View: 1532|Reply: 18
|
[Tempatan]
Tertekan diganggu 30 lelaki kemaruk seks, cikki jinjang persis model merenung ru
[Copy link]
|
|
SEORANG pengurus jualan tertekan akibat diganggu 30 lelaki selepas nombor telefon miliknya disalahgunakan pihak tertentu.
Mangsa Tiffany Ong Shen Ling, 30, mendakwa turut menerima gangguan seksual daripada individu tidak dikenali sejak Januari lalu.
Tiffany berkata, selain nombor telefon, gambar dan video miliknya turut disalahgunakan di satu aplikasi temujanji.
“Pada mulanya saya pelik apabila ramai lelaki dari luar negara menghubungi saya, malah ada yang mengajak untuk melakukan hubungan seks.
“Saya tanya, daripada mana dapat nombor dan mereka memberitahu gambar serta nombor telefon saya ada aplikasi ‘Skout’,” katanya pada sidang media di Biro Pengaduan Awam MCA di Wisma MCA, Kuala Lumpur hari ini.
Dia kemudian melakukan semakan dan terkejut apabila mendapati profil berkenaan tertera gambar dan butiran maklumat dirinya termasuk nombor telefon.
“Setiap hari saya menerima panggilan video daripada lelaki tidak dikenali, malah ada yang berani tunjuk alat sulit mereka ketika melakukan panggilan.
“Sekarang saya dan suami amat tertekan dengan apa yang berlaku, berikutan itu kami buat laporan di Balai Polis Batu 9, Cheras,” katanya.
Katanya, tindakan susulan pihak polis berhasil menahan seorang lelaki warganegara Filipina kerap mengganggunya.
“Pada 6 April lalu saya setuju untuk berjumpa dengan lelaki berkenaan dan pihak polis menahannya. Sekarang gangguan masih berlaku namun tidak serius macam dulu,” katanya.
Sementara itu Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Datuk Seri Michael Chong berkata, orang ramai terutama wanita perlu berhati-hati dalam memuat naik gambar dan video di media sosial.
“Kebanyakan mangsa adalah wanita, gambar dan nombor telefon mereka sering di salah guna pihak tertentu.
“Setakat ini pihak kami menerima empat kes berkaitan gangguan seksual,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Mei 2019 @ 2:52 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sedap n lazat
tu psl jadik bahan |
|
|
|
|
|
|
|
Untung she punya husband... |
|
|
|
|
|
|
|
suami tk peka
dh tau bini ada rupe,
ajarla bini pakai watermark atau suh la dia privatekn acct socmed
ni dibiarkan, abisla gmbar jadi bahan scammer plak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik, tapi sayang hidup tak aman |
|
|
|
|
|
|
|
not bad wpon tanpa make up...emmm |
|
|
|
|
|
|
|
muka mcm dia scha alyahya |
|
|
|
|
|
|
|
entah2 dia yg gatal bijik letak pic sendiri dlm apps tu |
|
|
|
|
|
|
|
bijik x sunat mmg birah dikit sister
|
|
|
|
|
|
|
|
memang lawa dan cantik...untung laki dia...jaga baik2. |
|
|
|
|
|
|
|
mmg cantik
weh tapi memang slalu camni, sape tah sakit hati tak dapat perempuan tu, diletaknya nombor dia dekat website mengarut gitu.
even adik aku pun pernah kena, sebab tak dilayan laki tu, dia dapatkan no phone adik aku drpd org lain pastu post profil lucah. tak pasal2 kena harass. Report pun endah tak endah je. |
|
|
|
|
|
|
|
rajin pulak menjawab video call tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Knp masih complain kat MCA? Tak komplen ke DAP ker. |
|
|
|
|
|
|
| |
|