CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2829|Reply: 0

Perlu Kemana-mana Berseorangan? Ini Cara Kongsi Lokasi Semasa Anda Kepada Keluar

[Copy link]
Post time 23-2-2021 11:01 AM | Show all posts |Read mode
Perlu Kemana-mana Berseorangan? Ini Cara Kongsi Lokasi Semasa Anda Kepada Keluarga Dengan Whatsapp

Semalam negara kita dikejutkan dengan penemuan seorang mangsa yang hanya tinggal tengkorak selepas dipercayai hampir 10 bulan terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Plus berhampiran Batu Pahat.

Kejadian berkenaan yang berlaku di Kilometer 122.4 Lebuhraya Utara Selatan arah Yong Peng-Pagoh hanya disedari semalam oleh pekerja penyelenggaraan di lebuh raya berkenaan sewaktu mereka sedang melakukan kerja pembersihan longkang.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, polis menerima maklumat mengenai penemuan sebuah korang ramai agar memaklumkan pergerakan kepada ahli keluarga terdekat supaya mudah dihubungi atau dikesan jika berlaku perkara tidak diingini dan lebih berhati-hati semasa memandu.ereta dan satu tengkorak manusia di cerunan tepi sebelah kiri lebuh raya pada 1.10 tengah hari.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu kereta itu hilang kawalan sebelum terbabas dan terjatuh di bawah cerunan berkenaan,” kata beliau yang percaya ianya berlaku pada Mei atau awal Jun tahun lalu.

Beliau dalam masa sama turut menasihatkan orang ramai agar memaklumkan pergerakan kepada ahli keluarga terdekat supaya mudah dihubungi atau dikesan jika berlaku perkara tidak diingini dan lebih berhati-hati semasa memandu.

Persoalannya apakah cara mudah agar anda dapat meninggalkan jejak atau kesan anda kepada keluarga? Paling mudah pada kami adalah dengan menggunakan aplikasi whatsapp anda.

Ini kerana whatsapp mempunyai fungsi share live location, atau kongsi lokasi semasa anda.

Jadi bagaimana untuk mengaktifkan fungsi share location ? Ikuti perkongsikan kami di bawah untuk mengaktifkan fungsi share location tersebut :

#1 Pastikan whatsapp dapat akses lokasi anda setiap masa

Perkara paling penting adalah memberikan whatsapp akses untuk menjejak lokasi anda setiap masa. Kebiasaannya lokasi kita hanya akan dapat dijejak whatsapp apabila kita menggunakan aplikasi berkenaan.

Namun untuk hal sebegini, mungkin anda boleh beri kebenaran kepada whatsapp untuk mengakses lokasi anda setiap masa, sekurang-kurangnya sehingga anda tiba ke destinasi yang dituju atau selamat pulang ke rumah.

Untuk aktifkannya : Pergi ke Settings phone anda > Whatsapp > Location > Pilih Always





Sekarang whatsapp sudah mendapat akses penuh untuk menjejaki lokasi korang setiap masa meskipun korang tidak lagi menggunakan whatsapp.

#2 Kongsi lokasi anda kepada kenalan/ grup

Buka whatsapp dan pilih contact atau group yang korang ingin kongsi lokasi live.

Tekan button attach (simbol +) > location > share live location > pilih tempoh (15mins, 1jam, 8jam) > tekan send (diwarnakan kuning di gambar bawah)



Selesai! Sekarang kenalan sudah boleh mengetahui lokasi korang dalam tempoh yang korang dah tetapkan tadi. Ingat tetapan ini harus dilakukan semula selepas tempoh waktu yang ditetapkan tamat.

Meskipun gambar di atas menggunakan iphone tetapannya sama buat pengguna Android . Selamat mencuba!


Sumber:https://www.buzzkini.com

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 197980 Replies : 4616
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74422 Replies : 2988
UK dilanda cuaca panas melampau 26 darjah celcius
YgBenarUK dilanda cuaca panas melampau 26 darja
Views : 4750 Replies : 8
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 3030 Replies : 0
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73551 Replies : 317
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 5252 Replies : 0
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30249 Replies : 221
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 104194 Replies : 2890
Sejauh mana 'old school'nya anda..
fahdramliSejauh mana 'old school'nya anda
Views : 56329 Replies : 149
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30726 Replies : 167

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 10:27 AM GMT+8 , Processed in 0.157158 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list