CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mamia

KENAPE PEREMPUAN TAKNAK POLIGAMI.... (jawapan kat page 25)

  [Copy link]
Post time 18-3-2014 05:18 PM | Show all posts
Jika bercerai itu lebih mendatangkan kebaikan mengapa tidak? Ia masih halal. Sanggup ke nak makan hati berulam jantung sepanjang masa, hidup dalam kecemburuan tak bertempat, keperluan yang tak cukup, tengok anak2 terabai..dan aku tak sanggup nak kongsi lelaki dalam hubungan seks..geli wooo... kang kalau aku tak bagi nafkah batin kat suami kang siapa yang teraniaya? kedua2 pihak juga yang teraniaya. Jadi lebih baik ambil jalan yang terbaik.

kesimpulannya lelaki memang akan berhujah mati2an untuk melayakkan diri diorg berpoligami..alasan yang cliche 'elakkan zina', isteri tak pandai layan suami, sedangkan tak pernah terfikir adakah suami telah melayan isteri dengan baik selama ni..ada bantu isteri buat kerja rumah? Islam tak pernah meletakkan kerja rumah tanggungjawab isteri..bahkan jika isteri buat kerja rumah layak diberi upah. Kalaulah seornag lelaki benar2 menitik beratkan soal tanggungjawab, aku rasa nak kahwin 1 pun takut...apatah lagi kahwin 2, 3 ,4.  Apasal la tak ada lelaki yang bermati2an berhujah tentang tanggungjawab seorang suami...aku rasa itu jauh lebih penting daripada kumpul bini...jangan letakkan syahwat di depan..didiklah nafsu dan perbaiki diri. sedarlah..Rasulullah tak pernah berpoligami atas alasan jatuh cinta/nafsu/kekurangan pada isteri2 baginda.  Rasulullah dan sahabat mampu bagi nafkah yang cukup dengan harta rampasan perang yang ada. Lelaki kalau setakat makan gaji fikir2lah sebelum berpoligami...sedih aku tengok ramai perempuan teraniaya, anak2 kurang kasih sayang, isteri kerja support anak2..kadang2 kena support madu sekali.  Kami perempuan tak pernah bencikan poligami, Allah dah buat hukum, sekalipun nampak berat sebelah, tapi kami orang perempuan tetapkan dalam hati bahawa ada hikmah dan mengapa adanya hukum sebegitu, ia terletak dalam ilmu Allah. Pada aku poligami adalah releven dalam keadaan tertentu misalnya isteri mandul sedangkan suami perlukan sangat zuriat, isteri berpenyakit yang menghalangnya menunaikan layanan batin. Dalam kes macam ni poligami menguntungkan dan mendapat redha semua pihak. Namun beban tanggungjawab yang besar dan mulia pada suami. Sebab suami masih perlu adil dan tidak mengabaikan keperluan dan nafkah isteri yang pertama.  Bahkan sekalipun tiada kekurangan pada isteri jika semua pihak sanggup berpoligami dan hidup aman, silakan dan teruskan aja niat tu..tak menjadi masalah. Namun apa yang kami kesalkan ada lelaki yang memaksa isteri pertama berpoligami dan membuat poligami saluran melempiaskan nafsu semata2 sekalipun sedar ada isteri dan anak2 yang menanggung derita dan penderaan emosi.  Aku malas nak komen lebih2 sebab sesetengah orang sangat sensitif tentang poligami ni.

Pada insan yang nak berpoligami tu eloklah berbincang dan dapatkan keredhaan/pemahaman semua pihak, dapatkan restu semua pihak..siapa yang nak jadi bini kedua ketiga tu bersedialah mengharungi ombak perasaan..jangan salahkan takdir kelak sedangkan anda diberi akal fikiran untuk menimbang baik buruk pilihan anda. kat luar nu ramai lagi jejaka bujang yang teringin sangat nak kahwen... kalau setakat kahwin senyap2 tu bukan lelaki namanya.....   
Ni komen terakhir aku, jadi aku minta maaflah kalau ada pihak yang terasa atau tersinggung. Salam. Last edited by Ainalhana on 18-3-2014 05:45 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2014 05:43 PM | Show all posts
silica_SiO2 posted on 21-11-2013 11:11 AM
seminggu  nak khatam benang ni..
tu pon ade yg skip2
aku sesak gile baca post dari cikpuan amazed  ...

Awak ni lelaki ke pupuan? dah kahwin ke belum? Sekalipun bahasa cikpuan amazed terlalu telus..tapi aku rasa semua pepuan pon sama.cuma, cuma malu nak mengaku je. Aku sendiri pun tak sanggup berkongsi kehidupan seks...geli aihhh...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2014 10:06 AM | Show all posts
sebut pasl poligami ni...aku terigt ade org penah ckp...sunnah je pn kawin lebih dr satu....so makesure yg WAJIB tu dh fulfill sblm nk dulukan yg sunnah........asal nk kawin lagi je....jam2 tu ingat sunnah ye....choi......dr segi nafkah zahir pn byknye skrg yg x mampu pn....ceh....
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2014 12:02 PM | Show all posts
Kenapa pompuan tak mahu bermadu...
1. Lelaki solat jemaah tak cukup 5 waktu sehari semalam..
2. Puasa, Solat, Zakat buat yang wajib jer...yg sunnah tak berapa buat sangat kecuali terdesak..sedekah pun bila ader duit lebih ajer..
3. Masih tak reti nak masak, nk uruskan rumah, uruskan anak2 jika isteri outstation/warded..
4. Lelaki nk cari yang masih solo ajer..bukan nak bantu janda2 yang kematian suami dan mempunyai tanggungan yang ramai..
5. Lelaki tak mampu menjadi imam solat isteri dan anak2...
6. Lelaki yang masih lg memerlukan bantuan duit kerja isteri bila hujung bulan..
7. Lelaki yang tak mampu menjaga panddangan mata dari tengok benda2 tak halal bagi dia..
8. Pompuan takut nnt akan jika bermadu nnt hati banyak tak redha pada Suami dan itu akan mengundang kemurkaan Allah..

@ParinAmat: jarang isteri takut suami kecuali suami tu kaki pukul tp isteri takut nk melawan suami sbb takut kemurkaan Allah..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2014 08:34 AM | Show all posts
Ainalhana posted on 18-3-2014 05:18 PM
Jika bercerai itu lebih mendatangkan kebaikan mengapa tidak? Ia masih halal. Sanggup ke nak makan ha ...

Seorang telah datang menemui Rasulullah s.a.w. dan telah menceritakan kepada Baginda s.a.w. tentang kelaparan yang dialami olehnya. Kebetulan pada ketika itu Baginda s.a.w. tidak mempunyai suatu apa makanan pun pada diri Baginda s.a.w. mahupun di rumahnya sendiri untuk diberikan kepada orang itu. Baginda kemudian bertanya kepada para sahabat,"Adakah sesiapa di antara kamu yang sanggup melayani orang ini sebagai tetamunya pada malam ini bagi pihak aku?" Seorang dari kaum Ansar telah menyahut, "Wahai Rasulullah s.a.w., saya sanggiup melakukan seperti kehendak tuan itu."

Orang Ansar itu pun telah membawa orang tadi ke rumahnya dan menerangkan pula kepada isterinya seraya berkata, "Lihatlah bahawa orang ini ialah tetamu Rasulullah s.a.w. Kita mesti melayaninya dengan sebaik-baik layanan mengikut segala kesanggupan yang ada pada diri kita dan semasa melakukan demikian janganlah kita tinggalkan sesuatu makanan pun yang ada di rumah kita." Lalu isterinya menjawab, "Demi Allah, Sebenarnya daku tidak ada menyimpan sebarang makanan pun, yang ada cuma sedikit, itu hanya mencukupi untuk makanan anak-anak kita di rumah ini ?"

Orang Ansar itu pun berkata, "Kalau begitu engkau tidurkanlah mereka dahulu (anak-anaknya) tanpa memberi makanan kepada mereka. Apabila saya duduk berbual-bual dengan tetamu ini di samping jamuan makan yang sedikit ini, dan apabila kami mulai makan engkau padamlah lampu itu, sambil berpura-pura hendak membetulkannya kembali supaya tetamu itu tidakk akan ketahui bahawa saya tidak makan bersama-samanya." Rancangan itu telah berjalan dengan lancarnya dan seluruh keluarga tersebut termasuk kanak-kanak itu sendiri terpaksa menahan lapar semata-mata untuk membolehkan tetamu itu makan sehingga berasa kenyang.

Berikutan dengan peristiwa itu, Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud, "Dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka berada dalam kesusahan."(Al-Hasy : 9) Last edited by kelat on 26-3-2014 08:44 AM

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2014 10:36 AM | Show all posts
Setelah dibincangkan baik dan buruh
aku pernah cakap kat suami aku
kalu dia dah terjatuh suka kat perempuan mana mana
mai habaq kat chek dulu eh
citer kat chek jgn senyap senyap
kalu dah suka jangan terlanjur ada jalan halal nikah

tapi suami aku cakap
beruntungnyer tapi abang tak mampu
lepas tuh dia gi canang kat kawan kawan dia
lepas tuh kawan kawan dia dok usik aku
aku cakap la memang aku benarkan
boleh dikatakan kawan kawan suami aku macam tak percaya jerr
bole pulak cakap, aku la satu satunyer wanita yang dicontohi
siap suruh aku buat surat kebenaran lagi
ermm calon???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-3-2014 11:47 AM | Show all posts
aiva posted on 26-3-2014 10:36 AM
Setelah dibincangkan baik dan buruh
aku pernah cakap kat suami aku
kalu dia dah terjatuh suka kat  ...

hmmm...masa belum ada mmg lebih mudah nak cakap
tp bila dah ada nnt perasaan lain aiva
tp apa pun bel doakan aiva di jauhkan dr semua ni
ianya amat menyakitkan...

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2014 03:23 PM | Show all posts
beldandy posted on 26-3-2014 11:47 AM
hmmm...masa belum ada mmg lebih mudah nak cakap
tp bila dah ada nnt perasaan lain aiva
tp apa pu ...

memang pun
aiva faham..
belum kena memanglaa bole cakap
sekiranya ada relalah dan redhalah, better dia  cakap
aiva tak suka suami aiva tiba tiba jer kawin lagik satu tanpa pengetahuan aiva
dan diberitahu oleh orang lain
siapa aiva di mata dia bila dia main main sembunyi begini

lebih baik suami bagitahu, di sini aiva dah cuba open dengan suami
kalu ada cakap jgn main konar konar

ntah aiva pun tak prepare apa apa jika berlaku
cuma aiva pohon sangat
berikanlah suami aiva takwa dan iman
serta hidayah dalam meneraju kehidupan rumahtangga kami ini.. amin...

bila aiva n suami open bercakap pasal poligami ni
ramai ingat suami aiva dah kawin lagi satu
hanya aiva dan suami jer tahu tanggungan yang ada so nak jaga rumahtangga yang ada ni pun payah apa tah lagi laa nak  setup cawangan lagi satu
sendiri mahu ingatlah wahai kaum lelaki
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2014 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
aiva posted on 26-3-2014 03:23 PM
memang pun
aiva faham..
belum kena memanglaa bole cakap

Kalau suami yg betul fikir iman n akhirat serta tau tanggungjawa mereka mmg takut nk beristeri lebih aiva. Yg sorang ni pun belum tentu adilnya apatah lagi 2...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2014 04:53 PM | Show all posts
beldandy posted on 26-3-2014 03:40 PM
Kalau suami yg betul fikir iman n akhirat serta tau tanggungjawa mereka mmg takut nk beristeri leb ...

ramai x fikir
asal mampu, asal berduit jalan
tapi yang tak mampu semuanya terletak kepada kebijaksanaan isteri
kalu perempuan kat luar dah tak berapa nak bijak
isteri laa kena bijak
kalu isteri tak berapa nak bijak
perempuan kat luar sana kenala bertindak bijak
lelaki ni satu jer sapa sapa perempuan tak berhati hati
tak jaga dia ngap  
BUAYA tembaga kan

Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2014 09:32 AM | Show all posts
FlowerGirl posted on 4-12-2013 03:16 PM
ye betul.sbb ko muda lagi.sok2 anak dh ramai,ko mmg x nak dah nk betempek dgn laki.

no 3x.....aku dah ada ank besar pun tapi start kawin smpai skg klau rasa suami wat tak layan mesti aku merajuk........compom aku bkn jenis boleh dibawa berpoligami....

hehe....tiba2 ja aku menyampuk kat sini kan.....assalamualaikum sumer...
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2014 03:48 PM | Show all posts
Reason utamanya cikki kan tamak haloba nak bolot laki sorang2, fikir suami itu hak mutlak dia.. Dengan mak mentua pun boleh bergeser berebut suami, apatah lagi dengan madu.

Reason tak nak derhaka tu propa akak akak semata mata shj.. Tak poligami pun bersepah sepah duk derhaka kat suami.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2014 09:30 AM | Show all posts
kelat posted on 18-3-2014 02:01 PM
ada perempuan yg mengamuk2 dan sanggup bercerai sebab laki kawin lain tapi bila dah bercerai tengok2 ...

dah terbukti, dah 2 kes kawan aku jadi mcm ni...
dulu mati-matian tak mau madu, tak sanggup share, tak sangguo tgk anak diabaikan..konon..
last-last kawin juga, sorang jadi no 2, sorang lg jadi no 4...
padahal keduanya ex-laki bg cukup nafkah lagi, belanja anak tak penah putus
tp iyelah, takdir kan, ketentuan Allah katanya, tak boleh elak...
sabo je lah....
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2014 04:42 PM | Show all posts
mcm mana nk sanggup kalau bayaran bulanan seperti rumah , keta, bil api, bil air, bil astro dan segala yuran anak2...selalu jer sangkut nk bayar tiap bulan...mmg suami tu tetap bayar..tapi bayar elok 5 bulan...2 bulan sangkut dan bengitulah seterusnya.....

lagi pula bagi yg isterinya bekerja, kena berkongsi bayar pulak tu...tapi ada hati gak tu nak nikah 2 dan 3....ni lah suami jenis tak sedar diri...harap nafsu seks jer besar...tapi bab nak bagi isteri pertama tu hidup dalam kesenangan tanpa perlu bersusah pun belum mampu lagi...ada hati nak nikah lain pulak..pergi dengar ceramah agama bagi banyak sikit utk suami yg jenis camni....

aku sanggup jer dan tak kisah kalau suami galak aku nak nikah lain,....asal ko bagi rumah banglo sebiji, tanah seekar, gelang emas, rantai emas yg rega bribu tanpa guna duit aku sendiri yer...(ini beli barang kemas pun hasil kongsi ngan duit gaji aku dulu gak...), bagi keta atas nama aki sendiri, bagi duit bulanan RM5k sebulan termasuk ngan anak2, dan pastikan rumah orang tua ko kat kampung yg hampir roboh tu ko buatkan rumah baru kat mereka serta bagi duit bulanan yang cukup kat org tua ko tu...( ini duit bulanan utk org tua ko pun setahun 3-4 kali jer ko hulur..sebabnya x mampu)...tapi ada hati ko nak ajak pompuan lain nikah..go to hell lah jantan!!!

aku lagi suka ko nikah lain kalau ko mampu buat apa yg sepatutnya sebelum ko nikah?,..senang aku nak goyang kaki biar bini muda ko pula uruskan ko sampai bila2...boleh aku goyang kaki pula....

tapi hakikatnya bila aku suh suami aku berikan apa yg aku suh buat tu...terkedu dia ..sebab tak mampu !!!...yg ko mampu hanya bagi nafkah batin jer...boleh blahhhh!!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2014 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
matakucing posted on 6-4-2014 04:42 PM
mcm mana nk sanggup kalau bayaran bulanan seperti rumah , keta, bil api, bil air, bil astro dan sega ...

Tepat sekali.....kebykan laki yg nak kawen lagi tuh hanya mampu nafkah batin je...nafkah zahir ke laut...
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2014 02:54 AM | Show all posts
sorry kalau saya cakap ni mengguris hati orang...sikap bertanggungjawab jarang disemai kepada anak lelaki...sebab tu lelaki melayu ni begitu mudah buat keputusan tanpa berfikir panjang...lelaki melayu terlalu dimanjakan oleh kaum perempuan samada ibu atau isteri...disaat bangsa lain berfikir untuk memajukan diri dan keluarga, lelaki melayu berfikir untuk menambah bini...generasi NEP...matlamat hidup perempuan melayu pulak hidup dan mati untuk lelaki...bila perempuan tak berkahwin atau andartu dikutuk macam2...melayu bangsa yang layu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2014 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Risma posted on 6-4-2014 07:50 PM
Tepat sekali.....kebykan laki yg nak kawen lagi tuh hanya mampu nafkah batin je...nafkah zahir ke  ...

Mostly gitu la...n lg herannya mostly pompuan pun dh tau ni tp masih kuat gigih nk jd no 2 3 4...
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2014 03:32 PM | Show all posts
matakucing posted on 6-4-2014 04:42 PM
mcm mana nk sanggup kalau bayaran bulanan seperti rumah , keta, bil api, bil air, bil astro dan sega ...

kalau ikut hukum...nafkah yg wajibnya setakat mana?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2014 04:19 PM | Show all posts
kelat posted on 7-4-2014 03:32 PM
kalau ikut hukum...nafkah yg wajibnya setakat mana?

oleh kerana nak kawin lagi maka tak yah bayar la bil api air astro tepon yg dulu mmg rela hati bayar?
bagus betul

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2014 05:09 PM | Show all posts
beldandy posted on 7-4-2014 04:19 PM
oleh kerana nak kawin lagi maka tak yah bayar la bil api air astro tepon yg dulu mmg rela hati bay ...

kata kena ikut sunnah nabi klu nak poligami...isteri2 nabi takde tgk astro, takde pun bersembang tepon siang mlm...klu kat selangor ni takat duduk 2 org tak payah bayar bil air, percuma. lain la klu hari2 basuh kereta...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 10:58 PM GMT+8 , Processed in 0.087767 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list