CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: MissLazy

CERITA SEORANG PEREMPUAN

  [Copy link]
Post time 1-8-2021 02:37 PM | Show all posts
MissLazy replied at 30-7-2021 03:47 PM
Kisah ni terjadi di Perak, rumah kediaman keluarga. Adik beradik aku 6 orang dan hanya 3 adik aku (s ...

Gigih betul keluar jugak sambung kerja basuh baju walaupun tahu ada yg 'menunggu'. Hahaha. Suka ah cite tt. Sambung plis.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2021 11:05 AM | Show all posts
ahaaha.. seram dan kelakar TT.

iolls pun ada pengalaman dengar bunyi mengilai.. sumpah..takmau dengar dah

kisahnya iolls dgn kakak duduk asrama  kat perak juge.. kami sekolah smka.. tapi kami ni skrg ustazah tak jadik... huhu dah biasa la sebulan sekali dpt balik rumah, malam tu pasang CD tengok cerita hindustan kat ruang tamu. Ayah ibu dan adik dah tdo. tinggal kami berdua je..dah lewat juga masa tu dekat2 1.30pagi baru nak tengok tv..

masa dah dekat jam 3 pagi, tengah fefeeling nangis tgk hindustand tu sekali dengar makhluk mengilai super kuat bunyi suara dia.. iolls pandang kakak, kakak pandang iolss.. lari tak jejak lantai kitorang masuk bilik.

tarik selimut toto, kelubung habis satu badan dengan kepala.. serius..sejuk gedi tapi badan berpeluh-peluh.. tak sampai seminit dlm selimut tu, tetiba kakak iolls tepuk iolss..ajak pi depan tutup tv.. huargghhhhh

giler kakak iollss.. i olls sumpah seranah dia biar je lah tv tu terbukak.. dia nak juga pi tutup tv.. huhu.. terketar2 iolls teman dia.. dia jalan depan iolls jalan belakang. elok je dia switch off tv iolls lari gila laju tinggalkan dia.. uhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2021 12:35 PM | Show all posts
best la citer TT..
sambung lagi pelisss
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2021 12:40 PM | Show all posts
mamichik replied at 2-8-2021 11:05 AM
ahaaha.. seram dan kelakar TT.

iolls pun ada pengalaman dengar bunyi mengilai.. sumpah..takmau de ...

hahaha..kalau iolss pon lari tak cukup tanah..penah dengar jugak dengar bunyi ketuk2 almari masa tengah layan movie tengah malam...
berpeluh satu badan...dah la sorang2..semua pakat masuk bilik..
terusss zupp tutup masuk bilik..tak berani nak dah nk layan movie tengah malam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2021 06:49 PM | Show all posts
Edited by MissLazy at 4-8-2021 05:34 PM

Kembali bersiaran. Aku ni curi2 ms lps ofis hour tulis2 mn2 cerita yg pd aku tinggal kesan pd aku dan masih teringat. Tgh2 boleh BDR ni blh la taip sikit. Sorry kalo ada ejaan salah atau tata bhsa tunggang langgang ya. BM aku ni kdg serupa bangla pn ada kekalutan nk menaip dan eksited bercerita. Again, mntk maaf jika tak mencapai keseraman. Kdg2 bkn seram sgt kot more to mystery. Sbb kita tak nmpk benda ni or mayb kita salah tafsir. Allah juga Maha Mengetahui.


Kisah 10- Lembaga tidak berwajah

Kisah ni jadi pada adik bongsu aku. Masa tu tinggal dia seorang saja kat rumah. Mak bapak dan adik beradik yang lain ada urusan lain.. Dia pulak suka masak dekat luar rumah. Di beranda rumah kami memang ada dapur sebab kami dah renovate sikit rumah tu dan dia je suka masak kat situ. Dah lepas Maghrib dan dia tengah masak sambil dengar radio. Masa tu hujan rintik. Tiba-tiba lalu depan dia satu lembaga hitam. Mulanya dia buat tak tahu. Adik aku ni memang hati kering. Dalam family dia lah yang kerap kena kacau atau nampak. Tapi spesis dia ni tak layan atau buat tak nampak. Okay benda tu lalu sekali. Lepas tu lalu berulang kali dia lalu lintas dpn adik aku. Agaknya tak puas hati tak ke tegur aku ni…Sebab dah bnyk kali tu adik aku tempik suruh jangan kacau. Benda tu berpaling tengok dia dan hilang lepas tu. Muka tak ada. Kosong. Adik aku? Dia terkejut la jugak tapi macam biasa dia teruskan memasak.  Perut lagi penting katanya. Kalau aku harus dah tinggal terus mencicit masuk dalam lama dah masa mula-mula nampak.


Kisah 11-Tempayan


Cerita psl tempayan ni ada 2 kisah. Tempayan ni tempayan lama rmh kg arwah tok opah aku. Ala yg buat basuh kaki dlu. Aku pulak suka main air tmpayan tu, kan sejuk sbb tadah air hujan selalunya. Jd kja aku dlu2 asik nk basuh kaki sebelum naik rmh arwah opah/tok pdhal kaki tak kotor mn. Dasar suka main air. Lps depa dh tak ada aku pn sibuk la pujuk Bapak dan Mak aku supaya bwk tempayan2 tu blk rmh kami.  Sentimental value pd aku. Sj lah aku ingat buat hiasan ke apa kan cantic lg2 kalo cat balik ke. Akhirnya Bapak aku pn angkut la tempayan tu blk. Antic gitu. Ltk kat luar rmh. Nak jadi cerita…


I.

Masa ni kwn adik aku (yg bngsu) dtg rmh, biasa la bdk2 lelaki nk ajak keluar. Kwn adik aku, L dtg rmh naik motor ms tu dh nk pkl 10 mlm. Dia pun masuk la kwsn rmh, gate tak tutup pun lg ms tu. Elok dia bg salam pnggil adik aku dia lepak sat atas motor dia. Tgh2 lepak atas motor nk nyala rokok tu dia nmpk mcm byg lelaki dok bertenggek atas tempayan. Tempayan tu elok ja muncung dok kat atas lg bkn terbalik ke apa. Tp mcm sikit punya baik Cik Abg tu bertenggek tas tu, mcm bercangkung gitu.

Dia gosok2 mata tgok lg sekali. Sah. Nmpk lelaki mencangkung atas tempayan tu. Rokok kena campak,  L pun start motor dan blk terus. Dia call adik aku kata kansel keluar. Demam bdk tu. Esok siang bru dia cerita kat adik apa dia nampak.

II.

Ni bru lg jd beberapa bln lps. Tempayan yg sm, ada lg benda alah tu ya kwn2. Tak dela Bapak aku buang..Hahah..Ini jadi kat adik bongsu aku tu jgk. Sbb dia kja shift. Jd keluar rumah pkl 3 pg tu biasa la pd dia. Mcm biasa nk start motor, elok pulak la tempayan yg dok static tu bergolek kat kaki dia. Dh bgolek tu kan, siap bgolek2 lg kiri kanan mcm ada org buat. Main2 pulok dia ye. Sng pulak punya gabak2 tempayan tu dia bgolek sakan ke sana ke sini tanpa halangan.

Adik aku tengok tempayan kat kaki dia, agak2 korang apa dia buat?
A.        Tak p kja?
B.        Masuk rmh blk?
C.        Menjerit?
Huhu..


Selamba je adik aku p sepak blk tempayan tu landing dekat tayar keta abg dia. Pg pkl 7 adik aku (owner keta) nk keluar tgok2..tempayan elok kat tayar keta dia. Mamat tu tak tau cerita lg angkat lah tempayan tu ltk kat tempatnya nya blk. Bila si bongsu blk kja ptg tu bru dia cita kat semua. Mak aku suruh buang je. Dh buat hal lg kan, tp adik aku ckp tak pe biar je nanti nak terbalik kan. Letak pasu atas tub g berat kata adik aku. Dia tak apalah hati kental. Pd dia sng je selagi tak kena kacau lbh2. Dia dh biasa kena sbb kja dia kna keluar pepagi buta. Kami yg risaukan dia esp mak aku la. Dianya selamba-land jugak.


Kisah 12-Hutan



Okay, ini kisah hutan pulak. Sebelum aku dapat keja gomen kat Utara tanah air ni, aku keja kat sebuah company swasta dekat Ipoh. Tahun 2002. Masa ni elok-elok lepas grad la kira. Company ni buat program motivasi kat student, esp masa tu client adalah dari Kolej Komuniti. Kejadian kat hutan ni lah antara penyebab aku jadi kureng dengan hutan, camping, jungle tracking, hiking dan sebagainya. Pendek kata apa saja berkaitan hutan la, membawak sampai sekarang. Lama dh cita ni so sorry bnyk2 kalo ada yg termiss, mn yg aku ingt la aku tulis. Tp semua yg aku cita dlm ni semua true story dan tak de tokok tmbh.


Kejadian ni kat negeri Perak jugak bawak student Kolej Komuniti (student dalam 20 org dan 3 org lecturer depa) pergi camping, jungle tracking, program motivasi. Staf yang pergi termasuk aku ada lagi 3 orang. 2 lelaki, 2 perempuan (termasuk aku la tu). Sebelum pergi tu adalah jugak aku dengar2 cerita seram dan misteri pasal hutan ni. Tapi malas nak fikir, dah keja kan. Gagahkan la sambil berdoa moga dijauhkan la yang tak baik. Tapinya tetap juga aku rasa tak sedap hati, rasa macam ada benda tak best nak jadi. Kami bertolak hari Rabu, kira program sampai Jumaat.


Hari 1st kami sampai okay la jumpa Pengawas /Renjer hutan dan pekerja yang jaga kawasan tu. Tau je lah kan bawak budak-budak tak berapa matang lg ni walaupun dah baligh belaka. Aku dan kawan2 serta pakcik2 yg jaga kwsan dah pesan awal-awal lagi, mulut..kelakuan kena jaga. Ni hutan, bukan tempat kita. Mmg salah sorg pakcik yg jaga tu kata kat aku dan kwn2, kalo bertuah dan bernasib baik blh dgr la nanti.


Idok le aku rs bertuah pokcik, pd aku la…Baru2 lagi kan so okay lagi la tertib sikit budak2 tu. Diri khemah apa semua, ikut plan esok pagi masuk hutan. Yg aku pulak awal-awal aku dah bagi tau kat kawan lelaki yg dua tu kalo boleh aku tak nak join masuk hutan. Aku bg alasan nk prepare untuk aktiviti malamnya. Esok pulak sebelom nk jungle tracking tu tetiba boss mai lawat kawasan. Dia suruh aku join jugak masuk hutan. Dengan bebai dan berat hati aku join jugak la. Macam2 doa aku baca seblum masuk tu. Cuak. Sbb aku dah start rasa tak best.
Blh tahan mencabar tracking dlm hutan tu. Maybe sbb aku ni bkn jenis adventurous kan. paksa bwk diri je la lbh. Apa je gaya aku tak buat ms nak naik, merangkak pn ada dh. Janji aku naik atas bukit tu. Walaupun kena gelak dgn pakcik guide. Dah berjalan hampir 40min tu mintak stop nak rehat dulu. Masa tu kat dalam hutan tu ada satu air terjun. Aku dengar la budak2 tu merapu bergurau sesama depa. Kata ni pokok tongkat ali la apa la.


Aku cakap dalam hati start dah bdk2 ni merepek. Tak apa lagi tu. Kami teruskan berjalan, ikut barisan la jalan tu. Tgh dok jalan tiba2 salah sorg bdk ppuan tu meluru laju ke depan, nasib pakcik yg guide kami tu sempat tgkp dia. Then..as usual spt mn cerita2 histeria lainnya, mula dah menjerit2 bila dipegang. Dia meronta2 nak lepas. Siap maki hamun, mencarut lg. Hatta 3-4 lelaki pegang pun kuat lg kederat dia (bukan dia la kan). Dan juga seperti biasa start dgn sorg nnti dia mai berjangkit kat yang lain-lain la kan. Dh bergabung jadi 3 mangsa.


Mau tak panic. Dalam hutan oii…Perut dgn hati aku rs dah sekecut-kecutnya. Tp terpaksa menabahkan hati aku kan aku staf yg bertanggungjawab (mata ke atas tgn di bahu). Aku pun baca la apa yg teringat. Tp aku rs yg aku bc time tu hanyalah Bismillah…smpai ke sudah. Like always la kan aku ni bila gabra sangat. Maka huru hara lah kami mn nak tlg yg tersampuk, mn nk pujuk yg ketakutan. Rs laki ppuan ms tu sorg2 muka pucat lesi dh.


Aku dgn kwn lelaki sorg papah salah sorg bdk ni. Ms tu kena jln menurun bukit yg blh tahan curam. Siot sungguh la. Jenuh aku kata kat bdk tu kuatkan semangat, ingat Allah banyak2. Antara sedar tak sedar bdk tu tanya jauh lg ke Cik. Aku pn dgn confident kata tak jauh dh, sikit je lg aku kata kat dia, walhal dlm hati aku dok pikir bila nk sampai ni. Elok aku ckp mcm tu kat bdk tu…Zuuppp…tiga2 kami jatuh tergolek. Mcm kena tolak dari belakang. Main kasor ko ye cetan. Sakit sungguh la jatuh bedebuk gitu. Terjerit bdk2 lain. Gelabah masing2 tlg kami. Ms tu aku dh pikir tak blh ke helicopter ke mai dtg tlg, aku dh tak larat ni rs.


Aku pass kja memapah bdk tu td kat student lain. Tangan aku sakit terkena kayu2 yg ms jatuh tu.  Dlm gelabah pikir nak keluar situ secepat yg blh dtg sorg Renjer yg agak berumur ni, dia ckp kat aku dan kwn ppuan sorg lg supaya kuatkan hati dan bc ayat pelindung diri sebanyak blh. katanya benda tu aim kami. Sbb kami beria2 tlg2 bdk2 tu…They don like it…Erkkkk…


Kwn aku dh pegang tangan aku. Sejuk gila tangan dia. Aku pun mcm besa acah2 berani, aku pujuk dia kata kita kena keluar dari sni…kena kuat kena lawan semua ni. Kemain aku kan. Pd hal aku la yg dh rs nk pengsan situ je. Sbb aku kenang malu org nk usung aku je aku buat2 berani. Alhamdulillah sampai la kat port khemah. Bwk bdk2 yg kena tu dlm surau. Masing2 ambil wudhu dan bc Yassin ramai2. Gilir2 mn yg nak solat sbb dah masuk Zohor ms tu. Keadaan bdk2 tu beransur mcm okay.. Buat seketika. Tua je la cetan2 ni, kan pandai berlakon.


Depa tertidur, penat gamak mengamuk, meracau, menendang, memaki semua ada lah. Kalo dengar malu dan tak sanggup dgr dh. Kita tau bkn depa kan. So tak apa, lepas solat aku turun bwh buat2 kja sapu2 sikit kawasan surau tu. Daun kering je pun aku sapu tu. Tgh2 layan perasaan aku memikir mlm karang mn gayanya kami ni. Tetiber tgh menyapu tu bdk yg mula2 kena hysteria tu kita gelar A la, dia turun bwh sm. Kwn2 dia tanya okay ke. Dia jwb senyum2 kata okay jeee…Gitu jwb nya. Seram aku dgr.

Lps tu dia pergi dekat aku yg tgh menyapu ni tau kata apa kat aku? Dia ckp sambil senyum sengih yg aku rs menyeramkan senyuman dia..”’Cikkk…Sayaa dahhh okayyy…(dgn nada mcm dibuat2 dgn2 kepala dia terlentok2). Bapak seram aku dengar dia ckp cm tu. Pd hal aku tak tanya pn lg dia mcm mn. Aku control diri dan tak nak pandang dia sgt esp mata. Org kata kalau yg kena kerasukan ke hysteria ni jgn tgok mata depa lama2..wallahualam.
Aku pun melemparkan senyum gabungan berani-seram2 dan kata pd dia. ‘Ooo..ye ke..Tak pe la..Ehh..hr ni hr apa ya..” Tah tetiba aku gatai mulut tanya dia hr apa. Dia jwb “Hr Rabu la, Cikk ni tanya pulak..’..jwb A.


Sahhh aku kata bkn dia lg ni. Dgn gaya tergedik2 semacam dgn hr pun salah, hr tu hr Khamis. Terus aku pegi kat kwn2 yg lain aku suruh depa keluar cr la mn2 ustz ke sapa2 yg pndai bab ni. Kalau tidak jenuh kita mlm karang. Benda tu ada lg dlm bdn bdk tu. Memipu je tu okay nya aku kata. Nasib kwn2 aku mau dgr lps depa sdri pn try pegi kat A.


Menjelang Maghrib seperti di duga, elok kami nk lps solat dan nk start bc Yassin…tu dia terus menjerit2. Org pegang dia suruh lps katanya nak blk. Aku dgn kwn aku dh jd mcm tu kami turun bawah. Aku tak blh duduk rs atas surau tu sm bdk tu. Kami duduk sm2 dgn bdk2 lain ajak depa bc Yassin. Ada salah sorg tnya aku..’Cik, dia nk blk rmh kot tu kita hntr je la dia blk..’ Issk bdk ni tak paham kot. Aku kata kwn awk bkn nk blk rmh tu dia nk blk hutan nun..nk bwk kwn awk sm kalo bnda tu tak keluar2 lg dlm bdn dia. Bkn dia (A) tu lg. baru bd2 tu paham. Depa ingt A tu nk blk rmh dia. Duduk bwkh pn blh dgr A memaki2 mencarut semua. Kuat kederat dia mmg btl2 la benda tu nk bwk A ni sekali msuk hutan.


Tgh2 kami bc Yassin tu tiba2 nampak satu bebola api dari langit terus jatuh kat kwsn belakang surau. Perghh…real life nampak bola api tu. Terdiam sekejap tapi kami tak bg bdk2 tu tegur or ckp apa2. Terus sj bc. Rs nk dekat pkl 12 juga la baru A tu okay, penat dh semua org. nak pegi toilet pn bjemaah kalah rombongan Cik Kiah. Dgn2 bdk lelaki jd penakut.


Dh lewat mlm kami plan nk tido. Ada tido ats surau ada kat mcm pangkin yg ada bwh surau tu. Hentam sj la labu. Janji dpt lelap mata. Tak bg bdk2 tu tido dlm khemah yg dh buat. Kang jd apa2 tak psl2. Biar semua nampak dan sng tengok.


Tgh2 tak blh lena tu aku sembang dgn kwn2 aku, bdk2 lain ada dh tido. Dlm sunyi sepi hutan tu selain bunyi cengkerik, telinga aku tertangkap bunyi disko. Yes, disko muzik tu. Lagu apa jgn tnya aku tak prnh g disko dan taktau lagu apa. Takat muzik je la. Bingit. Kami ni camping jauh dari manusia jauh dari pecan kot. Aku tngok kwn aku yg ppuan tu dia pn pandang aku. Ada sorg bdk lelaki dekat dgn kami ms tu aku rs dia pn dengar. Dia tanya mai mn bnyi cam tu tu. Aku suruh dia diam je tak payah la tanya. Ada dlm 1-2 min kot muzik tu. Lps tu berhenti. Tak lama lps tu bunyi alunan bacan ayat2 suci Al-Aquran pula menjelma. Suara lelaki tp suaranya Masya Allah merdu sgt2. Mcm kita dgr yg masuk musabaqah semau tu. Tp yg ni sumpah sedap sungguh suaranya. Syahdu rasa. Susah aku nk describe suara dia.. Ada dlm 5 min bacaan tu. Dan spt biasa tak smua org dgr. Aku dan 2 lg kwn dgr jelas suara tu. Mmg pikir logic akal mn dtg bunyi2 yg aku sebut td kan. kalau dekat dgn masjid ke, surau ke, madrasah ke ye aku paham. Tp dh nama dlm hutan maka itulah kekuasaan Allah SWT. Lps dr bunyi mengaji, senyap sepi. Aman rs. Mungkin petanda semuanya dah okay. Mungkin lah.. Sebab esoknya bdk2 yg jd mangsa kerasukan tu pn beransur pulih. Cuma semangat depa lah nak ambil ms pulih balik.


Esok paginya juga hantar A dan 2 lg yg jd mngsa hysteria tu ke hospital utk rawatan. Ye lah, mau sakit bdn depa. Kami pulak cuma teruskan aktiviti indoor sj sambil2 pulihkan semangat bdk2 tu. Nampak la insof sikit bdk2 tu. Ada yg rs bersalah sbb tak jaga mulut. Elok lah sedar sdri.


Pendek cerita, lps dh blk rumah apa smua. Aku ajak kwn aku pegi melawat A dan 2 lg tu. Cuak jgk aku nk jumpa dia. Terbyg2 lg nada suara dia dlu. Tp dr jauh tgok dia senyum ada la rupa manusia sdp sikit ht aku. A bgtau ms dlm hutan tu tgh2 jln dia nmpk ada 3 perempuan jln sm2 kami tp sorg pun buat tak tau kat 3 ppuan tu. Ppuan2 tu pakai selendang lagak mcm tuan puteri, cantik2 la kata A. Elok dia nk cita kat kwn dia psl ppuan dia nmpk tu..terus dia rs dia kena tolak. Itu yg dia laju meluru ke dpn tu. Haihh…kwn tu bru nk puji hg lawa pn kena tolak. Tak phm cetan ni. Tp tak apa lah, itulah cerita asal usul kejadiannya. Yg lain2 tu taktau la apa depa nampak or mmg hysteria ni berjangkit.


Pjg2 dh ni jenuh org nk bc. Anggap la iktibar masuk hutan bnyk kena jaga. Bukan sbb kita takut kat makhluk tu tp sbb kita tak nmpk depa, ibarat buat salah kt tmpat org pn org mrh kan. Ni pulak tmpt depa. Dia rs kita kacau dia. Apapun pd Allah kita memohon perlindungan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2021 05:21 PM | Show all posts
Edited by MissLazy at 11-8-2021 05:22 PM

Kisah 13- Penang


Ini pun kisah masa aku out station dekat Penang. Hotel tu antara area yang pernah kena tsunami 2004. Aku sebilik dengan kwn seUnit. Dah memang kami berdua je satu Unit yang in charge part tu. Kami sampai dah lewat petang. Kakak tu aku namakan Kak I la senang cita. Kami pergi sama-sama naik keta Kak I. masa masuk bilik pun aku rasa semacam juga bilik ni. Tapi nak sedapkan hati buat tak tau je la sambil baca apa yang boleh. Keja aku masa Unit ni memang sokmo out station. Tido hotel tu dan ukur airport tu boleh kata tahap tak lalu dah la. Bukan tak lalu nak eksyen ke apa, tp sbb dah biasa sangat sampai tahap tak sanggup, penat mental dan penat badan. Kalau kita sj pegi out station blk bg staf lain buat tak pe jugak kan, ni balik masuk office kita jugak kena ngadap dan bg settle. Sbb ms tu kami sj 2 Peg Bhgn tu. Kira kwn2 ckp kalo kami ni mati agaknya sblom kebumi org hold dulu tanya cam mana nk buat kja tu bru boleh kebumi kot.


Okay back to the story, Petang dah sampai tu Kak I dan aku duduk lepak2 atas katil queen sized sambil sembang-sembang. Kak I mengadu bahu dia sakit, jadi aku offer nak tolong urut. Idok la pandai mengurut, sikit-sikit boleh la kot. Sambil tu kami pasang la tv. Drama apa tah masa tu tak ingat. Tengah best rilex-rilex tu tiba-tiba aku perasan chanel tv dah bertukar. Masa tu Kak I tak perasan lagi. Aku tukar balik chanel drama tu. Sembang lagi dan tukar lagi chane lain (chanel yang tak sama masa tertukar awal). Masa ni Kak I perasan tapi dia tuduh aku yang tukar. Aku pulak malas nak kata apa kalih balik chanel. Nak sedap hati aku fikir tv ni rosak kot.


Esok petangnya sementara tunggu sessi mesyuarat bermula sebelah malam jam 0830 malam kami naik bilik, rehat-rehat dahulu. Elok nak solat Maghrib tunggu masuk waktu kami layan la tv sekejap. Aku dah siap pakai telekung, masa tu tv3 tayang pertandingan apa tah, serius aku lupa cuma ingat pertandingan la. Time tu jugak Kak I kata dia sakit perut nak pegi toilet tapi dia siap pesan kat aku tengok sapa menang. Aku pun ye kan je. Dah masuk waktu, aku ni tak solat lagi boleh jadi setan nak tunggu keputusan, tiba-tiba chanel tu kalih lain. Aku pulak husnuzon kalih balik tv3, eh…dia kalih lagi. Last-last aku cakap tak bagi tengok suruh aku solat eh. Habis aku cakap mcm tu elok dia ubah semula tv3…siot punya hantu. Tapi elok la ciwi sangat nak tengok tv dah masuk waktu kena solat kan. Masa tu cuak jugak la dah macam berlawan tukor chanel pulak aku dengan who ever he/she/it tu.


Malam tu pulak disebabkan mesyuarat habis dah nak tengah malam, maka lepas dah siap2 nak tido jam pun dah nak dekat 0100 pagi. Mata tak mengantuk jadi aku layan tv dulu. Kak I beradu dulu dah. Agak-agak sejam lepas tu dah rasa mata berat aku off la kat remote. Lampu pun tutup semua sebab Kak I tu sepsis tido kena gelap gelemat. Dalam baru nak terlena tu, aku perasan apa benda cahaya putih ni. Ingat aku seorang je perasan, rupanya Kak I pun sama. Dia tanya aku, tak off tv ke, entah kenapa mulut aku jawab..tah…tv tu on sendiri..apa lagi melompat la Kak I dia padam suis sekali. Aku pulak masa tu rasa nak pergi toilet, Kak I tiba-tiba sergah aku bila dia tengok aku bangun dari katil. Dia serahnya aku tanya nak ke mana tu, sikit punya kuat suara dia. Aku terkejut pun terjerit sama nak pergi toilet lah nak ikut ke aku tanya dia. Dia cuma perhatikan aku dan angguk kepala. Seram jugak aku fikir dalam toilet macam mana tv tu bleh on. Tapi masa tv tu on bukan nya ada cerita apa, yang ada bayang putih-putih pada screen tv. Dia macam kau nampak bentuk warna putih bertempek-tempek pada screen tu. Tak reti aku nak explain macam mana.


Esok pagi dah mula mesyuarat baru Kak I cerita. Yang dia sergah aku tu sebab dia terkejut tengok aku bangun tiba-tiba. Dia ingat aku kena rasuk. Boleh ingat macam tu. Aku kata kalau kena rasuk tak ada nya aku siap ambil spek mata dan pakai. Patut la dia sergahnya aku ni. Dia pun kata kat tv masa tu nampak sama macam aku nampak. Tak tahu apa benda. Dia terus tutup suis sebab dia kata masa tu dia dah gabra takut sangat rasa katanya. Dia buat-buat berani. Siap kata kalau dah padam suis masih on lepas tu dia nak ajak aku lari keluar bilik je.


Boleh bayang tak dua pompuan seorang berkelawar sorang lagi dengan tshirt dan seluo tido bunga-bunga lari keluar dari bilik…


Entahlah kami pun rasa bilik tu memang sesuatu. Dengan tv beralih chanel, lampu padam sendiri masa aku on sekejap sebab nak cari barang dalam handbeg elok aku letak hangbeg dia on balik sendiri, kes tv terpasang sendiri la. Gigih juga kami stay bilik tu nak dekat seminggu tak minta tukar. Husnuzon kak jah dua eko ni kan.


Dah nak check out baru share cerita dengan kawan-kawan perwakilan lain. Dia orang kata hati kental kami ni. Kak I jawab dia buat-buat berani sebab dia tengok aku buat tak tau je, katanya kalau aku takut memang tak adalah dia nak duduk bilik tu. Tak ada makna aku berani, aku takut jugak sebenarnya tapi nak buat macam mana. Janji dia tak buat penampilan istimewa sudahlah. Bak kata kwn aku, insan terpilih je merasai semua ni.. Siot sgt lah terpilih.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-9-2021 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
MissLazy replied at 3-8-2021 06:49 PM
Kembali bersiaran. Aku ni curi2 ms lps ofis hour tulis2 mn2 cerita yg pd aku tinggal kesan pd aku da ...

Kering betul hati adik chuols. Kalo iols dah larik masuk umah sambil jerit panggil mak ayah dah
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2021 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
MissLazy replied at 11-8-2021 05:21 PM
Kisah 13- Penang



Iols kalo tido otel srg2, iols akan on tv sbb ada pengalaman penah kena kacau kt otel yg buat aku takut, so bunyi tv tu buat aku cam kurang takut sikit.

Tp cerita chuols ni buat iols takut la plak nak on tv time tido...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-9-2021 04:38 PM | Show all posts
Fortiori02 replied at 4-9-2021 04:18 PM
Iols kalo tido otel srg2, iols akan on tv sbb ada pengalaman penah kena kacau kt otel yg buat aku  ...

Haha.. mmg pon. kalo tido hotel sorg2 bukak sgala lmpu n tv tp tula kalo dh tercalon dpt bilik dgn H tu yg jd payah. pernah gak dlu on tv skali terjaga tgh mlm iklan cita2 antu yg ms tv3 sakan tyg slot seram tu..tagune btoi
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2021 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
MissLazy replied at 7-9-2021 04:38 PM
Haha.. mmg pon. kalo tido hotel sorg2 bukak sgala lmpu n tv tp tula kalo dh tercalon dpt bilik dgn ...

Kalo iols tgh tido tiba2 tbangun ada iklan seram, mst rasa nak sumpah seranah je tv tu, huhu...

Certain2 hotel / bilik hotel mmg agak keras sikit, tu yg iols kalo nak tempah hotel akan tny kwn2 yg bese travel / outstation mana hotel yg 'selamat'. Tp kdg2 terkena juga
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2021 04:22 PM | Show all posts
Fortiori02 replied at 7-9-2021 07:19 PM
Kalo iols tgh tido tiba2 tbangun ada iklan seram, mst rasa nak sumpah seranah je tv tu, huhu...

...

Sungguh..dh la mmg pentakut kan tetiba kuo iklan cite hntu dh knapa time pg buta gtu. sorg2 pulak..mula la menyeramkan dri sdri..don like..tp kna hadap gak la..smbil bdoa cpt la subuh...
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 09:35 AM GMT+8 , Processed in 0.236763 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list