CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2453|Reply: 29

[Tempatan] Fokus Tugas Suri Rumah Selepas Anwar Jadi PM : Wan Azizah

[Copy link]
Post time 8-5-2019 07:36 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail membayangkan untuk tidak terbabit secara aktif dalam politik apabila suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dilantik sebagai Perdana Menteri kelak.

Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau bagaimanapun akan memastikan tanggungjawabnya sebagai Ahli Parlimen Pandan, berakhir sebelum memuktamadkan keputusan untuk berbuat demikian.

“Ia seperti sudah kembali kepada satu pusingan lengkap apabila perkara ini berlaku tidak lama dulu. Saya ketika itu adalah isterinya tetapi sekarang saya diberikan tanggungjawab dan amanah ini (sebagai Timbalan Perdana Menteri).

“Jadi saya rasa adalah lebih baik untuk tidak aktif dalam politik selepas menamatkan penggal perkhidmatan nanti,” katanya menjawab pertanyaan media dalam temubual khas sempena setahun pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Sokong kerjaya suami

Beliau mengulas perancangannya berikutan Anwar yang juga Presiden PKR, dinamakan PH sebagai pengganti Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, beliau berharap untuk menumpukan tanggungjawab sebagai isteri termasuk menyokong kerjaya suaminya seperti pernah dilakukan ketika Ahli Parlimen Port Dickson itu memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.

“Selama ini pun saya sentiasa menyokongnya. Tetapi dulu saya bekerja di hospital jadi doktor, sekarang mungkin saya akan terbabit semula untuk menjaga (kesihatan) bahunya,” katanya.

Dr Wan Azizah menegaskan walaupun tidak lagi terbabit secara aktif dalam politik selepas ini, beliau akan sentiasa setia memberi sokongan tidak berbelah bahagi terhadap parti dan negara jika diperlukan.

“Penting untuk menjadi rakyat Malaysia yang bertanggungjawab. Melihatkan kedudukan saya sekarang dan apa yang pernah saya lalui, rasanya saya masih boleh memberikan sumbangan,” katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2019 08:09 AM | Show all posts
hebatnya kamu, yakinnya kamu..
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2019 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
want2bhappy replied at 8-5-2019 08:09 AM
hebatnya kamu, yakinnya kamu..

hahahha baru nak ckp benda yg sama. confident nya kamu! eh skang jadi TPM pun ada function ke? apa yg dia dah buat?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2019 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Sayu & sedih pula kerana acap kali mendengar rintihan demi rintihan oleh parti anak beranak Ini.


































































Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2019 08:36 AM | Show all posts
manifesto pun boleh tipu..
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2019 08:44 AM | Show all posts
miracle_forever replied at 8-5-2019 08:11 AM
hahahha baru nak ckp benda yg sama. confident nya kamu! eh skang jadi TPM pun ada function ke? apa ...

kan? mcm confident sangat laki dia akan jadi pm... tengok macam boleh ke dia ni... lagi satu bila dah tua NI.. iol cuba ingat balik apa sumbangan laki dia eh selama ni.. ntah tak ingat la... ingat time dia kena sack as deputy pm je masa tu... tak pasal kena curfew takle gi mana2..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-5-2019 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Wawi is an icon utk persatuan 'asalkan berlaki'

Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2019 08:53 AM | Show all posts
fuhhhh......hari2 sblm tido mau senyum jaatas katil dk terbayang nk jadi first lady
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2019 09:07 AM | Show all posts
hala tuju dah betul dah tu
tgk jela ape akan jadi nanti
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2019 09:08 AM | Show all posts
kesian kadang2 sbb tak tau boleh jadi kenyataan ke tak
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2019 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Seat warmer macam kak wan ni tak patut ada dalam politaik, tapi salah bang non jugak heret anak bini masuk politaik
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2019 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia nih memang dari dulu nak bersara dari politik, nak jadi surirumah , nak main dgn cucu tapi terpaksa join politik, jadi TPM sebab ikut cakap laki.
Makcik, kalau takde bakat baiklah bersara beri jawatan awak tu kat orang lain yg lebih layak. Jgn tunggu laki awak tu naik jadi PM baru nak bersara takut kempunan tak sempat main dgn cucu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2019 09:24 AM | Show all posts
penting sangat ke nk kena jadi PM jugak?
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2019 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Remyda replied at 8-5-2019 08:17 AM
Sayu & sedih pula kerana acap kali mendengar rintihan demi rintihan oleh parti anak beranak Ini.

...

Hahaha.. jahat hang.. atas simpati bwh ngutuk.. talam dua muke sggh.. nangis nuar baca hang punye statement
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2019 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Fieza-mira replied at 8-5-2019 09:21 AM
Dia nih memang dari dulu nak bersara dari politik, nak jadi surirumah , nak main dgn cucu tapi terpa ...

Aku pun kesian ngan opah ni.. opah ni jenis bkn ambitious dan jenis suke hidup happy happy sambil ibadat.. tp tak semua yg kita suke nak dpt..
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2019 11:22 AM | Show all posts
So DSWA dah confident penuh lah ni yg DSAI akan jadi PM..kalau x sure dia x buat statement ala2 rasmi gini kan....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2019 11:31 AM | Show all posts
pantek wa ang...wakakakakakakkaka
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2019 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekarang pun xda fungsi
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2019 11:49 AM | Show all posts
vanilacup replied at 8-5-2019 11:22 AM
So DSWA dah confident penuh lah ni yg DSAI akan jadi PM..kalau x sure dia x buat statement ala2 rasm ...

kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya.  Wbgmnapun manusia merancang  Allah swt juga merancang.  Maka realitinya itulah qada dn qadrNya. Kena ingat we never know what Allah stores for us in the future.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2019 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia ni depa punya ka kasi chop2 gitu.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 09:22 PM GMT+8 , Processed in 0.537229 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list