CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 666|Reply: 1

[Tempatan] Bekas tentera dihukum penjara enam tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen

[Copy link]
Post time 8-5-2019 03:00 PM | Show all posts |Read mode



SEORANG bekas tentera dihukum penjara enam tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban hari ini, kerana menjadi orang tengah yang menawarkan aktiviti persundalan.

Muhammad Nizam Aripen, 38, didapati bersalah terhadap dua pertuduhan itu yang dilakukan di Taman AST, pada 20 Januari tahun lalu.

Hakim Madihah Harullah menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara enam tahun dan dua sebatan bagi setiap pertuduhan yang berjalan serentak.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan tertuduh melalui peguam Haresh Mahadevan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan sebatan sehingga rayuan di Mahkamah Tinggi selesai.

Haresh memohon anak guamnya dibenarkan ikat jamin sementara menunggu rayuan selesai dan Timbalan Pendakwa Raya Nuralis Mat yang mengendalikan kes memohon jumlah jaminan sebanyak RM10,000 dikekalkan bagi memastikan kehadiran tertuduh ke mahkamah.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Nizam didakwa sebagai orang tengah yang menawarkan aktiviti itu terhadap dua gadis berusia 21 dan 24 tahun di sebuah hotel di Taman AST, jam 12.05 tengah malam pada 20 Januari tahun lalu.

Harian Metro pada 1 Februari lalu melaporkan, Mahkamah Sesyen mengarahkan Muhammad Nizam membela diri atas dua pertuduhan sebagai orang tengah menawarkan aktiviti persundalan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Mei 2019 @ 1:04 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2019 04:03 PM | Show all posts
carila kojo halal jang..ekau ni buek malu yo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 02:24 AM GMT+8 , Processed in 0.052951 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list