CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4220|Reply: 2

[tvN] My Ajusshi - Lee Seon Kyun , IU

  [Copy link]
Post time 8-11-2017 01:48 PM | Show all posts |Read mode
IU sah membintangi drama terbaru PD Kim Won Suk, tvN “My Ajusshi”
by        daus    ·                            Published November 8, 2017              · Updated November 8, 2017               
                                    
Berita tak disangka-sangka, rupanya dalam diam, IU sudah pun mengesahkan projek terbarunya bersama pemenang dua kali Best Director CARI Kdrama Awards, Kim Won Seuk melalui drama berjudul My Ajusshi diterbitkan cenel tvN. Ini merupakan drama terbaru IU sejak SBS Scarlet Heart ditayangkan pada tahun lepas.

IU akan membawakan watak sebagai anak gadis muda yang mengalami kesukaran hidup kerana hidupnya bagaikan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Dia kehilangan ibubapanya pada usia 6 tahun dan terpaksa bergantung hidup pada nenek yang sakit (dilakonkan oleh Na Moon Hee). Sehingga pada suatu hari, dia menemui seorang lelaki berusia 40-an yang mempunyai nasib lebih kurang sama sepertinya. Lelaki tersebut dipanggil sebagai ‘My Ajusshi’ menjadi harapan utamanya. Mereka bersama-sama cuba memahami kesukaran hidup masing-masing untuk mengubah hidup ke arah lebih baik.

Penulis amat ternanti-nanti garapan hebat pengarah Kim Won Suk yang mahir dalam menterjemahkan keberkesanan lakon layar seperti dilakukannya menerusi KBS Cinderella’s Sister, KBS Sunkyunkwan Scandal, tvN Misaeng dan tvN Signal walaupun daripada penulis skrip yang berbeza. Teknik pengarahannya sangat mampan dan jelas serta mudah difahami penonton.

Setakat ini, Lee Sun Kyun (jtbc My Wife’s Having an Affair this Week , MBC Pasta) telah pun menyatakan kesudiannya untuk melakonkan watak ahjussi tersebut. Drama ditulis sepenuhnya oleh Park Hae Young, iaitu penulis skrip tvN Oh Hae Young dan akan disiarkan pada awal tahun hadapan.

Sumber: is plus

https://kmania.info/2017/11/08/i ... euk-tvn-my-ajusshi/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2017 02:00 PM | Show all posts
Edited by santubung at 8-11-2017 02:02 PM

OMG IU?

budak x dok perasan & hanya tahu membeliakkan biji mata berlakon balik
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2017 03:12 PM | Show all posts
ohmaigadd dgn chepp kah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 06:25 PM GMT+8 , Processed in 0.062034 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list