CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 701|Reply: 0

[Tempatan] Kantoi Ponteng Puasa

[Copy link]
Post time 8-5-2019 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki memberi alasan tidak bersahur menyebabkan dia terpaksa makan di sebuah kedai makan bukan Islam di sini, sebelum ditahan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), pagi tadi.

Dalam operasi bermula jam 11 pagi itu, lelaki berusia 30 tahun itu ditahan selepas selesai makan nasi goreng dan teh ais cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa.

Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasa) Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Kedah, Syeikh Azhari Mohamad, berkata lelaki itu bagaimanapun mengaku tidak berpuasa menyebabkan dia disaman kerana tidak menghormati bulan puasa.

Katanya, lelaki yang bekerja di kedai menjual kereta itu disaman mengikut Seksyen 14 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana makan di tempat awam.

“Dalam operasi hari ini, kita mengeluarkan tiga saman ke atas individu yang dikesan makan di tempat awam dan merokok di khalayak ramai.

“Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-dua sekali,” katanya ketika ditemui selepas operasi di sini.

Seramai 25 anggota penguatkuasa, termasuk dari Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu, Padang Terap dan Kota Setar melakukan operasi di kawasan yang disyaki menjadi tumpuan kaki ponteng puasa.

Sementara itu, dalam serbuan berasingan di kawasan rehat kaki Gunung Keriang, beberapa lelaki yang dikesan makan di pondok rehat bertempiaran lari sebaik melihat kehadiran penguatkuasa JAIK.

Syeikh Azhari berkata, hasil pemeriksaan menemui bungkusan nasi dan minuman baharu dibuka bersepah di atas meja pondok berkenaan.

Katanya, seorang lelaki berusia 30-an sanggup memanjat kaki gunung sejauh kira-kira 80 meter kerana bimbang dicekup pihak berkuasa kerana merokok di pondok rehat berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, lelaki itu kemudian turun ke pondok rehat itu selepas diarahkan oleh pihak berkuasa dan diberi surat saman kerana melakukan kesalahan tidak berpuasa dan merokok di khalayak ramai.

“Operasi ini akan diteruskan dari masa ke semasa di seluruh daerah di negeri ini dan tujuan kita hanya untuk mencegah kaki ponteng puasa supaya menghormati bulan puasa.

“Kita juga boleh mengambil tindakan terhadap peniaga yang menjual makanan kepada kaki ponteng puasa dan boleh disaman mengikut Seksyen 14(a) enakmen sama,” katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 04:10 PM GMT+8 , Processed in 0.236064 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list