CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 43516|Reply: 123

DR H.M TUAH ISKANDAR ALHAJ

[Copy link]
Post time 28-5-2006 03:41 PM | Show all posts |Read mode
KEBANGKITAN penulis generasi baru yang memperjuangkan dan berkarya sejajar dengan kehendak Islam tanpa mengabaikan ciri-ciri penting dalam sesebuah karya sastera kian ketara dengan kemunculan mereka di sana-sini. Salah seorang daripada mereka yang berusaha bergerak ke arah itu termasuklah H.M Tuah Iskandar.

H.M Tuah Iskandar adalah nama samaran kepada penulis Tuah Fadilah Ithnin. Beliau dilahirkan pada 15 Mac 1960 di Kampung Permatang Pasir,Bukit Pasir, Muar Johor.

Sepanjang penglibatan dalam dunia penulisan dan karya kreatif, beliau memperolehi beberapa kejayaan yang tidak kurang pentingnya dalam menyuburkan semangatnya untuk terus berkarya.

Pencapaian yang terpenting dalam dunia kewartawanan dan penulisan apabila beliau berjaya menulis buku bercorak ilmiah berjudul Kewartawanan Islam : Dicabar, Tercabar, Mencabar yang diterbitkan oleh Karya Media Publisher pada tahun 1990. Buku setebal 345 halaman ini diiktiraf oleh Universiti Malaya, Jabatan Agama Wilayah Persekutuan dan menjadi rujukan mahasiswa yang mengambil jurusan komunikasi dan penulisan kreatif dan deskriptif di pusat-pusat pengajian tinggi tempatan.

Dalam kegiatan berpesatuan beliau menganggotai Persatuan Penulis Johor (PPJ) dan Al-Arqam. Ketika ditanya tentang matlamat hidup ini, beliau menjelaskan ?ntuk mencari keredaan Allah dalam apa jua bidang yang diceburi, menjadi orang baik dan soleh dan mahu kesolehan itu terpancar melalui karya-karya kreatif.?

Sewaktu ditinjau pendapatnya tentang dunia kesusasteraan masa kini, H.M Tuah Iskandar menjelaskan, ?unia kesusasteraan kini bercelaru, sastera kini kebanyakannya tidak mengarah kepada pembentukan hati ke arah mentaati seluruh perintah Allah. Firman Allah antara lain bermaksud, ?ahawa penyair itu berada di tengah-tengah jalan syaitan.? Karya yang dianggap besar oleh masyarakat bagi saya hanya tidak lebih dari sebuah karya picisan yang tidak patut diterbitkan kerana pembacaan karya-karya begini tidak memberi kesedaran hati untuk kembali menghayati ajaran Al-Quran?

Beliau berhujah lagi, ?a tidak lebih dari hanya membaca huruf abjad yang memual dan membosankan serta menjijikkan serta sentiasa tidak mahu mengarah kepada ketuhanan. Ke mana sudahnya penyair, penulis, ahli sasterawan negara dan ke arah mana mahu dibawanya pembaca dan peminat mereka.?

H.M Tuah Iskandar menyarankan, ?aka untuk tidak tergolong dalam tempelakan Allah itu, maka saya pilih kasih terhadap tema dalam setiap karya, pastinya amat saya utamakan yang bersifat tarbiah. Saya tidak mahu mendapat tempelakan Allah di sebalik keagungan nama yang tercipta. Biar tidak terkenal di dunia tetapi terkenal di akhirat.?

Tentang masa dan proses kreatifnya H.M Tuah Iskandar menceritakan dengan jujur dan berterus terang seperti katanya, ? Ketika ini saya menulis tidak sama seperti mula-mula saya menulis dahulu. Sekarang tulisan saya mesti sudah ada audiensnya yang saya kenal pasti dan matlamat menulis itu semata-mata untuk melaksanakan tuntutan fardu kifayah, sebagai orang yang dianugerahi oleh Allah bakat dan kesedaran Islam, maka saya hasilkan sesuatu sesuai dengan kehendak Allah dan Islam. Ini berbeza dengan dahulu. Dahulu, menulis kerana hendak mencari nama dan kepuasan diri semata-mata. Bersyukur kepada Allah kerana memberikan kesedaran Islam kepada saya?

laman webnya yg pasti memberi banyak manfaat kepada kita.

[ Last edited by  dexa at 28-1-2007 08:37 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-5-2006 03:44 PM | Show all posts
Dr. HM Tuah Iskandar

Bicara Pengarang: 'Buat kerja dengan suka, semua jadi mudah'
Oleh Shaidah Shafie



SEJAK bilakah Dr HM Tuah Iskandar berkarya dan berapakah karya yang hasilkan?

Saya berkarya sejak di sekolah rendah dan antara genre terawal yang dihasilkan ialah cerpen dan selepas mendapat tempat dalam akhbar tempatan, saya terdorong untuk terus berkarya. Saya juga beranggapan apabila penulisan kita disiarkan, ia menunjukkan tulisan saya diterima khalayak. Justeru, saya tidak mahu mensia-siakan kepercayaan khalayak kepada saya dan mengabaikan bakat kurniaan Ilahi. Kini, saya menulis dalam pelbagai genre. Antaranya novel dan esei merangkumi agama serta permotoran. Sejumlah 52 karya saya termasuk 10 novel sudah diterbitkan dalam tempoh 30 tahun.

Apakah yang dimaksudkan HM pada pangkal nama Dr Tuah?
HM itu merujuk kepada ibu saya, Hajjah Mariam yang nama penuhnya ialah Mariam Noor. Beliau ibu tunggal yang tabah dan bertanggungjawab membesarkan kami adik beradik. Berkat cabarannya bahawa moyang saya adalah seorang penulis kitab membolehkan saya mencapai kejayaan seperti hari ini. Dengan dorongannya, saya menjadi lebih kuat dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan. Dia peniup semangat dan kekuatan saya dalam segala hal.

Pernahkah Dr Tuah menerima anugerah dalam bidang penulisan sepanjang pembabitan dalam bidang ini?
Ada banyak anugerah tetapi antara paling mengesankan saya ialah anugerah oleh Kerajaan Negeri Johor selama tiga tahun. Selain itu, ada pelbagai anugerah lagi yang saya peroleh di luar negara seperti The Outstanding People of the 20th Century yang diberikan oleh Pusat Biografi Antarabangsa, England pada 1999.

Bagaimanakah Dr Tuah membahagikan masa antara sebagai penulis dan pakar motivasi?
Prinsip saya ialah jika ingin melakukan sesuatu perkara atau pekerjaan, saya akan menjalankannya dengan bersungguh-sungguh dan sekiranya dari awal lagi saya tidak mahu melakukannya, saya tidak akan sesekali sanggup melakukannya. Prinsip yang saya tanamkan dalam diri ini, memudahkan kerja saya. Saya juga mungkin boleh disifatkan sebagai cakap serupa bikin. Sebagai individu yang banyak memberi motivasi dan menjalankan kerja motivasi, saya wajar mempersiapkan diri demi tuntutan agama dan persekitaran kerjaya. Saya tidak mahu jadi orang yang pandai bercakap tapi tidak ada bukti kerana setiap perkara yang disertakan bukti adalah lebih baik dan berkesan. Setakat ini, saya bersyukur kerana hasil penulisan saya tidak pernah terbengkalai.

Pendekatan yang bagaimanakah yang Dr Tuah lebih selesa?
Jika diperhatikan, kebanyakan novel saya mengangkat latar luar negara. Wataknya juga begitu mengejutkan. Inti pati cerita adalah kisah perjalanan hidup saya, pengalaman ketika merantau dan menuntut ilmu di rantau orang. Bagaimanapun, untuk memenuhi kriteria novel, saya tokok tambah agar ada unsur kejutan, dramatik dan diselitkan dengan tanda tanya dan teka-teki. Watak hero sebenarnya adalah gambaran diri saya dan watak penjahat pun saya juga tetapi disuntikkan sedikit sifat buruk, sesuai dengan tugas watak. Selalunya saya mengambil masa tiga hingga empat bulan untuk menyiapkan sesebuah novel dan waktu mengarang bergantung kepada kelapangan.

Bagaimanakah Dr Tuah memanfaatkan unsur motivasi dalam penulisan?
Sebelum mengarang novel, saya akan pastikan ada pengajaran atau subjek positif yang boleh dimanfaatkan pembaca. Jadi, mesti ada satu prinsip dalam karya berkenaan sama ada dari aspek agama, pendidikan atau perubahan sikap. Mesti ada matlamat besar, barulah saya akan menulis. Penulisan saya adalah gabungan sastera dan ilmu yang boleh memberi pengajaran kepada pembaca.

Apakah dengan cara ini, mesej yang dikemukakan dalam karya akan sampai kepada khalayak?
Ya. Ini kerana saya menerima banyak timbal balas daripada mereka melalui khidmat sistem pesanan ringkas, e-mel dan secara bersemuka. Ada juga yang mengunjungi kelab 'Komuniti Dr Tuah' untuk memberi komen dan bertanya mengenai karya saya selain mendapatkan motivasi.

Apakah falsafah Dr Tuah dalam melakukan tugas seharian?
Buat kerja dengan suka, semua benda jadi mudah. Buat kerja dengan menyampah, semua benda jadi susah dan payah. Jika nak, buat betul-betul. Mungkin nampak senang ayat ini tetapi jika difikirkan, ada benarnya. Inilah yang saya pegang selalu. Jika melakukan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan hati berkecamuk, tidak senang dan tegang, maka kerja akan jadi susah. Bagi saya, sehingga kini saya menyukai setiap kerja yang dilakukan. Apabila selesai melakukannya, saya berasa begitu bersemangat dan bermotivasi. Lebih-lebih jika melihat karya saya selesai dikarang dan diterbitkan. Ibarat kata, ia seperti perempuan melahirkan anak. Seronok melihat cahaya mata yang dilahirkan, luar biasa sekali. Begitulah saya rasa setiap kali selesai melakukan tugas saya sebagai penulis dan pakar motivasi.




Profil
Dr HM Tuah Iskandar a-Haj
Tempat lahir: Muar, Johor.
Kerjaya: Penulis Tamu di Karangkraf Sdn Bhd, pakar motivasi, penulis dan penyampai motivasi pagi di Selangor FM.
Pendidikan: Ijazah lanjutan bidang kesusasteraan dan komunikasi di Universiti Ansted, United Kingdom.
Karya: Buku antaranya Stefa Isle, Hatimu Untuk Siapa, Enrique Mengundang Jauh, Membina Imaginasi Cemerlang.
Anugerah: Anugerah Belia Negara (1999), Hadiah Sastera Darul Takzim (1999, 2001, 2002), Anugerah Khas Kecemerlangan daripada Ansted University, United Kingdom (2002).
Kejayaan: Pencetus Formula 3EM (extramile, extramild dan extramind) yang berupaya menjana kekuatan diri.





Sumber : Bicara Pengarang, Berita Harian; 9 March 2006

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2006 02:23 PM | Show all posts
Dia ni adalah diantara motivator yang I paling meluatt sekali..

I tak suka cara dia beri motivasi.. cara dia nak motivate people tu.. macam menunding dan mencarik kesalahan orang.. then.. style dia bagi motivasi seolah-olah macam nak meniru gaya DR. Fadillah Kamsah.. Prrrfkh meluat aku

Apalagi kalo dengar dia bagi ceramah dkat radio.. siap berpantun bagai.. dah lah ceramah takde isi.. ntah apa yang nak disampaikan pun I tak tau tau la.. macam takde hala tuju cara dia bagi ceramah tue..

Buku2 yang dia tulis pun ala2 merepek.. :geram:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2006 02:39 PM | Show all posts
Originally posted by KakTimah at 1-6-2006 02:23 PM
Dia ni adalah diantara motivator yang I paling meluatt sekali..

I tak suka cara dia beri motivasi.. cara dia nak motivate people tu.. macam menunding dan mencarik kesalahan orang.. then.. style ...


Astaghfirullahalazim kak, ni apasal akak tak pasal2 meluat dengan dia ni.........Dr. ni dah terbukti berjaya, pelbagai anugerah dalam dan luar negara dia dah terima, akak apa yg akak dah capai sepanjang hidup akak? Dah jadi jutawan ke belum? Berapa orang yg dah berjaya bangkit dari kegagalan hasil dari usaha akak? Cuba bandingkan dengan Dr. ni, jawab jangan tak jawab............
Cuba baca bukunya untuk mendasari pemikirannya..........

p/s : kesalahan seseorang memanglah perlu kita tunjuk untuk kita betulkan, kalau tak begitu, macam mana lagi...........
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2006 07:21 PM | Show all posts
Originally posted by DanIno at 1-6-2006 02:39 PM


Astaghfirullahalazim kak, ni apasal akak tak pasal2 meluat dengan dia ni.........Dr. ni dah terbukti berjaya, pelbagai anugerah dalam dan luar negara dia dah terima, akak apa yg akak dah capai ...

Adakah salah I memberi pendapat secara jujur??? Ini pendapat I OK.. kalau U tak suka dok diam2 kat situ

Lagipun ini apa yang I nampak tentang dia.. dia mungkin bagus dan berilmu..
Tetapi I tak nampak kebagusan dia di dalam memberi motivasi.. Each people ada pendapat masing2 kan??? tak salah la kan kalau I beri pendapat??? yang U nak kecoh2 ni apehal???
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2006 08:49 PM | Show all posts
miss x berminat ngan ceramah motivasi dan buku2 dia...buku hatimu untuk siapa..wallaweh..sungguh hampeh dah berbelit-belit..jenuh paksa baca still x paham apa yang nak disampaikan..motivasi dia tak motivate aku langsung..sorry la dr..may b cara u tak seswai ngan jiwa dan penerimaan i.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-6-2006 05:46 PM | Show all posts
Originally posted by KakTimah at 1-6-2006 07:21 PM

Adakah salah I memberi pendapat secara jujur??? Ini pendapat I OK.. kalau U tak suka dok diam2 kat situ

Lagipun ini apa yang I nampak tentang dia.. dia mungkin bagus dan berilmu..
Tetapi I ta ...


Sebab cara u bagi pendapat tu macam u jealous dgn dia lak, guna word meluatlah, apa lah, tak seswai.....

p/s : tak kenal maka tak cinta
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2006 06:51 PM | Show all posts
dia ni punye dressing kadang2 aku konpius sket, pakai kot, blazer bole lak pakai t-shirt warna pink yg striking gile, kadang2 warna kuning menyala mcm pompuan...dia ni takde konsultan fesyen ke...

bab motivasi dia aku tak amik tau sangat (tak minat pun motivasi2 nih)....tp dari segi penulisan kreatif, dia takdela best sangat pun...novel enrique mengundang jauh tu harap tebal je, tapi ntahapahapa...isi meleret2, vocab bahasa dia pun limited..still at the same time dia nak bagitau macam dia tau semua tempat kat dunia nih dalam novel2 dia..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2006 02:54 PM | Show all posts
dier nyer buku banyak giler fact...mmg fact yg best gak ler...aku tak minat sgt dier...bab2 mativate2 nih aku lagik prefer fadilah kamsah...mmg best dier nih....bab baju2 yg dier pakai tuh aku ghaser mesti ader kener mengener ngan aura2 yg dier ckp ler....kiter smuer ader aura ler...kener pakai itu ler..kener pakai baju warner nih ler...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2006 06:38 PM | Show all posts
Dia ni baik la....
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2006 08:07 PM | Show all posts
btol roses pon stuju ngan kak timah..

motivasi dr nih mmg xbest.. berbelit2 dan x paham!! puuurrrfffff
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2006 08:25 PM | Show all posts
saya selalu membaca tulisan Dr Tuah dalam makalah Mingguan Wanita..dan tengok dia dlm TV.

Memang banyak ilmu dr ni tapi cara penyampaian dia kurang menarik perhatian saya..macam memaksa orang,bukan mengajak..setakat ini saya belum teruja membeli buku-buku dia walaupun saya memang banyak mengumpul buku motivasi.. namaun saya pernah membaca novel dia yang saya pinjam melalui kawan ( niat nak mengenali tulisan dia dgn mendalam)namun tak berjaya menarik minat saya..lama betul nak habis kan buku tu sbb boring..
pasal baju pink  tu toksah cakap lah...memang nampak pelik tapi saya fikir itu cara dia nak menarik perhatian orang...motivator yang mana satu ni? alaa...yang pakai baju striking pink tuu...
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2006 10:12 PM | Show all posts
tak suka sgt dia sb nampak cam dia meniru gaya dr fadilah kamsah..patut dia cari identity dia sediri yg unique
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2006 09:38 AM | Show all posts
cuba you all check kelulusan akademik dia..

first degree dari Bantridge Uni, kat Hawaii... uni ni dah lama ditutup dan pemegang ijazah dari uni tu tak di iktiraf kat US..

dia ni lulusan PhD dari mana?? Ansted University???? uni tu tak diiktiraf JPA.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2006 03:10 PM | Show all posts
Pelik betul ramai gila forumer kat sini yang tak berapa berkenan dgn gaya motivasi dr. ni, tapi buku Membina Imaginasi Cemerlang dia memang membuka minda I.......
Reply

Use magic Report

my4life This user has been deleted
Post time 24-8-2006 11:55 PM | Show all posts
Originally posted by Bill at 22-8-2006 03:10 PM
Pelik betul ramai gila forumer kat sini yang tak berapa berkenan dgn gaya motivasi dr. ni, tapi buku Membina Imaginasi Cemerlang dia memang membuka minda I.......


memang pelik laa

saya rasa Dr Tuah mmg best..ceramahnya mungkin tak dpt kalahkan Dr Fadhilah kamsah sebab Dr Fadhilah guna bahasa yg mudah.. Tp penulisan Dr Tuah mmg top class!!:love:

Semua buku motivasi dia saya dh baca.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2006 09:45 AM | Show all posts
aku tak berapa kenal dr. hm tuah ni.
tapi sorg kwn aku minat kut, sbb asik2 bila berckp, "mcm dr tuah bgtau,..."
kakak aku pulak berpendpt, novel dia ntah pape.
wallahualam.
Reply

Use magic Report

my4life This user has been deleted
Post time 26-8-2006 02:58 AM | Show all posts
lepas baca buku motivasi dia, saya rasa saya lebih bersemangat dalam hidup!! huhuhu..

rasanya sapa yg baca buku motivasi dia, tp still tak paham, kena baca ulang2 le..kalau tak u all tak dpt mesej yg nak disampaikan. novel dia pon bukan sebarang novel. novel biasanya JUST cerita, tapi novel DR Tuah ada motivasi di sebaliknya.

bye
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2006 06:15 PM | Show all posts
Originally posted by my4life at 26-8-2006 02:58 AM
lepas baca buku motivasi dia, saya rasa saya lebih bersemangat dalam hidup!! huhuhu..

rasanya sapa yg baca buku motivasi dia, tp still tak paham, kena baca ulang2 le..kalau tak u all tak dpt mes ...



:setuju:

kena baca banyak kali baru paham....
ramai kata dia ikut style dr.fadzilah mungkin sebab suara diaorang sama kot....
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2006 11:46 AM | Show all posts
motivasi Dr Tuah OK tapi sejak guna sms segala, macam tak best pulak...macam nak cari untung pun ada...selalu juga baca motivasi kat majalah mingguan wanita..first paragraph cakap motivasi, and the end, suruh sms pulak...:stp:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:37 PM GMT+8 , Processed in 0.548973 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list