CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mrs_salvatore

Pengalaman Seorang Pegawai Penyelamat Hutan di USA (ceduk dari reddit)

    [Copy link]
Post time 8-2-2024 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah lebih 6bln tak masuk sini… makin best cerita2…
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2024 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
aku jadi geram pulak dgn si sue ni
cite2 conjuring insidious tu semua elok pulak ampa pecaya ada antu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2024 06:21 PM | Show all posts
Pejabatku Berhantu Bahagian Akhir

Apa yang terjadi pada Jacky ni diceritakan oleh Mr C.  Sejujurnya selepas aku mendengar cerita ni, aku memang tak pernah ungkit atau bertanya dengan Jacky akan kebenaran cerita ni.  Sejujurnya sebab jauh di sudut hati aku, aku rasa bersalah tinggalkan dia sorang-sorang di pejabat malam tu.....

Semasa aku meninggalkan pejabat nak jumpa Leon Lai tu, Jacky memang tengah tidur nyenyak.  Dia pun tak sedar yang aku dah pergi. Sehinggalah tetiba Jacky terbangun, sebab dia rasa kepanasan.  Bila Jacky buka mata je, dia tengok keadaan dah gelap gelita.  Jacky kan tidur bawah meja, Jacky ada pasang tirai yang menutupi bawah meja dia tu.  Walaupun dah ada tirai, masih akan ada samar-samar cahaya lampu pejabat menembusi tirai dia.  Tapi ni tak, gelap gelita sungguh.  Jacky sangkakan mungkin bekalan elektrik terputus, sebabnya penghawa dingin pun tak berfungsi sampai kepanasan Jacky dibuatnya.

Tapi mujurlah, dalam kegelapan tu Jacky terdengar macam ada bunyi orang berjalan di pejabat tu.  Jacky sangkakan itu adalah aku.  "Sue...Sue...elektrik mati ke?", dari bawah meja Jacky memanggil aku. Tapi, 'aku' senyap je. Yang lagi pelik, bunyi tapak kaki 'aku' terberhenti terus bila Jacky tegur 'aku'.  Masa nilah, Jacky terus rasa tak sedap hati.  Dia rasa macam dia dah buat kesilapan terbesar dengan menegur aku.  Dia terdengar ada suara perempuan lembut macam separa menyanyi separa ketawa, perempuan tu cuma cakap hihihihihihhihihi dengan suara mendayu.  Dia yakin dah tu bukan manusia.

Jacky kata masa tu dia macam lupa nak bernafas, dia terlalu berdebar, sebabnya tiba-tiba dia terdengar ada bunyi berdentum dari atas meja dia.  Seolah-olah ada orang melompat naik atas meja tu.  Hihihihihihihihihihi.  Suara yang tadi cuma sayup-sayup di sudut bilik sekarang ni dah jelas betul-betul atas meja dia.  Ah sudah.  Yang lagi malang, Jacky tertinggal telefon bimbitnya di atas meja.  Yang dia ada cuma sehelai selimut dan bantal je.  

Nak lari tak berani, Jacky pun kembali berbaring tapi kali ni badan dia menghadap dinding meja tu.  Dia tutup satu badan dia termasuk muka dengan selimutnya.  Jacky cuba nak membatukan diri, dia berdoa semoga benda tu tak ganggu dia.  Tapi doa dia tak berjawab.  Dia boleh rasa tirai dia dijatuhkan.  Belakang dia rasa terdedah.  Hihihihihihihihi.  Ngilaian perempuan tu betul-betul di tepi telinga dia sekarang ni.

Paling seram bila Jacky dapat rasakan, beberapa batang jari kerepot tapi berkuku panjang membelai lengan dia.  Menggigil seluruh badan Jacky masa tu.  Dari lengan ke leher pastu ke ubun-ubun.  Walaupun masa tu Jacky tengah berselubung satu badan dengan selimut, tapi dia dapat rasakan betapa tajamnya kuku perempuan itu.  Perempuan itu tiba-tiba merentap selimut Jacky sampai terdedah badan dia.  Jacky tak mampu melawan, dia memeluk tubuhnya sambil matanya dipejam rapat-rapat.  Jacky membisu tapi dalam hatinya dia membaca doa dan jampi yang diajar oleh sami keluarganya.

Perempuan itu usap ubun-ubun Jacky, lama-lama usapannya makin kasar, dan kini dia mencengkam kepala Jacky.  Tapi Jacky tetap diam jugak. Sakit jangan cakaplah. Perempuan tu seolah-olah nak tarik muka Jacky menghadap dia, tapi Jacky lawan jugak.  Masa ni Jacky harap sangat semoga dia pengsan jelah daripada terpaksa tengok muka perempuan tu.  

Perempuan tu main kasar lagi, kali ni sebelah tangannya menekup hidung dan mulut Jacky.  Nak bunuh aku ke ni? Jacky macam nak mengalah jugak tapi dia bertahan membatukan diri sambil membaca doa dan jampi yang dia teringat.  Tapi, secara tiba-tiba perempuan tu melepaskan pegangan tangannya, Jacky terdengar macam bunyi kain berkibar, mungkin perempuan tu terbang kot.  Perempuan tu tiba-tiba lari macam tu je, tapi Jacky yang masih trauma masih tak berani nak bukak mata. Jacky dengar bunyi suis dipetik, dan suara aku dan Mr C bercakap-cakap, tapi Jacky sangkakan itu hanyalah mimpi sahaja, sampailah Mr C pegang dia.  

"Saya silap, Sue.  Sepatutnya saya kena ambil berat pasal peristiwa malam tu.  Tapi saya cuai. Sebelum ni makhluk-makhluk tu tak pernah pun sampai ganggu orang lain selain saya macam tu sekali,"  muka Mr C jadi sayu.  
"Bos, ni pun salah saya jugak bos. Saya tak sepatutnya tinggalkan Jacky sorang-sorang malam tu", aku tertunduk kesal.
"Sepatutnya saya sebagai ketua, saya patut lindungi kamu berdua",  Mr C termenung sekejap.
"Sue, saya ambil keputusan, saya nak tamatkan perkhidmatan awak di syarikat ini.  Syarikat ni dah tak selamat untuk awak lagi".  Aku tersentak dengar keputusan Mr C.  Mr C janji padaku yang dia akan berikan pampasan yang setimpal kepadaku, termasuklah surat perakuan dari syarikat atas perkhidmatan cemerlang aku sepanjang aku bertugas di situ. Aku tak perlu buat apa pun, dia yang akan uruskan semua

Aku rasa macam nak menangis je.  Tapi aku tak dapat nak menafikan yang itu jelah keputusan paling selamat untuk aku sekarang ni.  Jadi hari tu aku pun balik rumah, aku masih termangu-mangu lagi.  Betulke aku dah kena buang?  Hari tu aku hubungi Jacky, aku ceritakan pada Jacky yang hari ini adalah hari terakhir aku bekerja di syarikat itu.  Aku minta maaf kat Jacky sebab tinggalkan dia sorang-sorang malam tu.  Jacky menangis, aku pun ikut sama menangis.  

3 hari aku tak keluar rumah.  Bila aku dapat tau yang Leon Lai tu bukan manusia, aku macam terbayang-bayang yang dia tengah berdiri di luar apartment aku dengan muka bengisnya.  Sampai termimpi-mimpi aku dibuatnya.  Hari keempat, Mr C hubungi aku mintak aku datang ke syarikat, aku diminta untuk memulangkan kembali pas pekerja dan uniform syarikat.  Aku bertemu Mr C di bilik HR, ditemani seorang eksekutif dari HR.  Aku nampak kepala Mr C masih berbalut.   Aku diberikan cek yang agak lumayan, sehelai surat penghargaan sebagai rujukan aku kalau nak mohon kerja di syarikat lain nanti dan sehelai surat perjanjian NDA.  HR terangkan padaku yang aku diminta untuk tidak mendedahkan pengalaman pelik aku sepanjang aku bekerja di syarikat ini.  (Kalau korang tertanya eh takpe ke aku cerita ni, dalam NDA tu memang ada tertulis aku tak boleh sebut nama syarikat ni dan kejadian ni pun dah 11-12 tahun yang lalu)

Selepas aku menandatangani surat perjanjian tu, Mr C ajak aku pegi minum di kafe syarikat.  Kami pun bersembang sekejap, Mr C cakap Jacky dah semakin sihat sekarang ni, dia tak sabar nak bekerja semula.  Sekarang ni shift malam dah dibubarkan, maksudnya Mr C dah takde jawatan la.  Tapi itu tak bermakna Mr C nak balik USA, Mr C kata dia dan Jacky sekarang ni sedang berusaha nak buat kerja cadangan skim bekerja dari rumah untuk pegawai perkhidmatan pelanggan macam kami.  

"Oh ye, awak ada tak jumpa atau ternampak erm....Leon Lai?"
Aku pun ceritalah pasal perasaan aku tu yang macam ternampak Leon, aku cakap mungkin itu cuma mainan perasaan aku je, tapi Mr C mendengar dengan teliti luahan aku.
"Sebenarnya saya dah tak nampak Leon kat sini.  Saya syak dia ikut awak balik rumah".  Aku dapat rasakan macam darah berhenti mengalir ke muka aku masa tu.
"Sebab tu, saya mintak sami saya buatkan tangkal ni utk awak".  Mr C serahkan seutas kain merah yang dipintal menjadi gelang dan sebuah uncang merah kecil.  Mr C mintak aku kalau pegi mana-mana pun bawaklah salah satu tangkal ni.  Tangkal ni tujuannya untuk buatkan aku jadi halimunan di mata makhluk alam sebelah. Aku terus menyarung gelang kain merah tu.  Yang uncang tu aku memang letak dalam dompet aku sampai ke hari ni.  Memang betul, sejak daripada hari tu aku memang dah tak nampak kelibat Leon Lai atau benda-benda pelik lain lagi.

Seminggu kemudian, aku beli tiket sehala ke USA.  Sejak tu aku dah tak balik China dah.  Kadang-kadang bila orang tanya, best ke duduk China ni, aku hanya mampu tersenyum pahit....

Kejadian dah lama berlalu, apa jadi dengan Jacky dan Mr C kan?  Aku masih berhubung dengan Jacky melalui email dan Facebook, 2-3 tahun kemudian, perniagaan syarikat tu semakin maju dan perlu dipecahkan kepada anak syarikat lain.  Mr C dilantik sebagai pengarah anak syarikat itu dan dia bawak Jacky sekali masuk syarikat tu.  Kalau aku sebut nama syarikat ni, mesti ada antara korang yang tau  Jacky dah kawen, skrang dah masuk anak 2 orang. Tapi Mr C masih lagi macam dulu, gila kerja.  Kadang-kadang Jacky ada jugak ajak aku jomlah lawat diorang di China, tapi sejujurnya aku masih trauma lagi.  Entahlah, mungkin suatu hari nanti. Tapi selagi gelang kain merah ni masih utuh lagi, aku rasa selamat dan dilindungi.

TAMAT
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2024 10:23 AM | Show all posts
Best cerita  tt ni. Good Job tt!
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2024 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Bestnya...tapi sedih dah tamat.harap ada cerita best lagi.
Tq tt
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2024 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Best!! Tq tt
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-2-2024 06:04 PM | Show all posts
mrs_salvatore replied at 12-2-2024 06:21 PM
Pejabatku Berhantu Bahagian Akhir

Apa yang terjadi pada Jacky ni diceritakan oleh Mr C.  Sejujurnya ...

TQ
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2024 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Best cite2 dlm ni.
Terima kasih Mrs Salvatore ????????????

Kekadang ada jengok jugak reddit no sleep tu.
Tp x jumpa pulak cite2 best
Ke aku yg x reti carik huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-3-2024 01:25 PM | Show all posts
Hi uols rindu plak dengan thread sendiri hehehe. maaf ye kalau I selalu lambat update thread ni.  harap-harap korang suka dengan cerita seterusnya
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2024 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 10-3-2024 01:25 PM
Hi uols rindu plak dengan thread sendiri hehehe. maaf ye kalau I selalu lambat update thread ni.  ha ...

Hai..rindu sangat dengan thread nie..selalu ternanti - nanti update thread nie.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2024 02:42 PM | Show all posts
Kenangan Zaman Remaja

Kejadian ni berlaku semasa aku masih berusia belasan tahun, tak silap aku masa ni aku baru berumur 14 tahun dan kejadian ni berlaku pada 1999 atau 2000an macam tu la.  Masa ni aku tinggal di barat daya Georgia, di pinggir bandar kecil bernama Moultrie. Waktu tu aku tengah melepak di rumah seorang kawan pada hujung minggu.  Kita namakan kawan aku ni Joe jelah.  Tengah lepak-lepak tu tetiba datanglah sekumpulan remaja yang tua beberapa tahun je dari kami ketuk pintu rumah Joe. Diorang cakap diorang ni tengah lari dari dikejar polis, ada salah sorang ahli kumpulan tu 'pinjam' kereta bapak dia bawak kawan-kawan lain meronda, sekali tu kereta tu terperosok pulak dalam longkang.  Diorang pun lari tinggalkan kereta tu sekali tu terjumpa pulak rumah si Joe tu.

Kumpulan tu cadang malam tu diorang nak tidur dalam hutan belakang rumah Joe tu je untuk elakkan diorang ni jadi suspek kemalangan tu.  Aku dan Joe pun nak ikut jugakla, Joe bawak sekali khemah milik ayah dia dan kitorang pun beramai-ramaila masuk ke dalam hutan tu.  Lot tanah rumah Joe ni sebenarnya takdelah terpencil sangat, tapi bila kaki aku melangkah je ke sempadan hutan belakang rumah Joe tu, aku dah mula rasa tak sedap hati.  Macam udara dalam hutan tu berat dengan 'sesuatu' yang pelik.  Tapi aku tetap jugaklah ikut kumpulan tu masuk hutan tu, aku rasa kitorang ni adelah dalam sebatu dua ke dalam hutan dan kami bentang khemah 50 ela dari sebatang jalan mati.  Ada 5 orang dalam kumpulan ni, termasuk aku dan Joe.  Daripada kumpulan remaja lelaki tu, aku cuma ingat nama sorang je, iaitu Mike.

Kami berlima pun lepak-lepak dalam hutan tu sembang menyembang.  Kami bukak unggun api dan makan snek yang dibawa oleh Joe.  Kami takdelah hisap dadah atau ganja, tapi salah seorang remaja lelaki tu ada bawah sebotol kecil arak.  Sebelum korang tuduh ah aku mesti mabuk ni, botol tu kecik je kongsi 5 orang pun dapatlah sehirup dua, tak cukup banyak untuk buat kami mabuk.  Malam pun menjelang tiba, kitorang pun masuklah dalam khemah milik ayah Joe tu.  Khemah tu adalah khemah untuk 6 orang, kami berlima je, jadi memang banyak ruanglah untuk kami baring-baring dalam tu.  Kitorang pun sambil baring dalam khemah tu sambung menyembang lagi, tau-tau je aku terlelap.

Aku tak pasti jam pukul berapa masa tu, rasanya macam lewat malam nak masuk ke awal pagi, apabila aku terbangun sebab aku terdengar bunyi tapak kaki yang datang dari jalan mati tu masuk ke dalam hutan ni.  Mulanya aku ingatkan tu tenggiling tengah mencari makanan,  tenggiling ni bunyinya memang macam manusia berjalan, tapi yang peliknya bunyi tapak kaki tu tersusun menuju ke khemah kami ni.

Masa ni aku memang terjaga habis la, badan aku jadi kejung sebab aku terlalu ketakutan.  Dalam takut tu, aku beranggapan mungkin salah seorang daripada kami yang kat luar tu. Aku pun berpaling kiri kanan, dan aku kira berapa ramai orang dalam khemah tu.  Ok, cukup 5 orang termasuk aku. Dah tu siapa pulak yang kat luar tu?  Aku membatukan diri dan aku amati bunyi tapak kaki tu betul-betul di luar khemah berhadapan dengan aku je ni. Aku nampak, 'orang' kat luar tu sentuh kain kanvas khemah kami di dengan sesuatu yang tajam,mungkin hujung jari dia atau mungkin sebilah pisau, dan 'dia' gerakkan sentuhan tu bermula dari depan mata aku dan terus mengelilingi khemah kami tu.

Masa ni jangan citerlah betapa takutnya aku sampai aku lupa nak bernafas. Bunyi tapak kaki tu berakhir 3 kaki dari sebelah khemah kami dan bunyinya terhenti macam tu je.  Aku dah tak boleh nak sambung tidur, aku hanya mampu baring dengan mata terkebil-kebil menantikan bila akan muncul kembali bunyi tapak kaki tu. Tunggu punya tunggu, matahari mula samar-samar memunculkan dirinya.  Aku rasa lega bila subuh tiba, tapi aku masih tak berani nak bangun walaupun aku dah memang terjaga.  Aku tunggu je sampailah salah sorang ni bangun dulu, kemudian sorang demi sorang pun terbangun. Aku pun ikut bangun sekali.  Walaupun kami sama-sama terjaga, tapi tiada seorang pun menyapa orang lain selamat pagi atau berkata apa-apa.  Diorang nampak macam kepenatan sangat, macam tak tidur satu malam.  Sampailah ada sorang ni memulakan bicara, 'korang dengar apa-apa tak malam tadi?'

Rupa-rupanya 4 daripada kami berlima terjaga sebab bunyi tapak kaki tu.  Kitorang merasakan malam tadi mungkin ada orang lain yang menghendap kami.  Ketiga-tiga remaja lelaki tadi dah rasa tak sedap hati, diorang nak hubungi kawan diorang untuk ambil diorang pergi dari situ, tapi dalam hutan tu takde talian jadi diorang terpaksalah keluar kejap dari hutan tu.  Diorang suruh aku dan Joe tunggu sekejap kat khemah tu, diorang janji akan datang balik untuk jemput kami.  Dalam hati aku taknak, aku nak ikut diorang jugak, sebab aku rasakan ada orang lain kat situ selain kami.  Aku dah mula nak paranoid, aku tak bawak senjata kecuali sebilah pisau lipat yang aku simpan dalam poket je.  Apabila ketiga-tiga budak lelaki tu tinggalkan kami dan menuju ke luar hutan ikut jalan mati tu, aku terus keluarkan pisau lipat tu, sebagai persediaan untuk sesuatu yang aku pun tak pasti ape.

Joe dan aku pun duduklah di luar khemah tu.  Macam aku cerita sebelum ni, khemah ni hanya 50ela je dari sebatang jalan mati dalam hutan tu.  Jalan mati ni tak berturap, dan penghujung jalan tu ianya melengkung kiri.  Sedang kami menunggu tu, bunyi tapak kaki tu muncul semula, tapi bunyi tu datangnya dari seberang jalan mati di sebelah sana.  Aku dan Joe automatik memandang ke arah itu, tapi kami tak nampak apa-apa pun.  Masa ni hari dah masuk siang, kami pun sangka baik tu bunyi binatang hutan je tu.

Sekali tu, di penghujung jalan mati tu, muncul semula bunyi tapak kaki tu,  tapak kaki tu bergerak pada kelajuan yang perlahan, tapi seragam.  Bunyi tu makin lama makin dekat dan sekarang bunyi tu dah sampai di belah kami.  Ketakutan kembali menyelubungiku.

Aku pandang Joe, aku tengok Joe dah membenamkan mukanya di lutut dia, macam burung kasuari menyorok dalam tanah tu.

Bila aku tengok Joe macam tu, aku pun ikutlah jugak sorok muka aku macam dia.  Pisau lipat aku dah terbuka dan aku genggam erat di tanganku.  Bunyi tapak kaki tu sekarang sedang mengelilingi aku dan Joe, pada kadar yang sangat perlahan.  Tapi sebab muka kami terlungkup macam tu, kami tak nampak apa atau siapa sebenarnya yang sedang berjalan tu.  Nak tegur tapi kami berdua sama-sama takut masa tu.  

Bunyi tapak kaki tu terhenti betul-betul di belakang aku.  Aku rasa adalah dalam 30 kaki jauhnya dari belakang aku.  Kemudian, perlahan-lahan tapak kaki tu menuju ke arah aku.  Bulu romaku merinding, peluh jantan peluh betina merecik-recik keluar dari segala liang roma dari tubuhku apabila bunyi tapak kaki tu sekarang ni betul-betul di belakang aku. Masa bagaikan terhenti, entah dari mana datang kekuatan itu, aku mendongak, dan cuba untuk melibas 'orang' di belakang aku tu.  Tapi belakang aku kosong!

Masa tu jugakla aku dan Joe terdengar ada bunyi kereta menghampiri kami lalu jalan mati tu.  Rupa-rupanya Mike dan kawan-kawan dia.  Aku dan Joe terus berlari melompat masuk ke dalam kereta tu dan kitorang pun terus pergi dari situ.  Khemah tu kami tinggalkan begitu sahaja.

Mike dan kawan-kawannya tak pernah datang balik walaupun diorang ada beberapa barang tertinggal dalam khemah masa tu.  Joe berterus-terang dengan bapak dia yang kami tertinggal khemah dalam hutan tu.  Teruk jugakla Joe kene bebel dengan bapak dia, tapi Joe lagi sanggup kena bebel daripada terpaksa masuk hutan tu untuk kutip khemah tu.  Itulah jugak kami terakhir kami jumpa Mike dan kawan-kawan dia. Semasa kami dalam kereta tu, kami semua terdiam, Mike dan kawan-kawan dia tak tanya pun apa yang terjadi pada kami.  Pengalaman ni jadi kenangan 'manis' aku dan Joe yang kami tak pernah kongsi dengan sesiapapun

Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 04:14 PM | Show all posts
mrs_salvatore replied at 12-2-2024 06:21 PM
Pejabatku Berhantu Bahagian Akhir

Apa yang terjadi pada Jacky ni diceritakan oleh Mr C.  Sejujurnya ...

Terima kasih tt. Lega dah ada closure~
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2024 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih share lg.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2024 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Tq TT update story
Selamat berpuasa TT
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2024 12:26 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 24-3-2024 12:34 PM

Kejadian Semasa Ekspedisi Laut Dalam

Cerita ni adalah cerita pakcik aku bukan cerita aku ye.  Aku ingin jelaskan di sini yang aku percaya dengan apa yang diceritakan oleh pakcik ni, aku percaya kisah dia memang betul bukan tipu-tipu punya tapi aku akui cerita pakcik aku ni ada banyak ruang untuk spekulasi dan teori konspirasi.

Pakcik aku ni merupakan seorang ahli biologi marin dengan pengalaman di laut hampir 50 tahun, sekarang ni pakcik aku dah 60 tahun lebih dan dia menghabiskan 25 tahun terakhir dalam karier dia mengajar biologi marin di universiti.  Kepakaran pakcik aku ni adalah di kawasan antara Laut Utara dan pertengahan Lautan Atlantik.  Semasa aku membesar dulu, aku dan keluargaku selalu pegi melawat beliau di Cape Cod, Massachussetts.  Pakcik aku selalu berkongsi cerita pasal pelbagai ekspedisi laut dalam yang dia sertai.  Sebelum dia jadi pensyarah ni, pakcik aku bekerja sebagai penyelidik dalam bidang bilogi marin ni.  Cerita-cerita pakcik aku ni memang semuanya menarik, tapi ada satu cerita pakcik aku ni yang aku memang ingat sampai sekarang sebab pengalaman pakcik aku ni menyebabkan pakcik aku mempersoalkan apa sebenarnya yang ada dalam laut tu.  Aku namakan pakcik aku ni Pakcik J atau J jelah, senang korang nak faham nanti.

Cerita ni bermula apabila Pakcik J sedang bersiap sedia untuk menyertai satu ekspedisi ke bahagian rabung Mid-Atlantic.



Untuk ekspedisi ni Pakcik J akan menaiki sebuah kapal laut bersaiz sederhana kira-kira 80 meter panjangnya.  Atas kapal tu ada kren dan kapal ni dikendalikan oleh 20 orang krew.  Selain pakcik aku, adalah 15 orang lagi ahli biologi marin dalam pelbagai bidang yang turut serta dalam ekspedisi tu.

Ekspedisi tu adalah pada awal musim panas di penghujung tahun 1990an, tarikh yang tepat ekspedisi tu bermula aku pun tak pasti, tapi Pakcik J masa tu adalah dalam 30 tahun.  Hari ekspedisi tu cuaca sangat elok, laut tenang je.  Tempoh ekspedisi ni adalah sebulan setengah.  Ramalan kaji cuaca pun kata sepanjang tempoh ekspedisi tu takde cuaca buruk macam ribut atau hujan lebat.  Jadi dengan senang hati kumpulan tu pun menjalankan ekspedisi tu.  Kira-kira seminggu barulah diorang sampai di lokasi rabung tempat kajian mereka.

Tujuan utama ekspedisi ini adalah untuk memeriksa rabung tersebut dan kalau boleh, nak mengenalpasti spesies baru hidupan laut di kawasan rabung itu.  Selain itu, diorang juga nak mengkaji kitaran hidup beberapa spesies yang telah dikenalpasti.  Walaubagaimanapun, kapal ni tiada kapal selam kecik untuk masuk ke dalam laut tu, jadi mereka perlu menggunakan kaedah lain untuk kajian ni.  Mereka gunakan kren yang ada atas kapal tu untuk menyangkut bangkai seekor lembu, kemudian bangkai tu akan diturunkan menghampiri dasar lautan itu.  Cangkuk ni bentuknya macam payung, besi cangkuk untuk sangkut bangkai lembu tu, dan beberapa batang besi dilunjurkan untuk sangkut kamera dan lampu.  Tujuannya untuk merakam apa hidupan laut yang akan makan bangkai itu.  Pakcik J cakap masa tu diorang bawak 10 ekor bangkai lembu.  Lembu-lembu ni diorang tempah khas, tak dipotong-potong, memang bangkai seekorlah dan disimpan dalam bilik sejuk di atas kapal tu.  Awal eksperimen ni mereka akan berulang alik dari utara sampai ke selatan hujung rabung itu.  Untuk lengkapkan sekali kitaran utara ke selatan makan berhari-harilah jugak.  Semasa bangkai itu diturunkan, enjin kapal itu akan dimatikan dan kapal akan dibiarkan hanyut perlahan-lahan ikut gelombang ombak, kecuali kalau dah macam tersasar dari rabung tu barulah enjin akan dihidupkan semula dan kapal itu akan dipacu semula ke laluan asal.  Sebenarnya ekspedisi ni bajetnya rendah, jadi diorang akan cuba sedaya-upaya untuk berjimat di mana yang boleh.  Termasuklah kamera tu, kamera itu tidak merakam sepanjang masa, sebaliknya ada jeda masa kamera itu akan merakam.  Tapi setiap kali bangkai tu habis dimakan, dapatlah jugak dapat rakaman sepanjang 48 jam yang kemudiannya akan dikaji oleh penyelidik ni.

Kejadian ni berlaku kira-kira seminggu selepas bangkai pertama diturunkan, walaupun tiada spesies baru ditemui tapi diorang berjaya mendapatkan rakaman pelbagai aktiviti hidupan laut dalam yang sangat berharga dan jarang diperolehi.  Jadi ekspedisi ni tetap je berjalan lancar.  Keadaan laut yang tenang dan cuaca yang elok juga sangat membantu menceriakan mood ahli-ahli ekspedisi itu.  Sekarang mereka dah menurunkan bangkai kelima, masa ni jam dah menunjukkan pukul 5 petang.  Mereka berada di sebuah lokasi rabung yang agak dalam, kira-kira 3500 meter dalamnya, jadi tali kabel yang diturunkan tu memang yang paling maksimum dah masa tu.  Untuk misi ni, sekurang-kurangnya 2 orang ahli biologi marin ni kena berada di tepi kren untuk memantau kren itu dan mencatat lokasi rabung tu sepanjang masa.  Pakcik J dan seorang lagi ahli jaga untuk shift malam yang akan berakhir pada jam 9 pagi.  Pakcik J cakap malam tu takde apepun yang terjadi,  diorang berdua bersembang sepanjang malam sambil berkongsi teori dan idea mengikut kepakaran masing-masing.

Sedar tak sedar dah masuk pukul 7 pagi,  matahari mula menaik dan laut tenang je masa tu, terlalu tenang seingat Pakcik J. Kapal tidak hanyut dari laluan, dan tenangnya laut hari tu seolah-olah permukaan laut itu bagaikan cermin.  Beberapa orang krew pun dah bangun untuk memulakan hari mereka.  Tapi ketenangan pagi itu terganggu tiba-tiba.  Semua orang atas kapal tu memang terkejut la, mana yang masih tidur tu terus terbangun.  Kren ni letaknya di sebelah kanan, dalam sekelip mata tetiba kabel kren tu jadi tegang dan kapal tu menyenget ke kanan.  Seolah-olah ada sesuatu yang menarik cangkuk tu dengan sangat kuat sekali.  Pakcik aku dah panik gila sebab sepanjang hidup dia tak penah mengalami perkara macam ni.  Kapal itu hampir-hampir nak karam.  Siren kecemasan pun dibunyikan, memang kelam kabut la semua krew nak hidupkan balik bot seberapa segera mungkin setelah semalaman enjin bot dimatikan.

Dalam kepanikan itu, pakcik aku dan ahli biologi lagi sorang tu pun cepat-cepatlah tekan suis nak naikkan kren tu.  Memandangkan kabel kren dah ditenggelamkan ke kedalaman paling maksimum, jangka masa untuk kabel kren tu naik sepenuhnya akan ambil masa 20 minit. Lambat sangat mesin tu jalan, ahli-ahli lain pun meluru ke stesen pakcik aku dan diorang beramai-ramai menarik kabel kren tu nak kasi cepat naik.  Masa ni pakcik aku cakap air dah mula masuk ke dalam bot,dan bot tu dah hampir-hampir nak menegak 90 darjah dah.  Sekali tu, bot tu terhempas balik ke kedudukan asalnya, pakcik aku dan beberapa orang lagi terpelanting.  Krew-krew pun berlari turun dan ramai-ramailah cuba nak tarik kren tu.  Dalam tempoh 20 minit tunggu kabel tu naik, krew-krew memeriksa keadaan kapal manakala kumpulan penyelidik membantu orang-orang yang terpelanting tu. Mujurlah tiada siapa pun yang cedera parah akibat terpelanting tu.  Pakcik J cakap 20 minit itu adalah 20 minit paling lama dalam hidup diorang, diorang menunggu dengan berdebar-debar sebab risau kabel tu akan direnggut sekali lagi.  Walaupun kejadian bot senget tu cuma 2 minit ke, tapi satu kapal tu dalam keadaan kecemasan dan huru-hara.

Apabila kabel kren itu naik sepenuhnya, bangkai lembu tu habis licin dan besi cangkuk kren tu bengkok.  Beberapa biji kamera dan lampu hilang tapi mujurlah bukan semuanya hilang.  Yang peliknya adalah macam mana bangkai tu pun hilang tanpa sebarang baki sebabnya selama ni bangkai tu masih ada saki-baki tulang, yang ni takde langsung.  Seolah-olah ada makhluk yang ngap terus bangkai yang cukup besar tu.  

Kapten kapal terus ambil keputusan nak balik ke pelabuhan.  Semua ahli biologi termasuk pakcik aku kecewa sangat, sebab diorang nak sangat tau makhluk apa tu, mungkinkah makhluk tu spesies baru.  Tapi kapten kapal tu tetap berkeras nak balik, dia kasi alasan beberapa generator telah musnah akibat insiden tadi, jadi diorang kena balik jugak ke darat nak membaiki generator.  Pakcik aku percaya itu cuma alasan je, sebab pakcik aku perasan yang muka krew-krew kapal tu ketara sangat nampak macam gerun depan apa yang berlaku.  

Perjalanan balik mengambil masa seminggu jugak.  Dalam seminggu tu kumpulan ahli biologi tu pun selidikla rakaman yang mereka dapat untuk kenalpasti apa yang menyebabkan insident tu.  Pada awalnya, rakaman tu normal je.  Bangkai lembu tu tergantung 10 meter je dari lantai lautan.  Adalah sekumpulan binatang mirip udang kecil yang sedang memamah daging bangkai tu, apabila tiba-tiba rakaman kamera tu jadi hitam.  Bukannya sebab kamera tu berhenti merakam, tapi memang ada sesuatu yang menutup lensa kamera tu.  Kamera tu 'ditutup' selama 2 minit, kemudian baru nampak cahaya lampu, itupun kabur-kabur sebab keadaan bawah laut tu dipenuhi ni debu mendapan dasar laut yang tiba-tiba berterbangan merata-rata.  Bagaikan silap mata jugak bangkai lembu tu dah hilang.  Diorang langsung tak nampak apa makhluk tu, tapi diorang percaya makhluk ni mesti sangat besar sampai badannya boleh menutupi semua kamera yang ada kat situ.

Cerita tu berakhir macam tu je.  Pelbagai teori muncul pasal makhluk tu.  Mungkin ikan paus, atau sotong kurita, tapi teori itu tidak dapat dibuktikan. Sebabnya spesies sedia ada ni takde kekuatan dan kelajuan untuk rentap bangkai seekor lembu dalam masa 2 minit je sampai nak terbalik kapal sepanjang 80 meter ni.  Penemuan ni mati begitu saja dan sampai sekarang pakcik aku pun tak tau ape benda tu sebenarnya.

Walaupun cerita ni macam fantasi, tapi bak kata pakcik aku, lautan ni sangat luas dan sangat dalam, teknologi manusia pun sampai sekarang tak mampu nak menerokai alam laut ni sepenuhnya.  Tak mustahil kalau dalam lautan tu ada alamnya yang tersendiri....





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2024 01:35 PM | Show all posts
Pisau

Kalau korang baca cerita aku ni mesti korang akan rasa cerita ni cuma rekaan, tapi cerita ni memang 100% benar, sebab yang mengalaminya adalah aku sendiri.  Kejadian ni berlaku pada tahun 1987/1988.

Pada tahun itu, aku menyewa sebuah rumah di London yang dulunya bekas lokasi sebuah pembunuhan bersama-sama kawan baikku, Joe.  Untuk menjaga identitiku biarlah aku namakan diriku sebagai Lyca.  Aku dan Joe bekerja sebagai penyelia stesen keretapi untuk London Underground.  Memandangkan sewa rumah kat London ni agak mahal, aku dan Joe sangguplah duduk kat rumah kami ni sebab sewanya yang murah.  Mungkin sebab tragedi pembunuhan tu kot.

Kami tinggal di rumah tu hampir 4 bulan, takde pun gangguan yang aku alami, kecuali dari Joe yang suka prank aku ni.  Walaupun kami berdua ni berlainan jantina, tapi kami ni cuma kawan baik je takde perasaan cinta antara satu sama lain.  Masa ni Joe baru berumur 26 tahun manakala aku baru 19 tahun,  walaupun Joe ni lagi tua, tapi tetap tak matang jugak.  Dia ni sesuka hati je amek barang aku,terutamanya masa die tengah mabuk.  Contohnya, aku ada beli pizza dan bakinya aku simpan dalam peti sejuk.  Balik je, pizza tu dah habis dimakan oleh Joe, dan Joe akan tinggalkan nota, 'Lyca aku makan pizza hang. Nah ni 20 pound aku ganti balik, nanti hang beli lain'.  Bersama-sama nota itu dikepilkan duit not 20 pound tu.  Boleh dikatakan semua barang aku dia buat macam ni, tapi dia ganti baliklah.  Ada sekali tu aku beli sebotol brandy, tak sempat aku bukak, Joe dah minum dulu.  Geram sangat aku tumbuk tangan dia, dia gelak je sampai aku terikut ketawa sendiri.  Walaupun kekadang aku geram dengan perangai Joe, tapi Joe pandai amek hati aku jadi aku takdela marah sampai berdendam dengan dia.

Lepas tu aku beli brandy baru, aku akan sorok dalam laci bawah katil aku.  Tapi tak jalan jugak.  Pagi tu aku terbangun bila aku perasan katil aku macam bergoyang-goyang.  Rupa-rupanya Joe baru balik dari shift dia kot, tengah nak bukak laci bawah katil aku.  Dia cuba nak bukak laci aku dengan cara senyap-senyap, tapi tak senyap mana pun.  Mataku terbuka, aku tengok je Joe terhegeh-hegeh nak bukak laci tu, Joe perasan, tapi dia cakap kat aku, "sssshhhhhh dah pegi tidur balik.  Aku nak mintak brandy ko je".

Malas nak layan si Joe ni, aku rasa macam nak ketuk je kepala dia dengan botol tu.  Aku pun bukak sendiri laci tu dan kasi dia brandy, 'nah ameklah ko brandy aku ni. Dah, berambus'.

Malam seterusnya aku akan kunci pintu bilik aku setiap kali aku tidur.  Esoknya aku kasi amaran kat dia jangan sesekali masuk bilik aku dan kejutkan aku dari tidur macam malam tadi lagi.

2-3 malam, semasa aku tidur, aku dikejutkan dengan bunyi tombol pintu dipusing-pusing dari luar bilikku.  Dalam fikiran aku, ni mesti Joe ni.  Nasib baiklah pintu tu dah berkunci.  Aku pun biarkan je, nanti lama-lama nanti dia berhenti la tu.

Tapi 'Joe' macam tak putus asa, dia tak habis-habis pusing tombol pintu aku yang dah berkunci tu. Ni mesti Joe tengah mabuk lagi ni.  Aku pun perlahan-lahan bangkit dari tidurku menuju ke pintu aku.  Kali ni aku terfikir nak prank Joe pulak.  Aku nak bukak pintu lepas tu BOO! Mesti terjerit-jerit si Joe ni sebab terkejut sangat.  Aku dah siap-siap pegang tombol tu nak bukak kunci pintu tu, sambil dalam otakku mengira, satu, dua, tiga.....

Tapi entah camne aku berubah fikiran pulak.  Malaslah nak prank Joe. Sekarang ni pun dah pukul berapa, nanti Joe ajak sembang pulak.  Esok aku nak pegi keje pulak.  Jadi aku pun biarkan jelah cubaan Joe nak masuk bilik aku, dan aku pulak pegi masuk tidur balik.

Tok! Tok! Tok! Aku dikejutkan dengan bunyi ketukan di pintu.  Rupanya hari dah masuk pagi.  "Lyca".  Joe memanggilku dari luar bilik.  "Mai keluaq sat.  Tapi hang kuaq pelan-pelan naaa... Hang jangan terkejut tengok kat luaq ni ada apa. Jangan sentuh apa-apa.  Aku baru panggil polis ni".  Polis?  Aku ingatkan eh prank ape lagi si Joe buat ni? Tapi nada suara Joe sangat serius masa tu.

Dengan penuh berhati-hati aku pun bukak pintu bilikku.  Aku sekadar menjegulkan muka dari muka pintuku. Alangkah terkejutnya aku bila aku nampak semua pisau yang ada di rumah kami tu disusun di depan pintu bilikku, dalam bentuk melengkung.  Aku dan Joe suka memasak dan kami ada set pisau masing-masing, tu belum lagi pisau steak.  Jadi dalam rumah tu memang ada banyak pisau.  Dan kesemua pisau tu sekarang ni tersusun dihadapanku dengan bilahnya menghadap aku.

Aku tanya Joe, malam tadi ko balik rumah kan? Ko cuba nak masuk bilik aku kan malam tadi, tak dengar apa-apa ke?  Terbeliak mata Joe, 'wei mana ada aku balik rumah malam tadi? Aku kerja shift malam kot semalam.  Ni aku baru habis shift ni".  Joe kata, masa dia sampai rumah dia nampak tingkap rumah pecah dan perabot di rumah dah beralih.

Polis pun sampai, diorang pun buatlah siasatan tapi bila diperiksa, tiada siapa pun yang cedera, dan yang paling pelik tu takde barang kena curi pun.  Satu-satunya kerosakan dalam rumah tu adalah tingkap yang pecah tu.

Tapi perabot rumah kami macam sofa dan meja memang nyata sangat sudah dikalihkan tapi perabot-perabot tu disusun dalam bentuk dan corak yang agak pelik.

Walaupun aku selamat, tapi aku terfikir jugak apa jadi kalau malam tu aku bukak pintu tu...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2024 02:07 PM | Show all posts
nak lagi TT
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2024 03:33 PM | Show all posts
Jalan Pintas

Kejadian ni berlaku sebelum harijadiku yang ke 20. Masa ni aku sedang berkhidmat sebagai kadet tentera laut USA.  Aku belajar di sebuah sekolah kadet di South Carolina,  sekolahku berdekatan dengan Charleston tapi lokasinya bukan dalam pekan.  Jadi kat sini memang kebiasaanya kami akan memandu kalau nak pegi bandar.

Aku dan ketua kelasku yang ketika itu berusia 22 tahun, kita panggil dia P jelah, kami sangat rapat. Dia bersahabat dengan seorang budak bandar datang dari New York (kami berdua budak kampung B40 takde kereta), budak tu aku namakan T jelah.  Walaupun T baru 19 tahun tapi sebab dia ada kereta, jadi kami bertiga selalu melepak bersama-sama naik kereta T.

Ada satu malam tu, masa tu kami bertiga gagal dalam satu peperiksaan yang agak penting.  Kuciwa punya pasal, aku pun ajaklah P dan T ni jom kita pegi makan aiskrim bagi mengubat rasa kecewa.  Kami bercadang nak pegi satu restoran kecil ni yang letaknya nun jauh di pinggir bandar Charleston naik kereta T macam biasa.

Dah habis menikmati keenakan aiskrim tu, kitorang pun nak baliklah.T yang memandu, P pun kasilah arahan nak balik lalu mana, tapi T ni macam belagakla pulak dia cakap, "takpe takpe, aku tau jalan pintas. Korang relaks je".  Jadi kitorang pun biar jelah si T ni bawak kitorang, walaupun kitorang tau si T ni budak muda dari bandar yang tak biasa dengan kawasan kampung macam ni. Lagipun esoknya kami cuti jadi takpelah malam ni balik lewat skit.

Kitorang pun perati je si T ni memandu, walaupun aku dan P sedar yang kami dah memandu 2 kali ganda jaraknya dari jalan biasa yang kami tau kalau nak balik ke pangkalan, tapi T asyiklah berjanji pada kami yang kitorang dah nak sampai ni. Padahal jalan ape entah yang si T ni bawak, dahle bangunan terakhir kami jumpa 10 batu sebelumnya, jalan tu sangat gelap seolah-olah kami sedang melalui terowong.  Tiba-tiba si T ni cakap dia nak terkencing sangat la pulak, aku dan P pun suruhlah dia berhenti je tepi jalan tu dan kencing.  Kiri kanan tu hutan kot, takde sape akan lalu jalan ni selain kitorang, tapi T berkeras taknak kencing tepi jalanraya tu.  Malu katenye.  T pun jumpa satu jalan masuk ke hutan tu yang tidak berturap dan dia terus masuk ke simpang jalan tu.

Aku dan P kami berdua kan budak kampung dari selatan, T ni memang tak pernah keluar dari bandar New York, jadi aku dan P dah pahamla, tindakan T tu sangat membahayakan.  Sebabnya dia pakai main masuk je jalan tu yang sah-sah menuju dalam hutan.  Mana taulah kan kot-kotla tempat tu ada tuannya, orang kampung ni jenis tembak dulu, soal siasat kemudian.  Tapi T makin menuju jauh ke dalam hutan walaupun aku dan P suruh patah balik.  Aku dah mula risau, kalau kitorang kena tembak ni jenuh nak menjawab dengan pegawai kami nanti.

Makin jauh T masuk ke dalam, kali ni 20 ela di hadapan kami ada satu unggun api besar, apinya sangat marak dan terang mengalahkan cahaya bulan mengambang malam tu. Aku dah betul-betul rasa tak sedap hati ni.  Aku dan P jerit-jerit kat T, dah dah patah balik patah balik.  Masa nilah kami menyedari adanya bayang-bayang manusia, ramai pulak tu, yang sedang duduk mengelilingi unggun api tu berdiri dan perlahan-lahan menghampiri kami.  Masa nilah pulak T tiba-tiba jadi kejung, aku yang duduk kat belakang masa tu terus tukar gear mengundur sambil tanganku menumbuk-numbuk bahu dia nak kasi dia sedar.  T tersedar semula dan dia pun tekan minyak nak mengundur sambil kepalanya menoleh ke belakang, dan sekali kali dia kejung kat situ.  Bila aku toleh rupa-rupanya di belakang kereta kami pun ada ramai manusia sedang berjalan menuju kami! P mengeluarkan lampu suluh dia dan suluh-suluh pada kumpulan manusia tu konon nak menyilaukan pandangan mata orang-orang tu sambil menjerit pada P untuk jalan je, nanti orang-orang tu akan mengelak jugak.

T pun perlahan-lahan menekan minyak trak dia, P suluh sana sini, aku kelam kabut periksa setiap pintu trak tu untuk pastikan dah berkunci dan tingkap kereta dah dinaikkan. Keadaan kami tu yang aku boleh gambarkan, macam kisah Nabi Musa dan Lautan Merah, bila T mengundurkan kereta kumpulan orang-orang tu pun berganjak memberi laluan kepada kami, sampailah kami akhirnya tiba di jalan utama tu.

Dalam perjalanan balik tu, semua orang terdiam.  Termasuklah T yang tadi nak terkencing sangat tu.  Dah sampai pangkalan, barulah P cerita benda yang sebenar pada aku, sebenarnya masa dia suluh orang-orang dalam hutan tu, orang-orang tu semua takde muka.  T cuma diam, tapi dia mengangguk lemah, tanda dia pun nampak benda yang sama.  Terkejutlah aku masa tu, yelah masa tu aku tengah kelam kabut kan jadi aku tak sempat nak amati orang-orang tu ada muka ke tak.

Apapun, sejak hari tu kami tak pernah lagi ungkit pengalaman seram jumpa orang tak bermuka di tengah hutan di pinggir bandar Charleston.



Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 12:31 PM | Show all posts
yay ada cite baru
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2024 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Cerita best macam biasa.. tak pernah mengecewakan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:14 PM GMT+8 , Processed in 0.333472 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list