CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: pentium_catz

MERANCANG UTK DIET & MENU SIHAT

[Copy link]
Post time 19-1-2006 02:13 PM | Show all posts
Originally posted by MAKLANG at 19-1-2006 12:38 PM
maklang ni makan rebus2 tak berapa lalu...patah selera:kant:


patah selera maklang.....lauk rebus2 nilah den paling suka nak2 kalu makan ngan sambal belacan....kalu ada lauk rebus2 mesti regu dia sambal belacan...memang makan bertambah nasik...

den plak kalu lauk2 bersantan tak laju sgt nak makan....cepat muak....mkn pun takde nak bertambah.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2006 02:18 PM | Show all posts
hehehe..
long..makan 1 senduk nasi je tau...
INGAT..tgh diet ni..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2006 02:42 PM | Show all posts
Originally posted by speedial at 19-1-2006 02:13 PM


patah selera maklang.....lauk rebus2 nilah den paling suka nak2 kalu makan ngan sambal belacan....kalu ada lauk rebus2 mesti regu dia sambal belacan...memang makan bertambah nasik...

den pla ...



eh eh..sama macam saya jugak.. yg rebus la selalunya saya makan bertambah2 nasinya..esp. kalau singgang ikan stail org ganu.:mll:. Kalau yg berkuah santan, saya memang kurang sgt dah insap kot..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2006 07:58 PM | Show all posts
for me i selalu avoid makan nasi cepatje turun berat badan,kalau rasa hari tu makan byk esok kena denda dgn puasa..bolehla puasa sunat.Kalau teringin nak makan lauk cicah dgn roti gandum tulin.menu selalunya bersup,sup fishball,sup sayur or sup ayam...doc cakap avoid makan red meat,sugar n salty food cepatla turun berat badan.Then exercise...at least thrice  a week.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2006 08:01 PM | Show all posts
tunggu resipi singgang dari kak liza hehehehe duk ganu ni mesti expert masak singgang.masak asam pedas nenas pun sedap..takde tumis2 so no oil at all.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2006 09:06 PM | Show all posts
kak liza perturunkan sup-sup jelaaaa..

SUP DIET SIMPLE

1 batang celery (bukan daun celery)
1/2 biji cili hijau capsicum
2 helai daun kobis panjang
1 biji tomato
1/2 batang carrot
1 keping dada ayam [hiriskan kecil dan nipis]
1 cm halia
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Air secukupnya
Garam secukup rasa
daun sup

Cara
1. Potong kecil semua sayur.
2. Rebus semua bahan dlm periuk kecuali daun sup.
3. Masukkan garam untuk memberi rasa dan biarkan mendideh
43. Bila menghidang masukkan daun sup.

Mmg tak sedap tapi kalau amalkan makan benda nie (tak makan benda lain) selama seminggu, boleh turun sampai 2kg,[dengan exercise ringan sikit]... Insya allah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-1-2006 09:09 PM | Show all posts
ni masakan menggunakan microwave...




STEW AYAM

Bahan-bahan
500 gm ayam
5 ulas bawang merah/kecil ]
2 ulas bawang putih ] mayang halus
1 inci halia ]
2 tangkai daun sup ]
2 tangkai daun bawang[potong 1 inci]
1 sudu kecil kicap cair
1 biji cili merah...mayang
1 batang carrot [potong kecil]
1 biji tomato [belah 6]
1 s/k tepung jagung ] bancuh
1/2 cawan air ]
1 s/k lada hitam
1 s/k minyak bijan
garam secukup rasa...

Cara membuat
1. Ayam dibuangkan kulit, potong kecil dan bersihkan.
2. Masukkan semua bahan kecuali daun sup dan daun bawang dalam mangkuk besar.
4. Masukkan kedalam microwave oven dan masakkan pada HIGH selama 15 minit.
5. Keluarkan dan gaul rata lagi dan masukkan tomato pula.
6. Masukkan semula dalam microwave dan masakkan lagi selama 10 minit.
7. Keluarkan dan taburkan hirisan daun bawang dan daun sup.
8. Hidangkan dengan nasi or roti.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2006 09:12 PM | Show all posts
ahaaaa...ni dia singgang tganu...
kalau nak sedap..cuba nmasak arini..makan esok....:cak:



SINGGANG IKAN TONGKOL

Bahan..
1 ekor ikan tongkol/aye..potong kecil dan bersihkan
3 ulas bawang putih dimayang
2 cm lengkuas.............]dihiris nipis
2 cm kunyit hidup........]
5 keping asam keping/gelugor
garam

ciliapi..ikut suka

Cara....
1. masukkan semua bahan dalam mangkuk kaca tahan panas dan tutup mangkuk itu.
2. Masukkan dalam microwave dan setkan HIGH selama 20 minit.
3. Keluarkan dan masukkan ciliapi.

Nota: Masakan kebanyakan orang pantai timur..senang dan ringkas ..Sedap dimakan hari esoknya..terasa asam garam..

Jika tak suka ikan tongkol boleh digantikan ngan sebarang ikan
kalau takder m/wave..just rebus saperti masakan rebus biasa...




[ Last edited by hanieliza at 19-1-2006 09:52 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2006 09:38 PM | Show all posts
ikan bakar memang sedap...cubalahhh...:cak:

IKAN BAKAR AIR ASAM BELIMBING BULOH

Ikan (kembung/selar/pari )
1. diperapkan ngan sedikit kunyit & garam.
2. bakar atas dapur gas (gunakan pemanggang yang berlapik supaya tak mudah hangit) sehingga nampak berminyak/masak.
3. hidangkan dlam pinggan yang dialaskan daun salad.

Air asam

Buah belimbing buluh...potong 2
Cili api
cili merah
Belacan
air (agak2 ajer)
limau kasturi...cincangkan

1. Masukkan buah belimbing dulu dikuti bahan lain kedalam blender .
2. kisar (jangan terlalu halus)..rasakan masin.
3. Masukkan hirisan limau kasturi.
4. hidangkan ngan ikan bakar tadi.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2006 09:40 PM | Show all posts
KURANGKAN LEMAK

Makanan banyak lemak dan minyak menyebabkan kegemukkan yang juga dikaitkan dengan penyakit jantung koronari, kencing manis dan barah.

Fakta lemak
Tanpa disedari, hampir semua makanan harian kita banyak mengandungi lemak seperti:
1. Makanan yang mengandungi lemak semulajadi: minyak, mentega, marjerin, minyak sapi, santan dan krim.
2. Makanan yang mengandungi tambahan lemak/minyak: Kuih muih, karipap, roti canal, kek, cucur pisang, bingka, keropok, nasi goreng, nasi lemak, mee goreng, ayam goreng, ikan goreng dan mayonis.

Walaupun ada beberapa jenis lemak, semuanya boleh menyebabkan kegemukkan dan seterusnya boleh menjejaskan kesihatan kita.

Ada 2 jenis lemak yang asas dalam makanan:

LEMAK TEPU
Lemak tepu ialah se jenis lemak yang men jadi beku dan keras dalam suhu bilik. Sumber utama adalah hasil haiwan dan sebahagian hasil tumbuhan seperti santan dan minyak kelapa sawit.
Pengambilan yang berlebihan dikaitkan dengan bertambahnya paras kolesterol di dalam badan dan meningkatkan risiko penyakit jantung koronari.

LEMAK TIDAK TEPU
Lemak tidak tepu ialah sejenis lemak yang lembut atau cair walaupun dalam suhu sejuk. Sumber utama adalah hasil tumbuhan dan ianya terbahagi kepada 2 jenis: -
▪ mono tidak tepu: minyak zaitun, canola
▪ poll tidak tepu: minyak jagung, soya, bunga matahari dan marjerin lembut

Bertukarlah kepada minyak jenis ini didalam masakan tetapi gunakan secara sederhana.

Masakan sedap kurang lemak
1. Buangkan lemak sebelum memasak.
2. Kurangkan minyak dan lemak semasa memasak. Slut don buang lemak beku dari sup atau masakan.
3. Ubahsuai resipi:
▪ kurangkan atau elakkan membubuh santan atau kerisik
▪ tambah sayuran dan kekacang
▪ kurangkan daging
▪ gunakan herba atau rempah untuk menambah rasa

4. Amalkan cara masakan seperti: Rebus, kukus, pals, panggang, ampap, tumis, "microwave", "pressure cooker".
5. Kurangkan mentega, mar jerin dan mayonis dalam sandwic, digalakkan membubuh hirisan timun, tomato dan salad.

Pilihan bijak kurang lemak
▪ Bertukar kepada susu kurang lemak atau susu skim.
▪ Bertukar kepada snek yang Iebih berkhasiat seperti buah segar, jagung rebus, roti paun.
▪ Bertukar menu kepada ayam dan ikon.
▪ Bertukar kepada salad dan ulam.
▪ Bertukar kepada ubi rebus atau kukus.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2006 09:46 PM | Show all posts



PINDANG IKAN
Bahan:
3 keping ikan tenggiri/
[3 ekor ikanselar/kembung/cermin ]

2 biji tomato (dibelah dua)

Bahan-bahan dihiris:
3 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
4 biji cili hijau
2 biji cili merah
1 inci halia
4 keping asam keping
2 batang serai (diketuk)
Sedikit garam dan kunyit
Air secukupnya
Cara:
1. Bersihkan ikan dan ketepikan sebentar.
2. Bubuh air secukupnya di dalam periuk dan masukkan cili hijau, bawang kecil, bawang putih, halia, asam keping, serai, garam dan kunyit.
3.Biar menggelegak baru masukkan ikan.
4. Bila ikan masak, masukkan tomato pula.
5. Biar lima minit, rasakan garam dan angkat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2006 09:33 AM | Show all posts
instead of rebus2 u can also steam/kukus..

i penah buat utk ayam dan ikan bawal.. just prepare mcm tu je, tabur bawang (putih + merah), halia, sedikit kicap utk warna and a pinch of salt.. then letakkan dlm kukusan tu.. kuah dia selalu akan kuar sendiri kat bawah tu.. x byk, basah2 sket jer.. sebelum hidangh tu perah asam limau sket.. u can try dulu lah.. i nk letak gambar pun takder..
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2006 09:53 AM | Show all posts
Meleleh tnegok singgang ikan tongkol kak liza tu:mll:... dgn nasi panas2, curah kuah dlm nasi, tenyeh cili tu kasi pedas, masuk kicap masin..makan bawah pokok  time lunch saing dgn member2 sekolah dulu.. pergghhh!! nyaman sungguh sampai licin pinggan. seronok betul masa tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2006 10:40 AM | Show all posts
tengok bahan2 dlm resepi ikan singgang Ganu kak Liza tak samalah ngan yg biasa family buat...ok ni speed tulis bahan2 Ikan Singgang Ganu Pior yg selalu speed & aruah mak buat...

Singgang Ikan Ganu Pior

Bahan-bahan
Ikan aye/tongkol/selayang(sardin)/kembung/tenggiri
4 ulas bawang merah - belah 4
2 ulas bawang putih - belah 4
1 inci halia - mayang
1/2 inci lengkuas - potong nipis2
1/2 inci kunyit - potong nipis
2 keping asam keping
cili api - jika suka
Garam
air secukupnya

Cara2
Masukkan semua bahan2 dlm periuk kecuali ikan dan garam....Masak hingga mendidih.
Kemudian masukkan ikan dan garam...biarkan hingga mendidih lagi. Lagi lama lagi bagus tp jgn sampai air kering (Bila dah nampak mcm kuar minyak skit tu kira oklah tu).
Bila dah masak boleh hidangkan bersama2 sambal belacan atau budu + tempoyak.

tips: tambahan ni ikut citarasa lah : masukkan serai yg telah diketuk & sedikit belacan.....perggghhhh anda akan terbau seluruh rumah bau belacan ni...sedapp cubalah (ni my sister yg kasik idea suh buh belacan)...


[ Last edited by speedial at 20-1-2006 11:10 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2006 10:55 AM | Show all posts
ikan singgang kelantan lak tak letak kunyit..n masak pon simple sgt..ikan,bawang putih,lengkuas,asam keping,garam,cili kampung or cili besar yg warna putih (biasa guna wak solok lada) n garam..mkn lak ngan ikan kering or ikan goreng..then ada budu..mmg la bertambah2
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2006 11:07 AM | Show all posts
Originally posted by speedial at 20-1-2006 10:40 AM
tengok bahan2 dlm resepi ikan singgang Ganu kak Liza tak samalah ngan yg biasa family buat...ok ni speed tulis bahan2 Ikan Singgang Ganun Pior yg selalu speed & aruah mak buat...

[color=brow ...

ohhhh..ada buh halia ker?....:stp:
yang ajo kak liza tu memang asal tganu pior gak..asal dungun..
so sampai sekarang ni kak liza buat  gitu...:hmm:

nantilah kak liza cuba pulak...:ah:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2006 11:13 AM | Show all posts
Originally posted by hanieliza at 20-1-2006 11:07 AM

ohhhh..ada buh halia ker?....:stp:
yang ajo kak liza tu memang asal tganu pior gak..asal dungun..
so sampai sekarang ni kak liza buat  gitu...:hmm:

nantilah  ...


maybe dia dah terbiasa tak buh halia kot Kak liza...so far kalu kat Kg memang dorang buh sume bwg merah, putih, halia, kunyit, kuas...tp kalu tengok resepi org kelantan mcm teja cakap tu takde buh bwg merah & kunyit, halia...

tp takpe...kita tunggu org Ganu yg duk UK tu masuk..hehehe..Kak Noor buat lak camne...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2006 06:21 PM | Show all posts
kalau pregnant leh  kan makan rebus rebu snie...nasi tak makan takper kan.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2006 07:03 PM | Show all posts
awat pulak orang pregnant tak boleh makan rebus2. makan le apa yang nak makan. tapi biar berpada. nape lak tak mo makan nasi? orng pregnant nak diet gk ke
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2006 07:05 PM | Show all posts
sata tak ada idea lagi nanti saya ada saya post k....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:17 PM GMT+8 , Processed in 0.432443 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list