CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33563|Reply: 5

Adat Kebudayaan, Resam Rakyat dan Istiadat Diraja Brunei

[Copy link]
Post time 23-10-2006 05:38 PM | Show all posts |Read mode
... Sekarang.. Saya nak share dan nak info mengenai

Adat Kebudayaan, Resam Rakyat dan Istiadat Diraja Brunei

siapa yang nak share ngan kita orang, jom ah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-10-2006 05:52 PM | Show all posts
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM..

adalah sebuah negara yang berkonsep atau berfalsafah Melayu Islam Beraja (MIB). Adalah sebuah negara Melayu Islam dan masih mengekalkan sistem Beraja sebagai sistem negara.

Raja atau Sultan adalah pemegang tampuk kerajaan, juga sebagai yang dipertuan negara dan juga sebagai Perdana Menteri. Adat diraja ini, telahpun diamalkan sejak berkurun lamanya, semenjak bertapaknya agama Islam di Brunei. Sultan yang pertama memeluk agama Islam ialah, Awang Alak Betatar atau nama Islam Baginda Sultan Muhammad Shah setelah memeluk agama Islam di Johor pada kurun ke 14. Sultan Muhammad Shah, dipercayai berasal dari Kerajaan Srivijaya, kerana nenek baginda yang dipercayai bernama Sang Aji. Oleh itu, tidak diragui lagi, banyak pengaruh-pengaruh daripada Indonesia, sememangnya bertapak di Brunei, terutamanya dari aspek kebudayaan, dan adat yang lainnya, di samping pengaruh-pengaruh dari Hindu yang sememangnya juga mempengaruhi adat-adat Melayu di Malaysia dan lainnya.

Secara kasarnya, penggunaan perkataan "PANGERAN" adalah gelaran bagi ketua atau pemimpin diraja di Indonesia dahulu kala, yang mana Negara Brunei Darussalam sendiri juga ada menggunakan perkataan tersebut akan tetapi berbeza dari segi loghatnya iaitu "PENGIRAN" bagi gelaran untuk Kerabat Diraja Brunei. Contoh pada masa sekarang ialah gelaran bagi putera mahkota Brunei pada masa ini iaitu Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota PENGIRAN Muda Haji Al Muhtadee Billah ibni KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddien Waddaulah.



...bersambung...

[ Last edited by  LailaTempawan at 23-10-2006 05:56 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2006 06:05 PM | Show all posts
Adat Istiadat Diraja pula, sememangnya masih kekal diamalkan di Negara Brunei Darussalam yang permai ini, contohnya sahaja, semasa perkahwinan Diraja putera mahkota Brunei beberapa tahun yang lepas bersama pasangan hidup atau Suri Pengiran Muda Mahkota iaitu Dayangku Sarah atau gelaran pada masa sekarang ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, yang sungguh gilang gemilang, dan halus seni adat diraja. Adat perkahwinan tersebut di antaranya ialah Istiada Besuruh, Istiadat Malam Berbedak, Istiadat Berpacar Diraja (Berinai), Istiadat Muleh Tiga Hari, Istiadat Berbedak bedak mandi, dsb.

Bagi Istiadat perkahwinan bagi rakyat orang Brunei pula, sememangnya tiadalah jauh perbezaannya dengan istiadat perkahwinan diraja, cuma ada beberapa elemen dalam majlis perkahwinan orang brunei adalah dikurangkan daripada istiadat diraja Brunei, seperti Istiadat Menghantar Tanda iaitu pihak lelaki menghantar seorang kanak kanak perempuan sebagai Tanda untuk pengantin perempuan semasa istiadat meminang adalah ditiadakan bagi majlis perkahwinan rakyat orang Brunei.


ISTIADAT BERSANDING DIRAJA ANAKNDA YTM PENGIRAN ANAK PUTERI HAJAH NORAIN (ADINDA SULTAN HASSANAL BOLKIAH) BARU-BARU INI.

Semasa perkahwinan ini, mempelai lelaki memakai pakaian melayu lengkap dengan Tanjak Brunei


....bersambung...

[ Last edited by  LailaTempawan at 24-10-2006 08:25 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2006 09:48 AM | Show all posts

salam,

Dulu Remy3D selalu gak kasi info ttg kebudayaan Brunei..

Dah lama tak nampak beliau.  Nanti I contact beliau...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2006 12:18 PM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 26-10-2006 09:48 AM
Dulu Remy3D selalu gak kasi info ttg kebudayaan Brunei..

Dah lama tak nampak beliau.  Nanti I contact beliau...



Thanks.. hope he/she will be able to contribute the information in this thread..
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2006 04:02 PM | Show all posts
Originally posted by LailaTempawan at 26-10-2006 12:18 PM



Thanks.. hope he/she will be able to contribute the information in this thread..


Laila Remy3D is a he :bgrin:

insyaallah hom will try to contribute gak...tapi susah gak pasal hom tak arif tentang royalty ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 04:13 AM GMT+8 , Processed in 0.551490 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list