CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3698|Reply: 25

[Tempatan] Prof Mohammad Agus nyatakan kekecewaan dgn kencingan Pakatan Harapan

  [Copy link]
Post time 5-5-2019 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
SETELAH SETAHUN PEMERINTAHAN PH, JIKA PARLIMEN DIBUBARKAN SEKARANG, PARTI MANA PILIHAN SAYA?

1. Setahun yang lalu, rakyat meletakkan harapan tinggi kepada kerajaan PH untuk membawa pembaharuan kepada negara.  Rakyat mahu isu 1MDB diselesaikan, rasuah dihapuskan, urus tadbir negara diluruskan, reformasi institusi dilaksanakan, hak politik mereka dihormati, dan paling utama bebanan kos hidup menurun.

2. Namun, menghampiri setahun rakyat kecewa. Kekalahan PH di tiga PRK adalah bukti kekecewaan tersebut. Rakyat menghantar mesej kepada kerajaan PH.

Mengapa rakyat kecewa?

3. Rakyat kecewa kerana perlahannya tindakan reformasi kerajaan, lambatnya tindakan kerajaan menyelesaikan skandal 1MDB, kecewa kerana harga komoditi sawit dan getah jatuh teruk, kecewa kerana menteri PH kerap mengeluarkan kenyataan yang bercanggah sesama mereka, kecewa pemansuhan GST tidak menurunkan kos hidup dan harga barang, kecewa kerana kerajaan PH mengubah kaedah bayaran PTPTN dari janji asal manifesto mereka, dan kecewa kerana kurangnya peluang pekerjaan.

4. Selain itu, rakyat juga kecewa kerana kerajaan PH meneruskan dasar kerajaan dahulu yang tidak sesuai seperti meneruskan harga mingguan minyak dan AES, kecewa dengan keadaan ekonomi negara yang tidak menentu, dan paling utama kecewa dengan iltizam politik PH dalam melaksanakan janji manifesto PRU-14nya.  

Bagaimana reaksi PH apabila dikritik?

5. Reaksi PH mudah. Mereka meminta rakyat bersabar dan memberi peluang kepada kerajaan PH. Kata mereka, kerajaan PH ini ibarat bayi yang baru setahun, takkanlah hendak mengharapkan bayi ini terus berlari. Kata mereka lagi, banyak hal perlu diselesaikan oleh kerajaan untuk memastikan segala janji dapat ditunaikan.  Ini kerana PH mengambil alih pentadbiran yang sudah rosak. Bila sudah rosak, maka ini memakan masa untuk memperbetulkan semuanya.

6. Tidak hanya itu, PH juga menyatakan faktor utama manifesto tidak dapat dilaksanakan adalah disebabkan negara ketiadaan wang.  Ini kerana wang negara telah banyak dirembat oleh kerajaan kleptokrat terdahulu. Atas hujah ini, kerajaan PH meminta rakyat faham dan bertimbang rasa.

Setelah meneliti hujah kedua-dua pihak, parti mana pilihan saya?

7. Saya melihat kedua-dua parti PH dan parti oposisi mempunyai hujah masing-masing. Tetapi jika dikehendaki memilih parti mana pilihan saya, sekiranya pilihan raya diadakan (dalam tempoh terdekat ini), saya memilih untuk mengundi PH.

8. Pertama, jikapun PH ada kelemahan, saya dapati pemimpin PH belum lagi terlibat dalam gejala rasuah atau penyelewengan kuasa yang besar.  Bagi parti oposisi PAS dan BN pula, jikapun mereka telah menunjukkan penyatuan yang tentunya baik untuk Melayu dan Islam, saya hairan apabila masih ada lagi dalam kalangan pemimpin mereka yang mempertahankan 1MDB dan salah laku kerajaan dahulu.

9. Kedua, walaupun kerajaan PH masih lagi mempunyai hala tuju yang kurang jelas dan ada dalam kalangan menterinya kurang kompeten, saya setuju dengan pandangan supaya kerajaan ini perlu diberikan peluang untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Saya percaya hatta jika mempunyai lampu Aladdin sekali pun, kerajaan PH tidak boleh merubah Malaysia dalam masa setahun. Ini kerana saya melihat besarnya kerosakan Malaysia sebelum PRU-14 yang lalu.

10. Ketiga, saya melihat kerajaan PH berwajah Malaysia, manakala PAS dan UMNO masih lagi terikat rapat dengan politik perkauman. Dalam dunia tanpa sempadan, saya percaya politik Malaysia perlu keluar dari politik sempit sebegini untuk maju ke depan.

11. Keempat, biarpun PH masih perlahan dalam tindakannya untuk membawa perubahan institusi seperti yang dijanjikan, saya nampak kesungguhan kerajaan PH untuk membawa perubahan tersebut. Ini dapat dilihat dalam kes pelantikan Pengerusi SPR, SPRM, Ketua Hakim Negara, Ketua Polis Negara—yang saya yakin dapat membawa negara ke depan. Saya juga dapati kesungguhan kerajaan untuk memerangi rasuah, meningkatkan kebebasan media, dan menghormati hak-hak politik rakyat.

12. Kelima, saya melihat kerajaan PH masih tidak tergelincir dari landasan objektif dan misi mereka untuk menambahbaik urus tadbir dan pengurusan pembangunan ekonomi negara. Pada hemat saya, setakat waktu ini, perlahan pun tidak mengapa asalkan manifesto yang dijanjikan dapat ditunaikan sebelum PRU ke-15.

Penutup

13. Kita masih ada empat tahun lagi sebelum tempoh kerajaan PH berakhir. Dalam tempoh tersebut, masih banyak lagi perkembangan yang akan berlaku. Untuk mengekalkan pemerintahannya, kerajaan PH perlulah bertindak ke hadapan sesuai dengan aspirasi rakyat dan bukan lagi mencari alasan.  Selesaikan tiga perkara: tunaikan manifesto PRU-14, selesaikan isu anak muda berkaitan dengan PTPTN dan peluang pekerjaan, dan turunkan kos hidup rakyat.

14. Bagi parti oposisi pula, mereka juga mempunyai peluang untuk menang dalam PRU akan datang. Kekalkan perpaduan dalam pakatan oposisi, mantapkan kerjasama bersama dengan parti-parti bukan Melayu, dan tidak lagi mempertahankan perkara yang salah di mata rakyat.  

15. Semoganya, politik Malaysia ke depan adalah politik demokratik yang menjunjung hak-hak rakyat dan negara.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2019 11:44 AM | Show all posts
bukan ada rancangan sembang politik tv3 dr aguih ni dengan loghat kelantan dia baguih dok bedai kerajaan pakatan haramjada sebab tak tunai menipusto...wakakakakakkakakakakaka

teruih lepaih tu tak kuaq2 tv...wakakakakkakakakakakakakakkaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2019 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
CharlesDera replied at 5-5-2019 11:44 AM
bukan ada rancangan sembang politik tv3 dr aguih ni dengan loghat kelantan dia baguih dok bedai kera ...

Klu dia kritik ph nanti dia pun dpt gelaran Prof Pekak mcm DrMaza...haha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2019 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by harizs at 5-5-2019 11:53 AM

Berikut adalah Komen2 di page prof agus yg meraih byk like....

- - - - -

Akhirnya jelas sungguh pihak mana yg prof sokong

Pegawai mat sabu & salahudin telah terpalit isu rasuah. Pendakwaannya sepi xtau ke mana.Kes lge gugur tanpa bicara. Ketua2 utama pkr (anwar,piji,siva) terlepas pertuduhan.
Pendakwaan dan bicara 1mdb, felda, felcra, th dll sedang berlangsung. Hukumlah mereka dengan adil tanpa campur tangan politik.rakyat akan terima dgn lapang dada

Prof lihat ph 'lebih malaysia' kerana sokongan kaum2 bukan bukan melayu? Saya pula melihat jumlah undi tokmat prk rantau 'lebih malaysia' nya dgn sokongan padu melayu majoriti & undi yg meningkat naik dprd kaum2 lain
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2019 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Lg komen.....


1.kes terowong lge bkn kes rasuah ke prof?
2. mana bukti pas menyokong 1mdb??jika salah dakwa..xpernah nampak pemimpin pas menyatakan sokongan kpd najib dlm kes 1mdb
3. adakah prof melihat cubaan untuk menggangu hak melayu perkara remeh??
4. sikap menipu ijazah adakah xmelanggar integriti pemimpin??
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2019 12:02 PM | Show all posts
babi lah kau....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-5-2019 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by akusukaq at 5-5-2019 12:33 PM

prof pun nak cali makan jgk khennnn.
prof ke pros ke  sama je...
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2019 12:26 PM | Show all posts
Apa la Prof. Agus tak mengikuti perkembangan. PH tidak disukai disebabkan tegas dalam memerangi rasuah. Tak percaya sila pergi ke bebenang ini.
BEBENANG MAHACAI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2019 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
ntahapapantah replied at 5-5-2019 12:26 PM
Apa la Prof. Agus tak mengikuti perkembangan. PH tidak disukai disebabkan tegas dalam memerangi rasu ...

org yg sembang psl rasuah tu... anak2 die seme bilionair haha

tak rasuah ok.... haha
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2019 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni baru Prof kangkung point1 at no 8, giler ph belum rasuah...dlm konteks yg lebih besar dlm setahun Ni berlambak salah guna kuasa lge, Ag, cert palsu, spr, lantikan politik malah kontrak pertama kerajaan LPs menang adalah kepada petron hehehe hehehe hehehe hehehe giler bangang
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2019 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
My lecture

Best belajar dgn prof ni...
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2019 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Terowong dah masuk 6 tahun x siap2 bukan rasuah??  Duit 320 juta tapi kertas kerja x siap2 bukan rasuah??  Ni baru betul Prof Pekak
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2019 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
prof agus ni kalo jd moderator mmg terbaik.

try tgk debat riduan teh kat utube.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2019 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
13. Keenam, jika benar negara menanggung beban hutang mencecah 1,000 juta ringgit, mengapa PM masih meneruskan cita-cita peribadi beliau tanpa memperdulikan desahan dan keluh kesah rakyat. Meneruskan penganjuran F1 dan projek kereta nasional ke-3 dalam keadaan negara bakal mengalami defisit kewangan adalah bertentangan dengan dakwaan ekonomi negara teruk dan perlukan masa untuk baikpulih.

14. Ketujuh, jika benar pemimpin negara terdahulu ramai terlibat dengan skandal rasuah, silakan dakwa dengan adil dan jatuhkan hukuman sepatutnya.

15. Kelapan, sebagai seorang ahli akademik bertaraf professor, adakah anda dapat menerima seseorang yang menipu kelulusan akademik demi untuk nampak gah dimata umum. Dimanakah integriti, ketelusan dan kecekapan dalam soal ini? Bidang akademik diperkosa dan dilacur oleh individu2 bertaraf menteri!
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2019 08:42 PM | Show all posts
baru setahun dah kecewa. kerajaan lepas yang berdekad-dekad memerintah dan akhirnya memporak-perandakan negara apa cerita prof?
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2019 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Marsyal Yau replied at 5-5-2019 08:42 PM
baru setahun dah kecewa. kerajaan lepas yang berdekad-dekad memerintah dan akhirnya memporak-peranda ...

Baca sampai habis, dia tetap sokong ph
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2019 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
I pun agak kecewa dan setuju dgn beberapa pandangan prof. Kalau perlu vote, i akan vote based on calon bukan lagi parti.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2019 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Tajuk misleading. Ada basis untuk prof agus saman tt
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2019 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg lah dia cakap apa kekurnagan parti, tpi dia jugak cakap dia tetap akan undi PH sekiranya ada pru terdekat. Cacai @harizs bodoh xbaca habis ka? Kahkahkah bangang abadi!
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2019 08:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Marsyal Yau replied at 5-5-2019 08:42 PM
baru setahun dah kecewa. kerajaan lepas yang berdekad-dekad memerintah dan akhirnya memporak-peranda ...

Baca smpai habis dek, jangan jadi cam cacai meroyan xcukup tanah.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 01:13 PM GMT+8 , Processed in 0.521097 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list