CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24188|Reply: 81

[JTBC/Netflix ] The Beauty Inside - Seo Hyun Jin, Lee Min Ki

  [Copy link]
Post time 10-7-2018 01:45 PM | Show all posts |Read mode
Edited by dauswq at 3-10-2018 03:21 PM



Profile
  • Drama: The Beauty Inside
  • Revised romanization: Byooti Insaideu
  • Hangul: 뷰티 인사이드
  • Director: Song Hyun-Wook
  • Writer: Im Meari
  • Network: JTBC
  • Episodes:
  • Release Date: October 1, 2018 --
  • Runtime: Mon & Tue 21:30
  • Language: Korean
  • Country: South Korea
Plot Synopsis by AsianWiki Staff ©
A woman changes her appearance whenever a certain supernatural phenomenon occurs. A man falls in love with this woman.
Han Se-Kye (Seo Hyun-Jin) is a top actress. She is known as a troublemaker and the object of many rumors. Her life is a mystery, but, in reality, she suffers from an unusual phenomenon. At a certain point every month, her appearance changes to a different person. She lives one week out of every month with a different appearance. Han Se-Kye meets Seo Do-Jae (Lee Min-Ki). Seo Do-Jae is an executive at an airline company. He seems perfect with an attractive appearance and possessing smarts, but he suffers from an inability to recognize faces. He hides this disability and tries hard to memorize people by their habits and mannerisms. The only person's face that he is able to recognize is Han Se-Kye. By meeting her, his life changes.
NotesCast





Seo Hyun-JinLee Min-KiLee Da-HeeAhn Jae-HyeonLee Tae-Ri
Han Se-KyeSeo Do-JaeKang Sa-RaRyu Eun-HoJung Joo-Hwan





Moon Ji-InNa Young-HeeLee Moon-SooKim Hee-JungRyu Hwa-Young
Yoo Woo-MiIm Jung-YeonCEO ImHan Sook-HeeChae Yoo-Ri


Kim Seung-WookLee Cheol-Min
Lee Hee-SubDirector Kim

Additional Cast Members:


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-9-2018 03:56 PM | Show all posts
next week start!!! yeahhh!!!
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2018 04:14 PM | Show all posts

[jtbc / Netflix] The Beauty Inside - Seo Hyun Jin, Lee Min Ki, Ahn Jae Hyun

Edited by dauswq at 28-9-2018 04:16 PM

6 Trivia Menarik tentang drama terbaru jtbc The Beauty Inside
by        daus    ·                            Published September 28, 2018              · Updated September 28, 2018     

                                    
Tak lama lagi kita bakal disajikan dengan drama korea terbaru berjudul Beauty Inside yang diterbitkan oleh cenel jtbc bagi slot Isnin dan Selasa.  Sedikit sinopsis berkenaan drama ini : ianya menceritakan kisah cinta Han Se Gye, seorang pelakon A-list yang mesti menghabiskan seminggu setiap bulan untuk tinggal di dalam tubuh orang lain, dan Seo Do Jae, seorang pengarah eksekutif sesebuah syarikat penerbangan ternama namun menderita prosopagnosia (ketidakupayaan untuk mengenali wajah orang lain), tetapi hanya boleh mengecam Han Se Gye. Kehidupan mereka berubah setelah keduanya bertemu.

1. Kembalinya, ratu komedi romantis Seo Hyun Jin menghiburkan peminat Kdrama


Seo Hyun Jin semenangnya dikenali dengan lakonan yang  amat mengagumkan dengan kebolehannya mengubah ‘mood’ watak dalam sekelip mata dengan riak emosi berbeza seperti dilakukannya di dalam drama tvN Another Oh Hae Young.  Hasilnya beliau meraih anugerah Best Actress Paeksang Art Awards, sesuatu tak dijangka dicapai olehnya. Tak cukup dengan itu, tahun yang sama, Seo Hyun Jin kembali semula dengan lakonan penuh realistik sebagai wanita gedik dan kurang matang di dalam SBS Temperature of Love akibat menagih kasih sayang dari lelaki yang lagi muda daripadanya. Kedua-duanya menyebabkan beliau meraihkan pencalonan Best Actress berturut-turut dari CARI Kdrama Awards.
Seo Hyun Jin mencuba sekali lagi untuk menghiburkan kita, kali ini dengan penampilan 100 perwatakan berbeza. Beliau tampil dengan watak seorang yang bernama Han Se Gye, pelakon diva yang sentiasa dikelilingi khabar angin, terkenal dengan  gaya lakonan “100 faces” dan 100 jenis lakonan. Han Se Gye ialah top star yang diberi nama jolokan “100-Faced Beauty” yang menderita dek kuasa magis yang boleh membuatkan dirinya berbeza di mata orang lain.
Pastinya lakonan Seo Hyun Jin ini sangat-sangat ditunggu-tunggu peminatnya!

2. Merupakan ‘remake’ asal telenovela Hollywood dan filem Korea dengan judul yang sama
Versi asal yang sebenar datangnya daripada telenovela web bersiri ditayangkan pada tahun 2012. Setiap hari apabila Alex bangun pagi, dia akan bertukar tubuh badan yang bukan dirinya tapi kekal dengan roh yang sama. Alex menceritakan perihal dirinya secara berkala di dalam ‘timeline’ Facebook demi mendapatkan pandangan daripada kawan-kawan Facebook-nya. Siri ini memberi peluang kepada berbagai aktor melakonkan “Alex” dengan jiwa lakonan mereka tersendiri.
Tiga tahun selepasnya, produksi Korea mengadaptasikan siri ini dalam bentuk perfileman. Diberi judul the Beauty Inside, ia menampilkan pelakon lelaki Kim Dae Myung sebagai pereka perabot Woo Jin. Pada setiap pagi, Woo Jin akan bangkit dengan jenis tubuh manusia berbeza tak kira umur, jantina mahupun kewarganegaraan. Apabila kerapa kali melihat dirinya berbeza di hadapan cermin, Woo Jin berasa merendah diri dan sukar membiasakan diri. Namun, kehadiran Ji Soo (lakonan Han Hyo Joo) telah mengembalikan keyakinannya dan memastikan dirnya sentiasa mendekati Ji Soo walaupun berubah muka.

Menariknya, versi drama akan menukarkan watak lelaki yang sepatutnya mengalami masalah itu kepada wanita pula.  Seo Hyun Jin akan menonjolkan perwatakan yang berbagai-bagai dalam setiap minggu tersebut. Berdasarkan trailer di bawah, Seo Hyun Jin tetap kekal dengan roh dirinya sebagai Han Se Gye tapi menerusi pandangan orang lain, dia tampil dengan tubuh berbeza. Lebih teruk lagi, lelaki yang dicintainya, Seo Do Jae mengalami prosopagnosia (ketidakupayaan untuk mengenali wajah orang lain) , watak yang di’upgrade’ berbanding adaptasi asal, menyukarkan beliau untuk mengecam Han Se Gye setiap kali mereka bertemu.

3.  Gandingan semula Seo Hyun Jin dengan pengarah tvN Another Oh Hae Young, Song Hyun Wook

Song Hyun Wook dikenali sebagai pengarah yang mampu menonjolkan lakonan aktor dan aktres di bawah kendaliannya. Misalnya, Kim Hae Sook yang memenangi Best Supporting Actress 3rd CARI Kdrama Awards menerusi lakonan sebagai ibu yang banyak songel di dalam tvN Marriage Not Nating di samping lakonan Seo Hyun Jin sebagai Oh Hae Young seperti diungkapkan sebelum ini. Selain kemahiran  memanipulasikan ‘mood’ yang suspens dalam naskah berbentuk komedi romantik, Song Hyun Wook yang pernah tercalon Best Director CARI Kdrama Awards ini akan memfokuskan kepada perubahan riak muka pelakon-pelakon menjadikannya lakonan mereka kelihatan realistik.
Kerjasama kedua-duanya pastinya akan memberikan ‘expectation’ yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Mungkinkah kita akan tergerak sama menghayati kesukaran dialami Hang Se Gye sepanjang mendapati dirinya terpaksa bertukar tubuh badan apabila menemui Seo Do Jae?

4. Lee Min Ki dengan imej ‘poker face’ nya sekali lagi
Tak banyak yang berbeza, watak dibawa oleh Lee Min Ki sebagai pengarah eksekutif syarikat penerbangan, Seo Do Jae mungkin mengingatkan anda pada lakonan Se Hee di dalam tvN Because This Is My First Life yang pandai belaka tetapi mempunyai ekspresi dingin ala-ala robot yang tak berperasaan. Drama ini yang turut dinobatkan drama terbaik (“Drama of The Year”) CARI Kdrama Awards pada tahun lepas telah menaikkan nama Lee Min Ki semula di dalam arena Kdrama setelah sekian lama berkecimpung dalam perfileman. Adakah Lee Min Ki akan menggayakan persona boleh menggamit perasaan anda sekali lagi?

5.  Tampilnya Ahn Jae Hyun sebagai cinta hati buat Lee Da Hae


Lee Da Hee akan menjadi Kang Sa Ra, seorang wanita dengan yang mempunyai kehidupan yang sempurna. Beliau dan Seo Do Jae adalah adik-beradik dari perkahwinan kedua ibu bapa mereka, dan Kang Sa Ra juga seorang wanita dengan penampilan cantik dan mempunyai kehebatan yang mengagumkan. Ahn Jae Hyun pula membawakan watak Ryu Eun Ho, seorang paderi yang prospektif, kehadirannya sentiasa menyenangkan orang-orang disekeliling dan beliau juga sering memberikan aura yang bertenaga. Ryu Eun Ho juga bertindak melindungi rahsia Han Se Gye sebagai teman rapatnya. Bagaimana Kang Sa Ra memastikan Seo Da Jae tak ditipu oleh teman-teman wanitanya kerana penyakit ‘prosopagnosia’ dialaminya menjadi persoalan utama selain hubungan cinta yang mungkin terjalin antaranya dengan Ryu Eun Ho.


6.  16 atau lebih pelakon akan muncul secara ‘cameo’ pada setiap kali episod ditayangkan
Dijangka setiap episod, pelakon baru akan buat kemunculan ‘cameo’ bagi memenuhi tuntutan watak Han Se Gye dengan tubuh yang berlainan. Episod 1 sudah pun mendapatkan pelakon Kim Sung Ryung menjadi Han Se Gye apabila dia kali pertama menemui Seo Do Jae. Bagaimana Seo Do Jae yang tak boleh mengingati rupa seseorang yang ditemuinya sebelumnya menggunakan kelebihan isi hati untuk terus mengecam Han Se Gye di sebalik rupa orang lain? Inilah saat yang dinanti-nantikan para peminat tentang kisah cinta yang berputik tanpa bergantung pada rupa semata-mata.


Drama “The Beauty Inside” akan mengisi slot drama Isnin-Selasa jam 11 malam mulai 1 Oktober ini di cenel tempatan Korea. Bagi penonton antarabangsa, anda boleh menikmati tayangan menerusi Neflix.



Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2018 04:17 PM | Show all posts
@wima  @idakamaruddin @thafly @masdiana-ana

calling 2x tgk drama ni
tayang start minggu depan
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2018 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
dauswq replied at 28-9-2018 04:17 PM
@wima  @idakamaruddin @thafly @masdiana-ana

calling 2x tgk drama ni

menariknya baca pasal cite ni...
mmg x sabar nk tgk.. tp kalau under netflix ni mesti sub lambat ek..

iols nk tunggu abih tyg dulu cadangnya...hihi..
kalau mampu nk tunggu la...
kalau baca komen best gile...iols lyn terus..
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2018 08:57 PM | Show all posts
wima replied at 28-9-2018 08:27 PM
menariknya baca pasal cite ni...
mmg x sabar nk tgk.. tp kalau under netflix ni mesti sub lambat  ...

tak best la nnt tak moyan stp episod kuar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-10-2018 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Okaaayyy.. aku ikut rapat cite ni.
1st epi yg impressive.. seo hyun jin cantik dlm cite ni..
mls sbnrnya nak follow cite yg ongoing tapi disebabkan seo hyun jin ku relakan
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2018 10:24 AM | Show all posts
saper dah tgk 1st ep? tlg bg review plis...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-10-2018 10:07 AM | Show all posts
udah tgok episode 1 smlm, best. iolss memang minat dgn Seo Hyun Jin lepas drama Another Miss Oh. Lee Min Ki pun iolss minat.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2018 12:06 PM | Show all posts
check in.. dah habis tayang nt iolls tgk
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2018 12:24 PM | Show all posts
awal lagi nak tgk citer ni..nantilah tunggu 10 epi baru tgk..
btw citer ni x tayang kat Netflix tapi ada kat viu..so sub kuar awal..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2018 02:06 PM | Show all posts
iols baca sinopsis dia mcm pening jaaaaa..


jd iols kiv dlu yg niii



review 1st epi dlu pleaseee
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2018 09:32 AM | Show all posts
takde yang tgh layan drama ni ke?
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2018 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Lorra2411 replied at 10-10-2018 09:32 AM
takde yang tgh layan drama ni ke?

Ada..baru layan 1 epi..best ler
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2018 10:11 AM | Show all posts
Lorra2411 replied at 10-10-2018 09:32 AM
takde yang tgh layan drama ni ke?

iols dah tgk gak epi 1 sikit..boleh la layan...tapi drama lain pun tgh dalam waiting list gak nak ditonton nih..tunggu review uols dulu best ke tak la gini..baru worth it nak donload..hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2018 10:18 AM | Show all posts
dauswq replied at 28-9-2018 04:14 PM
6 Trivia Menarik tentang drama terbaru jtbc The Beauty Insideby        daus    ·                    ...

sinopsis cite asal tu cam sama dengan buku cerita Everyday by author David Levithan..iols ada baca buku cite ni..sebijik cam ni lah citenya..muvinya pun dah ada released gak awal tahun hari tu kot..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2018 12:54 PM | Show all posts
byk sgt drama baru kuar skrg ni..so tgk 1 episod dulu..sambung tgk mana yg menarik perhatian je..utk drama ni nanti sambung tgk balik lepas kerja..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2018 05:03 PM | Show all posts
xyla73 replied at 10-10-2018 12:54 PM
byk sgt drama baru kuar skrg ni..so tgk 1 episod dulu..sambung tgk mana yg menarik perhatian je..utk ...

aku dah tgk kedua-dua episod pertama ni.
jalan cerita macam agak messy sikit wlpn cuba dibantu dgn teknik pengarah oh hae young ni.

hopefully it keep getting better utk episod 3 seterusnya.



Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2018 02:50 PM | Show all posts
Citer dia best... walaupun hero xde la hensem sgt, tapi jalan citer dia menarik. 1st ep aku dah terkekek2 gelak bila dia tukar jadi laki masa malam award tu..

so far dah rempit 4 eps.. looking forward to the new eps minggu depan..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2018 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tgk sampai episod 3 setengah..rasa x mampu nak sambung lagi..so far blm ada wow factor lagi utk sambung tgk..so put on hold dulu..nanti2 kalau rajin baru sambung..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 02:23 AM GMT+8 , Processed in 0.070015 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list