CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: matz_rockz

anything to share,your thoughts,feelings anything under the sun....

[Copy link]
Post time 27-5-2005 03:33 PM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 26-5-2005 11:01 PM:



:siok::siok::ketuk::ketuk:



kena tifuuuuuuuuuuuuuu :nana:

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2005 03:45 PM | Show all posts
Originally posted by myra81 at 01-04-2005 15:33:



kena tifuuuuuuuuuuuuuu :nana:



sukanya nyra dapat tifu orang....:nana::nana:
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2005 05:11 PM | Show all posts
Originally posted by iansuryani at 27-5-2005 03:45 PM:


sukanya nyra dapat tifu orang....:nana::nana:


i likeeeeeeeeeeeeee lol
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2005 08:06 PM | Show all posts
Originally posted by iansuryani at 27-5-2005 02:47 PM:
Think . . .

A man came out of his home to admire his new truck. To his puzzlement,
his three-year-old son was happily hammering dents into the shiny paint.
The man ran to his son, kno ...




commit suicide????   Siot, dia dah penyekkan tangan budak tu, abis tu nasik tambah dia pegi suicide...::
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2005 08:08 PM | Show all posts
Originally posted by iansuryani at 27-5-2005 03:45 PM:


sukanya nyra dapat tifu orang....:nana::nana:




aku baca serious weii... aku ingat ni kes agama sesat ke, kes ustaz motor ke...
last2 kena bubble


:dia: Myra   
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2005 09:51 PM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 01-04-2005 20:08:




aku baca serious weii... aku ingat ni kes agama sesat ke, kes ustaz motor ke...
last2 kena bubble


:dia: Myra   


sabar DEP sabar....jadi macam aku sabar je....
lol:lol
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2005 10:23 PM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 27-5-2005 08:08 PM:




aku baca serious weii... aku ingat ni kes agama sesat ke, kes ustaz motor ke...
last2 kena bubble


:dia: Myra   



alah abg deppp.....rilek ah....
myra pun memula kena tifuuu....siap pikir...eh...betul ke ada kluar dlm rancangan Hanyut tu.....:stp:

kita sama2 kena tifuuuuuuuu lah....

:music:tipah tertipu tertipu tipu tertipah :music:
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2005 10:20 AM | Show all posts
>>>Seorang pemuda hensome yang sedang mabuk, berjemur di pantai tanpa
>>>pakaian menutup tubuhnya. Ketika dia melihat seorang anak gadis
kecil
>>>lebih kurang berumur 7 tahun berjalan melintasinya, dengan pantas
dia
>>>menutup bahagian tubuhnya yang tertentu dengan buku yang sedang
>>>dibacanya.
>>>
>>>
>>>
>>>Kerana hairan, anak gadis kecil itu berkata, "Abang, apa abang tutup
>>>dengan buku tu?" tanya gadis kecil sambil menunjuk ke arah buku.
Kerana
>>>malu, pemuda itu menjawab, "Ah tidak ada apa-apa. ini hanya seekor
burung
>>>pipit?"
>>>
>>>
>>>
>>>"Seekor burung pipit?" tanya gadis itu kebingungan. "Betul, hanya
seekor
>>>burung pipit," jawab pemuda lebih tegas. Setelah gadis kecil itu
pergi
>>>berlalu, si pemuda kembali membaca buku sambil meneguk minuman
kerasnya.
>>>Tak lama kemudian, si pemuda tertidur.
>>>
>>>
>>>
>>>Ketika terbangun, dia berada di hospital dan merasa sakit yang amat
>>>sangat. Seorang polis menanyainya, "Apa yang terjadi?" "Saya tidak
tahu.
>>>Saya sedang berjemur di pantai, lalu ada gadis kecil bertanya
sebentar
>>>dan tidak lama setelah dia pergi saya tertidur dan kini tiba-tiba
berada
>>>di sini. Polis itu pergi ke pantai mencari gadis kecil dan bertanya,
"Apa
>>>yang kamu lakukan terhadap lelaki yang sedang berjemur itu tadi?"
>>>
>>>
>>>
>>>Gadis kecil itu menjawab, "Saya tidak melakukan apa-apa terhadap
abang tu
>>>pon. Cuma waktu dia tidur, saya main dengan burung pipitnya. Tapi
tidak
>>>lama kemudian, burung itu meludahi muka saya, kerana itu saya
patahkan
>>>leher dan paruhnya, saya pecahkan telur-telurnya & saya bakar
sarangnya!"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2005 05:07 PM | Show all posts
RAHSIA MEMOTONG KUKU

RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat
kukunya pada ;


* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya
penyakit


* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan


* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat


* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit


* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya
kepapaan.


* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh
dari penyakit.


* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan
oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.
Reply

Use magic Report

matz_rockz This user has been deleted
 Author| Post time 3-6-2005 02:43 PM | Show all posts
And the moral of the story is....


A married couple in their early 60s were out celebrating their 35th wedding anniversary in a quiet, romantic little restaurant. Suddenly, a tiny yet beautiful fairy appeared on their table and said, "For being such an exemplary married couple and for being faithful to each other for all this time, I will grant you each a wish."

"Ooh, I want to travel around the world with my darling husband" said the wife. The fairy moved her magic stick and - abracadabra! - two tickets for the new QM2 luxury liner appeared in her hands.

Now it was the husband's turn. He thought for a moment and said: "Well this is all very romantic, but an opportunity like this only occurs once in a lifetime, so, I'm sorry my love, but my wish is to have a wife 30 years younger than me".

The wife, and the fairy, were deeply disappointed; but a wish is a wish.

So t he fairy made a circle with her magic stick and - abracadabra! - the husband became 92 years old.

The moral of this story.....

Men might be ungrateful idiots....But fairies are......female.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2005 02:49 PM | Show all posts
[color=Red]HAJI Kaki Kelentong

Al-kisah ada seorang businessman yang kaya raya bernama Hj.Teepo. Apa saja nama bisnes atas muka bumi ini, dia ada. Sayang, kekayaannya Hj.Teepo adalah sebahagian besar hasil penipuan  dan putar alamnya dalam bisnes. Sahamnya berpuluh juta, hasil penipuan. Tanah beribu hektar, pun hasil tipu. Wang beratus juta juga, tipu punya  hasil.  

Puas isterinya memberikan kaunseling agar Hj.Teepo berhenti menipu, namun tak dihiraukannya. Kerana makan terlalu banyak dan mewah, dinner tiap-tiap malam (orang belanja of course), exercise tarak, satu hari Hj.Teepo disahkan oleh doktor mengidapi penyakit barah dan disahkan akan padam dalam masa sebulan. Maka teramatlah hiba hati Hj.Teepo nak meninggalkan dunia ini, tambah pula  
mengenangkan segala aktivitinya selama ini.  

Maka dipanggillah anak isterinya untuk berwasiat. kain yang dah buruk, koyak pun tak apa, buat  kain kapan aku. Aku dah banyak merasa kemewahan didunia ini. Biarlah kain buruk yang ku bawa ke akhirat," jelas Hj.Teepo dengan genangan air mata "Kenapa begitu bang?" tanya isterinya. "Saja aku nak merasa pakai kain buruk pula," jawabnya lagi. Isterinya terdiam, tapi hatinya berbisik, Syukurlah, walau dah agak terlambat, ada juga kesedaran dan keinsafan dihati suamiku."  

Maka tempoh sebulan cuma tinggal 24 jam lagi. Dengan wajah sugul, Hj.Teepo berbaring dikamarnya. Kain putih yang dah lusuh dan terkoyak sana sini telah siap disediakan. Untuk terakhir kali, siisteri menghampiri Hj.Teepo. "Bang", bisiknya perlahan. "Buat kali terakhir sebelum abang meninggalkan kami, berilah tahu kenapa abang nak dikapankan dengan kain yang dah buruk. Sedih saya melihat keadaan kain itu bang. Apakah abang telah insaf dan bertaubat dengan perbuatan abang selama ini?"  

Hj.Teepo merenung isterinya lama-lama dan bersuara, "Baiklah, mari rapat kepadaku" Isteri Hj.Teepo terus  menghampiri suaminya. Dengan nada yang sedih Hj.Teepo bersuara, "Yang, you pun tahu, terlalu banyak dosa yang I lakukan selama ini. Berapa ramai orang yang dah I kelentong. Jadi cukuplah kemewahan yang I rasakan.Biarlah I dikebumikan dengan kain buruk saja." Isterinya masih ragu-ragu. "Apakah abang fikir dosa-dosa abang boleh diampunkan dengan berkain kapan yang buruk begitu?" tanyanya lagi.  

"Bukan begitu Yang. Kalaulah abang pakai kain kapan yang buruk, nanti Malaikat Mungkar dan Nakir fikir abang dah lama mati. Mereka juga akan fikir abang dah kena soal. Taklah nanti mereka soal abang lagi. Jadi selamatlah abang...."  

"Astaghfirullahhal'aziiiiiiiiiim" isteri Hj.Teepo terus terlentang kerana terkejut beghok dengan penjelasan suaminya.

DASAR MORAL: didunia dah lerr kelentong orang..kat kubor pun nak kelentong malaikattt...siapppp lerrr...????
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2005 02:50 PM | Show all posts
>Mak Minah & Pak Mat ada 4 org anak perempuan yang sangat disayangi
>iaitu Siti, Seri, Murni & Suri. Satu hari mereka berpakat utk
>kawinkan anak2 ni serentak. Selepas selamat diijabkabulkan, keempat2
>anak tu pun bercadang untuk pegi honeymoon. Siti pegi honeymoon ke
>Pulau Langkawi, Seri ke Pulau Tioman, Murni ke Pulau Kapas & Suri ke
>Pulau Pangkor.
>
>Sebelum pegi Mak Minah & Pak Mat berpesan, "nanti jgn lupa hantar
>berita pada mak & ayah. Ceritakan macam mana honeymoon korang. Tak
>payah tulis panjang2, pakai kod iklan aja dah cukup. Ringkas, padat
>& cepat" panjang lebar Mak Minah memberi arahan pada anak2nya.
>
>Seminggu lepas tu depa terimalah surat dari Siti yang bertulis
>'Standard Charted'. Tercari2lah ke2 suami isteri ni iklan Standard
>Chartered dan bila jumpa tersenyum le kedua2nya membaca iklan yang
>bertulis "Besar, teguh & peramah"... Bahagialah Si Siti rupanya...
>
>Esoknya terima pula surat Seri yang bertulis 'Nescafe'. Carilah
>iklan Nescafe & tersenyum lagi ke2nya membaca iklan yang bertulis
>"Nikmatnya hingga ke titisan yang terakhir"... Bahagialah Si Seri
>rupanya...
>
>Selang beberapa hari kemudian, tiba pula surat Murni bertulis KFC'.
>Carilah iklan KFC & tersenyum ke2nya membaca iklan yang bertulis
>'Hingga Menjilat Jari'... Bahagialah Si Murni rupanya...
>
>Seminggu berlalu, tiada surat dari Suri, Mak Minah & Pak Mat dah
>risau. Dua Minggu... tak ada jugak... masuk minggu ke3 baru sampai
>surat dari Suri dengan isi kandungannya "AIR ASIA". Bergegas le Mak
>Minah cari iklan penerbangan tu sbb tak sabar nak tau apa yg jadi
>kat anak bongsunya. Bila dibaca..... Mak Minah & Pak Mat terkulat2
>tak tau nak senyum atau menangis....                                 
>       Apa motto iklan itu ????????????? ..........................
>
>....7 KALI  SEMINGGU... 3 JAM SEKALI.... NON-STOP!!!!!
Reply

Use magic Report

matz_rockz This user has been deleted
 Author| Post time 5-6-2005 07:17 AM | Show all posts
Try this its actually quite good.


                           But don't cheat!


            Count the number of F's in the following text:





                        FINISHED FILES ARE THE
                     RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
                        STUDY COMBINED WITH THE
                          EXPERIENCE OF YEARS




                              Managed it?


             Scroll down only after you have counted them!












                                  OK?


                               How many?







                                Three?









                    Wrong, there are six - no joke!



                              Read again!




                        FINISHED FILES ARE THE
                     RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
                        STUDY COMBINED WITH THE
                          EXPERIENCE OF YEARS



                   The reasoning is further down...

                The brain cannot process the word "OF".


                          Incredible or what?

       Anyone who counts all six F's on the first go is a genius
                           Three is normal.



Now forward this to all of your friends and back to the person who sent
it to you, but for the subject write if you got it right or wrong. And
please
     don't lie because it will spoil all the fun of this forward!
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2005 09:21 AM | Show all posts

Informasi utk dikongsi

1. To make someone (your husband, your children) think of you all the time :
Read the Al-Fatihah 14 times before going to sleep.

2. For terminal diseases:
Read the Al-Fatihah 41 times and blow it in the water. Drink and take a bath with that water.

3. For the mentally ill:
Read the Al-Fatihah 7 times while rubbing the person's head once in the morning and once at night, everyday without fail.

4. When in extreme pain:
Read the Al-Fatihah 3 times and blow it in a glass of water and drink it. Then, read the Al-Fatihah while rubbing the area that is in pain.


5. For babies who cry at night or at any time:
Read the Al-Fatihah 7 times while rubbing the baby's head.

6. For injury :
eg: Cut, Bee sting, Bleeding, Finger got slammed by the door..
Read the Al-Fatihah 3 or 7 times, using your thumb, take your saliva from the "langit-langit" of your mouth and rub it onto the injured area.


All of the above INSYAALLAH will work with several conditions:

Believe that the Al-Fatihah is the best cure for everything.

Read it with full "khusyuk"(concetration).

Tawakal to Allah.

And use it with GOOD "niat" /intentions.




Untuk yg berhajat:
(percepatkan jodoh, memanjangkan jodoh, dikurniakan cahaya mata, sembuhkan penyakit, elakkan dari malapetaka, diampunkan dosa dan sebagai nya)

*Dilakukan pada hari Jumaat selepas sembahyang Asar sehing galah masuknya waktu Maghrib.

*duduk menghadap kiblat

*lakukannye dgn khusyuk dan yakin yg Allah akan membantu kita

*Baca lah Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Allah berulang-ulang sepanjang panjang kita duduk selepas sembahyang asar sehinggalah masuknye waktu maghrib.

*Masuk sahaja waktu Maghrib, di kala the first "Allahuakbar" dilaungkan, teruslah angkat tangan dan berdoa kepada Allah yg MAHA berkuasa dgn apa yg dihajati.

*Buat sebanyak 3 Jumaat berturut turut. Mintak lah yg baik-baik. Niat biar baik. InsyaAllah akan dimakbulkan oleh Allah. Wallahualam.



Notes taken fm Ust Fatma's last lecture session - by a friend.
Untuk awet muda both internal & external.

1. Zikir - Baca

" Ya Badiyah " 1 x

" Ya Nur " 1 x

" Ya Hadi " 1 x

" Ya Allah " 3 x

Baca dan tiup ke tapak tangan dan sapu ke raup muka kita pada tiap hari.

2. Baca ayat Al Waqiah , ay at ke 35,36,37 dan 38 pada tiap selepas sembahyang subuh ke air dan minum ( air rawatan dalaman to look young and feel young inside ) Insyaallah apa yang kita amal dan ikhtiar di rahmati dan di redha Allah..

3. Baca Al Waqiah tiap tiap hari sebelum tidur kita akan kaya dengan ketenangan jiwa.

4. Baca Al Waqiah Ayat 19 untuk yang selalu sakit kepala.

Wassalam.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2005 09:23 AM | Show all posts

Tempahkan Sebuah Bilik di NERAKA jahanam

Mungkin korang pernah terbaca cerita ni di mana2...atau di sini...pada yg belum bacanya..moga2 ianya menjadi satu panduan utk hidup kita di dunia Allah s.w.t. ni...

Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata. Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya.

"Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan l iar kaum lelaki...." nasihat orang tua itu.


Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. "Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?"

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat.

"Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang bu ruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda itu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh m enimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.

Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan mempersendakan atau ejekan.

Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh ala m. Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh.

Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodohitu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan. Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang di lakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu.

Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang menjadikan bumi ini. Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah swt. Taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan ba gi hamba-hambaNya di muka bumi ini.

Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan kekuatan agar sentiasa dapat menjaga lidah kita.


*Dipetik dari majalah Iskandariah Mesir 'MANAR ISLAM'
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2005 09:39 AM | Show all posts

renunglah bersama..

Bahagiakah Perkahwinan Hanya Kerana Cinta?

Bahagiakah perkahwinan hanya kerana cinta???

Barangkali kisah ini boleh menjadi renungan bagi kita, terutamanya yang ingin berumah tangga :

Alkisah, seorang pemuda miskin bernama Jamil, berasal dari Benut, Pontian. Keluarganya hanyalah keluarga sederhana, Tidaklah disebut miskin. Ayahnya sehari-hari bekerja sebagai tukang jahit di kampungnya. Karena kegigihannya, Jamil berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke UTM walaupun dengan perbelanjaan seadanya.

Semasa semester 3 di kampus, Jamil jatuh hati pada seorang gadis bernama Ayu Sofea, juga sama-sama kuliah di fakulti yang sama. Ayu adalah putri seorang tokoh korporat ternama di daerah Johor Bahru dan juga keturunan diraja. Walaupun secara ekonomi, mereka jauh berbeza,namun itu tidak menghalang keduanya untuk saling mencintai.

Ayah Ayu yang mengetahui putrinya begitu mencintai pemuda dari keturunan biasa, tak mampu mencegah gelora cinta putrinya. Maka setelah keduanya lulus, pernikahan keduanya pun diselenggarakan dengan meriah.
   
Pesta besar-besaran diadakan untuk mengiringi pernikahan. Ayah Jamil yang tak punya banyak harta, hanya dapat memberikan bantuan sumbangan pakaian, langsir,sarung  bantal, yang semuanya dibuat dan dijahit sendiri khas untuk pernikahan anaknya. Bahagiakah Ayu bersanding dengan Jamil ?

Ternyata kebahagiaan mereka tidak berlangsung lama. Tibalah saatnya malam pengantin tiba. Mereka berduapun memasuki peraduan dengan bahagia. Namun,ketika Jamil membuka pakaiannya dan tinggal hanya memakai seluar dalam, berteriaklah Ayu dengan kuat, sebelum akhirnya pengsan tak sedarkan diri. Jamil masih dalam kebingungan dan tidak tahu kenapa isterinya
histeria dan pengsan.

Dilihatnya seluar dalam yang dipakai. Aduh...

Jamil lupa yang seluar dalam itu  dijahit oleh ayahnya, dibuat dari  kain bekas bungkus tepung gandum. Di tengah seluar dalam itu masih terpampang jelas tulisan,"BERAT BERSIH 25 KG".

Sudah tentulah  Ayu terus pengsan melihatnya. Ayu tidak dapat membayangkan seberapa besar isinya dengan berat sebegitu.


  -THE END-
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2005 10:03 AM | Show all posts
Originally posted by virgomal at 13-6-2005 09:39 AM:
Bahagiakah Perkahwinan Hanya Kerana Cinta?

Bahagiakah perkahwinan hanya kerana cinta???

Barangkali kisah ini boleh menjadi renungan bagi kita, ter ...


Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2005 10:08 AM | Show all posts
Kenapa aku diuji?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja
mengatakan; `kami telah beriman,' sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yg dusta." (Al-Ankabut : 2-3)

Kenapa aku tak dapat apa yg aku idam-idamkan?
"boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)

Kenapa ujian seberat ini?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)

Kecewa?
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." (Al-Imran : 139)

Bagaimana harus aku menghadapinya?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." (Al-Imran : 200)

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45)

Apa yang aku dapat drpd semua ini?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka..." (At-Taubah : 111)

Kepada siapa aku berharap?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (At-Taubah : 129)

Aku tak dapat tahan!!!
"... dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." (Yusuf : 12)
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2005 10:47 AM | Show all posts
Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah... dan kebanyakannye sama..terpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul.jadi disini kite akan cube untuk menukarkan jawapannye (tak le korang boring sangat kalujadi operator)


1.soalan: haloo.may i speak to ain please?
jawapan: maap.sini bukan balai polis.

2.soalan: haloo, siapa disana?
jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..

3.soalan: haloo,boleh saya bercakap ngan bapak awak?
jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.

4.soalan: haloo,boleh sambungkan ke nombor 323?
jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.

5.soalan: haloo,mak ade rumah?
jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.

6.soalan: haloo ain,buat ape tu?
jawapan: kan ke saya tengah bercakap ngan awak kat tepon ni..

7.soalan: boleh saya bercakap ngan ain ?
jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan
perkhidmatannye... .time kacih.

8.soalan: haloo.tolong panggilkan ain. saya nak bercakap dengannye.
jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap

9.soalan: halloo... ...
jawapan: haloo.pusat sakit mental disini.anda ingin mendaftar?

10.soalan: haloo.saya nak tumpang bertanya...
jawapan: maap.ini bukan kaunter pertanyaan.

11.soalan: haloo.betul ke ini nombor 3234412?
jawapan: sila dail sekali lagi.kalu saya masih menjawab betul le tu.

12.soalan: assalammualaikum...
jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajib)
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2005 11:03 AM | Show all posts

Peringatan bagi kaum Lelaki - sumber diterima dari email... selamat membaca

Subject:  Fw: Haram lelaki Islam berjual beli sebaik azan Jumaat


Dalam Kuliah Feqah yang disampaikan oleh Y.Bhg Tn Hj Arshad (Bekas Ketua Hakim Mahkamah Syariah N.Sembilan) di Surau Alamanda pada Jumaat 6 Mei 2005 yang lalu, seorang jemaah telah bertanya pada beliau mengenai hukum mereka yang berniaga di kawasan masjid pada hari Jumaat.

Tn Hj Arshad menjelaskan adalah Haram lelaki Islam berjual atau membeli barangan sebaik sahaja azan pertama Jumaat dilaungkan bukan sahaja di perkarangan masjid malah dimana-mana jua hatta di pasaraya , restoran dan sebagainya. Walaupun mereka yang berjual beli ini tidak mendengar azan tetapi ianya tetap haram kerana kita sudah ada segala kemudahan sekarang dengan jam, radio, takwim dan sebagainya untuk menentukan bila masuk waktu.

Lelaki Islam yang menjual haram dan lelaki Islam yang membelinya juga haram. Tetapi tidak haram jika yang menjualnya wanita Islam dan membelinya wanita Islam. Tidak haram jika yang menjualnya wanita Islam tetapi haram jika membelinya lelaki Islam.

Di Masjid Bandar Baru Senawang ada seorang sahabat yang lengkap berjubah putih dan berserban menjual air soya di luar perkarangan masjid. Ketika azan pertama dilaungkan hingga khutbah dibaca, penjual dan pembeli sedang sibuk berjual beli. Ini adalah haram kalau mengikut penjelasan Us Arshad.

Bayangkan orang Islam lelaki yang sedang menikmati makan tengahari jam 1:20 tgh di KFC sementara menunggu solat Jumaat atau minum cendol di benteng, sumber rezekinya Halal tetapi waktunya Haram. Itu yang yang hendak menunggu solat Jumaat, apatah lagi yang langsung tak solat Jumaat.

Ini adalah berdasarkan Firman Allah s.w.t. :

"Wahai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk kamu menunaikan sembahyang pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingati Allah dan meninggalkan jual beli. Yang demikian itulah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui".

Surah Al-Jumu'ah, ayat 9

Hanya sekadar menyampaikan apa yang didengar melalui Kuliah Feqah. Untuk pertanyaan lanjut boleh berjumpa Tn Hj Arshad Imam Masjid Bandar Baru Senawang.

Wassalam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:12 AM GMT+8 , Processed in 0.065903 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list