CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2548|Reply: 6

[jtbc] Life - Cho Seung Woo, Lee Dong Wook

[Copy link]
Post time 8-1-2018 09:06 PM | Show all posts |Read mode
[Sensasi] Lee Dong Wook & Jo Seung Woo bergandingan sama sebagai doktor di dalam jtbc Life
by        daus    ·                            Published January 8, 2018              · Updated January 8, 2018               
                                    

Berita yang mengejutkan apabila kedua-dua pelakon, Jo Seung Woo dan Lee Dong Wook telah disahkan membintangi drama bertemakan perubatan berjudul “Life” yang disiarkan melalui cenel jtbc. Tiada angin, tiada ribut, pengumuman dibuat sebaik saja kedua-dua aktor tersebut bersetuju. Kedua-duanya akan membawakan watak sebagai doktor di dalam siri drama ini di mana Jo Seung Woo  akan bertindak sebagai CEO hospital.

Lebih menarik lagi, drama ini bakal ditulis oleh penulis skrip yang meraih pencalonan Best Screenplay dalam 6th Cari Kdrama Awards baru-baru ini, Lee Se Yeon menerusi drama tvN Forest of Secret yang turut disenaraikan top 10 drama terbaik pilihan rakyat Malaysia untuk merebut takhta Drama of The Year. Forest of Secret berkisarkan tentang misteri tentang kematian seseorang yang dikupas berhati-hati daripada kaca mata seorang pendakwaraya sehingga membawa kepada penyelongkaran korupsi di pihak atasan. Hasil kerja Lee Se Yeon menerusi drama tersebut telah diberikan penghargaan tertinggi di beberapa anugerah tahun lepas, salah satunya meraih anugerah Best Drama di dalam 1st Seoul Awards. Adakah penulis skrip ini akan menggunakan kaedah “thriller” yang mengujakan seperti dilakukannya dalam tvN Forest of Secret untuk nukilan terbarunya? Sama-sama kita nantikan.

Ini merupakan gandingan ke-2 Jo Seung Woo bersama penulis skrip berkenaan selepas tvN Forest of Secret dan drama terbaru Lee Dong Wook selepas tvN Goblin yang turut meraih pencalonan untuk Best Supporting Actor. Tiada maklumat tentang bila waktu siarannya dan juga pengarah yang dipertanggungjawabkan tetapi mungkin akan ditayangkan selebih-lebihnya selepas pertengahan tahun ini.



@makdik2301  @atira   @wima  @idakamaruddin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2018 11:13 PM | Show all posts
handsome..
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2018 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Wahh cant wait!
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 09:31 AM | Show all posts
yeah!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 09:34 AM | Show all posts
uols...
hidupku agak huru hara tahun ni...
bnyk drama weols tak sempat nak abis kan
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2018 09:49 AM | Show all posts
lisa datang.......kelip2 mata
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-1-2018 02:15 PM | Show all posts
ahjushhiiiiii

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 09:11 PM GMT+8 , Processed in 0.076947 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list