CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: HangPC2

Pakaian/Aksesori/Senjata/Pengangkutan/Gaya Hidup Masyarakat Melayu Zaman Silam

  [Copy link]
Post time 9-2-2012 09:22 PM | Show all posts
Post Last Edit by nobito at 9-2-2012 21:24

Reply 400# HangPC2


    Aku suka ngan Prof Kang neh...ayat paling pedas bila dia cakap 'Kerajaan Korea menterjemah buku2 di dalam bahasa Korea dan ditulis menggunakan tulisan Korea supaya orang Korea menguasai bahasa Korea lebih berbanding bahasa lain...Bahasa Korea dan tulisan Korea adalah jati diri kami'...

Sebab tu la orang Korea kuat kerja macam Jepun n China sebab mereka ada jati diri...sebab apa orang Cina wajibkan anak2 mereka belajar Chinese Characters...sebab tu jati diri mereka...mereka bekerja untuk bangsa n negara...

Berbeza dengan Malaysia time zaman Mahathir dgn Dasar Pandang ke Timur...dia suruh orang Malaysia kerja macam orang Jepun tapi dia x tahu apa yg membuatkan orang Jepun bersemangat n kuat kerja...jawapan mesti sebab jati diri mereka spt yg Prof Kang bgtau...dan Mahathir sendiri sebenarnya x tahu dr mana dtg jati diri orang Jepun, China, Korea, India dan Thailand.

Apa yg menarik jati diri Melayu memang mudah hilang dan sering mengalami evolusi sama seperti bahasa dan tulisannya walaupun mereka berpijak di 'bumi sendiri' bukannya merantau/berdagang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-2-2012 02:47 AM | Show all posts
Reply 401# nobito


jadi saya boleh salahkan kerajaan dalam hal sebab buat undang-undang sampai Jati Diri terhakis.... konon nak mergejarkan kemajuan cara segera.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2012 11:58 AM | Show all posts
Reply 402# HangPC2


    Paling menarik negara ni dibentuk oleh orang Kedah dan Johor...seperti yg kita tahu org Kedah n Johor menulis dlm tulisan peranakan Arab/Jawi tapi mereka sendiri gagal membentuk sebuah negara yg mempunyai jati diri....adakah Melayu adalah orang yg mudah menerima pengaruh luar?? yela kan Malaysia ni dibentuk oleh pemimpin2 yg berpendidikan Barat...etah2 depa sendiri x reti membaca n menulis Jawa sampai ke pemimpin lani

Malaysia nak tiru Indonesia ka? Pakai Rumi.... Owh lupa lak Malaysia lani pon dah pakai Bhineka Tunggal Ika...
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2012 04:44 PM | Show all posts
Reply 403# nobito


    Part yang ini aku setuju. Pembentukan negara yang berasaskan Barat dari sistem pendidikan, undang-undang hatta sehingga kepada tulisan pun berkiblatkan Barat sememangnya menghakis jati diri bangsa Melayu itu sendiri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2012 12:56 AM | Show all posts
Reply  nobito


    Part yang ini aku setuju. Pembentukan negara yang berasaskan Barat dari sist ...
tarabas1976 Post at 10-2-2012 16:44




isu sekarang ini... pasal bahasa inggeris di gunakan terlampau meluas dalam kehidupan harian.... lepas itu kerajaan lagi galakan cakap inggeris lama-lama  Bahasa Melayu bakal jadi macam Tulisan Jawi...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2012 11:31 AM | Show all posts
Reply 405# HangPC2


    Yup.Itu memang tak dapat dinafikan. Contoh paling mudah, kalo ko berjalan kek KL atau area-2 Damansara kalo ko tak paham seabuk pun Bahasa Melayu pun gerenti takkan sesat punyer. Majoriti bercakap Bahasa Inggeris, terutama kalau syarikat swasta dan bukan Melayu.Apo nak wat........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-2-2012 11:51 PM | Show all posts
Post Last Edit by nobito at 11-2-2012 23:55
isu sekarang ini... pasal bahasa inggeris di gunakan terlampau meluas dalam kehidupan harian ...
HangPC2 Post at 11-2-2012 00:56



    Yang paling menariknya syarikat2 plantation macam Sime Darby, IOI, Genting dan TH pon penting kan English berbanding bahasa Malaysia sedangkan estet2 tu dok kat Malaysia dan Indonesia ja...

Aku pernah dengar dr Asst Manager TH plantation...dia kata dulu buat report pakai bahasa Malaysia skang buat report kene pakai English sebab TH plantation dah melabur/bukak ladang kat Indonesia....kah3

Bukan ke kekuatan negara bangsa tu berasaskan kepada penguasaan ekonomi/kuasa ekonomi maksudnya sumber manusia dan sumber daya alam yg banyak....tengok je la Singapura...n cuba bandingkan dengan Jepun/Korea/China...ke Malaysia menuju seperti Singapura macam Lee Kuan Yew cakap?

Contoh mudah Thailand..mereka pernah mewajibkan graduan Malaysia A dlm subjek bahasa Thailand untuk kerja di ladang2 getah kat Selatan Thai..sedangkan mereka x da kepakaran dalam pengurusan ladang getah... Tapi mereka bijak mereka hantar pakar pertanian mereka buat kerja sama dengan RISDA...Kerajaan Malaysia memang bodo
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2012 01:27 AM | Show all posts
antara puncanya adalah graduan yg belajar kat eropah bila balik Malaysia dah lupa asal usul. Cakap melayu pun dah tak betul.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2012 02:54 AM | Show all posts
Post Last Edit by nobito at 12-2-2012 13:52
antara puncanya adalah graduan yg belajar kat eropah bila balik Malaysia dah lupa asal usul. Cakap m ...
ra5101 Post at 12-2-2012 01:27



    Tak...mungkin segelintir...kebanyakkan graduan dr oberseas sendiri mengutuk orang Malaysia terutama graduan tempatan bertutur dlm English (disebabkan graduan dr oberseas ada nasionalism pada masa yg sama ada gak globalism)...sedangkan pelajar tempatan (yg Globalism)perlu bertutur dalam English untuk memudahkan mereka mendapatkan pekerjaan kerana mereka x da peluang bertutur dengan orang2 oberseas macam peluang yg dimiliki oleh graduan Malaysia yg belajar kat luar negara...

Kita nampak kat sini...tuntutan kemajuan (pelabur asing) menghalang pembentukan jati diri negara bangsa...

Pertama..(Globalism&ekonomi)..dalam konteks Singapura...mereka tiada sumber daya alam(sda)...kekurangan sumber manusia...maka mereka memerlukan pelabur luar untuk survive...kelebihan mereka adalah pelabuhan yg strategik...so mereka terpaksa MENARIK pelabur luar masuk ke Singapura...beberapa tarikan kena diwujudkan...iaitu bertutur dalam English, pakai tulisan Rumi, tak da budaya yg terlalu menonjol tapi memerlukan kepelbagaian(nnt apa lak orang cakap kan), x da agama yg terlalu menonjol (kebaikan untuk menarik Israel, Negara2 Arab dan Eropah dll)

Kedua...(Nasionalime &ekonomi)...dalam konteks Negara2 Arab, China, Japan, Korea, Thailand dan Indonesia...mereka mempunyai sumber2 manusia dan sumber daya alam yg banyak terutama China...mereka tak perlu beria-ia menarik pelabur atau mencari rakan dagangan sebab mereka bukan orang terdesak/tersepit memerlukan SM dan SDA...nak tak nak orang yang memerlukan mereka kena la belajar bahasa kebangsaan mereka dan tulisan serta kebudayan mereka...kepelbagaian budaya x diperlukan sebab mereka ada ekonomi yg kukuh untuk menghidupkan jati diri mereka (boleh nampak ka budaya immigrant/asing kat negara mereka?)/nk promote pelancongan pakai kepelbagaian agama dan bangsa ka cam Malaysia? Sebab tu orang kata Malaysia unik...actually Melayu tu yg unik

Malaysia pada mulanya dalam kelompok kedua (sebelum merdeka) tapi semakin menuju ke kelompok pertama...kerana Sumber Manusia yg berkualiti berkurang (amik immigrant luar keje kat Malaysia)...Sumber Alam yang berkurangan (tapi mereka melabur di Indonesia, so ada kekuatan pd SDA)...fahaman nasionalisme (Melayu je) yang terlalu kuat/patriotik pada asas yang rapuh/tak jelas so walaupun Malaysia dan Indonesia ada Kelapa Sawit dan Getah n persamaan bahasa n budaya tapi mereka x sepakat dan lebih memilih alternatif iaitu jalan yg digunakan kelompok pertama (globalism). So Malaysia boleh menang ke lawan ngan Indonesia? Ke korang yg satu hari nanti merempat ke Indon disebabkan SCARCITY of resources???

perbezaan Malaysia dan Singapura tetap wujud terutama dari sudut Sumber Daya Manusia...Malaysia menggunakan Immigrant untuk jadi Buruh Kasar tapi Singapura menggunakan Immigrant untuk menyumbangkan idea n kekuatan kepada Singapura (boleh ke Singapura hidup dengan SM yg sedia ada)...kesimpulannya Malaysia ibarat diluah mati mak ditelan mati bapak..Malaysia ni unik..rakyat Malaysia tersepit...gelombang globalisasi membuatkan mereka berpuak-puak..di antara kaya dan miskin...di antara yg kurang berpendidikan dan berpendidikan..berbeza2 setiap sorang tahap nasionalisme dan globalism...tiada jati diri..sepatutnya bahasa Inggeris sepatutnya sudah lama menjadi bahasa kebangsaan Malaysia supaya kita dapat menarik pelabur luar? tapi kenapa x buat? sebabnya mereka umno(nasionalism vs globalism)

Memang semua negara akan mengalami Scarcity macam Singapura tapi Malaysia ni fefeeling atau berlumba-lumba nak jadi Singapura dalam kebodohan sendiri
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2012 08:17 AM | Show all posts
Post Last Edit by HangPC2 at 12-2-2012 08:19
Reply  HangPC2


    Yup.Itu memang tak dapat dinafikan. Contoh paling mudah, kalo ko berjalan k ...
tarabas1976 Post at 11-2-2012 11:31




saya ada baca satu blog perantau malaysia di Okinawa.... ada satu makcik ini ditugas '' interview '' pelajar Jepun yang pernah belajar di Malaysia....  makcik itu cakap , '' kenapa  pelajar jepun masih tidak fasih berbahasa melayu selama 3 tahun di malaysia '' sebab orang sekelilingnya cuma berbahasa inggeris dengan pelajar jepun... jadi buat apa susah-susah belajar bahasa melayu....



kalau Pelajar Malaysia belajar di luar Negara sekurang-kurang bawak pulang ke Negara dengan kemahiran Bahasa Asing... kalau Pelajar Asing di Malaysia bawa pulang apa ?......
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2012 01:46 PM | Show all posts
Post Last Edit by nobito at 12-2-2012 13:55

Aku rasa penerangan aku lebih jelas ngan video Lee Kuan Yew kat bawah ni.....rakyat Malaysia silap kalau cakap Mahathir seorang bijak atau pakar ekonomi..sebenarnya Mahathir lebih kepada egoism yang terlalu tinggi dlm diri dia.

Semasa pemerintahan dia..dia tak pernah fikirkan pasal negara bangsa dan kaitannya dengan ekonomi...yang dia tahu cuma Malaysia Boleh...tahu x apa maksud Malaysia Boleh??? Maksudnya korang main meredah tanpa befikir tentang kekangan terhadap negara bangsa n jati diri

[youtube]n6VgRf6C_7s[/youtube]
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2012 02:30 PM | Show all posts
Post Last Edit by nobito at 12-2-2012 15:50

Contoh yang baik bila seorang rakyat Amerika x mo belajar accent UK tapi nak melancong ke uk...

Rakyat England x terdesak memerlukan pelancong Amerika..maka mereka x menguasai slang Amerika..akibatnya dia tak paham apa yg orang England cakap..

[youtube]0tyzG_ZKVfU&feature=related[/youtube]


p/s orang Bugis memang suka dengan orang Perancis
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2012 03:47 PM | Show all posts
Kecopong Melayu '' Cha-Da '' (Mahkota Tinggi)




















Tanjak, Tengkolok, Destar












Pada tahun 750 Masihi, Sang Jaya Bangsa atau Sang Rama Dhamjaya – Maharaja Srivijaya yang berpusat di Palembang, Sumatera telah menyerang kerajaan Langkasuka di bawah pemerintahan Raja Maha Bangsa. Pada tahun 775 Masihi, Srivijaya telah berjaya menakluk Langkasuka dan seluruh tanah jajahannya.

Kemasukan pengaruh budaya Melayu Srivijaya dari Sumatera (termasuklah tengkolok, tanjak dan destar) dipercayai bermula pada tahun 775 Masihi. Walau bagaimanapun, pengaruh budaya Melayu Langkasuka (termasuklah kecopong) tetap kekal dominan.

Penggunaan tengkolok, tanjak dan destar secara meluas di Semenanjung Tanah Melayu dipercayai hanya bermula apabila Seri Teri Buana ditabalkan sebagai pemerintah bagi tiga buah kerajaan - Palembang-Jambi (Srivijaya-Melayu), Bintan dan Singapura Tua.

Dari segi kedudukan geografi, Kepulauan Bintan dan Kepulauan Singapura adalah sebahagian daripada Semenanjung Tanah Melayu. Ini bermakna, kemasukan tengkolok, tanjak dan destar bermula dari arah selatan menuju ke utara Semenanjung.

Serangan Majapahit ke atas tiga buah kerajaan tersebut telah memaksa pemerintah terakhirnya - Parameswara melarikan diri ke utara lalu mendirikan Kesultanan Melaka. Di bawah pengaruh empayar Melaka inilah, penggunaan tengkolok, tanjak dan destar telah berkembang ke semua negeri jajahan dan naungannya.

Sultan-sultan Melaka dan Johor-Riau-Lingga-Pahang telah menabalkan putera-putera mereka sebagai raja atau sultan di negeri Perak, Jeram (Selangor), Johor, Terengganu dan Pahang.

Ada juga di kalangan para pembesar Melaka dan Johor-Riau-Lingga-Pahang yang dilantik sebagai wakil raja di wilayah jajahan seperti Kelang (Selangor) dan Muar (Johor).

Sultan Mahmud Syah (Kedah) telah pergi ke Melaka untuk bertemu dengan Sultan Mahmud Syah (Melaka) demi memohon nobat. Dari sinilah bermulanya sejarah tengkolok, tanjak dan destar di negeri Kedah.

Sejarah tengkolok, tanjak dan destar di negeri Kelantan bermula apabila Sultan Melaka menakluk negeri Serendah (Seri Indah) Sekebun Bunga di bawah pemerintahan Sultan Gombak.

Dari Kelantan, pemakaian tengkolok, tanjak dan destar masuk ke Patani apabila Patani diperintah oleh anak-anak raja dari dinasti Kelantan I dan dinasti Kelantan II.

Pada zaman Kerajaan Persekutuan Patani Besar, penggunaaan tengkolok, tanjak dan destar telah berkembang ke negeri Singgora (Songkhla, Phatthalung dan Satun) serta Ligor (Nakhon Si Thammarat).

Di bawah pengaruh empayar Kedah pula, penggunaaan tengkolok, tanjak dan destar telah berkembang ke Sendawa (Sadao), Setul (Satun), Terang (Trang), Ayer Kelubi (Krabi), Kuala Punga (Phang Nga), Pulau Bukit (Koh Phuket) dan Rundung (Ranong) di selatan Thailand serta Tenang Sari (Tenasserim) di selatan Myanmar



Credit : En Ijad Ajmir





Last edited by HangPC2 on 7-5-2013 12:09 PM

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2012 05:17 PM | Show all posts
tok tt aku pun ada jumpa koleksi aksesori zaman firaun ..boleh bukak satu rumah jugak rasanya ..cuma malas jer ni hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2012 10:26 PM | Show all posts
Post Last Edit by nobito at 12-2-2012 22:28

Aku tepek lagi satu video untuk menerangkan pada korang tentang kuasa ekonomi dunia..pengaruh kepada negara yang mempunyai sumber2 alam dan manusia yang kurang macam Singapura...mereka terpaksa mengikut rentak2 ekonomi dunia dan akur pada kuasa ekonomi besar untuk memastikan Singapura terus hidup..... Apa nasib bahasa Melayu korang??? Di Malaysia..apatah lagi di Singapura... Adakah second language Malaysia pada masa akan dtg adalah Mandarin?

Ni bukan pasal Racist...kebetulan China akan menjadi kuasa ekonomi dunia...Lee Kuan Yew memikirkan masa depan Singapura...

[youtube]mtPZOtl13XU[/youtube]

p/s...Negara bangsa yang kuat bergantung kepada sumber2 n ilmu yg mereka ada
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2012 11:56 PM | Show all posts
si bodo anjin yang mahu mengajar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2012 12:07 AM | Show all posts
Post Last Edit by nobito at 13-2-2012 00:18

Sapa yg ajar ni.... semua orang yang amik subjek finance, economy, Human resource tahu pasal ni...len la kalau macam Mahathir n Najib...ko fikir 1Malaysia=Bhineka Tunggal Ika tu boleh bertahan lama ka? unless 1Malaysia adalah motto negara Malaysia macam Indonesia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2012 11:54 PM | Show all posts
Chi Tu (Tanah Merah)










Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2012 10:28 AM | Show all posts
Busur & Panah Melayu








Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2012 01:16 PM | Show all posts
Reply 419# HangPC2


    Apek Cina depan tu..apek tak takut ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:55 AM GMT+8 , Processed in 0.117724 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list