CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: HangPC2

Pakaian/Aksesori/Senjata/Pengangkutan/Gaya Hidup Masyarakat Melayu Zaman Silam

  [Copy link]
 Author| Post time 11-4-2008 04:28 PM | Show all posts
Meriam Lela Rentaka 1850's (Perak)




A Rentaka is a cannon made by the Malays in copper. Lela is the name of a lady & Rentaka means strong. Gun, sulphur & gun powder was used as fire power. Lela Rentaka is versatile & can be used mounted on boats. During the Pasir Salak War, the Malays used the Lela Rentaka extensively. The 1st record of its use was during the rule of Malacca Sultanate and the fight against the Portuguese in 1511. This Lela Rentaka was made in 1850's.




Lokasi : Kompleks Sejarah Pasir Salak



















Sources : http://azizanzolkipli.multiply.com




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-4-2008 12:00 AM | Show all posts
Hang Tuah: Satu Interpretasi Bukan Melayu



Kenny Chee



Pertama, terima kasih kepada Sdr Shahabudeen kerana menulis pandangannya Hang Tuah Berbangsa Cina.

Memang banyak diperkatakan tentang Hang Tuah berketurunan Cina, terutama setelah Wawasan 2020 diumumkan oleh seorang perdana menteri yang mengubah paradigmanya, dari pendukung ketuanan Melayu kepada pendukung meritokrasi, serta pendukung teori bahawa orang Melayu, berasal dari imigran Indonesia.

Walaupun Hang adalah satu nama keluarga Cina, Hang juga adalah satu gelaran kepada orang Melayu zaman dahulu, seperti Tuan, Wak dan Wan. Dalam loghat orang Melayu Kedah, Hang adalah satu panggilan yang sudah lama dipakai, dan perdana menteri kita juga menggunakannya bila berinteraksi dengan rakyat Kedah yang sering bergaul dengannya.

Dalam sejarah orang Melayu, Hang Tuah adalah anak kepada Hang Mahmud dan Dang Merduwati dari komuniti Orang Laut Bintan, satu daripada suku kaum Orang Melayu Asli, nenek-moyang kepada orang Melayu Deutero (Melayu "Melayu") seperti Sdr. Mahathir, Sdr. Anwar Ibrahim dan Sdr. Abdullah Ahmad Badawi yang kita hormati.

Ayah Hang Tuah adalah batin kepada Orang Laut Bintan, dan seorang panglima perang Sultan Iskandar Shah, sultan Melaka yang pertama (baginda yang bergelar Parameswara atau Permaisura sebelum beragama Islam). Hang Mahmud terlibat dalam pembukaan negeri Melaka oleh Sultan Iskandar, yang sebelum itu bersemayam di Kelang, Palembang, Singapura dan Muar, sebagai maharaja empayar Sri Vijaya atau Selangor Tua.

Empayar Sri Vijaya adalah negara yang merentasi Selat Melayu atau sekarang dipanggil Selat Melaka. Ia didirikan oleh Orang Laut Kelang seawal abad ke-2, dan berpusat di beberapa ibu negara, seperti Kelang, Kuala Selangor, Siak Sri Indrapura, Jambi, dan Palembang. Negara ini juga dipanggil Selang Ur (Selangor) iaitu negeri Orang Selang (atau Orang Selat). Orang Selat adalah orang yang memanggil dirinya sebagai Orang Melayu sempena bukit tempat istana raja mereka didirikan.

Hang Mahmud, selain berdarah Orang Laut Bintan, juga berdarah Orang Laut Sulawesi, iaitu Orang Bugis. Keluarga diraja Bugis selalu berdagang dengan keluarga diraja Melayu Sri Vijaya, dan putera raja Bugis berkahwin ke dalam keluarga batin Orang Laut Bintan, yang memimpin angkatan laut Sri Vijaya dan Melaka. Jadi, Hang Tuah melalui bapanya berdarah raja Bugis. Begitu juga sahabat karibnya Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu. Mereka adalah anak-anak saudara Hang Mahmud.

Orang Bugis adalah golongan Melayu Asli Borneo (nama betul pulau itu adalah Brunei sempena suku kaum Brunei yang paling berkuasa dan mendirikan negara mereka sendiri). Mereka dan juga orang Melayu Asli lain yang menghuni seluruh kepulauan Melayu asalnya tinggal di pulau Brunei. Orang Melayu Asli pulau Brunei pula, berhijrah dari tanah besar Asia Tenggara, tempat asal bangsa Melayu.

Mengenai Hang Li Po, puteri dinasti Ming di China itu adalah Li Po sahaja dan panggilan Hang diberi kepadanya oleh Sultan Mansur Shah, yang mengahwininya. Hang adalah panggilan rakyat jelata yang berkhidmat untuk Sultan Melaka menerusi sistem kerah. Ini melibatkan ketua-ketua orang Asli (Melayu Proto) dan orang bukan Melayu, termasuk yang menjadi isteri muda raja-raja Melayu. Anak Sultan Mansur dengan Li Po bergelar Paduka Tun Mamat kerana dilantik sebagai pembesar yang menjaga daerah Kelang (sekarang Selangor moden), satu daripada ibu negeri kedua Melaka, selain daerah Johor.

Hang Tuah bukan pengikut Hang Li Po kerana Hang Tuah adalah menteri pertahanan atau Laksamana Melaka semasa Sultan Mansur Shah melawat negara China untuk meminang puteri Li Po. Hang Tuah mengiringi Sultan Mansur Shah ketika melawat negara China kerana dia adalah Laksamana Melaka, yang anggota tenteranya adalah Orang Laut Bintan

Mengenai Hang Jebat, dia tidak menderhaka kepada raja dalam erti kata yang sebenar. Hang Jebat memberontak kerana Sultan Mansur Shah menghukum bunuh Hang Tuah, yang difitnah oleh ejen Siam, musuh tradisi Melayu Melaka. Bapa saudara Sultan Mansur, Bendahara (Ketua Menteri) Tun Perak, yang menjadi orang kuat Melaka yang sebenar, tahu bahawa Hang Tuah tidak berzina dengan isteri raja. Dia menyembunyikan Hang Tuah di Kelang. Tun Perak telah menasihati Sultan Mansur Shah berangkat bersama keluarganya dan pembesar lain ke Kelang semasa Hang Jebat menguasai Melaka. Di sana, Tun Perak telah membawa Hang Tuah mengadap sultan, dan sultan telah mengampunkan Hang Tuah.

Pengunduran sultan Melaka ke ibu negeri keduanya, Kelang, adalah satu taktik strategik yang dirancang oleh Tun Perak yang bijak. Tun Perak adalah pakar perang secara pengunduran strategik, satu taktik yang berjaya menangkis serangan Siam ke atas Melaka dan Johor. Dari Kelang, Tun Perak, Hang Tuah dan Sultan Mansur telah mengumpulkan tentera-tentera dari negeri-negeri naungan Melaka seperti Kedah, Kelantan, Siak, Minangkabau dan Mandahiling. Tentera ini telah mengalahkan Hang Jebat yang mentadbir Melaka sebagai "wakil raja". Hang Jebat telah ditangkap oleh Sultan Melaka dan dihukum bunuh. Tetapi Sultan Melaka telah membenarkan Hang Jebat, yang pernah berjasa kepadanya, memilih cara hukuman.

Hang Jebat telah meminta supaya orang yang paling kuat dan berani di empayar Melaka bertikam keris dengannya. Akibatnya, Hang Tuah, yang disangka mati, telah dihantar oleh sultan untuk bertarung dengan Hang Jebat.

Kita tidak akan tahu sama ada Hang Tuah benar-benar membunuh Hang Jebat. Atau adakah Hang Tuah membunuh seorang penjahat dan mengatakan kepada Sultan dan Bendahara bahawa Jebat telah mati. Disebabkan Hang Tuah adalah sahabat baik Tun Perak, dan Tun Perak adalah orang yang paling kuat di Melaka, Hang Tuah mungkin telah melepaskan Hang Jebat dan membunuh seorang penjahat.

Sejarah Melayu yang ditulis oleh cicit Tun Perak, Tun Seri Lanang, sebenarnya banyak memburukkan imej raja dan pembesar Melaka yang awal, seperti Sultan Mansur, Hang Tuah dan Tun Perak. Tun Seri Lanang berkhidmat sebagai bendahara semasa Empayar Melaka berpindah pusatnya ke Johor, dalam abad ke-16. Empayar itu, yang digelar Empayar Johor-Riau-Selangor-Pahang, sempena empat ibu negaranya, banyak dipimpin oleh raja yang lemah, dan pembesar yang rasuah dan zalim.



Sources : http://www.asiawind.com/forums/read.php?f=2&i=3711&t=1704

http://www.freewebs.com/suaraanum/0506b02.htm



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2008 04:07 PM | Show all posts
Muzium Arkeologi Lembah Bujang Merbok































Sources : http://asrijamil.fotopages.com/?entry=211432


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2008 12:50 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2008 12:14 PM | Show all posts
Post Last Edit by HangPC2 at 30-9-2009 14:09

Kendi lama singkap asal usul Melayu




Oleh Hussain Said








SEREMBAN: Penemuan kendi yang dipercayai berusia ribuan tahun di Mentakab, Pahang, kira-kira dua minggu lalu, menguatkan teori mengenai asal usul orang Melayu yang dikatakan berasal dari Vietnam Utara dan Champa.

Artifak itu yang dikatakan ditemui tertanam di sebuah kawasan bukit dan masih dalam keadaan sempurna, dipercayai peninggalan zaman logam sekitar 2,000 tahun lalu.

Pengkaji sejarah tamadun alam Melayu, Wan Ahmad Arshad, berkata Zaman Logam mula berpengaruh di Nusantara Melayu berdasarkan teori penghijrahan dari Vietnam Utara dan Champa.

"Penemuan artifak ini juga menjadi bukti bahawa Pahang pada suatu masa dulu menjadi pusat ketamadunan yang hebat," katanya.

Beliau yang memiliki Galeri Pusaka Moyang (GPM) di Senawang dekat sini, tidak menolak kemungkinan artifak itu mempunyai kaitan dengan dakwaan penemuan kota purba  Kota Gelanggi, di Johor pada 2003.

"Pahang juga mempunyai tempat dikenali sebagai Kota Gelanggi. Jadi, ada kemungkinan kedua-duanya mempunyai kaitan," katanya ketika ditemui di galeri itu, semalam.


Wan Ahmad mendakwa kendi itu ditemui seseorang dan menjual kepadanya, tetapi tidak memberitahu siapa yang menemuinya dan berapa harganya.

Beliau berkata, kendi berbentuk burung mahawangsa berkaki empat itu diperbuat daripada gangsa dan dipercayai digunakan dalam upacara keagamaan oleh kerabat diraja dan bangsawan.

"Reka bentuk kendi itu amat unik, seperti seekor burung mahawangsa bersayap, berparuh dan berkaki empat, bahagian pemegangnya mempunyai imej haiwan mengkarung," katanya.

Sehubungan itu, Wan Ahmad mempelawa kurator, ahli arkeologi serta ahli antropologi dari dalam dan luar negara untuk membuat penyelidikan lanjut mengenai penemuan kendi berkenaan.

Beliau juga menyarankan Jabatan Muzium dan Antikuiti Negara serta Jabatan Warisan Negara menjalankan penyelidikan di tapak penemuan kendi itu.


- Berita Harian -



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2008 03:38 PM | Show all posts
Meriam Datuk Undang Abdullah (Negeri Sembilan)




Lokasi : Makam Moyang Salleh











Sources : http://artmelayu.blogspot.com



Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-6-2008 03:44 PM | Show all posts
Meriam Penggawa (Selangor)





Lokasi : Makam Di-Raja Selangor



"The Meriam Penggawa is always wrapped in yellow cloth. It is uniquely covered with the royal-coloured cloth to prevent from blasting on its own."



The Meriam Penggawa is always wrapped in yellow cloth. The notoriety of Meriam Penggawa is that it would explode or fire by itself when a calamity is about to befall the Selangor Royal Family thus it is uniquely covered with the royal-coloured cloth to prevent from blasting on its own.

The cannon was found at the edge of Sungai Buluh (Buluh River) 12km to the south of Kuala Selangor on September 23, 1966, in the burial grounds of 3 Sultans of Selangor. Its original name is Petoi Boga, which means White Princess.








Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2008 09:45 AM | Show all posts
Originally posted by HangPC2 at 2-3-2008 05:12 PM
Meriam Badak Berendam & Meriam Katak Puru (Kedah)



Lokasi : Kota Kuala Kedah




http://img504.imageshack.us/img504/1889/meriambadakberendam01oe9.th.jpg

http://img504.imageshack.us/ ...



Meriam Badak Berendam mendapat nama apabila sering tergolek ke dalam air bila larasnya menjadi panas akibat banyak kali digunakan untuk membedil tentera Siam.Setelah badan meriam itu sejuk,barulah meriam itu dapat digunakan semula.Kisah pelik meriam ini ada dicatatkan dalam Hikayat Terung Pipit Terung Belanda.Tapi aku sendiri sampai sekarang gagal untuk mendapatkan hikayat ini.Tuk Wan aku yang menceritakan kisah ini.Katak Puru pula dinamakan begitu kerana Meriam itu berkerutu tidak seperti meriam lain yg berbadan licin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-8-2008 01:43 PM | Show all posts
Pedang Melayu



Pedang Jenawi & Pedang Buaya Berenang










Sources : http://mded.multiply.com/photos/album/53/Pedang_Melayu



.

[ Last edited by  HangPC2 at 9-8-2008 11:22 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2008 11:13 PM | Show all posts
Pedang Melayu














Sources : http://samajadi.multiply.com/





[ Last edited by  HangPC2 at 24-5-2009 03:58 ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2008 06:10 PM | Show all posts
best gak topik ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2008 02:48 AM | Show all posts
Budaya bersamping yang menjadi kebanggan lelaki Melayu dalam berpakaian pada hari ini bermula sejak bila yer?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2008 12:05 PM | Show all posts
Originally posted by jkkkj at 14-8-2008 02:48 AM
Budaya bersamping yang menjadi kebanggan lelaki Melayu dalam berpakaian pada hari ini bermula sejak bila yer?



Sejarah Penciptaan Kain Sampin Baju Melayu



Pada satu ketika dahulu, org lelaki mahupun wanita di gugusan negeri negeri melayu suka memakai kain. Berbagai jenis kain wujud dan semuanya cantik menawan. Sehinggalah satu hari, seorang saudagar luar datang memperagakan fesyen baru untuk lelaki : kain berjahit di celah kangkang. Sambutan dari istana dan rakyat jelata amat memberangsangkan. Maka semakin hari semakin ramai yang memakai pakaian baru ini. Adanya negeri negeri di kepulauan tanah melayu sentiasa panas tetapi pengaliran udara pabila menggunakan fesyen baru ini amat kurang menyebabkan pemakai menjadi panas. Arakian kata, kain menjadi nipis dan fesyen baru ini menjadi lebih selesa.
Tetapi timbul pemasalahan baru : Kain yang digunakan menjadi terlalu jarang sehingga menimbulkan rasa malu kepada sebahagian dari rakyat lelaki.
Berfikirlah semua cendikiawan untuk menyelesaikan permasalahan ini.
Setelah sekian lama berfikir, seorang cerdikpandai mendapat ilham apabila melihat kain lama nya tersadai di dalam peti baju tanpa digunakan. Dipotongnya kain tersebut dan dibalutnya pinggang dan pinggang. Jalan penyelesaian telah dijumpai !
Fesyen baru itu pula mendapat sambutan yang hangat dan lama kelamaan, cebisan kain sampingan di pinggang dan punggung itu menjadi kain sampin yang kita kenali hari ini.
Nama kain samping itu dipilih oleh saudagar kerana lebih komersiol dari nama kain sampingan

Begitulah adanya sejarah penciptaan kain sampin.


Sources : http://www.labuan.net


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2008 12:16 PM | Show all posts
Malay headdress maker wants to save the art from fading away




By JAYAGANDI JAYARAJ



THE tradition of wearing the Tengkolok or the Malay headdress dates back to the times of the Malay sultanate.


Back then the headdress for men was a status symbol.

Only the rich wore it and more prominently it was part of the royal costume.

There were specially appointed skilled artisans to make Tengkolok for the Sultans in the palace.

The designs and shapes varied from state to state and each shape was folded in semblance of animals or abstract ideas, hence names like Lang Patah Sayap (eagle with broken wings), Ayam Patah Kepak (rooster with broken wings), Dendam Tak Sudah (unfinished business), Gajah Berjuang (elephants fighting) and Menyonsong Again (facing the wind).

Today the Tengkolok remains as part of the royal ensemble.

What the commoners wear are designs with a twist or have been modified from the original designs. They cannot wear the same designs worn by royalties,” said Tengkolok maker Nik Hamid Nik Mustafa.

The 54-year-old's interest in the art started off 30 years ago while he was still in Kelantan, dancing for a cultural troop.




Not the same type: the shape of the tengkolok @ tanjak varies from state to state as seen here.


While in the group, we had to make our Tengkolok and that's how it started off.

But there was no one to teach me. The one or two teachers that I discovered later had passed on too.

So what I did was research. When I came down to Kuala Lumpur in 1975, I researched on photographs of various designs and through trial and error worked on getting it right and perfect,” said Nik Hamid who is working at the Seri Jemari Songket in Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.

Using Songket and other materials including cotton, Nik Hamid is an expert Tengkolok maker who had created headdresses for weddings, royal events and dancers in Istana Budaya. Before the discovery of Songket, Hamid said the Tengkolok was made from Indian materials and Chinese silk while the commoners used ordinary materials.

Tengkoloks were made using Songket only about 200 years ago,he said as he demonstrated how to make a Tengkolok.

Settling on a Dendam Tak Sudah design, Nik Hamid began his folding works expertly as two young learners Nik Haslan Hassan, 20, and Noor Shah Rizal, 21, watched enthusiastically.

The 31 X 31 Songket that Nik Hamid used was earlier starched and folded into two to form a triangle shape with hard collar paper in between before it was ironed and stitched at the sides.

Originally 45 X 45 material was used for Tengkoloks.

With that you begin to fold it to the design that you want. It is not easy as you need to insert the wires at the right fold in order to keep the tengkolok in a particular shape.

You also have to be careful with the needle as it goes through the hard paper. I have had needles go through my fingers many times while stitching.




Young learners: (From right) Nik Haslan and Noor Shah looking at Nik Hamid expertly folding a tengkolok.


Thats why you dont see women making Tengkolok. It requires physical strength too, he said adding that it took him 15 years to perfect his folding skills.

Compared to those days, Nik Hamid said there were more creative Tengkolok designers these days and these Tengkoloks were made to last longer depending on its usage.

In an effort to preserve the art from dying, Nik Hamid is planning on getting a research fund from the Museum and Antiquity department to do a detailed research on the art from state to state.

After which, he planned to produce a demonstration CD on various styles of making the Tengkolok.

Otherwise, this art will slowly fade off, ” he said.



- The Star -








Last edited by HangPC2 on 20-6-2013 01:09 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2008 11:44 AM | Show all posts







Sources : 2004 February 22 BERITA MINGGU (Tanjak dan Songkok)




[ Last edited by  HangPC2 at 11-10-2008 03:02 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2008 10:36 PM | Show all posts


[ Last edited by  HangPC2 at 17-10-2008 12:29 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-10-2008 06:14 PM | Show all posts
Meriam Kota Lukut (Negeri Sembilan)



Lokasi : Muzium & Kota Lukut, Negeri Sembilan







Sources : http://artmelayu.blogspot.com/


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2008 10:32 AM | Show all posts
Parang







Pedang Melayu







Credit : http://www.babeinthecitykl.blogspot.com/




[ Last edited by  HangPC2 at 5-11-2008 01:55 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2008 10:06 AM | Show all posts
Malay Girl & Women In 20th Century












Penang







Singapore





Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 10:43 AM | Show all posts
Senjata pahlawan Melayu

PAHLAWAN atau pesilat Melayu menggunakan keris sebagai senjata utama dalam pertarungan.

JIKA memperkatakan mengenai kehebatan pahlawan Melayu, tidak sah jika kita tidak memperkatakan mengenai kehebatan senjata yang mereka gunakan terutama keris.

Keris Taming Sari milik Hang Tuah misalnya dikatakan mempunyai pelbagai kesaktian seperti melindungi tubuh penggunanya daripada dicederakan oleh mana-mana senjata.

Sememangnya keris adalah senjata kebanggaan penduduk Nusantara dan ia hanya terdapat di Malaysia, Indonesia, Brunei, selatan Thailand dan selatan Filipina.

Bagaimanapun, keadaan Kepulauan Nusantara yang terpisah di antara satu sama lain menyebabkan senjata-senjata tradisional telah mengalami perkembangan yang berbeza-beza.

Orang-orang Melayu telah membuat dan menggunakan keris dan lain-lain senjata semenjak sekurang-kurangnya lima ratus tahun dahulu. Antara beberapa jenis alat-alat senjata lain ialah parang, pisau, badik, karambit, lembing dan sebagainya.

Sehingga awal abad kedua puluh, kebanyakan senjata Melayu telah ditempah untuk kegunaan pertarungan ataupun untuk pertahanan diri mahupun serangan.

Selaras dengan perkembangan kebudayaan dan sistem sosiol, fungsi senjata telah mengalami perkembangan dan perubahan.

Walaupun begitu senjata-senjata ini tetap menyerupai senjata-senjata pertarungan dengan segala keasliannya dan tetap halus buatannya.

Tetapi kini fungsinya telah bertukar menjadi barang keramat yang mempunyai kuasa yang harus dihormati, barang yang dipuja, lambang ikatan keluarga, tanda jasa, tanda pangkat dan kuasa, barang mewah dan akhirnya dianggap sebagai karya seni.

Senjata-senjata ini telah melalui masa perkembangan yang cukup lama sebelum mempunyai bentuk dan fungsi seperti sekarang. Oleh itu, terdapat pelbagai jenis senjata sesuai dengan seni serantau.

Keris

Keris merupakan senjata pendek yang digunakan oleh orang Melayu sejak zaman keagungan pemerintahan Kesultanan Melayu, lebih daripada 800 tahun yang lampau terutamanya pendekar, pahlawan serta kalangan pembesar istana.

Satu alat kebesaran bagi raja-raja atau lambang kekuasaan atau kedaulatan. Keris mempunyai dua belah mata, melebar di pangkal dan tirus dihujungnya serta tajam.

Terdapat mata keris yang lurus dan berlok-lok dengan keindahan pamor serta hulu yang menarik dan juga sarungnya.

Keris mempunyai berbagai-bagai bentuk dan ukuran. Kebanyakan keris terdiri dari jenis yang berlok, sama ada tiga, lima, tujuh atau sembilan dan lurus.

Tiga aspek penting mata keris adalah rupa awan larat dan corak pamor, bentuknya dan corak berombak yang wujud dari campuran logam dan nikel.

Persejarahan senjata di Malaysia amat rapat dengan unsur-unsur seni mempertahankan diri seperti silat.

Keterampilan reka cipta Pandai Besi (pembuat keris) maka kepelbagaian alat persenjataan telah terhasil, antara yang amat digemari sehingga kini seperti keris, parang, kelewang, beladau, tombak dan banyak lagi.

Badik

Bentuk badik, hampir sama dengan bentuk tumbuk lada tetapi lebih besar dan kurang pula daripada segi ukiran. Matanya lebih tegak, hulunya membongkok ke bawah.

Badik mempunyai mata yang lurus dan berkeluk seperti keris. Panjang matanya di antara 18 dan 20 sentimeter (sm) dan lebar 2 sm. Hulu dan sarungnya diperbuat daripada kayu, tanduk dan gading serta dihias dengan motif awan larat.

Badik mempunyai mata yang tebal di bahagian belakangnya dan meruncing dihujungnya.

Lembing

Lembing pada dasarnya adalah senjata lontar. Batangnya diperbuat daripada kayu lurus berukuran sedepa, mata lembing dimasukkan ke dalam batang dan diperkuat dengan ikatan rotan atau simpai logam.

Mata lembing lazimnya dibentuk seperti pisau dan jarang berduri. Lembing Melayu lebih pendek, ringan dan tajam mata dihujungnya.

Terdapat berbagai jenis lembing kebanyakannya bermata tajam diperbuat daripada kayu atau buluh.

Unsur ghaib

Peranan senjata amatlah penting dalam naluri hidup manusia, selain digunakan sebagai alat berperang, mempertahankan diri, hiasan dan ia juga dikaitkan dengan unsur-unsur alam ghaib.

Sesetengah masyarakat mempercayai sesuatu senjata itu mempunyai kuasa dalaman yang dapat membantu mempertingkatkan ilmu kebatinan kepada si pemiliknya.

Kelok-kelok yang dibentuk pada senjata melambangkan nilai-nilai estetika yang tersendiri dalam menggambarkan daya imaginasi kemelayuan sejak zaman-berzaman dengan teliti dan kreatif.

Pada kebanyakan senjata seperti keris, lawi ayam, tumbuk lada, kelewang serta beberapa rumpunan yang serupa dengannya akan dihiasi dengan hulu yang diukir indah serta diberikan nama-nama tertentu seperti Jawa Demam, Kepala Nuri, Anak Ayam Teleng dan lain-lain.

Tidak ketinggalan juga dengan sarung atau rangka yang kebiasaannya diperbuat daripada kayu yang baik seperti teras nangka, tempinis, kayu kemuning, raja kayu dan sebagainya.

Kesimpulan, senjata tradisional Melayu sememangnya mempunyai keunikan tersendiri.

Sumber:

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA dan MUZIUM NEGARA MALAYSIA.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 10:02 PM GMT+8 , Processed in 0.121122 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list