Pada sekarang ini heboh pelbagai isu seperti isu raja2 dan isu hak Melayu...dan sebagainya.
Dan ramailah pemimpin yg keluarkan kenyataan orang Melayu tak perlu Risau kerana hak istemewa Orang Melayu, Hal ehwal Aga Islam, isu Kedaulatan Raja-raja telah ditulis dalam Perlembangaan.
Apakah Perlembangaan itu?
Perlembangaan Tidak bermakna apa-apa jika tiada yg mendokong perlembangaan itu. Bermakna nya perlembangaan itu, bilamana ada yg mendokong nya.
Benarkah Tidak Perlu Risau.
1. Isu Tanah Rizap Orang Melayu ada dalam Perlembangaan.
Tapi kita lihat apa yg berlaku pada tanah rezap ini? Tak terjaga pun walaupun ada dalam Perlembagaan.
KUALA LUMPUR 26 Okt. – Hanya tinggal 3.6 juta hektar atau 20 peratus daripada 12.8 juta hektar keseluruhan tanah rizab Melayu di Semenanjung dimiliki penuh oleh orang Melayu.
Baki 9.2 juta hektar tanah rizab Melayu yang seharusnya menjadi milik orang Melayu bagaimanapun berjaya diperoleh orang bukan Melayu meskipun status tanah masih sebagai tanah rizab Melayu.
© Utusan Melayu (M) Bhd
2. Isu Bahasa Melayu.
Perkara 152, Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah bahasa Melayu. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagaimanapun tidak menafikan kedudukan dan hak bahasa lain untuk digunakan, dipelajari dan dikembangkan sekalipun dengan menggunakan dana awam. Tapi apa yg kita lihat isu bahasa ini menjadi polimik yang tidak berkesudahan dan gagal dimertabatkan.
Justeru itu adakah kenyataan "orang Melayu tak perlu Risau kerana hak istemewa Orang Melayu, Hal ehwal Aga Islam, isu Kedaulatan Raja-raja telah ditulis dalam Perlembangaan" boleh diguna pakai jika tiada yang mendokong perlembagaan itu.
Fikir-fikirkanlah..
|