View: 35920|Reply: 16
|
KOLEKSI PANTUN, SYAIR GURINDAM......
[Copy link]
|
|
Satu thread yang baik ...........
Pantun2 dan gurindam banyak terdapat dalam lagu2 asli. Pantun, suatu ketika dahulu menjadi alat komunikasi orang Melayu dalam keadaan mesra dan indah. Kini pantu habis2 diguna dalam upacara peminangan atau perkahwinan sahaja. Itupun sedikit sahaja kerana yang berkenaan selalunya mengambil jalan yang mudah dan direct. Demikianlah juga dalam percakapan....ingin direct saja....tak payah bayangan2 maksud.
Dulu, masa zaman joget lambak, ramailah pemantun2 yang berkebolehan. Sekitar 1970an Majlis Agama Islam Negeri Melaka telah melarang joget lambak.
Diantara lagu2 yang biasa didendangkan ialah:
Serampang Laut
-------------------
Ini lagu Serampang Laut,
Padang Temu jaug sempadan;
Layar dikembangkan kemudi kupaut,
Kalau tak laju celakalah badan.
Burung serindit terbang melayang,
Turun ke tanah makan padi;
Bukan ringgit dipandang orang,
Tapi pandang bahasa dan budi.
Jambu Merah
---------------
Tikar pucuk tikar mengkuang,
Alas Duduk raja Melayu;
Ikan busuk jangan dibuang,
Buat perencah daun kayu
Korus:
Merah jambu merah,
Sama dengan jambu batu;
Pakai baju merah,
Pakaipula kain biru,
Alah sayang berkain biru.
Atau:
Rumah tepi sawah
pakai langsir warna biru;
Emak jangan marah,
Tahun depan dapat menantu,
Alah sayang dapat menantu.
Atau;
Merah jambu merah,
Liang lintuk batang padi;
Jangan adik marah,
Lain kali jumpa lagi,
Alah sayang berjumpa lagi.
Hope this counts.
[ Last edited by hamizao at 30-8-2006 05:14 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Bercerai Kasih
Kelip-kelip kusangka api,
Kalau api mana obornya;
Hilang ghaib kusangka mati,
Kalau mati mana kuburnya.
Korus:
Bercerai kasih bercerai sayang,
Hilang kekasih terbayang-bayang. |
|
|
|
|
|
|
|
Pantun2 Budi
Tabur-tabur benih padi,
Padi semantung dari seberang;
Cuba-cuba menabur budi,
Untung-untung diterima orang.
Buah salak sayur keladi,
Dari Daik bawa berempat;
Jangan salah menabur budi,
Harap yang baik buruk yang dapat.
Turun ke ladang menanam keladi,
benih ditanam jarang-jarang;
Sudah nasib dikatakan budi,
Kalau ada dikenang orang.
Kereta lembu berkajang lentik,
Kena dengan pasang lembunya;
Kata budi hatipun baik,
Tersalah tempat buruk padahnya.
Adik beradik dara berempat,
Duduk terlunjur mengayam ketupat;
Sudah ditelek dalam makrifat,
Budi ditabur tak salah tempat.
(Bersambung ........tak larat taip ..) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|