CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 525|Reply: 0

[Tempatan] Mat pet main sorok2 dgn AADK sempena ramadhan

[Copy link]
Post time 7-5-2019 04:02 PM | Show all posts |Read mode



DUA anggota penguat kuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sembilan, terpaksa memanjat siling sebuah rumah di Taman Air Kuning, Rantau, Seremban, untuk menahan seorang penagih dalam operasi dijalankan Sabtu lalu.

Pengarah AADK negeri Nazira Sadiron berkata, dalam serbuan 1 pagi, lelaki berusia 22 tahun itu bertindak memanjat siling rumahnya sebaik menyedari kehadiran penguat kuasa AADK.

Terdahulu katanya, AADK menerima maklumat mengenai perbuatan suspek yang menjadikan kediaman itu sebagai lokasi penagihan dadah.

“Selepas menyedari kehadiran penguat kuasa AADK suspek memanjat siling dan bersembunyi di belakang tangki air.

“Kami sudah memujuk lelaki itu supaya menyerah diri namun dia berdegil, berikutan itu anggota penguat kuasa terpaksa memanjat siling untuk menahannya,” katanya.

Beliau berkata, dalam operasi sama seramai enam lelaki termasuk seorang orang kurang upaya (OKU) dan remaja perempuan berusia 18 tahun turut ditahan kerana positif syabu.

Katanya, semua suspek dibawa ke pejabat AADK negeri untuk siasatan lanjut mengikut Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Mei 2019 @ 3:01 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 12:55 AM GMT+8 , Processed in 0.056423 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list