengan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), Lembaga Pelancongan Singapura dan Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura.


Menurut kenyataan kementerian itu, kedua-duanya dijadual berceramah di atas sebuah kapal yang belayar dari dan berakhir di Singapura pada 25 hingga 29 November ini.


Kedua-duanya sebelum ini pernah memohon mendapatkan pas kerja pelbagai bagi mengadakan ceramah di Singapura, tetapi ditolak.


Ismail Menk sebelum ini dituduh mengajar ajaran yang boleh menyebabkan perpecahan.


Manakala, Ustaz Haslin pula menyifatkan bukan Islam sebagai ‘menyimpang’ dan memberi pandangan yang boleh mencetuskan ketidakharmonian di antara orang Islam dan bukan Islam.


“Mereka tidak diterima dalam konteks Singapura sebagai sebuah negara pelbagai bangsa dan agama,” kata kenyataan itu.


"Ajaran kedua-dua penceramah itu bertentangan dengan nilai yang dianuti umat Islam Singapura."  - CARI



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2017 10:45 AM | Show all posts
Ajaran kedua-dua penceramah itu bertentangan dengan nilai yang dianuti umat Islam Singapura.

nilai umat islam singapura, bertattoo sudah menjadi perkara biasa.



Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2017 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Org singapura dtg naik cruise ceramah di malaysia ajelah. Jauh lg murah
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2017 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
turut bersimpati.  takpe tak kemana alphard tu.  ada rezeki tempat lain.  nak berdakwah ni mmg macam2 halangan.  ada sekali otw nak berdakwah kereta sorang ustadz ni berenti tiba2.  check2 je rupanya minyak habis.  lepas tu ustadz tu berjalan sorang diri tgh malam nak cari stesen minyak katanye.  lepas setengah jam mcm tu ustadz sampai dgn tong minyak.  dapatlah ustadz tu berdakwah mlm tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2017 02:08 PM | Show all posts
Ustaz boliwood pn kena????
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 11:48 AM GMT+8 , Processed in 0.158277 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list