Originally posted by pikacun at 9-5-2008 12:51 PM
hari-hari dpt duit belanja
simpan sikit, beli majalah
kalau rasa banyak kerja
duduk rehat, lepak jelah
badan tegap dan sasa
dia bekerja kuat sungguh
berehat kita kalau ada masa
kalau bekerja jgn bertangguh
Originally posted by pikacun at 9-5-2008 12:51 PM
hari-hari dpt duit belanja
simpan sikit, beli majalah
kalau rasa banyak kerja
duduk rehat, lepak jelah
beli tempe di pekan Labis
penjualnya pula ramah tamah
kerja kita tak pernah habis
kalau nak rehat kena balik rumah
Originally posted by pikacun at 12-5-2008 08:45 PM
petang-petang gi jalan-jalan
kalau ada sen lebih, terus ke melaka
hajat hati nak tanya soalan
tempe di pekan labis tu sedap ke?
sudah lama kita berjiran
hantar juadah yg ada gula
tempe memang kegemaran
tempe Labis apa specialnya pula?
Originally posted by pikacun at 20-5-2008 09:45 PM
anak mak leha bersopan santun
hajat hati nak meminang tapi tak sempat
bukannya kita, tanak berpantun
dah lama cari idea, masih tak dapat
sudah bangun dan gosok gigi
ubat gigi baru jenama Nanee
idea berpantun datang & pergi
kalau dah ada cepat2 masuk sini
Originally posted by jusoren12 at 20-5-2008 06:52 PM
ke pasar beli buah kuini
pergi bersama adik Ani
sunyi pulak benang pantun ini
luntur:call: jomlah berpantun sini
pergi ke pasar naik perahu...
di kemudi oleh jusoren..
sini sunyi luntur tak tau ;P
kerana luntur sibuk beli oren...
Originally posted by pikacun at 22-5-2008 09:21 PM
Ikan keli masak lada
hidangan istimewa untuk ibunda
emas intan kanda tiada
hanya pemanis kata, buat dinda
semua orang mempunyai nama
yang tiada pula selalu disisih
intan dan permata xtahan lama
kata manis dapat mengikat kasih :flower: