CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11110|Reply: 21

CID 3278 (DRAMA AKSI POLIS) TV9

[Copy link]
Post time 4-8-2006 11:11 AM | Show all posts |Read mode
semalam pelancaran Drama Polis terbitan TV9 bertajuk CID 3278 dilancarkan di Pulapol

TV9 sedia gempur
Rabu, Mar 22, 2006
Source : Kosmo

Oleh MALIAH SURIP
maliah@kosmo.com.my

SEBUAH lagi rangkaian televisyen bakal memeriahkan hidup anda. Pernah dikenali sebagai Channel 9 yang beroperasi pada September 2003 di bawah stesen televisyen Metro Vision, stesen televisyen itu kini mahu dikenali sebagai TV9.

'Dihidupkan' semula oleh Media Prima Sdn. Bhd., TV8 memulakan siaran mereka pada 22 April depan. Sehubungan itu, pada majlis pelancaran perdagangannya, TV9 memperkenalkan rancangan-rancangan mernarik yang bakal mencuri tumpuan khalayak kepada para pelanggannya.

Stesen TV9 yang diterajui oleh Bukhari Che Muda selaku Ketua Pegawai Eksekutif mensasarkan masyarat Melayu sebagai khalayak penonton mereka.

"Sasaran ini selaras dengan misi kami iaitu mengisi kekosongan keinginan masyarakat Melayu yang sememangnya menjadi khalayak nombor satu televisyen di negara kita.

"Program-program yang dipertontonkan kelak pula mempunyai nilai tradisional yang tinggi yang mempunyai pertalian dengan masyarakat kita," jelas Bukhari pada majlis pelancaran perdagangan TV9 yang diadakan di Hotel Istana, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menerbitkan rancangan mengikut konsep seperti sasaran untuk golongan kanak-kanak, remaja serta golongan belia dan dewasa, terdapat banyak program yang menarik menanti di TV9.

Antaran yang dijangka hangat dan perhatian ialah rancangan agama pertama berbentuk realiti televisyen iaitu Akademi Al-Quran yang berusaha untuk mencungkil qari dan qariah. Rasional penerbitan program ini ialah untuk melengkapkan misi pembentukan rohani dan jasmani khalayak.

Bagi khalayak yang gemar mencari hiburan santai, Usik-Usik Chef Wan dilihat sebagai program paling menarik untuk diberi perhatian. Dihoskan oleh Chef Wan, rancangan bual bicara ini mengupas isu-isu menarik bersama selebriti dan orang ternama.

Drama yang pernah popular di TV3, Sembilu Kasih pula akan ditayangkan oleh TV9. Sudah mempunyai khalayak penonton sendiri, Sembilu Kasih dilihat sebagai program yang berpotensi mempunayi khalayak penonton yang ramai.

Sementara itu, rancangan 3 Hari 2 Malam yang dihoskan Fazley merupakan program penggembaraan yang akan menjelajah ke lokasi menarik di dalam negara. Latido, rancangan lewat malam yang pasti membuat penonton tidak tidur malam serta kartun yang telah dialih bahasa ke bahasa Melayu dan drama aksi CID 3278 juga dijangka akan menarik perhatian khalayak.

Stesen TV9 yang merupakan stesen televisyen keempat di bawah payang Media Prima selain TV3, ntv7 dan 8TV ini sudah bersedia menerajah pasaran dan memeriahkan industri penyiaran Malaysia.

Kategori Berita : Channel 9
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2006 01:26 PM | Show all posts
sape nyer cite nie??
agak2 ada mcm yusof haslam ke??
pelakon ckp sume xde nada .... cam baca skrip .......
urghhhh ........
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2006 04:18 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2006 03:21 PM | Show all posts
ok tak drama nih atau nampak poyo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2006 04:36 PM | Show all posts
betul aku tengok memang poyo semacam jer macam citer VCD..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2006 12:31 AM | Show all posts
best ker citer nih???
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-1-2007 11:34 AM | Show all posts
tengok macam tak dapat sambutan jer....
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2007 03:45 PM | Show all posts
nak try tgk mlm ni sbb Gerak Khas takde lagi..:pmuka:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2007 07:51 PM | Show all posts
cam tak best jer citer ni aku tgk semalam

pawang
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2007 07:52 PM | Show all posts
kalo ta silap citer ni production rosham nor yg buat
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2007 01:58 PM | Show all posts
Paling kaypo tak tahan nak gelak cite ni...bila tengok depa pakai cap CID...mak ai sebesar besar tulis CID tu...nak bagi tau satu dunia ka..depa ni CID....
Reply

Use magic Report

KakSri This user has been deleted
Post time 26-1-2007 02:52 PM | Show all posts
ditambah pulak ngan buat raid tapi 4 org je buat raid

back up sumer tak de, yang tangkap pun 4 org ni la yang tangkap, pastu yang kejo org jahat tu pun, berempat ni la...

pi raid naik keta Gen2 je, pastu org yang kena tangkap tu naik bas agaknya pi lokap

lawak la citer nih.



dibandingkan dgn Gerak khas tu, elok la GK tu lagik...
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2007 04:17 PM | Show all posts
tak pernah aku nengok citer nih.....gazet tak menarikss....
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2007 04:19 PM | Show all posts
X pernah nengok citer ni....gazet cam tak best jer...
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2007 11:41 PM | Show all posts
adik rosham pon ader dalam citer ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2007 11:42 PM | Show all posts
name dier azman noor
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2007 11:44 PM | Show all posts
aku pon dah fed up ngan rosham
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2007 11:40 AM | Show all posts
ni citer comedy nih..
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2007 02:39 PM | Show all posts

Reply #17 dacrusade's post

btol tuh...
dah busan giler nengok muke rosyam noor dah ceh..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2007 06:17 PM | Show all posts
Originally posted by KakSri at 26-1-2007 02:52 PM
ditambah pulak ngan buat raid tapi 4 org je buat raid

back up sumer tak de, yang tangkap pun 4 org ni la yang tangkap, pastu yang kejo org jahat tu pun, berempat ni la...

pi raid naik keta  ...


EHEM2...   cube bandingkan cid dengan gerak khas... gerak khas same cam sembilu.. balik2 jalan2 borak2.. lepas tu rush.. tangkap... elok ler cid tu.. baru nak naik.. esok luse elok ler citer tu.. aler name pun citer.. tapi lebih bagus dari gerak khas.. tengok dengan minda...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:31 AM GMT+8 , Processed in 0.068542 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list