CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4085|Reply: 7

[Lain-Lain] Zombitopia baris nama besar

  [Copy link]
Post time 3-7-2021 09:51 AM | Show all posts |Read mode
Zombitopia baris nama besar


POSTER filem Zombitopia.

SEPATUTNYA filem Zombitopia yang membariskan nama-nama besar iaitu Shaheizy Sam, Bront Palarae, Datin Elvina Mohamad, Sharifah Amani dan Azman Hassan sudah menemui peminat pada 13 Februari tahun lalu.

Bagaimanapun, penularan Covid-19 membuatkan pengarahnya MJ Woo terpaksa mencari tarikh baru yang lebih sesuai.

Lebih setahun ditunda, keputusan dibuat penerbitnya Greenlight Pictures dan Lomo Pictures untuk menayangkannya di saluran penstriman Disney + Hotstar bermula semalam.

MJ Woo mengakui filem yang dihasilkan pada 2016 dengan kos RM3 juta ini masih relevan untuk tontonan masyarakat.

"Saya amat lega filem ini akhirnya dapat menemui peminat. Ia sesuai untuk tontonan kerana menampilkan kisah zombi yang menarik.

"Banyak tarikan ditampilkan serta terdapat juga elemen penggunaan imej janaan komputer (CGI) untuk babak-babak di dalamnya.


ZOMBITOPIA adalah lakonan pertama Elvina untuk filem.

"Saya sangat gembira dapat bekerja dengan barisan pelakon terbaik negara. Ia satu impian yang menjadi kenyataan," katanya.

Menurutnya, ada ketika pelakon-pelakon keliru kerana disuruh berlari di babak ini kemudiannya diisi dengan CGI, namun ia satu pengalaman baru buat mereka.

Perkara ini diakui Sharifah Amani yang membawakan watak Maya dalam filem terbabit.

"Peranan saya sebagai ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyelamatkan dunia dari kekacauan yang dicetuskan Dr Rahman (Bront Palarae).

"Saya kena buat beberapa babak aksi juga di mana saya kena lari lintang-pukang untuk elak bom. MJ Woo suruh saya lari sedangkan saya tak tahu untuk apa.


SAM dan Amani dalam filem ini.

"Dia kemudian suruh saya lari ke arah yang ditunjukkan dan tunjuk reaksi berdepan bom sedangkan di situ kosong. Agak susah sebenarnya babak itu," katanya.

Shaheizy Sam pula menyifatkan filem ini agak kena dikaitkan dengan Covid-19 yang sedang berlaku di seluruh dunia.

"Anggaplah zombi dalam filem ini sebagai wabak Covid yang buat orang rasa takut nak keluar rumah. Zombi itu umpama virus yang sentiasa mengejar sehingga buat kita rasa takut. Kena cari jalan untuk pastikan kita selamat dan berjaya atasi ancaman ini.

"Saya dapati industri perfileman kita masih ketandusan naskhah-naskhah bermutu yang memfokuskan penceritaan berelemen zombi," katanya.

Menurutnya, penonton tempatan menggemari karya seperti itu dan boleh diterima jika digarap dengan baik.


BRONT sebagai Dr Rahman.

"Sebelum ini kita pernah disajikan dengan filem Zombi Kampung Pisang dan ia amat digemari dan begitu popular kerana ada suntikan humor atau komedi.

"Tetapi kalau nak cakap pasal filem zombi yang serius, belum ada lagi saya rasa daripada pengkarya tanah air kita. Penceritaan zombi pula bukan semata-mata zombi. Biasanya ada elemen lain yang kita boleh tengok contohnya kekeluargaan, persahabatan dan kemanusiaan," katanya.

Sam berkata, menerusi cara ini, bukan saja orang kita, bahkan satu dunia pun boleh menerimanya.

Filem Zombitopia membawa penonton merasai pengalaman berbeza sekiranya dunia ini dipenuhi dengan zombi.

Ia mengisahkan mengenai sejenis virus yang menyerang manusia sehingga mereka yang dijangkiti bertindak ganas pada 15 tahun lalu.

Penyebaran virus ini menyebabkan dunia menjadi huru-hara dan kecoh sehingga mengganggu gugat ketenteraman awam.


Sumber:https://www.hmetro.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2021 10:32 AM | Show all posts
suka sgt buat citer zombi kenapa
bukan seram pun

buat citer seram pun terasa mcm tgk citer bodo bodo
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2021 11:12 AM | Show all posts
Nak masuk 4 series tak de la aku nak

layan citer melayu bodo2 gini

jenis aku yg high expectation

level2 shawshanx redemption nih
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2021 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak.payah la korg tgk..citer mcm bodo dgn pelakon2 bodo
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2021 04:40 PM | Show all posts
koragn dah tgk ke? mmg tak best ke cerita ni?
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2021 08:01 PM | Show all posts
org kata tak best. mula2 ada zombi.. pastu celah mana timbul pulak dinosaur.. pehal?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-7-2021 12:00 PM | Show all posts
Komen jujur: AKU MALU NAK MENGAKU AKU RAKYAT MALAYSIA LEPAS LAYAN MOVIE NIH. ALANG2 NAK TIRU TRAIN TO BUSAN, TIRU LA BTOI2. TATAU NAPE AKU NAMPAK ZOMBI2 NI MCM MAT MAT REMPIT DERANG KUTIP TEPI JALAN PEHTU MEKAP2 SKET AND HAA ACTION BUAT2 MCM ZOMBI.

SEYES. SIA2 AMIK BRONT DALAM MOVIE NIH.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2021 12:28 PM | Show all posts
Aku konon2 nak tgk la memula masa part awal ok boleh terima la sikit masuk tengah pastu hujung time T-Rex keluar.. what the hell...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 05:58 PM GMT+8 , Processed in 0.525359 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list