CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: carrim7

citer rempit

[Copy link]
Post time 28-8-2006 09:05 PM | Show all posts
Box office sebab ada adegan panas? Adegan macam ni ke yang penonton2 Melayu sekarang suka tonton?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2006 07:57 PM | Show all posts
brader, tengok la dulu citer tu baru komen. aku rasa kalau tanpa babak2 camtu pun citer ni boleh meletup, bole menang anugerah.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2006 08:18 PM | Show all posts
Originally posted by iweed at 29-8-2006 07:57 PM
brader, tengok la dulu citer tu baru komen. aku rasa kalau tanpa babak2 camtu pun citer ni boleh meletup, bole menang anugerah.


2 yang haku takot tu. yo yo oo nak tengok last2 tak best haku yang meletop!
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2006 08:45 PM | Show all posts
kalau takut tak payah tengok, tak payah kutuk. pegi masuk hutan, tinggal atas pokok sambil isap daun ketom.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2006 09:07 PM | Show all posts
lepas ni tunggu filem Anak Halal-Osman Ali

ada Fasha Sandha,Farid Kamil,Raja Farah,Maya Karin.....maya karin?!
ohh..ya..
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2006 09:35 AM | Show all posts
MANA LEBIH 'MENCEMAR BUDAYA'?

REMP-IT or GUBRA  ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-8-2006 11:19 AM | Show all posts

Reply #86 FatCat's post

bagi aku gubra tk mencemarkan budaya, film nih just provokatif jer.
  rempit laks.....tersgt ler btul kisah nyer ngan keadaan rempit di mesia.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2006 01:13 PM | Show all posts
Cerita yang tak ada arah tuju.

Farid Kamil langsung tak boleh berlakon. Buat kasik spoil cerita. So dia mampus ke dia idup ke tak ada sapa nak menitiskan air mata.

Sinematografi teruk.
Babak berlumba boring.

Tapi dialog (bukan pengucapan dialog) ok. Zulhuzaimy ok, cuma over sket.

Babak paling best (sampai nak pecah perut aku ketawa): Security guard (dengan kungfungya yang sungguh kencang) yang tiba-tiba campur tangan bila Mat2 rempit nak belasah Farid Kamil. Babak yang buat aku kata "tak sangkat hebat sungguh security guard kat Malaysia!"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2006 02:22 PM | Show all posts
dua kali aku tgk cete ni kt wayang ...
aku rasa not bad...
ok jekkk
Reply

Use magic Report

misscindut_2001 This user has been deleted
Post time 30-8-2006 02:29 PM | Show all posts
berbaloi x tgok rempit tu?
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2006 05:42 PM | Show all posts
Originally posted by Ax at 18-8-2006 01:11 AM
ni mmg cite rempit ar
bes tgk
hahahahahah
dah name hero
last2 mati gak
ahahahaa


menyesal aku baca.. spoil betul nko nie... buduh tul...
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2006 10:26 PM | Show all posts
Originally posted by dar3d3vilgur7 at 28-8-2006 01:09 AM
aku ckup menyampah ngn aksi2 yg x spatutnye ade lam cite tuh..
org2 yg berlakon tuh.. x rase malu ke..??
aku sbg pmpuan yg tgk nie pun.. rase malu sgt..
hurm.. terpikir gak..mak ayh bdk2 pmpuan yg berlakon cte nie..
x rase pape ke ek.. ish3...
dgn selambe je pmpuan tu berkemban lam cte nie..


janganlah ambil port sangat bila nonton wayang. anggap itu satu lakonan yang memenuhi tuntutan skrip.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2006 11:45 AM | Show all posts
lakonan zul huzaimy tu mmg kena dan berjaya
stail kurang ajar mcm dlm mentari jingga..
kelakar tgk misai nipis dia...
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2006 02:50 PM | Show all posts
tak sangka aku cite melayu (tapi tokey dia david teo)  leh wat stunt camtu...
gempak...tapi aku rasa ending dia tu bulih improve lagi kot..tak kesah la hero dia mati..tapi kalu bulih action tu biar lagi gempak...
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2006 03:43 PM | Show all posts
Originally posted by kunyit at 4-9-2006 11:45 AM
lakonan zul huzaimy tu mmg kena dan berjaya
stail kurang ajar mcm dlm mentari jingga..
kelakar tgk misai nipis dia...


hahahhaha
wat aksi mabuk2
last2 baring atas moto
aksi kuang ajau lain2 sume ok jek tgk
hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2006 09:32 AM | Show all posts
mmg best, tapi aku tak suke tgk endingnye..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2006 11:07 AM | Show all posts
belum berminat nak tengok..
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2006 02:03 PM | Show all posts
favourite siak zul huzaimy..power giler dia jadi gangster tu macam... mcm konon big fcuk neyr type...

"kASI KAki kau tu.. KEY EY KEY AII KAKaa..TRENG negn Neng Tang Neneg Neng..dushhh"
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2006 10:37 PM | Show all posts
aku suka lakonan Julia Hana, sangat BERKESAN............
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2006 07:27 PM | Show all posts
Lagi ulasan dari blog tontonfilem.blog-city.com


Remp-It - Sesuatu yang tidak ada



Dalam 3 filem tersenarai yang menghampakan ini, filem ini adalah yang terbaik antara 2 yang lain. Filem ini sebenarnya ada cerita, dan ada semangat. Ia mahu memberitahu kita sesuatu. Farid Kamil sebenarnya adalah seorang yang berani. Tetapi kasihan, filem ini diberikan kepada David Teo sebagai penerbit dan Ahmad Idham sebagai pengarah dan filem ini difilemkan di Malaysia, maka semangat sebenar Farid dilayukan dengan pelbagai masalah.



Filem ini sebenarnya sebuah filem santai, semangat memberontak anak-anak muda dan realiti undang-undang kota malam. Filem ini mengingatkan aku pada Mean Streets karya Martin Scorsese tentang alam 'kotor' kecil para samseng kota New York, dan si samseng muda yang mahu meletakkan namanya dalam peta New York tetapi tidak sedar dia kecil, sasul dan bahlul, dan semangat kepercayaan para samseng ini yang berdarah orang Itali-Amerika Katolik New York yang mempercayai dosa-pahala Tuhan tetapi duduk di atas garisan yang boleh saja menjerumuskan mereka ke dalam dosa. Ini hidup mereka dan ia dipaparkan dengan serealiti mungkin.



Remp-It mempunyai kesamaan itu, berdiri atas garis halus yang membandingkan mereka dalam alam siang (bekerja, baik, mencari rezeki seperti orang lain) dan malam (berjudi, jahat, mencari kemerdekaan dalam perlumbaan, mengisi semangat kelakian Melayu), mengenal dosa-pahala tetapi tetap menjalankan hidup 'hitam' mereka kerana mereka seakan tidak ada jalan lain (seperti yang dipaparkan oleh watak Cat Farish yang amat memikat) dan kebodohan dan kelalaian manusia yang hidup dalam alam ini (tanpa memoralistikkan kelalaian mereka). Remp-It ada itu. Jadi bagaimana filem ini boleh jadi gagal?



Pertama, jangan buat filem yang ada seks (terutama sekali di Malaysia, kau orang gilakah??? Cukup, jangan jadi bodoh! Dah lah tahu kita ramai polis-polis mencari kesalahan orang dalam filem, ini nak jolok sarang tebuan dengan buat filem-filem sebegini lagi. Lihat sahaja bagaimana babak Zaleha dengan nasi kangkangnya dipotong oleh LPFN dalam Isteri, Perempuan dan Jalang) atau filem berunsur seks di Malaysia. Kerana simbol yang mahu disampaikan akan tak sampai, maka baik janganlah buat. Ada satu babak yang menarik, menjuktaposisikan adegan si Farid menunggang motor, berlumba dengan Zulhuzaimy musuhnya dengan babak Julia Hanna, si awek Farid berasmaradana dengan Aqasha. Tema babak itu adalah "kena main/dibelot". Lihat bagaimana kena dan ironisnya kaitan Farid 'kena main' dengan Zulhuzaimy dengan Julia Hanna yang 'permainkan' Farid balaknya dengan 'kena main' dengan Aqasha (aku tak tipu, filem ini diklasifikasikan sebagai U!!). Tetapi mesej ini tak sampai, malah dimalu-malukan (walaupun sangat berani di mata orang seperti Faisal Tehrani). Begini, dalam filem, sesuatu idea perlu ditonjolkan dengan imej, dan kalau mahu berkias, ia perlukan satu simbolisme yang efektif, tidak boleh malu-malu (seperti baju yang menutup kamera dalam adegan ranjang filem ini). Kerana kalau dibuat imej 'tusukan' Aqasha ke dalam Julia memaparkan bagaimana Julia di"tawan" oleh Aqasha, dan ini efektif pada tawanan Huzaimy terhadap Farid di lumba haram. Idea sudah bagus tetapi tidak dapat diaplikasikan kerana kengkangan LPFN (maka jangan buat, itu nasihat aku!).



Kedua, suara. Filem ini menggunakan efek suara dubbing ala 80-an yang merosakkan keseluruhan filem. Lihat sahaja babak Julia di rumah waktu Farid dan Cat bermain PS2. Julia yang berjalan ke luar untuk menjenguk Aqasha di depan pagar rumah asyik ter "uhhh-uhhhh-uhhhh-uhh", dari ruang tamu hinggalah ke depan rumah! Membingitkan! David teo dan Ahmad Idham tak belajar ke dari Layar Lara, "uhh-uhh" dah tak pakai dalam filem sekarang? Malah, paling kesian adalah Zulhuzaimy. Dalam filem ini, walaupun Zulhuzaimy agak "terover", tetapi karisma James Deannya cukup terserlah dengan pembawaan gerak laku badannya, mainan seksualnya, kakinya dan matanya. Tetapi entah kenapa pengubah suara filem ini telah "memondankan" suara Zulhuzaimy (ini disengajakan untuk memberi 'flaw' pada Zul kerana dia berlakon sebagai nemesis dan bayangan cermin hitam Farid) lalu membuat lakonan Zul yang flamboyan, mengada-ngada, santai dan jahat sebagai seorang manusia dari Marikh. Aku tak salahkan Zul yang sangat dinamik tapi aku salahkan pengubah suaranya kerana memondankan suaranya. ZUl sengaja dengan lincah dan kelembutannya tetapi kalau suaranya garau, ini mempamerkan satu ketidaktentuan yang cantik dan kena pada wataknya yang misterius dan sangat menakutkan. Tetapi ini tidak berlaku kerana suaranya diefekkan menjadi pondan.



Ketiga, penggambaran. Filem ini banyak lari dari membuat shot-shot penting, malah pengarah fotografinya dan pengarahnya memang tak tahu bagaimana hendak memberi makna atau simbol dalam setiap mis-en-scene. Ia tidak ada makna, ia hanya ada di situ untuk berada di situ, itu saja. Malah beberapa babak stunt tampak malas, ametur dan bosan, tidak ada paparan wajah watak atau suntingan laju. Ia tampak lembik dan malas.



Keempat, idea moral dan gaya. Sebenarnya filem awal yang tampak dibawa oleh Farid adalah melakarkan kebenaran hidup mat rempit. Filem ini boleh saja jadi satu drama gambaran realiti yang berani. Kalau diberikan suntikan gaya (punya estetika) dalam filem ini, ia boleh pergi jauh. Tetapi pengarah dan penerbitnya takut akan para moral Malaysia lalu menyuntik moralistik di dalamnya. Contohnya adalah penghujung filem ini apabila Cat dan Julia menangis bila Farid tersandar mati dalam pangkuan mereka. Kenapa mati katak begitu? Di sinilah perbezaan filem kecil ini dengan Mean Street. Kalau filem ini mempunyai sedikit mainan naratif (aku tak suka filem naratif, tapi filem ini memang patut dimasukkan dalam beberapa babak, mungkin awal dan akhirnya), memaparkan naratif secara santai dan lawak seperti semangat filem ini, dan bagaimana Farid mengambil hidupnya dalam santai dan humor, maka bila akhirnya, yang dia seakan bercakap dalam ceria dan santai (melawan paparan dramatik sedih imej) akan membuat filem ini lebih bergaya dan bersemangat.



Kerana tidak ada kesemua ini, filem ini, walaupun mempunyai sesuatu, akhirnya hanya sebuah filem yang biasa dan pernah dibikin dalam pasaran Malaysia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 10:19 AM GMT+8 , Processed in 0.437706 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list