CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4019|Reply: 0

[Jenayah] GLV Venture AKA UB Solutions Berhad Aktif Mencari Mangsa.

[Copy link]
Post time 10-2-2019 10:40 PM | Show all posts |Read mode
Salam,

Hari Selasa 05 Feb 2019 aku dapat panggilan daripada seorang perempuan (011-1076 1784) yang mana dia cakap dia daripada agensi perlancongan (GLV Venture) bagitau syarikat dia (masih baru dan milik bumiputra katanya) nak bagi baucer Theme Park percuma. Dia suruh datang ke Hotel Goldcourse Klang pada 09 Feb 2019 pukul 2pm utk pemberian dan keterangan tentang baucer tersebut. SMS invitation adalah seperti dibawah:

*************************************************


Jemputan untuk pengambilan voucher Taman Tema Air Sempena Menyambut Tahun Baru Cina secara PERCUMA berlangsung hanya 45 minit sahaja.
Name : A**** F**** bin M******d
Tarikh : 9/2/2019
Hari : Saturday
Masa : 2 pm
Venue : Goldcourse Hotel 9,Jalan Pasar Kws 18 41300 Klang Selangor.
HALL : Diamond 1 level 7
Code jemputan:
Kod no: SSS5956M

SILA HADIR BERSAMA PASANGAN JIKA BERKAHWIN

*************************************************
Sebelum aku datang sini aku ada la google jugak pasal GLV Venture tapi xde result. Maknanya diorang pandai tukar2 nama syarikat (temporary) la utk mengaburi orang ramai.

Masa aku mula2 sampai sana aku kena daftar kedatangan la dan isi satu borang ringkas maklumat peribadi. Kemudian kena tunggu sebentar sblm aku dipanggil oleh sorang perempuan berumur 33 tahun. Waktu permulaan mmg baik la diorang layan. Mcm member rapat gitu diorang ajak bersembang utk sesi perkenalan. Masuk dalam hall dia, aku duduk semeja la dgn budak pompuan yang nak interview aku tu. Belakang aku lak ada satu banner besar bertulis EASY RHB. Aku pun rasa pelik gak la tp aku layan je sbb nak tahu apa menda diorang buat.

Selesai sesi perkenalan, si pompuan ni suruh aku gi ke meja hadapan utk cetak EPF Statement. Terkejut jugak aku. Kenapa nak kena keluarkan EPF Statement?. Diorang kata utk semak kelayakan. Aku tanya lagi semak kelayakan utk apa?. Diorang ckp kelayakan utk baucer dan lain2. Aku berkeras tak mahu keluarkan EPF Statement dengan alasan itu adalah confidential. Mula2 diorang paksa jugak tp aku tetap dgn keputusan aku dan aku suruh diorang terangkan dekat aku dulu baru boleh keluarkan EPF Statement. Mereka mengalah.

Dekat sejam jugak perempuan terangkan dekat aku pasal business dia ni. Mmg xde kena mengena langsung dengan baucer Theme Park yang diceritakan dalam telefon sebelum ini. Semuanya pasal membership je. Last2 sekali aku kata tak minat. Pompuan tu tak puas hati. Dia panggil 2 orang lelaki utk brainwash aku tetapi tidak bejaya. Aku tetap tidak berminat.

Utk pengetahuan korang, membership diorang ni bukan murah. Mau makan belas2 atau puluh2 ribu. Sbb tu ada banner EASY RHB supaya si mangsa ni boleh buat loan utk jadi membership ni.


Membership diorang ni menawarkan:
1. Passive income RM1,000 sebulan selama setahun. Goyang telur je duit masuk tiap2 bulan.

2. Percuma baucer/booklet penginapan di hotel 4/5 bintang bernilai anggaran 30k. Termasuk baucer maintenance kereta bernilai ribu2 jugak.

3. Dapat melancong ke dalam/luar negara.
4. Perkenalkan kepada kawan/ahli keluarga dpt bonus RM1,080 sekiranya mereka daftar jadi ahli.

Masa aku nak blah tu diorang ada bagi la baucer seperti yang dijanjikan tapi aku dah rasa ini semuanya scam. Aku tngk dekat baucer tu ada nama company UB Solution Berhad. Maka aku pun google lah company ni. Sekali betul2 scammer da. Dulu taktik diorang guna vending machine. Sekarang baucer theme park pulak.








Korang boleh search dekat google dengan menggunakan keyword ub solution berhad tipu. Dah banyak orang jadi mangsa dan kebanyakan semuanya orang miskin dan orang melayu. Cara diorang adalah menyuruh mangsa buat loan RHB Easy direct melalui diorang. Kesian aku dekat orang yang jadi mangsa ni. Yang kaki penipu pun melayu jugak.


Link 1: http://fahzalshahrel.com/blog/be ... lokasi-berbaloi-ke/
Link 2: https://forum.lowyat.net/topic/4017505/all

P/S: Sorry mod, hamba tak tau nak post dekat mana.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 12:56 PM GMT+8 , Processed in 0.100172 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list