CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Joe Hahn

Santau

[Copy link]
 Author| Post time 12-6-2006 05:30 PM | Show all posts
Originally posted by valkries at 12-6-2006 04:54 PM
mesti lumpuh ekonomi pekan gerik lepas ni..:bgrin:


tempat lain okeh jer..kedai tayar keta..kedai jual ikan..terselamat dari bahana santau nih

herm...:pray:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2006 05:30 PM | Show all posts
Originally posted by chekshu at 12-6-2006 05:03 PM
santau

sejenis ilmu hitam untuk meracun musuh . santau dilakukan dengan 2 cara iaitu cara fizikal dan cara santau angin.

santau secara fizikal biasanya meracun seseorang melalui makanan atau  ...


biasanya racun santau ni dia letak pada pinggan yg basah......... so kalo nak makan make sure pinggan kering le kot
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2006 05:31 PM | Show all posts
Originally posted by TheOne at 12-6-2006 05:30 PM


biasanya racun santau ni dia letak pada pinggan yg basah......... so kalo nak makan make sure pinggan kering le kot


cam aritu kat sini..jum pas kot or jum mgu pas..ada dak ppuan 2 orang kena santau..pas makan kuih beli kat pasar malam tu camana......
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2006 05:32 PM | Show all posts
aisehh merata-rata dah dah kat perak nih dengan kes santau...
grik yg aman damai pun dah ada kes santau
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2006 05:35 PM | Show all posts
apa tujuan diorang buat santau pada ni semua org dah tak berani nak makan ni.... ke diorang buat untuk kenakan musuh sahaja?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2006 05:35 PM | Show all posts
hehehe
aritu penah masuk misteri nusantara...mai sini...pasal kes santau menyantau

joe pun bukan orang sini..tp orang sini cakap..tahun2 70an dulu memang kuat santau kat sini...

ni tiba2 je menjelma...............

seram o dah lame tak makan luaq
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-6-2006 05:43 PM | Show all posts
Originally posted by Joe Hahn at 12-6-2006 05:31 PM


cam aritu kat sini..jum pas kot or jum mgu pas..ada dak ppuan 2 orang kena santau..pas makan kuih beli kat pasar malam tu camana......


dia percik kat kuih kot... :bgrin:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2006 05:48 PM | Show all posts
hehehe...tatau lar yang tu

- ape fungsi sebenor santau nih ek

- menjadi ke kat orang kapir ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2006 06:35 PM | Show all posts
org berilmu ni dia leh tgk kalo org sekeliling dia ada ilmu jugak.
so, bila dia jumpa, dua "sudi" ler. maknanya nak test samada org tu betul2 terer cam dia ke tidak.
mmber aku penah kena santau angin, masuk habuk besi kat paru2, kena masuk sepital kajang 4 tahun lepas. dia ni anak ustaz, tak mustahil la dia ada amalan sikit-sikit. itu pun kena "sudi". skrg dia dh okey.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2006 06:47 PM | Show all posts

Reply #29 bzzts's post

woo..santau...topik yg menakutkan wooo:cak::jeling::nyorok:
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2006 08:41 PM | Show all posts
Grik memang terkenal dengan santau nye.....sama macam tempat aku
dekat tempat aku dalam setahun mesti ada orang yang kena santau....
santau ni....pengamal nya kalau dah cukup haul dan nisabnya  kena keluarkan ilmu nya
tu pasal dalam tempoh setahun dia akan lepaskan santau dia

petua : kalau kita tau siapa tukang santau ( macam kat tempat aku ni ada dua orang yang
memang dah well establish dia pengamal santau ) diorang ni jarang pi kedai makan atau
minum tapi kalau diorang dah keluar dan mengaktifkan diri di kedai kedai makan...bermakna dah  nak bermula lah santau diorang ni.... jadi kalau kita jumpa diorang ada dalam kedai
makandan kita baru masuk or kita dah ada dan diorang baru masuk....pastikan kita
menegur diorang dulu...contoh nye dia baru je masuk dalam kedai dengan pantasnye....
"Apa kabo yeop"  sambil angkat kedua dua belah tangan dan kening macam ziana zain....
nescaya ilmu santaunya akan tidak menjadi pada kita....

tapi dengan syarat korang taulah siapa pengamal santau tersebut...kalau tak tau...
no komen lah. Kalau nak lagi baik...setiap orang yang masuk dalam kedai korang makan...
tegur tegur lah.... bak kata mak ET

BUDI BAHASaaaaaaa ..... AMALAN KITaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2006 11:42 PM | Show all posts
Apa kate kite kumpulkan semua pakor2 santau dari marate Perok ni... bawak deme pegi Palestine...
suruh deme berjihad... santaukan semua askor2 Israel yang ade tu...
supaye semue askor2 tu muntah mongekkan darah...
lame2... lepeh sekor-sekor askor Israel tu mati....
barule ade pekdoh sikit....

ini idak.... dok santau askor kite buat ape...????
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2006 11:48 PM | Show all posts

Reply #32 Al Lebam's post

masalah nya askor2 israel tu lagi power bab2 nih deme kebei daripada santo santo nih...
jin jin melayu takut dengan jin isreal :nana:
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2006 11:56 PM | Show all posts

Reply #32 Al Lebam's post

reply sebab dengor lagu siti ke.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2006 08:39 AM | Show all posts
kat area perak tengah pun ada gak santau2 ni....
nun kampung2 lepas bota sana nun....
takut gak nak carik masalah dengan orang2 sana
kuat deme bersantau-santauan....
ni orang tua2 le citer.. keme dulu dengor jer la...
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2006 08:41 AM | Show all posts

more info on santau....

Racun santau ialah sejenis sihir iaitu racun yang diberi kepada mangsa melalui zahir atau melalui angin iaitu melalui pemujaan syaitan atau jin. Mangsa yang kena santau selalu dibinasakan dengan perlahan-lahan sama ada supaya dia menderita berpanjangan yang berakir dengan kematian, atau pun menemui ajalnya dalam jangka masa tertentu.

Ada tiga jenis bahan utama yang selalu digunakan untuk menyediakan racun santau. Bahan-bahan ini terdiri dari benda-benda gatal (miang), bisa dan pedih.

1. Bahan Bisa boleh diperoleh daripada bahan untuk membuat racun seperti air lipan bara, bisa ular senduk, bisa ular kapak, bisa katak puyu, ubur-ubur, bisa getah ipuh, buah kacang hantu, bisa akar-akar kayu dan sebagainya.

2. Bahan Miang/Gatal diantaranya ialah sepertu miang sembilu buluh, miang tebu, miang rebung, tali guni, ulat bulu yang masih hidup. Mangsa yang terkena santau ini selalunya akan merasa gatal di tekak, manakala badannya terasa bisa.

3. Bahan Pedih (melukakan) yang menyebabkan mangsa merasa pedih apabila terkena santau. Bahan tersebut adalah kaca, mentol lampu, rambut, benang sutera, tali sabut, kuku manusia atau binatang, kelongsong telur ayam, bahan-bahan kotor daripada binatang yang telah mati seperti kulit lipas, lipan dan sebagainya.

Dalam pengalaman penulis mengubati pesakit racun santau, penulis telah bertemu dengan pesakit yang disantau dengan menggunakan bahan-bahan lain seperti bangkai tikus dan juga tuala wanita (sanitary pad) yang telah digunakan.

Santau hikmat atau lebih dikenali sebagai 'santau angin' atau 'santau seru', santau ini akan dihantar kepada mangsanya dengan menggunakan perhidmatan syaitan atau jin. Santau angin boleh dihantar ke rumah atau ke tempat kediaman menyebabkan ahli atau sebahagian mereka yang mendiami rumah tersebut terkena santau.

JENIS JENIS SANTAU:

Ada 2 jenis santau -

1. Santai yang disediakan dan diberi makan kepada mangsa secara hakikat atau zahir. Kesan santau ini semata-mata bergantung kepada kekuatan dan keberkesanan bahan racun santau yang diadunkan. Walau bagaimanapun bahan itu mudah keluar melalui saluran najis seperti proses makanan biasa.

2. Santau yang disediakan daripada bahan dan kaedah tertentu yang menggunakan hikmat. Istilah hikmat di sini bermaksud santau yang dibuat disertai pemujaan syaitan dan jin. Santau jenis ini tidak mudah keluar melalui saluran najis. Ia akan kekal dalam badan selagi tidak dikeluarkan dengan cara tertentu. Mangsa santau walaupun telah diubati tetapi saki baki santau yang tinggal dalam badan akan membiak dan boleh menyebabkan mangsa berkenaan sakit semula.

TANDA-TANDA TERKENA RACUN SANTAU:

Tanda-tanda awal seseorang itu terkena santau ialah rasa perit dan gatal pada tekak yang disertai dengan batuk. Batuk merupakan tanda yang paling lumrah bagi mereka yang terkena santau. Pada peringkat awal batuk disertai dengan pening kepala dan deman pagi dan petang. Batuk ini berlainan seperti batuk biasa. Ia merupakan batuk kering yang memanjang tanpa mengeluarkan kahak. Pesakit akan batuk pada masa-masa tertentu sahaja seperti antara pada pukul 12 tengah malam hingga 5 pagi.

Pesakit juga akan merasa lesu dan deman, tidak boleh tidur malam, rasa gelisah, dan tidak berupaya berfikir seperti biasa. Kadangkala mangsa akan muntah darah. Darah yang keluar adalah akibat luka atau kerosakan mana-mana organ dalam badan dan akibat terkena bisa santau atau bahan-bahan yang melukakan.

Apabila batuk sampai ketahap serius, pesakit akan muntah darah bercampur dengan nanah. Pesakit kadang-kadang akan berasa seolah-olah ada rasa busuk keluar dari saluran tekaknya. Ini terjadi akibat luka yang telah menanah dari mana-mana organ dalam badan.

Sintom atau kesan yang lain termasuk:
1. Pesakit akan berasa lenguh sendi terutama di bahagian lutut dan pinggang.
2. Berasa tidak selesa dan sering sakit kepala.
3. Kurang selera makan menyebabkan badan kurus, pucat, letih dan kurang aktif.
4. Kurang daya ingatan.
5. Berubat tabiat asal menjadi pemarah atau panas baran.
6. Sakit di bahagian tengkuk.
7. Kesan lelah atau asthma.

Bahan-bahan racun santau ini akan bergerak sedikit demi sedikit menurut pergerakan darah dan berhenti di sendi-sendi. Kemudian ia akan terus bergerak ke hujung kaki dan tangan. Sekiranya kuku seseorang itu berwarnia hitam kebiru-biruan, ini menandakan pesakit itu sudah sampai ke peringkat yang teruk. Ketika ini pesakit selalu berasa kebas di kaki dan tangan.

Bahan santau yang diperbuat daripada bahan gatal, miang dan bisa itu apabila terkena pada organ-organ tertentu boleh menybabkan bahagian-bahagian tersebut luka dan berkudis. Kuman-kuman yang ada pada kudis itu akan terus menyerang anggota badan lain sedikit demi sedikit. Kuman-kuman ini mungkin menyerang paru-paru, buah pinggang, dan anggota yang lain. Serangan pada bahagian ini menyebabkan pesakit mendapat sakit sampingan sepertu lelah, sakit buah pinggang, hati (liver) dan sebagainya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2006 08:48 AM | Show all posts
Originally posted by Al Lebam at 12-6-2006 11:42 PM
Apa kate kite kumpulkan semua pakor2 santau dari marate Perok ni... bawak deme pegi Palestine...
suruh deme berjihad... santaukan semua askor2 Israel yang ade tu...
supaye semue askor2 tu muntah  ...

idea yg bernas ni...kiki

tubuhkan lak Persatuan Pengamal2 Santau...buat Akademi Santau...realiti tv....tgk santau sape paling kuat...muahahhah
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2006 08:50 AM | Show all posts
Originally posted by AnBulisia at 12-6-2006 08:41 PM
"Apa kabo yeop"  sambil angkat kedua dua belah tangan dan kening macam ziana zain....
nescaya ilmu santaunya akan tidak menjadi pada kita....


bior betui...sampai kena angkat dua2 tgn tu...mcm surrender tu ke?:hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2006 08:56 AM | Show all posts

Reply #38 Pikir's post

ye la.. sambil dalam hati berkata "jangan la santau aku...jangan la.. jangan la..."
heheheheheh
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2006 09:50 AM | Show all posts
dengar citer kat tasik raban pun ada...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 02:17 PM GMT+8 , Processed in 0.075108 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list