CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: pentium_catz

MERANCANG UTK DIET & MENU SIHAT

[Copy link]
Post time 9-8-2006 03:55 PM | Show all posts
Nak tanya.. buat steamboat camne.....:malu:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2006 08:44 PM | Show all posts
Originally posted by hanieliza at 19-1-2006 09:12 PM
ahaaaa...ni dia singgang tganu...
kalau nak sedap..cuba nmasak arini..makan esok....:cak:


SINGGANG IKAN TONGKOL

Bahan ...

saya masak singgang nie arinie..tapi saya olah skett..
saya guna ikan kerisi jerr..
dalam resepi tak letak serai..tapi saya letak sebatang..
dalam resepi tak mention pasal bawang merah tapi saya letak 3 bijik..
dalam resepi kata 5 keping asam keping..tapi saya adjust 4 je..
cili padi letak dalam 5 biji..kunyit saya banyakkan..hiris halus2 gitu..
huhuhu..rasa mmg tiptop!sampai ada orang tu cicah dgn roti..hahaha..pehtu mintak nasik plak..kuikui..
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2006 09:13 PM | Show all posts
style singgang saya :

3-4 ekor ikan kembung / parang / selar / tongkol ikutlah..
2-3 batang serai
2 ulas bawang merah
2 ulas
2 inci halia dimayang
1 inci kunyit hidup ditumbuk
10-15 biji cili padi
asam keping

Caranya, rebus je semua tu... (tapi kalau tak kisah nak pakai minyak sikit, boleh tumiskan halia, bawang, bawang putih, serai dulu sebelum masukkan air).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2006 10:16 PM | Show all posts
Originally posted by manisah at 9-8-2006 03:55 PM
Nak tanya.. buat steamboat camne.....:malu:



  tolong, saya pon nak tau  cam ne nak wat steamboat. Tima kaseh
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2006 10:47 PM | Show all posts
kepada manisah dan ummy...
[perghh..penat mencarikk..last2 bukak file sendiri aje..huhuhu..]

STEAMBOAT by ninoZ

Menyediakan stimbot sendiri di rumah bukanlah sesuatu yg sukar dilakukan...janji rajin je.. semua jadik..
nak buat stimbot ni ade beberapa persediaan yg utama iaitu :
penyediaan sup/stock,penyediaan bahan mentah,penyediaan sos dan yg paling utama...Memasak stimbot.

penyediaan sup/stock:-
ade 3 cara yg me selalu buat,satu guna ayam..satu lagi ikan bilis..satu lagi stok tomyam

STOK AYAM
i] rebus rangka ayam dinosour [bior byk sket rangka tuh..baru stok sup sedap..rich in flavour] bersama sengkuang yg telah dipotong potong dan sehiris dua halia dan air sehingga dapat sup yg agak pekat [jgn pekat sgt la]
toskan rangka ayam dan sengkuang..ketepikan kemudian masukkan sedikit garam secukup rasa..kuah akan berasa sedikit manis bila kita taruk sengkuang
siapp utk digunakan..

STOK IKAN BILIS
ii] siangkan ikan bilis bersih2..bior byk2 sket
pastu rebus dgn sehiris dua halia  dan air..renih sampai stok agak pekat..perisakan dgn garam n sedikit gula..pastu tapis betul betul..siapp utk digunakan

STOK TOMYAM
iii] rebus rangka  ayam [bior byk sket] dgn air hingga air tu tinggal separuh..pastu asingkan rangka ayam tu..
renih semula stock dgn serai,hirisan lengkuas,daun limau purut,btg daun ketumbar,bwg beso dipotong baji dan sedikit tomyam paste [buatan sendiri lagi sedap..nanti me kasik recipe] biar sampai rasanya develop..perisakan garam gula dan asam limau secukup rasa..tapis semua bhn herba..tinggal stok aje..siap utk digunakan..

penyediaan bahan mentah:-
secara asasnyer..any bahan mentah berasaskan seafood atau daging bleh digunakan sebagai bahan stimbot..janji halal :D
bahan2 yg biasa digunakan:
Bebola ikan,sotong,ketam,udang dan lain2
Kek Ikan,surimi,crab meat dll.
Udang - janggut digunting n buang uratnya
Sotong -dibelah n potong bunga kalau rajin..asingkan kepala
sotong kembang - dipotong
Ayam -deboned n hirir isinya nipis2 n panjang
aneka Tauhu
Cendawan
kuayteow keping,Mee kuning,mee wantan atau Bihun - direndam hingga lembut n toskan
aneka dumpling - cth mcm wantan atau bhn dim sum tu
aneka sayuran - selalunya sayur sawi putih atau pakchoi or baby kailan,badik jagung,karot atau ape ape saja yg diingini
telur


Memasak Stimbot:-
panaskan stok sup dlm periuk stimbot [dlm rice cooker pun bleh]..bior mendidih kemudian masukkan bahan yg dikehendaki [sebanyak yg nak dimakan je] jgn too much sekaligus..
bior mendidih dlm 4-5 minit..jgn overcook nanti tak sedap
masukkan ke dalam mangkuk n cecah dgn sos yg disukai


last sekali bila dah almost habis makan semua bahan mentah..jgn lupa utk cuba sup stimbot tersebut...masukkan sedikit mee dan bihun kemudian pecahkan 2 biji telur ayam ke dalamnya n sedikit sayur,ulangan proses penyediaan memasak tadi.supnya sungguh sedap n manis sebab tadi kita dah celur semua bahan mentah sebelumnya..very rich in flavour.. a must try!

sos stimbot:-

selalu ade 3 jenis
i]sos cili merah - bleh buat sendiri aje atau beli je sos cili delichef
[blend cili merah,bwg putih,cuka,gula,air n bijan sket..pastu masak]
ii]sos manis kacang hitam - sos rojak yong taufoo tu..leh beli kat pasar - masak sket dgn cili boh.. adjust rasa to personal taste..sprinkle minyak goreng bwg putih n bijan
iii] sos cili thai [yg dlm botol n byk biji cili tu]
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2006 03:54 PM | Show all posts

Resepi untuk berdiet (with photo)

Sharing some info..

IKAN TENGGIRI KUKUS CILI


Bahan A:
5 potong ikan tenggiri
5 ulas bawang putih - dicincang
5 biji cili padi  - dicincang
2 biji cili merah  - dicincang
sedikit garam

Bahan B:
1 biji bawang besar - dihiris
3 cm halia - dihiris
100gram daun kesum  - dihiris
2 kuntum bunga kantan  - dihiris
sedikit daun sup  - dihiris
2 biji limau nipis - ambil jusnya

Cara memasak:
Lumur ikan dengan semua bahan yang dicincang dengan sedikit garam
Letakkan dalam pinggan tahan panas
Taburkan pula bahan B diatas ikan dan perah jus limau nipis diatasnya
Kukus ikan selama 25 minit atau sehingga masak.
Taburkan daun sup dan bolehlah dihidang

*Rendah kolesterol, pedasnya menambat selera

[ Last edited by  linb at 2-9-2006 03:55 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-9-2006 04:01 PM | Show all posts
Sup cendawan & suhun


Bahan bahan:
300gram cendawan tiram
1 tin cendawan butang - dibelah dua
100gram suhun - direndah dgn air panas
2 biji tomato ceri
100gram daun sup
garam secukup rasa

Bahan A:
800 ml air
2 biji bawang besar - dihiris halus
6 ulas bawang putih - dihiris halus
3cm lengkuas - dihiris halus
3cm halia - dihiris halus
1 batang serai - diketuk
5 biji cili padi - ditumbuk kasar

Cara memasak:
Panaskan aid dalam periuk.
Rebus bahan A hingga mendidih
Masukkan cendawan tiram, cendawan butang dan suhun kedalam periuk tadi.
Kacau rata.
Masukkan garam secukup rasa.
Kemudian, masukkan buah tomato dan daun sup.
Biarkan mendidih selama lebih kurang 5-10 minit lagi.

*Kaya dengan serat, rendah kolestrol (hidangan ala Cina)

[ Last edited by  linb at 2-9-2006 04:06 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2006 04:06 PM | Show all posts
SAYUR ASAM REBUS



Bahan bahan:
600 ml air
6 biji bendi - dipotong
1 biji terung - dipotong
1/2 biji kubis - dipotong
2 biji tomato - potong empat
1 biji bawang besar - dihiris
6 ulas bawang putih - dihiris
2 batang serai - diketuk
6 biji cili padi - diketuk
3 biji cili merah - dibelah dua
2 keping asam keping
garam
sedikit serbuk kunyit

Cara memasak:
Panaskan air dalam periuk.
Masukkan semua bahan tadi.
Bubuh sedikit serbuk kunyit.
Biar sehingga mendidih.
Masukkan garam secukup rasa.

*Kaya dengan serat, rendah kolesterol, pelengkap hidangan makan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2006 02:59 PM | Show all posts

HIGH PROTEIN DIET / HEALTHY PLAN DIET

Salam warga FnR..

Ramadhan nak menjelma..niat di hati nak amalkan semula high protein diet (atkins diet)..

tp rasanya kekurangan menu dlm kepala ni..dulu pernah amalkan ~6 bulan..

jadi nak minta pendapat menu2 yg menarik utk bulan puasa..

bawah ni chem letak skit info ttg apa yg dimaksudkan dgn high protein diet (atkins diet)..

[ Last edited by  Kacip_Fatimah at 5-12-2006 06:56 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2006 02:59 PM | Show all posts
Atkins Nutritional Approach / Atkins Diet
shitshitshitshitshitshitshitshitshit*

Peringatan: Pregnant ladies dan wanita yang sedang menyusu baby tidak digalakkan mengamalkan Atkins Diet!!! Consult doctor anda sebelum mengamalkan diet ini...!

Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.
Dengan mengurangkan dan menghadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahanapi. Ini bereti berat badan anda akan mula menyusut.
Dr Atkins mula mengembangkan idea 慿arbohidrat rendah dalam pemakanan
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2006 03:00 PM | Show all posts
oat boleh tak?
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2006 03:01 PM | Show all posts
Ten Easy Steps to Induction - Atkins Diet

Ready to start losing weight on Atkins? Induction is the first phase of the Atkins Nutritional Approach™. Stay on it for at least two weeks, and follow these 10 steps to get on your way:

1.) Eat either three regular-size meals a day or four or five smaller meals. Don't skip meals or go more than six waking hours without eating.

2.) Eat liberal amounts of protein, such as poultry, fish, shellfish, eggs and red meat, as well as natural fats, such as butter, mayo, olive oil and safflower oil (see the Acceptable Foods List).

3.) Eat about 20 grams of carbs each day, mostly in the form of salad greens and other vegetables. You should eat at least four cups of salad vegetables, or three cups of salad vegetables plus one cup of other vegetables (see the Acceptable Vegetables List).

4.) Don't eat any fruit (except for avocados, tomatoes and olives), bread, pasta, grains, starchy vegetables or dairy products other than cheese, cream or butter. Don't eat nuts or seeds in the first two weeks. Foods that combine protein and carbohydrates, such as lentils, chickpeas, kidney beans and other legumes, are not permitted at this time.

5.) If you抮e hungry between meals, enjoy a low-carb snack, such as a hard-boiled egg, some cheese, olives or a low-carb snack such as an Atkins Advantage™ bar (see list of Induction-appropriate Atkins-brand products).

6.)Do not eat anything that is not on the Acceptable Foods List.

7.) Take a daily multivitamin, essential fatty acids and a fiber supplement.

8.) Adjust the quantity of protein you eat to suit your appetite, especially as it decreases. Eat the amount that makes you feel satisfied but not stuffed.

9.) Limit coffee, tea and soft drinks that contain caffeine to one or two cups per day. Excessive caffeine has been shown to cause unstable blood sugar and trigger cravings.

10.) Drink at least eight 8-ounce glasses of water each day to hydrate your body, avoid constipation and flush out the byproducts of burning fat.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2006 03:05 PM | Show all posts
Originally posted by shidaaziz at 20-9-2006 03:00 PM
oat boleh tak?


boleh yang :ah:

prinsip dia dlm satu hari mesti less than 20g carb..tp kebulur ooo kalau mcm tu..

so mcm org malaysia,satu hari 20-50g carb pun insyaallah berkesan..

so sebelum plan nak masak apa2,check dulu kat carb-counter berapa byk carb..benda ni dlm pdf,nanti chem tepek sini..

cornflakes only - 24.2g

oat (cooked) - 12.6g
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2006 03:22 PM | Show all posts

some info..

Semasa 2 Minggu Induction:

1.) Elakkan NASI, MI, MIHUN, LAKSA, LAKSANG, SPAGETTI, FETTUCINI, VERMICELLI, KUEW TIAU dan yang sebangsa dengannya.

2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, rotiBoy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa2 yang sebangsa dengannya.

3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.

4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).

5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!

6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.

7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu. Tak kira kacang biasa, gajus, kuah kacang, dhal...

8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.

9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.

shitshitshitshitshitshitshitshitshitshitshitshitshitshit

Boleh Makan:

1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.

2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis...

3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.

4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dgn cili boh, etc. Elakkan sotong coz karbohidrat tinggi.

5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun...

6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.

7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.

8.) Nak makan burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...

9.) Pizza? Makan topping kat atas je, roti kat bawah tu kasi orang yang tak perlu diet...

10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.


Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan!

Contoh sarapan / Breakfast
1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)

Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)


Carb = Karbohidrat
lebih dari 20g cars but maybe less than 50grams/day

Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2006 03:33 PM | Show all posts
wah....cam best jek nak try....tapi will power kureng ahhhh
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2006 04:09 PM | Show all posts
kat malaysia ni sesuai ke low carb diet ni, sbb tahu la makanan malaysia ni kan.lainla westerner, takkan kita hari2 nak makan stik?.sayur mcm mana kene skip juga ke.tak ke kalau banyak protein nanti banyaklak kolesterol.

berapa lama kite kene maintain low carb diet ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2006 12:13 PM | Show all posts
mana cadangan masakan nya?
nak tau gak....
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2006 12:41 PM | Show all posts
takleh la sakura ikut sekali.....sbb  tgh peknen n akan menyusukan baby.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2006 12:52 PM | Show all posts
I tengah follow a high protein diet untuk 10 hari. Lepas 10 hari nanti I kena buat low carb punya pulak

To avoid: all kind of starchy foods macam rice, tepung (roti/pasta segala mee), ubi kentang. Gula, kuih & cakes, caffeine drinks. Buah pun tak leh makan sebab ada gula.
Banyakkan veges, fish, chicken tanpa kulit dan lean meat, tofu pun boleh replace meat

Ni I punya program untuk 10 hari:
Pagi :1 glass low fat milk, 2 scrambles eggs/hard boil eggs/2 sausages

Lunch : any amount of vegetables/ salad without dressing/ chicken soup without skin or 5 pieces of fish ball

Dinner: grilled lean meat or fish/ stir fried vege/steam tofu with chicken without skin/vege soup

Minum banyak air, at least 2 liter a day..tak nak yang sejuk punya. Sebab it will slower the metabolism..and kena makan 3 hrs sebelum time tidur. So far dah buat 2 hari, berat badan turun 500 grm

[ Last edited by  Calim閞o at 14-11-2006 01:29 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2006 02:07 AM | Show all posts
so kene try lah ni..nak kene turunkan banyak gak ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:32 PM GMT+8 , Processed in 0.269899 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list