CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4971|Reply: 43

[Tempatan] LAGI luahan pelajar IPT sekarang dibeban dgn byk assignment punca mereka stress

  [Copy link]
Post time 9-8-2021 11:00 AM | Show all posts |Read mode
Lambakan tugasan, faktor utama pelajar IPT tertekan
    Oleh Aqilah Mior Kamarulbaid
    9 Ogos 2021, 8:30 am

SAUDARA PENGARANG,

NORMA baharu di musim pandemik memaksa pelajar dan pensyarah di institusi pengajian tinggi (IPT) menjalani sesi pembelajaran secara jarak jauh (ODL). Walaupun canggung pada mulanya, kini pelbagai kaedah pembelajaran tersebut berjaya diaplikasikan oleh warga universiti.

Namun, kini timbul pula isu lain. Ramai pelajar universiti didapati tertekan dengan kaedah ODL. Terbaru, kita dikejutkan dengan pemergian dua  pelajar universiti. Susulan itu, ibu bapa dan netizen membuat tanggapan   lambakan tugasan yang membebankan dan tempoh penghantaran singkat adalah punca kematian tersebut.

Untuk makluman, setiap institusi pembelajaran mempunyai kaedah tertentu menilai tahap kefahaman dan kompetensi pelajar. Antara cara penilaiannya adalah dengan memberi tugasan, mengadakan peperiksaan dan kuiz serta menjalankan latihan amali atau industri.

Setiap tugasan pastinya ada dateline yang perlu dikejar. Memang begitulah situasi pembelajaran di universiti. Ada pelajar yang tidak tidur malam malahan rutin harian menjadi kacau bilau jika silap menguruskan masa. Semua ini akan berakhir dan membuahkan kejayaan serta kenangan pahit dan manis.

Di IPT, setiap pensyarah perlu menyediakan student learning time (SLT) bagi setiap subjek. Komponen SLT adalah jumlah masa mengajar secara bersemuka, jumlah masa pelajar di dalam makmal atau studio, jumlah masa penyeliaan secara bersemuka dan tidak bersemuka serta jumlah masa pelajar belajar secara kendiri seperti menyiapkan tugasan, laporan atau kuiz.

Dengan adanya SLT, para pensyarah merancang sesi pengajaran dan pemberian tugasan yang lebih efektif dan tidak membebankan. SLT ini selari dengan kalendar akademik universiti selama 14 minggu pada kebiasaannya. Jumlah jam kredit subjek juga dihadkan pada setiap semester supaya tidak melebihi kemampuan pelajar. Setiap SLT akan diaudit oleh pihak universiti.

Pensyarah tidak boleh sewenang-sewenangnya memberi tugasan berlebihan. Jadi, tidak timbul isu pensyarah memberi tugasan lebih daripada yang ditetapkan. Apakah isu sebenar yang perlu diberi perhatian?

Apabila berada di rumah terlalu lama, bukan pelajar sahaja tertekan. Pensyarah juga tidak terkecuali, bukan mudah untuk mengendalikan kuliah secara dalam talian Perlu ada pembahagian masa yang seimbang antara aktiviti pengajaran dan rutin harian di rumah.

Pada masa sama, pensyarah perlu bertolak ansur dengan keadaan pelajar. Ada pelajar terpaksa bekerja untuk membantu keluarga yang terjejas. Ada juga yang perlu menguruskan keluarga dan menghadapi masalah capaian internet kritikal.

Tidak kurang juga mereka yang tiada ada apa-apa tanggungjawab tetapi bertarung dengan pengurusan masa belajar, menyiapkan tugasan, masa tidur, bermain game, menonton filem sehingga larut malam.

Satu pemerhatian membuktikan pelajar gemar menyiapkan tugasan di saat-saat akhir. Pengurusan masa yang lemah menjadi punca utama kepada tekanan dialami pelajar.

Keadaan ini boleh menjejaskan kesihatan mental dan fizikal. Ada yang mengambil jalan singkat untuk berhenti belajar di hujung semester. Ada juga yang mengabaikan terus tugasan. Begitu juga kes penangguhan semester.

Di sinilah peranan ibu bapa atau penjaga diperlukan. Pelajar tidak boleh dibiarkan lalai. Ahli keluarga perlu ambil tahu jadual pembelajaran mereka. Mereka boleh berhubung dengan pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) universiti untuk mendapatkan bantuan, pandangan dan kaunseling. Pensyarah juga boleh dihubungi bagi berbincang tentang masalah pembelajaran pelajar.

Di samping itu, rakan boleh memainkan peranan dengan saling bertanya khabar jika dilihat kurang penglibatan ketika kelas online. Pemantauan di media sosial boleh dijadikan sebagai medium mengesan tanda awal kemurungan dalam kalangan rakan.

Ini bukanlah masa untuk menuding jari. Bersamalah kita bergandingan membantu generasi pembelajaran di era Covid-19 yang penuh dengan cabaran.

NUR ANIZA MOHD. LAZIM dan ANDRIALIS ABDUL RAHMAN,
Jabatan Fotomedia Kreatif, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka,
UiTM Puncak Alam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2021 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Akak kalau nampak anak muka x happy terus aku tanya..berbincang dan suruh luahkan....buat masa ni tiadalah mereka stress teruk lagi cuma yg nk spm stress sebab cikgu dema kansel exam ....
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2021 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
macam mana laa anak2 buah iols bila dah online class macam ni...
harap2 tak terlalu stress dengan segunung assigment quizzes segala
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2021 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap2 anak buah iols ok..
Hat yg kecik2 tuh, rasanya hepi2 blaka..
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2021 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Tunggulah korg masuk alam pekerjaan...itu pun kalau ada koje lagi
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2021 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Generasi lembik?

Sapa tak stress takda life, ngadap laptop jah, f2f interaction takda. Campus life yg paling seronok takda. Tak boleh blame 100%.

Apa pun stress tu membantu coop dgn segala drama bila dah kerja nanti.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-8-2021 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 9-8-2021 11:32 AM
Generasi lembik?

Sapa tak stress takda life, ngadap laptop jah, f2f interaction takda. Campus li ...

hahaha...betul/setuju...cuma..nk komen perihal drp sikap manusia jer...manusia yg cipta masalah...tp manusia juga yg 'terkoban' dgn masalah yg diciptanya sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2021 11:47 AM | Show all posts
Edited by merrissa at 9-8-2021 11:48 AM

ntah la

takkan la students just nak dgr lecture je tnpa buat tutorial/latihan???

lecture pon tah belom tentu deme dgr...

ikut lah tempoh assignment yg diberi...jgn buat last minute...

bila last minute begitu lah jadinya

tak macam bile bkerja ni
semua benda last minute...tu yg pukul 10 malam pon sibokkkk nak mesej2 org..
benda kene htr esok plak..kuang asam.....dia sedap boleh sambung tidur
yg kene buat kita
bagitahu awal tak boleh ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2021 11:49 AM | Show all posts
Mmg generasi lembik pun.

Nak nak yg buat keja last minute.

Aku kalau jadi employer takkan ambik budak2 ni keja.
Lagi better kalau aku hire robot AI buat keja tak banyak songeh sangat.

Mengada2 manusia ni.

Opppsss.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2021 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Tbh iols baru jer start kelas online baru nie. Ya allah sumpah aq menyesal laa kata bebudak nie lembik sebelum nie. Mmg stress weh.. Dengan line internet kadang2 ok kadang2 tak. Hari line xok aq nie dah mcm org giler merata duduk cari line. Sal assigment lak memang giler laa. Ad 5subjek sume bagi assigment serentak. Due date pon beza satu hari jer untuk setiap assigment. Kelas 8-5 pastu kadang3 mlm ada tutorial pulak.. Xcampur lagi kuiz manjang. Kadamg2 pening nak bt assigment lagi nak study lagi. Last2 baru nie iols dapat surat kena postpone smpai taun depn sbb kolej dah jadi tempt kuaratin. terus hold sume yg kitaorg buat selama nie
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2021 12:00 PM | Show all posts
CikYaYaYa replied at 9-8-2021 11:50 AM
Tbh iols baru jer start kelas online baru nie. Ya allah sumpah aq menyesal laa kata bebudak nie lemb ...

kalau x mampu digalakkan ambil la 2-3 subjek je...takpe grad lambat pun...janji gradjangan sampai tak hantar assignment nanti kaco cgpa u nanti


Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2021 12:51 PM | Show all posts
dulu2 zaman kite stadi smue mengharapkan class kensel dengan harapan bole smbung tido, boleh keluar outing
skrg ni xperlu keluar bilik pn dah boleh attend class
zaman dah tak sama
ada yg ok, ada susah nk coop
mcm meols pernah jugak merasa odl buat master
mmg 1 hari je class dlm sebulan, bnyk assigment dgn kuiz kene buat online
masa tu kemudahan ada tp agak terhad, tak meluas mcm skrg
skrg gune google drive dh boleh buat group assignment, boleh video call bincang dgn kawan
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2021 12:53 PM | Show all posts
memang betul stress pun. ada lecturer tu tetiba je bagi assignment dan test baru walhal takde dalam syllabus. dengan ganti2 kelas buat masa malam dan hujung minggu. macam la tak boleh nak record kelas tu pastu bila masa kelas bincang sikit2 sudah le. ni nak juga ikut jadual rasmi, pastu tetiba cancel kelas pun ada juga.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2021 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
CikYaYaYa replied at 9-8-2021 11:50 AM
Tbh iols baru jer start kelas online baru nie. Ya allah sumpah aq menyesal laa kata bebudak nie lemb ...

Blh je diskus dgn lecturers utk postpone tarikh..mrk pun manusis..ada hati dan perasaan..kdg2 mmg bila marking kls online ni kita akan lenient sbb tahu kesusahan students...and i frankly lebih suks f2f dgn studente...ada students yg mmg online tapi tdo waktu kls...sbb tu x fhm bila kita explain..cabaran kat ctu
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2021 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg di university time management kena bagus, sbb itu copy paste tapi jgn lah buta2 copy paste tu kena baca dan faham, stgh assignment x boleh buat sendiri mungkin susah jwb kena diskas2 dgn sekelas, 20 soalan boleh share 1 kelas make sure kena faham jgn buta2 share,  Dan bila bekerja nnt mmg byk copy paste ni perkara biasa dan boleh google semua maklumat, dan waktu bekerja x seteruk hidup sbg student yg perah otak hidup serba kekurangan tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2021 02:58 PM | Show all posts
nazzse replied at 9-8-2021 11:32 AM
Generasi lembik?

Sapa tak stress takda life, ngadap laptop jah, f2f interaction takda. Campus li ...

betul...jgn duk sorang2....iyer betul mmg stress.....zaman kita dulu petang2 boleh bersukan.....jgn amik sampai 8 papers satu sem dah la mmg jem otak......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2021 03:16 PM | Show all posts
kesiannya... kalau budak2 boleh la mak bapak tolong. kalau student university?
kesian..
kalau dulu2.. kalau tak tahu, boleh terus aje gi bilik kawan utk discuss (ayat cover ) sbenarnya tiru aje..
dulu2...focus utama bukan nak siap kan cepat tapi cari sapa yang dah siap.

pastu kalau tension, makan2 dgn kawan2 pastu dengar gossip. sapa couple dgn sapa. sapa dah clash.


kesiannya belajar sorang2 online ni.

nak cakap buat online pun susah sbb kita tak tahu jadual orang tu cam mana. kalau bersemuka, kalau dia bz, dia boleh entertain kita dulu. kalau online ni, kita set appoint ment..tiba2 orang tu ckp dia bz, suh re-schedule.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2021 03:29 PM | Show all posts
student Masters pun
bukan buat sendiri pun
upah org siapkan assignment

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2021 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Sama je waktu zaman normal dulu tugasan kuliah melambak jugak dengan kuiz assignments segala. Manja budak2 zaman sekarang ni... Kalau nak ber tiktok ada masa pulak kan...
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2021 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu ambil degree pjj sambil keja..lagilah stress.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 04:26 PM GMT+8 , Processed in 0.081145 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list