CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4644|Reply: 17

"Siapa Perempuan itu?"

  [Copy link]
Post time 4-6-2021 12:36 AM | Show all posts |Read mode
Salam uols...
sebelum nak melabuhkan tirai malam jumaat ni... aku nak share satu true story yg terjadi kat opis aku, pada hari Isnin, bersamaan 31 Mei yg lalu. Cerita masih panas.. sebab masih baru2 lagi kan... tapi ni short story je laa.. kalau ada update atau "penampakan", "pembunyian", selepas2 ni, aku akan update kat page ni jugak... kalau takde... means berakhir takat ni je lah...

ok lets start...

setelah setahun lebih opis aku ni tutup gara2 pendemik covid ni... entah kenapa, pada bln Mac yg lalu, tuan SGM suruh staff admin masuk opis. ikut giliran.. so, dlm sehari, hanya 2 orang je yg msuk opis. staff admin, total 4 orang. so, minggu ni, 2 org dari team A. minggu dpn 2 org dari team B.

All engineers semua kena wfh. aku & secretary pada sgm pun kena wfh juga.

So, nak jadikan cerita, sblm cuti raya, kerani aku gi mengadap SgM . (Sgm ni rajin nau dtg opis... entah apa yg best sgt dtg opis pun tak tau lah). tapi dia dtg, ikut time dan sedap tekak dia je laa.. tak ikut waktu bekerja hakiki.

kerani ni jumpa sgm, bagi tau yg dia dah sarat dan dah tak larat nak terus dtg pejabat. katanya nak wfh. So, sgm pun decide, bagi lah kerani tu wfh sementara nak tunggu dia due bln 7 nanti. so, skrg ni, yg kena jadi pak sanggup, adalah aku. Nama aku yg sgm petik utk dtg opis, cover keje minah ni.

--- sorry.. intro berjela lah pulak

so, pada 31 mei (isinin) baru2 ni, aku pun masuk la opis, setelah sekian lama aku tak masuk. bila aku kat opis tu, tak byk mana pun la keje. so, bila aku boring2 tu, aku pun merayap laa ke wing B... opis aku ni besar... ada 2 wing. area aku, kerani dan bos besar, kat wing A. Area engineer, bilik meeting, surau, kat wing B.

masa aku melangkah jln2 dlm wing B tu, lampu kat wing B (workstation) tak dinyalakan. kecuali kat laluan shj. lagipun dikelilingi tingkap. aku jalan2, berangan, tengok meja staff... ushar2 kalau ada gambar.. aku tgk.. ni lah masanya nak melawat meja kerja diaorg tanpa gangguan... lepas dah pusing2 kat meja kerja, aku melepak dpn tingkap, tgk view kat luar. dah boring.. aku jln2 lagi sampai ke hujung wing B tu....

waktu tu, masa dlm pukul 12.20 kot... masa aku tgh berangan tgk keliling area tu... cleaner aku dtg, gi cari ushar tong2 sampah kat meja2 kerja yg tuannya dah sekurun tak masuk opis... sambil2 dia lap meja. Dia tegur aku... aku ckp, aku mengantuk, tu yg jln2 kat sini dan bg tau yg aku rindu suasana kerja mcm dulu... dia ckp, kalau akak ngantuk, tidur la.. lagipun dah nak masuk wktu rehat, kan... aku senyum je kat dia... dan dia pun sambil jalan nak check tong sampah, tetiba dia batuk teruk... non stop... aku dah cuak... ye laa takut simptom covid ke... so, aku cepat2 blah, sementara dia melayan batuk kokol dia tu.

then, as usual, aku dok kat meja aku dan sambung kerja. Sementara cleaner tu, teruskan kerja dia.
-----------
1hb jun... sgm pesan, semua geng admin tak payah msuk opis. sebab surat kementerian belum dapat lagi...
-----------
2hb jun, aku dan sorang staff masuk opis sebab surat dah dapat. sgm pun sama, masuk opis. Pagi, masa aku dah sampai, aku call cleaner aku. nak mintak tolong dia pikul pc aku kat kereta, naik ke opis. PC aku tu seketul flat screen. takde cpu. kalau ada cpu, tak hengen aku nak angkut bwk balik.
so, dia pun jumpa aku kat parking dan tolong aku. Bila dah sama2 masuk opis, dah clearkan pasang pc., cleaner pun nak start keje dia. dan aku plak nak menuju ke toilet, jln skali dgn dia...
dan.... masa ni lah dia bukak cerita kat aku...
begini kisahnya,

"akak, saya mau tanya akak la. Hari Isnin hari tu, akak sorang saja ke, staff perempuan yg masuk opis?".
aku, jawab. "ye. akak sorang. kenapa?".
"macam ni kak... akak ingat tak, masa saya kutip sampah kat belakang, pas tu, akak pun ada jalan2 kat belakang"
aku jawab, "ok. kenapa?"
dia pun sambung, "akak tahu tak, masa saya nak ambil sampah dan nak lap meja dalam bilik meeting besar, masa saya masuk tu, saya nampak ada sorang perempuan duduk dalam bilik meeting tu. saya pun heran, kenapa dia duduk dlm gelap. kenapa tak pasang lampu. lepas tu, saya tak mahu dia terganggu, terus saya cakap, "maaf". lepas tu saya langsung keluar.  sampai malam tadi, di rumah, saya asik terfikir pasal perempuan tu. saya masih heran, dan saya pun tak ingat nak tanya akak hari tu."

bila aku dengar dia ckp macam tu, berderau darah aku. jantung aku berdegup punyalah laju.
aku pun jawab, "biar betul kamu ni. kan yang datang bekerja kat opis ni 3 orang saja. hari isnin hari tu, cuma akak sorang je perempuan. sorang lagi ketua kerani, lelaki. dan sgm. mana ada siapa2 lagi dah".

berubah muka cleaner aku tu. terus tunjuk tangan dia dah meremang roma.

"tapi, ye la kak.. saya mmg nampak dan heran, kenapa ada perempuan duduk dlm bilik meeting, tk pasang lampu. dia diam dan tunduk. tapi saya boleh nampak wajah dia, tak sama dengan staff opis ni. muka orang lain, orang luar. dia pakai tudung, warna seakan merah hati. badan sedikit gempal, tapi tak gemuk la", cleaner tu meyakinkan aku.

aku pun terus ajak dia pegi ke bilik meeting besar yg terletak di wing B. , "jom kita pegi tgk. kamu tunjuk kat akak , kerusi mana dia duduk".

cleaner pun bawak aku pergi ke bilik meeting tu. sambil2 berjalan tu, aku pesan, lepas ni on kan semua lampu kat wing B. kamu jgn buat kerja dlm gelap.  kalau tiba2 rasa takut, panggil akak. akak temankan.

sampai bilik meeting, cleaner tunjukkan tempat perempuan tu duduk. "kat sini lah kak dia duduk. diam, dan seakan tunduk".
aku perati tempat dia duduk tu. kerusi yg dia duduk tu, adalah kerusi yg di pangkah. (penjarakkan sosial). tak boleh duduk kerusi tu dan kat meja pun ada tampal pangkah (penjarakkan sosial). aku terkedu skejap. dlm hati berkata, sah.. bukan orang!!
then, aku tanya lagi kat cleaner..." dia takde bawak/buka laptop ke? sebab kalau betul ada orang nak tumpang buat kerja, dia mesti bawa laptop dan mesti bukak lampu bilik meeting, sebab kat luar bilik meeting, tak bukak lampu. takde orang".

cleaner aku jwb... "takde la kak. dia duduk diam2 je sambil kepala dia separuh tunduk. saya tolak pintu bilik meeting pun, dia tak terkejut. saya minta maaf kat dia pun, dia tak jawab, tak bergerak pun kepala dia"

lepas dengar citer dia... tak pasal2 aku dah jadi penakut. hari ni pun, aku dtg kerja. Masa aku nak letak surat kat meja engineer aku yg duduk terperosok kat wing B pun, masa aku tgh jalan ke arah meja dia, roma aku meremang.. walaupun dalam terang.....

serius aku ckp, sebelum era covid ni, aku selalu jadi orang pertama masuk opis (sblm kul 7 dah sampai), meronda dlm gelap kat wing B utk on kan  lampu. pas tu masuk surau wanita (in between wing A & wing B), utk membuta sampai kul 8.

actually, masa aku membuta pun, dgr mcm2 bunyi yg sayup2... bunyi2 yg tak masuk akal. tapi, dah ngantuk punya pasal... aku bolayan je laa...
mcm2 bunyi2an lah aku dengar... dulu2 laaa... tapi aku buat bodo je... kalau aku terlebih berani, aku pegi jugak laa cari, kat mana datangnya bunyi tu....

so gais.. tu je la citer terlatest yg aku nak share kat sini.... sebenarnya opis aku mmg haunted... rasanya, dulu2 aku penah share kot, pengalaman aku & kawan2 yg kena kacau kat opis ni...

kalau ada apa2 update terkini... aku update je kat page ni juga.... inshAllah...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2021 01:34 AM | Show all posts
Wslm TT.

Wahhh..seremmm...

Tu la. Kalau tak tahu biasa kita main redah je tp once dh tahu trus terbayang2 pastu otomatik jd penakut skit drpd biasa. Huhu... Nak buat macam mana, bangunan banyak kosong setahun dua ni di jaman covid. Depa byk choices tempat melepak skrg. Hehe...

Teruskan menulis bila ada citer terbaharu atau citer lain, ya TT.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2021 03:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Wah tt tengah2 mlm tulis kisah seram..betul2 amek mood menyeramkn diri..
Tu la org ckp biar tak tahu dr tahu kn..
Suspen juga nk g keje kn tt..
Harap ade next episod lg..
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2021 05:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow...berani ni sebenarnya masa kita tak.tahu
Bila dah tahu terus jadi takut kan..
Cm.iols dolu la..cenggini juga..cleaner sampai tak mau masuk kat.opis waktu lunch..
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2021 06:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Wah seram akak baca.....jalan cerita yg bagus boleh buat orang seram...

Bos akak adalah kawan akak sendiri...yg dah pangkat dato.... dia ni dikelilingi benda mistik juga...maksud akak dia mudah mengalami sesuatu kejadian mistik..ni banyak kes dia cerita kat aku....kebanyakan kisah dari rumah dia...so bila dia cerita mcm tu aku terfikir adakah kat opis dia pun sama tapi aku x suka tanya nanti aku nk kerja aku jd penakut..

Sebabnya aku paling awal dtg opis ..patut masuk pukul 9.pg aku dtg pukul 7 pagi...opis masih gelap...walau opis dia penuh dgn CCTV...dan opis dia besar..walau ada rasa seram tapi bila buka pintu opis lepas tekan kod dan sebelum petik suiz lampu aku bg baca Bismillah kuat2 dan bg salam kuat2...

Mampos aku kalau tetiba ada benda jawab lepas bg salam...harap x dela...
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2021 06:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Mina2215 at 4-6-2021 06:28 AM

Sis,
Semoga pas ni jangan takut kalau masuk opis. Kuatkan hati dan ready mental in case “hakak” tu nak munculkan diri.
Kalau dia nak menjelma, sis dah standby nak buat/cakap apa) kat benda tu. sebab nak lari pun tak guna, dah nama pun tempat kerja kita nak mencari rezeki...

Saya cakap camni sebab saya mengalami benda yang sama di tempat kerja.

Keja malam sorang2, memang kena kental hati sebab benda rajin menampakkan diri nak usik. Selalunya benda tu usik orang baru (mungkin nak testing ka apa)

Kalau biasanya kita buat tak heran, benda tu jarang tunjuk diri

Dahla tempat kerja saya ni  ( satu jabatan di hospital) penuh dengan benda kesukaan “hakak cantik” contoh macam sampel fetus yang keguguran, darah dan sisa bendalir badan yang diterima masa time keja sorang tu.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-6-2021 08:47 AM | Show all posts
Edited by KIM.K at 4-6-2021 08:50 AM

Ni kalau cerita kat doktor psikiatri dia diagnosed skizo dalam repot kad. Padahal doc psy ni ada je tok sami/tok batin. But itulah cerita kehidupan.
Kalau dengar or nampak makhluk halus ni secara saintifik sign skizofrenia walaupun perkara ghaib itu pasti
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2021 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols part dulu noooo.. Sat lagi lepas mop bilik iols lepak balik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2021 09:59 AM | Show all posts
Seram.
Memang rasanya ramai acik-acik cleaner kena kacau atau terjumpa entiti macam ni masa Covid.
last year, cleaner office ni pun sama. kan office sunyi ramai WFH.
Macam-macam bunyi lah dia dengar. As if ada orang tengah bekerja tapi hakikatnya masa tu majority WFH.
Tapi nasib baik la tak ada penampakkan
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2021 05:18 PM | Show all posts
Bila TT cite ni, nak menyampuk juga lah seperti yang berlaku kepada diri sendiri. Hari Isnin 31 Mei baru2 ni.. sepatutnya masa hari kejadian ni suppose kita orang semua kena pergi ke opis tapi di blok kami ini ada case +ve covid, so satu blok last minit kena sanitise (dapat emel pun dalam jam 7 pagi)..masa itu saya memang nak datang opis sangat kerana perlu ambil beberapa dokumen etc yelah Selasa 1 Jun dah mula PKP TLD kan ...

So nak jadikan cerita bila saya hubungi admin mereka cakap opis dah settle sanitise jam 11 pagi, so saya pun berkira-kira dalam pkul 12 lebih mungkin saya dah boleh masuk opis sekejap..dah minta permission admin dan bos besar nak masuk opis untuk ambil dan bawa pulang beberapa dokumen penting dan Alhamdulillah dapat..tapi beliau pesan kena cepat kerana opis baru lepas sanitise,& memang dekat opis tak ada orang langsung..so ckp memang settle ambil dan sedut dokumen penting memang saya akan balik terus..

Saya masuk opis dalam jam 12.15 tengah hari, masuk bilik memang nampak adalah kesan lembab2 sikit kesan sanitise tu. Mase itu memang confrim tak ada orang di opis atleast dekat tingkat saya ini..okla just buka PC & cari dokumen apa yang patut nak save dalam HDD serta dokumen2 fizikal juga...tengah2 leka tu tiba-tiba (tiber bak kata budak zaman sekarang) saya terdengar macam ada orang bersembang dalam 2,3 orang dalam bilik member sebelah..beliau ni merupakan Head HR opis kami..tapi saya terfikir takkan dia datang juga kerana tak nampak pun kereta dia di parking basement. So tak apalah just saya berhusnuzon dulu dalam hati yelah tengah-tengah busy nak cari dan susun dokumen penting & ada pula dokumen yang saya cari takj jumpa..:-(

Lepastu saya ada terdengar lagi suara-suara orang lelaki bercakap-cakap tu..memang clear juga saya dengar suara orang bersembang garau dari bilik sebelah saya ini..FYI member sebelah ni dia seorang perempuan..tak kan beliau datang bawa husband dia teman ke pejabat kot..kemudian saya terfikir ah sure dia lupa tutup PC & maybe dia ada melayari YouTube dan seumpamanya ke apa & lupa off PC beliau itu…Lepastusaya terfikir, dia kerja tak pakai PC tapi laptop, means dia bawa balik laptop dia..dah macam ini saya mula la rasa tak sedap hati dan memikirkan hanya saya seorang di pejabat di kala itu. Saya ambil inisiatif untuk text dia tnya....
“Salam Mxxxx eh you ada dekat pejabat ka sekarang?”
Then dia reply almost instantly “nak g opis ape nya kan opis kne sanitasi gitu..” then dia tanya lagi “kenapa tanya??”
Saya tak jawab soalan tu sampai ke hari ini..Cuma saya nak sedapkan hati saya yang rasa jantung dah nak tercabut & terkucil semua ini ada, saya beranikan diri perlahan-lahan keluar dari zon selamat aka bilik saya (ye lah nak balik nanti pun kena lalu bilik dia juga) dan menjengah/peeping ke bilik kawan saya ini dekat part berkaca tepi pintu dia..memang sah bilik die gelap! Memang sah tak ada orng pun! Serentak dengan itu juga dah tak ada dengar bunyi orang bercakap lagi..Apa lagi tanpa membuang masa saya masuk ke bilik saya., saya kemas apa yang patut barang semua termasuk dokumen, ada  yang berciciran juga nak buat macam mana memamg saya takut dan gelabah seram semua ada, saya mula langkah seribu. Berlari2lah saya ke bawah, memang saya tak tunggu lif terus ikut tangga.. mujurla opis tak tinggi mana cuma di tingkat 6 ..sesampai di basement termengah-mengah saya..memang sah dekat lot parking blok memang tak ada kereta siapa-siapa..ada kereta saya & apa lagi masuk kereta campak beg terus pecut balik rumah…Bgitulah kisahnya & sampi lah hari ini member masih bertnya kenapa saya text dia tnya dia di mana..

Just kisahnya staff lama2 opis kami dulu selalu cakap memang opis dulu selalu ada kisah seram tapi lama dulu la..sampaikan ada polisi dalaman untuk tidak benarkan stayback beyond jam 6 petang..just mungkin baru-baru ini setelah setahun lebih PKP ini dan orang pun tak ramai so itu yang menyebabkan ‘diorang’ kembali bermaharajalela dan buat kerja dekat opis kami ini semula mungkin..wallahualam bisawab
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2021 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Seram.. Aku ni siang2 pun takut klu xda org kat ofis.. Braninya TT
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2021 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Makcik2 cleaner yg keje time2 pkp ni mesti byk story kan. Ye la, dah la office ber bln2 xde org. Mmg jadi rumah bende lain la, nak2 office yg tinggi2 tu...
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2021 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Gila seram citer TT, tgh imagine cleaner bgtau 'dia' seakan tunduk statik tu perghh
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2021 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
havovasta replied at 4-6-2021 05:18 PM
Bila TT cite ni, nak menyampuk juga lah seperti yang berlaku kepada diri sendiri. Hari Isnin 31 Mei  ...

Serammm, agaknya kalau mata kita takde hijab mesti nampak kan diorang ni dgn bermacam rupa dan gaya memasing.

Mcm dlm citer2 filem hantu tu, bapak scary jilat telinga orang pun ada



Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2021 09:31 AM | Show all posts
ofis aku pun angker.. dah belakang ofis tu hutan. macam macam citer dan yg aku alami sendiri hanya pergerakan kerusi dan bunyi mesin photostat dan keyboard. belum nampak secara berdepan. rasa meremang mmg selalu. dalam lif, bila aku balik maghrib lalu tepi rumpun buluh hiasan kat ofis ni, kat parking basement lagilah.. pernah aku lari pecut kat parking basement sbb dengar org tegur aku
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2021 11:52 AM | Show all posts
sweetfasha replied at 8-6-2021 09:31 AM
ofis aku pun angker.. dah belakang ofis tu hutan. macam macam citer dan yg aku alami sendiri hanya p ...

ntah2 kwn awk kot yg tegur sbb nak ajak pekena teh tarik kot....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2021 03:53 PM | Show all posts
hi TT, nak cita gak kes ofis dulu.. kul 3 pagi ja, semua scanner pintu berbunyi mcm ada org scan masuk.. pastu, lampu, TV meeting room ngan pintu semua terbuka... dulu dulu, manager HR igt budak2 engineer balik lambat lupa nak tutup, pastu check cctv, kantoi la, benda benda ni terpasang sendiri start kui 3 pagi... pastu, penuh tangkal kat each pintu.. hehehehe.. tapi takdak siapa berani duduk kat situ lepas kul 7 and masuk ofis sebelum kul 7.30 pagi.. sbb floor ofis kitaorg takdak org lain dah.. mmg seram...by the way, takdak la sesi bacaan yasin and ruqyah, sbb kompeni cina depa pggil tok sami ja...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2021 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru lagi tu kisah 31/5...klu mana2 tempat dah lama kosong mmg ada ler yang menumpang..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 04:47 PM GMT+8 , Processed in 0.093486 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list