CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: HangPC2

Pakaian/Aksesori/Senjata/Pengangkutan/Gaya Hidup Masyarakat Melayu Zaman Silam

  [Copy link]
 Author| Post time 6-5-2010 12:16 PM | Show all posts
Site proves early civilisation



Mar 6, 2010






















SUNGAI PETANI (Malaysia) - THE Sungai Batu archeological site in the Bujang Valley proves that civilisation in this country had started much earlier and was the oldest in South-east Asia.

Information Communication and Culture Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim said the site, which was believed to have existed in the year 110, showed the existence of religion, commerce and the economy.

'The Bujang Valley in Sungai Batu is a determination to estimate the new civilisation which is known to have existed much earlier than the one existing in neighbouring countries either in Indonesia, Vietnam, Cambodia or Thailand. It is hoped that no one will belittle this effort because when it is endorsed by the whole world, Malaysia will be on a high and old archeological, anthropological and sociological perspective,' he said to reporters after visiting the Sungai Batu archeological complex in the Bujang valley, on Saturday.

The archeological complex, measuring three square kilometres located in an oil palm area, has 97 study sites which are said to hold the key that will open the history of early civilisation in this country. Research on the Bujang Valley is among the projects under the Ninth Malaysia Plan (9MP) carried out with the cooperation of the National Heritage Department and researchers from Universiti Sains Malaysia (USM) and Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

In addition, Rais plans to present a working paper on the conservation of the archeological complex so that the country would not be lagging behind in terms of heritage as well as to forge cooperation with foreign researchers.

'My ministry will discuss with Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak the funds for research studies at the archeological complex, because the existing funds had been used up,' he said. He said his ministry was also prepared to hold meetings and discussions with the Kedah state government to work together in conserving the historical artifacts which were important for national heritage. --


- Bernama / The Straits Times -


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-5-2010 01:28 PM | Show all posts
Kisah bahasa Melayu di Jepun





GAMBAR kulit buku Maiai -go yon shu-kan.


SEBILANGAN orang Jepun mula belajar bahasa Melayu 100 tahun lalu, demikian menurut Moriyama dalam sebuah esei. Buku pertama terbit pada awal 1900-an dan kini jumlah pelbagai buku dan kamus Melayu lebih dari 200 buah.

Beliau mencatat hal tersebut ketika mengisahkan perjalanan Marquis Yoshichika Tokugawa (1886-1976), seorang pembesar Jepun yang disebut sebagai pelopor pelajaran bahasa Melayu di negeri Jepun setelah menjelajah Semenanjung Tanah Melayu dan Pulau Jawa. Beliau kemudian menjadi ketua Muzium Singapura dan Botanical Gardens semasa Perang Pasifik.

Essei tersebut terbit dalam buku berjudul Lost Times and Untold Tales from the Malay World (NUS Press Singapore 2009). Lalu disiarkan gambar salah sebuah buku pertama bahasa Melayu itu yang terbit pada tahun 1912, berjudul Marai-go Dokusyu, lengkap dengan tulisan Jawi.

Moriyama mulanya bercerita mengenai sebilangan kecil warga Jepun merantau ke negeri-negeri sebelah selatan kepulauan Jepun. Antara mereka ialah peniaga-peniaga kecil dan juga pelacur.

Sebilangan dari mereka berjaya memiliki ladang-ladang getah dan ada juga yang melabur dalam industri bijih timah. Kerana itu pengetahuan bahasa Melayu digalakkan.

Seperti dicatat oleh Moriyama: " Bahasa Melayu menjadi bahasa terpenting kerana digunakan secara meluas di negeri-negeri yang dijajah oleh Inggeris dan Belanda. "

Lalu, antara yang mula terbit ialah kamus dwibahasa Melayu dan Jepun. Pada peringkat permulaan disiarkan seruan: " Marilah kita pergi ke Selatan ". Pada peringkat persekolahan pula bahasa Melayu diajar bagi kali pertama pada tahun 1908 di dua buah sekolah di Tokyo.

Moriyama menambah : " Oleh kerana tiada guru Jepun boleh mengajar bahasa Melayu di sekolah maka guru-guru Melayu dipelawa datang ke negara Jepun untuk mengajar bahasa Melayu. Mereka mungkin menggunakan bahasa Inggeris ketika menyampaikan pelajaran. Sekurang-kurangnya lima guru Melayu datang dari Semenanjung Tanah Melayu untuk mengajar para pelajar Jepun di Tokyo. "

Lantas disebut nama salah seorang dari mereka. Bachee bin Wan Chik (atau Bachik bin Wan Chik) yang kemudian menyusun sebuah kamus dwibahasa Melayu-Jepun. Beliau mengajar selama 19 tahun dan kemudian dikurnia bintang kehormatan kerana sumbangannya itu.

Antara buku pelajaran Melayu yang paling laris ialah Marai-go yon shu-kan (bahasa Melayu dalam Ampat Minggu) yang terbit pada tahun 1937. Ia kemudian diulang cetak hingga 30 kali.

Turut menyusun buku tersebut ialah Marquis Yoshichika Tokugawa bersama gurunya Sumitake Asakuri, seorang professor bahasa Melayu di Universiti Tokyo.

Pelajaran bagi dua hari pertama ialah bunyi sesuatu perkataan dan perbezaan antara sebutan bahasa Melayu dan bahasa di negeri-negeri yang dijajah oleh Belanda.



Diperturunkan

Pelajaran bagi hari ke-24 ialah bagaimana mahu menggunakan perkataan-perkataan seperti alkisah, arakian, sa-bermula.

Pelajaran bagi hari ke-27 dan 28 mengandungi cerita-cerita dari Hikayat Pelandok, Dari Hal Tuan Raffles Hendak Pulang dan Pantun Melayu.

Pada satu peringkat lain diperturunkan kata-kata mengenai harimau: "Untung sekali sahaya sudah lihat harimau lebih dulu dia lihat sama sahaya dan dengan satu peluru boleh sahaya matikan dia."

Kata-kata tersebut ialah dari Marquis Tokugawa yang gemar memburu beruang dan harimau. Menurut yang empunya cerita beliau akhirnya memilih Tanah Melayu dan Pulau Jawa kerana kegemarannya itu.

Juga diceritakan betapa beliau menjalin hubungan mesra dengan Sultan Ibrahim Negeri Johor setelah bersama-sama memburu. Dalam surat menyurat kedua menggunakan tulisan Jawi.

Pada 7 Februari 1929, dalam surat Sultan Ibrahim dari Istana Pasir Pelangi di Johor Bahru. Baginda menulis: "Sahabat saya Marquis Tokugawa." Selanjutnya pujian dari Baginda pada Tokugawa kerana menggunakan bahasa Melayu yang baik.

Tokugawa memang menyedari pentingnya bahasa Melayu ketika perantauannya di Tanah Melayu dan Jawa. Hubungan mesra dengan Sultan Ibrahim mendorongnya mempelajari bahasa Melayu yang baik dan tulisan Jawi kerana dalam surat Sultan Ibrahim disebut mengenai warga kulit putih juga belajar bahasa Melayu, tetapi mereka lebih gemar menulis rumi.

Seperti diketahui semasa pemerintahan tentera Jepun di Malaysia setelah tewas tentera Inggeris dan Belanda, bahasa Jepun (Nippon-go) diajar di sekolah-sekolah yang dulu mengajar bahasa Inggeris.


- Utusan Malaysia -



Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2010 11:39 PM | Show all posts
'The Bujang Valley in Sungai Batu is a determination to estimate the new civilisation which is known to have existed much earlier than the one existing in neighbouring countries either in Indonesia, Vietnam, Cambodia or Thailand. It is hoped that no one will belittle this effort because when it is endorsed by the whole world, Malaysia will be on a high and old archeological, anthropological and sociological perspective,' he said to reporters after visiting the Sungai Batu archeological complex in the Bujang valley, on Saturday.


Ciri khas Malaysia ... klaim ini itu ....
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2010 12:06 AM | Show all posts
Ciri khas Malaysia ... klaim ini itu ....
jf_pratama Post at 26-5-2010 23:39


ciri khas Indo-nesia, dengki kat orang x leh tgk org lebih sikit n x global langsong sb asyik nampak orang sebelah aja
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2010 10:16 AM | Show all posts
Post Last Edit by jf_pratama at 27-5-2010 09:19

Reply 304# genot

Hahahaha ...... Lakukan penggalian terlebih dahulu .. kemudian lakukan prosedur dan metodologi penelitian yang benar dan dapat dipertanggungh-jawabkan secara ilmiah .... baru setelah itu ambil kesimpulan (conclusion) dan terbitkan hasil penelitian + kesimpulan di jurnal-jurnal ilmiah agar mendapatkan tanggapan dari pihak lain ....

Itu yang harus dilakukan ... jangan cakap seperti orang-orang di kedai  mamak ... seluruh dunia akan mentertawakan negara anda jika ternyata claim-claim tersebut tidak terbukti ..... Jangan membuat kesalahan yang sama seperti claim-claim kebesaran dan kehebatan Melaka terulang kembali ...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2010 04:04 PM | Show all posts
Reply 305# jf_pratama

benda di Lembah Bujang ini memang dah lama dapat perhatian sarjana2 sejarah seperti G. Coedes n penyelidik dari India seperti Nilakantha Shashtri serta ada kesinambungannya dgn kota2 purba di Thathon (Myanmar), Ligor (Thai Selatan) n Dvaravadi (Thailand Tengah) serta empayar2 Hindu-Buddha purba Asia Tenggara seperti Langkasuka, Funan n Chenla. Sudah ada tesis2 dah pon pasal benda2 ni. benda yg depa tgh carigali baru ditemui baru2 ni adalah kilang2 pembuatan pedang2 org zaman purba.

haaaa, ini lah tapak kilang lebur besi buat pedang purba yang depa baru jumpa itu. seorang kawan aku dr jabatan arkeologi Universiti kami jadi salah seorang mandor (supervisor) di situ, jd apa2 hapdet bleh saja nak tanya kat dia, jangan jelerssss




hangpa saja yg ketinggalan zaman n benda ni diakui sendiri oleh orang2 Khemir yg jauh lebih lama tamadun empayar depa drpd tamadun pulau Jawa hangpa. Yg dunia patut gelakkan adalah hangpa sb x habes2 dok klaim orang lain, bukan klaim benda yg ada pd diri hangpa sniri

ni antaranya adalah hasil tesis2 dan pengkajian sarjana, dah tentu lar orang2 ni buat kesarjanaan dalam sejarah tamadun purba Asia Tenggara. mungkin hang tidak pernah membacanya kowt sb aku dah khatam dah pon kitab2 ini. Bersimpati lah kita kat hangpa sb kami pon pernah baca jugak kajian2 sarjana jawa hangpa macam Purwacaraka n Slamet Mulyono pasal kerajaan2 jawa hangpa walaupon tak berminat langsung atau tak berasa nak klaim pon kajian2 depa







jangan lupa melawat ke muzium n tapak arkeologi (CARIGALI) kompleks percandian (permakaman abu mayat diraja) Lembah Bujang kat kawasan Merbok jika ke Utara nak suggestion muzium2 di Thailand n tapak2 sejarah di Kemboja nanti kita hapdet lagi

Carigali tahun Lembah Bujang 1976














Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2010 04:25 PM | Show all posts
Reply 301# HangPC2

ini berita bahasa Melayunya....

SUNGAI PETANI: Sekumpulan arkeologi Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, Universiti Sains Malaysia (USM) menemui artifak prasejarah berupa bangunan dan kilang melebur besi abad ke-3 Masihi hasil projek ekskavasi di Sungai Batu, Semeling, dalam Lembah Bujang, dekat sini.

Penemuan itu di dua kawasan berdekatan di ladang kelapa sawit Jalan Lencongan Merbok, baru-baru ini, membuktikan tamadun dan kehidupan sebuah komuniti manusia prasejarah di Lembah Bujang lebih awal daripada jangkaan sebelum ini.

Naib Canselor USM, Prof Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak yang mendedahkan hal itu semalam berkata, ia penemuan penting sejarah ketamadunan manusia di Malaysia.

Katanya, tarikh itu menggambarkan permulaan (penggunaan) besi dan kegiatan melebur bijih besi secara komersial yang awal di kawasan Lembah Bujang.

Carigali itu dijalankan dengan kerjasama Jabatan Warisan Negara, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan yang meluluskan geran sebanyak RM2.3 juta, bermula 1 Februari lepas dan disertai 70 orang termasuk pelajar USM.

“Penemuan ini bukti kukuh tamadun manusia prasejarah bersandarkan pengetahuan asas, perdagangan dan penghasilan bahan industri berskala besar,” katanya kepada pemberita semasa membuat lawatan kerja ke tapak penemuan itu.

Projek ekskavasi itu diketuai Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global USM, Prof Madya Dr Mokhtar Saidin membuahkan hasil apabila menemui artifak berkenaan selepas dua minggu menggali, katanya.

Dzulkifli berkata, projek ekskavasi itu sebahagian pelan pembangunan Taman Warisan Lembah Bujang Jabatan Warisan Negara.

“Penemuan di kawasan Sungai Batu seluas 3 kilometer persegi ini berbeza dengan artifak ditemui di tapak lain di Lembah Bujang. Sebelum ini pakar arkeologi hanya menemui bangunan bercirikan candi purba.

“Penemuan terbaru di tapak Sungai Batu I mengandungi batu-bata dipercayai kediaman atau pejabat dan satu lagi (Sungai Batu II) berfungsi sebagai kilang peleburan besi,” katanya.

Menurut Dzulkifli, penemuan kedua-dua tapak itu dianggap penting kerana mungkin dapat merungkai persoalan berhubung usia sebenar permulaan peradaban Lembah Bujang.

“Pakar sebelum ini membuat pelbagai andaian berhubung penemuan candi di sekitar Lembah Bujang. Ada menyatakan ia berusia sekitar tahun ke-5 hingga 8 Masihi tetapi penempatan baru yang ditemui ini dan disifatkan tertua di Asia Tenggara membawa makna lebih besar pada sejarah peradaban negara,” tambahnya.

Mokhtar berkata, sampel arang yang ditemui di tapak pembuatan besi dihantar menjalani ujian ‘Radiokarbon Dating’ di Beta Analytic Inc, Florida, Amerika Syarikat yang mengesahkan ia berusia sekitar abad ke 3 hingga 4 Masihi. - BERNAMA n Uniscience Community

dah jumpa tapak2 kompleks percandian, batu nisan Farsi jumpa pula kilang melebur besi purba, Madastan-e-Qadah Zendahbaad!!!
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2010 07:49 PM | Show all posts
Reply 307# genot

Pertanyaannya ..... Lebih tua mana kebudayaan yang ada di Lembah Bujang dengan Kebudayaan Dong  Son di Lembah Sông Hồng, Vietnam ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2010 09:45 PM | Show all posts
hang maksudkan dengan penemuan benda2 macam gendang misalnya yang ditemui kat Batu Buruk di Terengganu, Lembah Klang, Johor atau kat Pro Veang di Kemboja ka?





Gendang gangsa ini dijumpai di Batu Buruk, Terengganu pada tahun 1964. Gendang ini dipercayai digunakan sebagai alat muzik untuk hari perayaan, perkahwinan dan upacara kematian. Ia juga dijadikan sebagai alat pengkebumian oleh golongan kaya dan berstatus. - muzium negara malaysia

atau loceng gangsa macam yang ditemui di kampong Pencu, kat Muar di Johor?



orang2 Hindu-Brahman (India) dah mula masuk ke kawasan Utara Semenanjung-Selatan Thai-Pantai Timur Semenanjung semenjak sebelum abad pertama Masehi lagik tp di kawasan2 tu memang dh ada orang mendiaminya.

Budaya gangsa Dong Son di kawasan Utara Vietnam dah bermula semenjak abad ke-6 SM, tp ada stengah sarjana kata budaya gangsa ni dipelopori oleh kerajaan2 semasa dinasti Zhou di China Raya.

Budaya Dong-Song saling berkaitan dgn budaya orang2 Dai (nenek moyang orang Thai di Yunnan), Tibeto-Burma, n Mon-Khmer. Tu budaya peram ikan wat pekasam dalam tempayan di Laos (Pra Dak) n Utara Semenanjung tu semua budaya yang berasaskan dr kebudayaan Dong Song lah jugak.

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2010 11:17 PM | Show all posts
Reply 309# genot

So, kebudayaan di Lembah Bujang bukanlah kebudayaan yang tertua di Asia Tenggara seperti yang diclaim di artikel/berita tersebut ..... Agree?
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2010 11:57 PM | Show all posts
kalau tak tertua di AT pon tapi antara yg tertua n kawasan itu ada link dengan kawasan2 di sebelah Utara sb duduk di atas Tanah Besar juga bukan atas sebijik pulau

lagipon kawasan sekitar Merbuk, Lembah Bujang, Kuala Muda, n Pendang masih ada banyak lagi yg tidak diterokai dan dicarigali. tempat itu dahulu adalah sebuah kota pelabuhan entrepot.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2010 12:03 AM | Show all posts
Post Last Edit by genot at 28-5-2010 00:11

hahaha, hang x lihat plak kat kutipan kata2 dalam artikel surat khabar tu siapa yg keluarkan kenyataan tertua di Asia Tenggara? siapa nama orang tu? buleh tulong highlight dia dak? aku nak sebut dia etnik mana n dr negri mana? sb setahu aku yg keluarkan statement itu bukan orang dr negri kami

lagipon dia sebut a bit earlier, bukan earliest jadi aku x nampak plak sebarang maksud nak klaim yg tamadun di situ tertua di mana2 bahagian pon dalam dunia ini, kecuali dia ada la sebut pasal Vietnam, Indo-nesia, atau Thailand mungkin sb dia ingat sesuatu tamadun tu cuma milik sesuatu negara saja sedangkan kalau ikot sistem kenegaraan purba, keadaan di Utara adalah lain bukan mcm M'sia hari ini.

lagumana hang tengok ni bapak oiiiiii???  

kalau nak terjemah ke bahasa Melayu akan jadi apa? aku x reti bahasa Indo-nesia hang jd aku terjemah ke bahasa Melayu rasmi sahaja la nooo...

a bit earlier - sedikit awal
earliest - terawal, paling awal, the most early
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2010 11:44 AM | Show all posts
ups.............
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2010 03:28 PM | Show all posts
orang Melayu, kebudayaan Melayu dan Bahasa Melayu (termasuk Bahasa Indonesia) berasal dari Semenanjung. Srivijaya juga bermula di Semenanjung dan bukannya Sumatera.

Jika benar orang Melayu berasal dari Kerajaan Melayu di Sumatera, maka siapa yang mendirikan Kerajaan Langkasuka, Gangga Negara, Kedah Tua, Kota Gelanggi, Kota Muang Pahang, Chih-Tu dan Ligor? Semua kerajaan-kerajaan tersebut wujud jauh lebih awal dari Kerajaan Melayu.

Penduduk Indonesia berhijrah dari Dataran Yunnan ke Kepulauan Indonesia melalui Semenanjung Malaysia.
Menurut teori penghijrahan manusia purba, manusia berhijrah dari daratan ke pulau, bukan sebaliknya.

HangPC2 Post at 2-4-2008 22:41



    Aku setuju ngan statement hang ni..bertepatan ngan video bawah ni..saja aku tepek kat sini biar Pak Tam tengok lagik...

[youtube]4o_To4VHIaM[/youtube]

Yang buat aku pelik..ngape Jawa masih mengatakan mereka asal dari sana termasuk Jawa2 kat Malaysia yg gigih x mo ngaku dari daratan benua Asia...depa lebih agung kan tanah Jawe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2010 04:39 PM | Show all posts
Macam Bendera Malaysia


Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2010 05:12 PM | Show all posts


Baju perisai yang dipakai...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-8-2010 11:09 AM | Show all posts
Mana dapat gambar nih ?
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2010 11:48 AM | Show all posts
Gambar yang baju perisai tu ke?

Kalu yg tu aku snap dr buku Klang Twenty Centuries of Eventful Existence..ditulih oleh Tan Sri Dato' Dr. Mubin Sheppard...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2010 04:42 PM | Show all posts
'' Klang Twenty Centuries of Eventful Existence ''


Baju Zirah Digunakan semasa '' Perang Kelang @  Perang Saudara Selangor berlaku dari tahun 1867 ke 1874 ''
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2010 02:45 PM | Show all posts
Reply 312# genot


    {:2_70:}
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 08:48 PM GMT+8 , Processed in 0.530397 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list