CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 632|Reply: 0

[Tempatan] Reman enam jahanam dilanjut lantas enam jahanam berkawad mesra

[Copy link]
Post time 8-5-2019 02:52 PM | Show all posts |Read mode




TEMPOH reman enam lelaki suspek kes rogol dan cabul dua remaja perempuan berusia 15 tahun di sebuah rumah di Juasseh, Kuala Pilah, disambung lima hari lagi bermula esok.

Perintah reman terhadap suspek berusia 16 hingga 21 tahun itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Pilah, Nariman Badruddin, hari ini.

Terdahulu, keenam-enam suspek yang memakai baju lokap tiba di mahkamah dengan diiringi anggota polis, pada 9 pagi.

Dalam kejadian 8 malam 30 April lalu, seorang mangsa dirogol secara bergilir-gilir oleh lima lelaki manakala seorang lagi mangsa dicabul kenalannya.

Kedua-dua mangsa sebelum itu dijemput kenalan lelaki masing-masing dengan menunggang dua motosikal untuk makan di kedai makan berhampiran.

Mereka dibawa ke rumah sewa di Juasseh dan apabila sampai, terdapat empat lelaki tidak dikenali turut berada di rumah berkenaan.

Mangsa dibawa masuk ke dua bilik berasingan sebelum seorang daripadanya diperkosa beramai-ramai.

Berita berkaitan

• 'Enam jahanam buat onar...'

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Mei 2019 @ 2:33 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 11:25 AM GMT+8 , Processed in 0.779696 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list