CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1188|Reply: 2

[Politik] Penyanyi Pujaan Laba kena denda CHUOULLSS

[Copy link]
Post time 20-12-2018 10:20 AM | Show all posts |Read mode
SENI & HIBURAN
Penyanyi Bobo Di Mana kena denda tak bayar GSTDiterbitkan 19 Dis 2018, 3:46 petang  |



A+     A-


[size=1.25em]Ahli perniagaan, Nur Sajat, didenda RM2,700 oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini selepas mengaku salah terhadap tiga pertuduhan gagal mengemukakan penyata Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada Ketua Pengarah Kastam Malaysia.
[size=1.25em]Hakim Rofiah Mohamad turut memerintahkan penyanyi lagu Bobo Di Mana itu dipenjara enam minggu sekiranya gagal membayar denda.
[size=1.25em]Nur Sajat, 33, yang hadir ke mahkamah memakai blouse merah, berseluar hitam dan berkasut tumit tinggi membayar denda tersebut.
[size=1.25em]Mengikut pertuduhan, Nur Sajat - atau nama penuhnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman - sebagai orang kena cukai di bawah Akta GST 2014 gagal mengemukakan penyata terbabit dalam tempoh ditetapkan bagi tempoh bercukai ditetapkan mengikut Seksyen 41(1) Akta GST 2014:
[size=1.25em]* Mulai 1 April 2015 hingga 30 Jun 2015
[size=1.25em]* Mulai 1 Okt 2015 hingga 31 Dis 2015, dan
[size=1.25em]* Mulai bermula 1 Dis 2016 hingga 31 Mac 2016.
[size=1.25em]Nur Sajat didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Kompleks Kastam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Kelana Jaya, Petaling Jaya, antara 22 Okt 2015 hingga 16 Jun 2016.
[size=1.25em]Dia dihukum mengikut Seksyen 41 (6) Akta GST yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
[size=1.25em]Pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa JKDM, Noor Asyikin Md Rodhi, sementara ahli perniagaan itu tidak diwakili peguam.



[size=1.25em]Terdahulu, Nur Sajat selaku orang kena saman memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan atas alasan dia tidak mempunyai pengetahuan mengenai GST ketika kejadian.



[size=1.25em]"Saya minta maaf dan mengakui saya tiada pengetahuan tentang GST, staf saya sentiasa bertukar dan tidak mahir tentang GST sebab itu saya gagal mengemukakan penyata tersebut," katanya.
[size=1.25em]Noor Asyikin pula memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada Nur Sajat dan masyarakat.
[size=1.25em]Sementara itu, Nur Sajat ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata ini merupakan pertama kali dia dihadapkan ke mahkamah dan telah pun selesai membayar denda.
[size=1.25em]"Saya hanya lewat hantar report (penyata) sahaja bukan tidak bayar GST, staf ketika itu baru, jadi kami terlepas pandang. GST diperkenalkan pada 2014 dan tahun itu juga saya baru mulakan perniagaan," katanya.
[size=1.25em]- Bernama



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-1-2019 12:43 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2019 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts
masih tangan lelaki .... neckline nampak jelas ..... selalu nya i jumpa ramai wanita cantik tetapi ramai tidak peduli tentang neckline ...rimas i walau pun cantik ..... i bukan lesbian sebab nampak seperti kecantikan yang bukan perfect ....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 10:15 PM GMT+8 , Processed in 0.915552 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list