CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Field Hockey -

[Copy link]
Post time 24-1-2008 10:34 AM | Show all posts

Hockey/Under-21 Eight-Nation Tournament: Let down by poor fitness

MALAYSIA'S poor fitness led to a 4-0 defeat by the Netherlands in the Under-21 Eight-Nation Tournament at National Hockey Stadium in Bukit Jalil last night.

The Malaysians looked impressive in the first half but were huffing and puffing in the next 35 minutes.

The Dutch, who needed a victory to stay on course for Sunday's final, went on the offensive right from the start and scored in the 15th minute through Lukas Siebinga' at close range.

However, the goal stirred the Malaysian youngsters to fight back harder and they could have scored on several occasions but were denied by Dutch keeper Laurens Goedegebuure.

In the 19th minute, Malaysia earned their first penalty corner but it came to nothing. A minute later, key defender Mohd Nor Hafiq Abdul Gaffar was stretchered off the field after being hit on the forehead.

Mohd Noor Khairul Azrain Adnan came close to scoring in the 28th minute when he dribbled past several Dutch defenders but his weak attempt was turned away by Goedegebuure.

In the final minute of the first half, Malaysia earned their second penalty corner. Captain Ahmad Kazamirul Nasruddin's low flick beat the Dutch defence but not Goedegebuure.

However, Malaysia could not sustain their performance and the Netherlands took advantage of it to score three goals within eight minutes.

Bas Campbell's powerful direct hit in the 52nd minute and Johrus Gommers' penalty corner conversion two minutes later, put the Dutch side 3-0 up. They added the fourth goal off a Mink Van Der Weerden's penalty corner in the 60th minute.

Malaysia coach V. Muralidharan said: "We played a well-structured game in the first half but my boys could not cope in the second half. I have to admit that fitness is the main problem."

Meanwhile, India recorded an impressive 5-1 win over Germany yesterday to top the standings with 13 points from four wins and a draw.

Defender Diwakar Ram was the toast of the Indian team when he scored a brace, both from penalty corners in the ninth and 50th minutes. The other goals for India were scored by Pramod Kumar in the 12th minute, Dharamveer Singh (61st min) and Lalit Upadhyay (70th). Germany replied through Marx Robert in the 57th minute

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2008 12:11 PM | Show all posts

Pendedahan berguna skuad remaja

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril@kosmo.com.my

JURULATIH skuad hoki remaja negara, V. Muraleedharan bersikap positif walaupun skuad bimbingannya itu tewas 0-4 kepada Belanda pada Kejohanan Hoki Remaja Undangan Lapan Negara Dunia semalam.

Biarpun mengalami kekalahan keempat dalam lima penampilan itu, Muraleedharan tetap menganggap ia satu pendedahan yang amat berguna buat anak buahnya pada kejohanan peringkat antarabangsa.

Ini kerana, apa yang paling diutamakannya ialah peningkatan yang dipamerkan oleh pemainnya dalam usaha membentuk persefahaman yang mantap.

"Jika dilihat kepada standard pasukan kita dan pasukan remaja dunia lain, memang ada banyak perbezaan," kata Muraleedharan.

"Tetapi jika dinilai dengan persiapan kami yang hanya mengambil masa selama tiga minggu sebelum kejohanan ini, saya rasa pencapaian kita masih lagi baik dan memuaskan hati saya.

"Keputusan perlawanan tidak berapa penting kerana fokus utama kami ialah membentuk pasukan yang mantap menjelang Kejohanan Hoki Remaja Dunia tahun depan.

"Saya dapati pemain kita juga telah mempamerkan peningkatan dalam setiap perlawanan pada kejohanan ini," ujarnya.

Begitupun, apa yang merisaukan jurulatih skuad remaja Sekolah Sukan Bukit Jalil itu ialah tahap kecergasan dan stamina pemainnya yang kurang memuaskan.

"Tahap stamina dan kecergasan pemain kita masih lagi kurang memuaskan. Ini yang perlu dipertingkatkan lagi.

"Malah, pada babak kedua tadi (menentang Belanda) pun kita gagal menyaingi kepantasan pihak lawan, sekali gus menyebabkan kita bolos tiga gol.

"Kita harus beri mereka sedikit masa lagi untuk mematangkan lagi gaya permainan pasukan ini," kata Muraleedharan.

Skuad remaja negara yang ketinggalan 0-1 pada babak pertama cuba bangkit dengan tempo permainan yang pantas dan lebih agresif pada babak kedua.

Namun, selain gagal menyaingi tempo pemain Belanda, kegagalan menyudahkan peluang yang terhidang di depan pintu gol turut menjadi penyebab kegagalan mereka.

"Saya akui penyudah kita masih lagi tumpul. Pemain bukannya tidak ada idea atau kurang keyakinan, mereka cuma hilang konsentrasi apabila berada di depan gol lawan.

"Pemain Belanda juga bermain dengan pantas dan kita gagal menyaingi mereka. Tapi keseluruhannya saya puas hati kerana mereka masih belum putus asa dan terus berjuang mencari gol. Itu sikap positif yang harus diberi pujian," katanya lagi.

Hari ini skuad negara akan berdepan satu lagi pasukan pilihan, India sebelum berdepan Jerman pada perlawanan terakhir Sabtu ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2008 04:19 PM | Show all posts
2008/01/27
Hockey: Poor show by Malaysians



MALAYSIA played one of their worst matches when they lost 3-1 to Germany in the final pool match of the Under-21 Eight-Nation Invitational at the National Hockey Stadium in Bukit Jalil last night.
The national juniors will meet South Korea today in the seventh-eight placing match, to decide who end up as the wooden spoonists.

India, who had already qualified for the final before yesterday's match, played to a 3-3 draw against the Netherlands to top the table, leaving Australia only the task of beating New Zealand in the last match to pip Netherlands to the final.

Australia beat New Zealand 6-1 and will meet India in the final today. Both Australia and Netherlands ended with 15 points, but Australia advanced on number of matches won.

The Germans scored while playing at half pace, off Fabian Bouwens (14th), Marlin Haner (37th) and Jan Fleckhaus (48th). The Malaysian goal was slotted in by Noor Khairul Azrain in the 57th minute.



ntah bila la pasukan hockey malaysia ni nak smart up dan main with their might... dari setahun ke setahun makin menurun prestasi... aku masih menunggu berulangnya zaman kegemilangan hockey ni! huhu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2008 08:30 AM | Show all posts
Saturday February 2, 2008

Hockey: Easy pick for Sarjit

By S. RAMAGURU

KUALA LUMPUR: National hockey coach Sarjit Singh had 32 players in his training squad but he only wanted 22 for the three-week playing tour of Australia, which will begin on Monday.

Having to drop 10 players would have been a tough decision but in the end it was an easy one. He only had to leave one player out.

Jiwa Mohan quit last week while eight others are still injured.

In the end, goalkeeper Khairul Nizam Ibrahim was the only one dropped for the tour Down Under.

The eight players still on the injury list are Jivan Mohan, Nabil Fiqri Mohamed Nor, Zulkifli Rejab, Megat Azrafiq, Mohamed Firus Mohd Wanasir, Mohamed Shukri Mutalib, Herman Pami and G. Sasitharan.

揥e decided to drop Khairul as we had three goalkeepers in the team,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2008 12:55 PM | Show all posts
Argentina, Ireland NZ langkah kanan

AUCKLAND: Lucas Vila menjaringkan tiga gol sewaktu pasukan ketujuh dunia, Argentina menumpaskan Amerika Syarikat 9-1 pada perlawanan pembukaan kejohanan hoki kelayakan Olimpik, semalam.

Ireland pula menewaskan Perancis 4-0 dan New Zealand menjinakkan Trinidad and Tobago 12-0 pada hari pembukaan kejohanan enam negara yang berlangsung sehingga 10 Februari.

Pemenang kejohanan akan layak ke Sukan Olimpik di Beijing, Ogos depan.

Vila membuka tirai jaringan untuk Argentina selepas dua minit dan mencatatkan hatrik empat minit sejurus separuh masa kedua. Kedudukan separuh masa pertama, Argentina mendahului 5-0.

Gol sagu hati Amerika Syarikat diperoleh beberapa saat sebelum masa permainan tamat.

Michael Watt menjaringkan dua gol pada separuh masa kedua untuk Ireland, selepas mereka mendahului Perancis 1-0 pada separuh masa pertama. Mark Gleghorne dan John Jermyn turut menjaringkan gol.

New Zealand yang mempunyai kelebihan selaku tuan rumah, akan bertemu dengan Argentina hari ini.

Argentina menjadi pasukan pilihan untuk layak ke Olimpik selepas terlepas peluang layak secara automatik apabila tewas menerusi pukulan penalti di tangan Kanada tahun lalu. - AP

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2008 02:41 PM | Show all posts

Jiwa fokus kerjaya

Oleh Bazly Azmi
bazly@hmetro.com.my

PERSEDIAAN skuad hoki negara menjelang kempen kelayakan Sukan Olimpik di Kakamigahara, Jepun, April depan menerima tamparan hebat apabila tonggak utama, Jiwa Mohan mengumumkan persaraan, semalam.

Keputusan mengejutkan itu ekoran komitmen yang mahu diberikannya terhadap kerjaya sebagai Jurutera Mekanikal syarikat telekomunikasi, Sapura Berhad selepas diberi pelepasan lebih setahun lalu.

Jiwa berkata, perkara itu sudah difikirkan sejak setahun lalu sebelum menyerahkan surat tunjuk sebab kepada jurulatih, Sarjit Singh pada 17 Januari lalu iaitu sehari sebelum menamatkan kem latihan pusat di Mersing, Johor.

揑ni keputusan saya sendiri, tiada kena-mengena pihak lain. Saya fikir keutamaan dalam hidup saya sekarang ialah membina karier selepas lebih 10 tahun menumpukan fokus terhadap hoki.

揔etiadaan saya tidak banyak memberi kesan terhadap prestasi Malaysia sejak Sarjit memanggil semula Kuhan dan Amin bagi menajamkan pukulan sudut penalti.

揓adi, saya fikir ini masa paling sesuai mengundurkan diri kerana persiapan ke Jepun masih berbaki kira-kira dua bulan lagi. Pemain masih memiliki cukup masa u memperbaiki kekurangan,
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-2-2008 02:45 PM | Show all posts

Hoki tetap fokus

Oleh Bazly Azmi
bazly@hmetro.com.my

KAPTEN skuad hoki negara, Azlan Misron optimis persaraan tonggak pertahanan, Jiwa Mohan tidak menggugat fokus Malaysia menjelang kempen kelayakan Sukan Olimpik di Kakamigahara, Jepun, 15-13 April depan.

Namun, Azlan berkata, strategi skuad negara terpaksa dirombak semula untuk disesuaikan dengan keupayaan pengganti Jiwa selepas menjalani persediaan lebih setahun lalu.

揔ami memiliki tiga pilihan iaitu Amin (Muhamad Amin Rahim), Baljit (Singh Sarjab Singh) dan Salihin (Mohd Ghani) untuk menggantikan tempat Jiwa di pertahanan kiri. Jadi, aksi pasukan tidak begitu tempang selepas ketiadaannya.

揟api, strategi perlu dirombak semula kerana peranan Jiwa agak besar dalam pasukan. Saya yakin peluang Malaysia layak ke Olimpik tetap cerah biarpun ditimpa berita mengejutkan ini,
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2008 02:47 PM | Show all posts

Hockey: Kuhan, Amin recalled for Oz tour

THE national hockey players head Down Under tomorrow for a 10-match series, with an aim of returning better prepared for the Olympic Qualifiers in April.

Three stalwarts were left behind due to injuries, while two ex-internationals received a new lease of life.

"Jivan (Mohan), Megat (Azrafiq) and Shukri (Mutalib) are injured and will be left behind, and in their absence, I will get the chance to try out (S.) Kuhan and Amin (Rahim)," said chief coach Sarjit Singh.

Kuhan and Amin were dropped after the 2006 Doha Asian Games, but were recalled after No 1 penalty corner flicker Zulkifli Rejab was ruled out for six months following surgery on his knee cap.

"I badly need a good penalty corner flicker, and this tour of Brisbane and Sydney will also tell me how much Kuhan and Amin have improved after returning to training.

"So far, they have been coping well, and now I will get a chance to see how they perform in match situations," said Sarjit.

And with Jiwa Mohan, 27, with 221 caps, calling it quits due to work commitments, the back-line will be severely tested in the friendlies.

"The back-line was the weakest during the Champions Trophy, and now with Megat and Jiwa not in the Tour, I will test new combinations and see what comes out."

Malaysia, world No 14, will be up against world No 1 Germany, Japan (No 11), Italy (No 37, who have replaced Czech Republic), Poland (No 21) and Switzerland (No 33) in the Qualifier from April 5-13 in Kakamigahara in Japan.

Only the gold medallists from the Qualifier will advance to the Beijing Olympics.

THE SQUAD: S. Kumar, Hanafi Hassan, Baljit Singh Sarjab Singh, Engku Malek, Sallehin Ghani, Amin Rahim, S. Kuhan, Baljit Singh Charun Singh, Shahrun Nabil, Azlan Misron, Anuar Sham, Kelvinder Singh, Madzli Ikmar, Chua Boon Huat, S. Selvaraju, Razie Rahim, Hafifi Hafiz, Ismail Abu, Tengku Ahmad Tajuddin, Riduan Nasir, Sufian Mohamed, Amerullah Aziz.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2008 05:24 PM | Show all posts
Hockey: Malaysians go down to Queensland
By : JUGJET SINGH


THE Malaysian hockey team fell to their first defeat against Queensland State yesterday, losing 3-1 due to their inability to recover as quickly as the Aussies.
It was their third match against the Queensland side, with Malaysia winning 4-1 and 2-1 earlier.

揗ost of the players were slow as it was their third straight match. Only (S.) Kuhan, Baljit Singh and (Shahrun) Nabil played well, while the rest were heavy on their feet,
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2008 05:28 AM | Show all posts
Kelantan sasar juara hoki remaja kebangsaan

KOTA BHARU - Walaupun baru pertama kali menyertai Liga Hoki Remaja Kebangsaan 2008 bawah 19 tahun, pasukan negeri ini menyasarkan untuk muncul juara pada kejohanan itu yang akan berlangsung di Perlis pada 15 Februari ini.

Setiausaha Persatuan Hoki Kelantan (PHK), Zahari Daud berkata, keyakinan itu berdasarkan kepada keupayaan 20 pemainnya yang sebelum ini dipinjamkan untuk bermain dengan kelab di luar ekoran daripada beberapa masalah teknikal yang dihadapi di negeri ini.

Beliau berkata, antara masalah yang dihadapi mereka ialah ketiadaan kemudahan padang tiruan yang lengkap dan menyebabkan mereka terpaksa berlatih di padang rumput biasa.

"Mereka juga kurang terdedah dengan sebarang pertandingan hoki sama ada peringkat tempatan atau tempatan kerana masalah ketiadaan padang tiruan itu apabila tiada kejohanan berprestij di adakan di negeri ini.

"Walaupun hanya berlatih di padang rumput biasa tetapi mereka telah menunjukkan bakat dan keupayaan yang memberangsangkan setanding dengan pemain negeri lain yang berlatih di padang tiruan," katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Pakaian Sukan kepada anggota pasukan PHK/Majlis Sukan Sekolah Kelantan (MSSK) di sini, semalam.

Zahari yang juga Ketua Sektor Pengurusan Sekolah JPN negeri berkata, 20 pemain berbakat itu dipilih daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hamzah, Machang; SMK Putera, Kota Bharu; SMK Tanah Merah 1, Tanah Merah dan SMK Sultan Ibrahim 1, Pasir Mas.

Beliau amat berharap Majlis Sukan Negara agar dapat menyediakan kemudahan lengkap untuk bakat hoki di negeri ini termasuk membina lebih banyak padang tiruan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2008 06:28 AM | Show all posts
Gantung seumur hidup jika bermasalah

KUALA LUMPUR
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2008 07:10 AM | Show all posts
Hoki cinta pandang pertama - Sarjit

Oleh: HISYAMUDDIN AYUB

PEMBERIAN hadiah kayu hoki dari India daripada kedua-dua ibu bapa selepas pulang menziarah keluarganya di negara tersebut benar-benar menghasilkan kejayaan besar buat jurulatih pasukan hoki Malaysia, Sarjit Singh.

Hadiah kayu hoki yang diterimanya pada ketika usia sembilan tahun itu telah membuatkan hati Sarjit untuk terus jatuh cinta kepada sukan hoki.

"Hoki adalah sukan yang menarik dan ia sudah menjadi seperti darah daging kepada saya dan ahli keluarga yang lain.

"Bila tengok sahaja kayu hoki, saya sudah boleh rasa seronok. Kalau dah main, lagilah dapat merasai keseronokannya," katanya kepada Mingguan Malaysia.

Sarjit, anak kelima dari sembilan adik-beradik berkata, semua ahli keluarga lelakinya bermain hoki dan semuanya bermain sehingga peringkat negeri.

Jelasnya, hanya dia dan adiknya sahaja yang berjaya mewakili negara.

"Kini, anak lelaki saya pula sudah menunjukkan bakat dalam sukan hoki dan berjaya menempatkan diri dalam skuad hoki negara bawah 16 tahun," katanya.

Sarjit berkata, dia tidak pernah terfikir untuk melupakan sukan hoki dan akan terus menabur bakti di dalam pembangunan sukan tersebut.

Katanya, berdasarkan pengalaman yang dimiliki, dia boleh terus membantu meningkatkan sukan hoki negara ke peringkat yang lebih tinggi.

Jelasnya, dia boleh terus menabur bakti kepada negara sehingga akhir hayatnya.

Katanya, sukan hoki adalah satu sukan yang amat unik kerana ia menggunakan semua anggota badan, dari bahagian kepala sehingga ke bahagian kaki.

Selain itu, kata beliau, sukan hoki merupakan satu sukan yang sangat memberi kepuasan kerana ia membolehkan pemain untuk melakukan pelbagai kemahiran.

Menurut Sarjit, bukan semua orang mampu untuk bermain hoki kerana ia memerlukan seseorang itu untuk berada dalam keadaan yang sangat menyusahkan, iaitu membongkok.

"Tetapi, kedudukan tersebut tidak menyusahkan para pemain dan peminat sukan hoki," katanya.

Selain meminati sukan hoki, Sarjit masih meminati sukan lain seperti tenis dan badminton.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2008 09:21 PM | Show all posts
Tuesday March 25, 2008

Hockey: Kuhan and Amin get to know their fate today


By S. RAMAGURU


KUALA LUMPUR: Veterans S. Kuhan and Mohamed Amin Rahim will know today if their hard work over the last three months has paid off when the final squad of 18 are named for the Olympic qualifying tournament in Japan from April 5-13.

The duo were among the seniors dropped from the national team after the 2006 Doha Asian Games in which Malaysia performed dismally to finish sixth.


Joy or despair: Mohamed Amin (above) and S. Kuhan (below, right) in the running for a place in the Olympic qualifiers.
But injury to regular penalty corner flicker Zulkifli Rejab saw the two specialist drag flickers getting recalls to the national training squad 12 months later in last December.

Kuhan and Amin, who are 29 and 28-years-old respectively, have slowed down but coach Sarjit Singh said that both of them have been able to cope with their younger team-mates in training. Another senior player dropped after the Doha Asiad, Mohamed Madzli Ikamr, was recalled to the team last June and he now commands a regular place in the backline.

Kuhan is expected to take up a midfield role while Amin will vie for a place in defence. The injury to another regular fullback, Megat Azrafiq Megat Termidzi, has resulted in them to have a new combination in defence.

Amin could fit the bill but Jiwa Mohan, who came out of retirement recently to help in the Malaysian cause, is expected to lock up that position. Jiwa抯 fitness is also not a problem and his experience will prove useful.

There are 30 players in the team, including the injured ones. Besides Zulkifli and Azrafiq, forward Nabil Fiqri Mohamed Not is also down and will not be considered for selection.

Kuhan said that he wanted to play a part in the team's campaign in Japan and certainly did not want to make up the numbers.

揑 do not expect to play the full 70 minutes of a match but I believe I can make valuable contributions. I do not have a problem fitting in with the others as they have been with the team for sometime now,
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2008 11:18 PM | Show all posts
Misi getir skuad hoki

KUALA LUMPUR
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2008 07:39 AM | Show all posts
Menanti sentuhan ajaib Sarjit
Oleh Hasnira Hassan

TEPAT jam 1 petang ini, 11 pemain terbaik skuad hoki negara akan memulakan perjuangan sebenar bertemu Poland di Stadium Kakamigahara, Jepun, bagi mendapatkan tempat ke Beijing.

Pastinya mata penuh pertama itu penting bagi skuad negara yang diketuai Azlan Misron buat menyemarakkan semangat mengakhiri saingan sehingga 13 April ini, walaupun impian melihat Malaysia menggenggam tiket ke Olimpik diramalkan tipis.

Tidak mustahil juga andai percaturan bijak Sarjit mampu melakar keajaiban, sekali gus menambah kontinjen negara ke Beijing, Ogos ini.



Namun, ketika impian masih kabur, perjuangan tetap diteruskan seperti yang ditegaskan jurulatih negara, Sarjit Singh sebelum ini - `terpaksa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2008 07:52 PM | Show all posts
Hoki Kelayakan Olimpik 2008: Skuad negara menang
05/04/2008

KUALA LUMPUR 5 April
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2008 06:26 AM | Show all posts
Ujian getir jumpa Jerman

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD



SANDARAN... Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil (kanan) antara sandaran skuad Malaysia untuk merobek gawang Jerman, hari ini.- AP

KUALA LUMPUR - Corak bertahan dan mencuri satu mata menjadi strategi dan sasaran utama skuad hoki negara apabila menghadapi juara dunia, Jerman dalam Kelayakan Sukan Olimpik di Stadium Hoki Green, Kakamigahara, Gifu, Jepun, hari ini.

Dengan kehebatan lawan membelasah Switzerland 10-0 dan Itali 8-0 sejak Sabtu lalu, jurulatih negara, Sarjit Singh mengakui mereka perlu mengutamakan pendekatan berhati-hati dengan menambah pemain di barisan belakang selain tidak boleh mengambil risiko.

"Jika kita mampu mengikat Jerman, peluang ke Sukan Olimpik Beijing (Ogos ini) masih terbuka tetapi jika kalah, laluannya bakal sukar kerana kita juga perlu bergantung kepada keputusan pasukan lain.

"Jadi, salah seorang penyerang akan diketepikan buat sementara untuk memberi peluang kepda seorang pemain tambahan memantapkan pertahanan Malaysia," katanya yang turut terdesak memulihkan semangat pemain selepas nyaris diaibkan Itali sebelum seri 4-4, kelmarin.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi di hotel penginapannya, semalam.

Sarjit yang membawa Malaysia muncul naib juara Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh dan tempat ketiga dalam Piala Asia di Hong Kong tahun lalu, tidak menamakan penyerang yang digugurkan itu tetapi ia dijangka antara S. Selvaraju dengan Ismail Abu.
Tiga lagi penyerang negara ialah Razie Rahim, Chua Boon Huat dan Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil yang telah menyumbat dua gol, masing-masing menerusi pukulan sudut penalti dan jaringan padang.

Malaysia yang mengumpul empat mata di tangga ketiga hanya menewaskan Poland 2-1, Sabtu lalu tetapi kegarangan Jerman, pendahulu kedudukan liga cukup menggusarkan setiap lawan termasuk tuan rumah, Jepun yang berada di tangga ketiga.
Sarjit juga tidak ragu-ragu untuk menurunkan penjaga gol kedua, Hanafi Hassan bagi menggantikan S. Kumar yang didapati agak gementar dan melepaskan empat gol tetapi rombakan itu masih perlu bergantung kepada keadaan perlawanan dengan Jerman.

"Ia salah satu pilihan lain untuk menguatkan benteng kita kerana saya dapati Jerman pantang diberikan gol dalam 20 minit terawal kerana ia bakal mendorong lebih banyak serangan atau jaringan lawan," kata bekas ketua pasukan negara era 80-an hingga awal 90-an ini.

Kata Sarjit, Jerman yang menewaskan Malaysia 3-2 dalam pertemuan terakhir ketika Trofi Juara-Juara, November lalu, memiliki empat pemain yang pakar dalam penyudahan sudut penalti sekali gus berupa ancaman besar buat anak buahnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2008 04:02 AM | Show all posts
Malaysia bernafas kembali
KUALA LUMPUR - Malaysia kembali menghidupkan peluang untuk layak ke Sukan Olimpik Beijing Ogos ini, selepas mencatatkan kemenangan ke atas pasukan Switzerland 4-3 di Kakamigahara, Jepun semalam, lapor FERZALFIE FAUZI.

Gol Malaysia disumbangkan oleh Muhd. Razie Abd. Rahim pada minit ke-15, 67, manakala dua gol lagi dijaringkan oleh Chua Boon Huat pada minit ke-35 dan Kevinder Singh Makbul Singh pada minit ke-41 yang memberikan tiga mata berharga buat Malaysia.

Perlawanan pada separuh masa pertama agak seimbang di antara kedua-dua pasukan walaupun Malaysia mendahului pada separuh masa pertama melalui jaringan padang Muhd. Razie pada minit ke-15.

Selang beberapa saat selepas itu Malaysia dikejutkan dengan jaringan penyamaan pantas Switzerland menerusi sentuhan mudah Thomas Gahwiler.

Bagaimanapun Malaysia kembali mendahului pasukan dari Eropah itu menerusi jaringan pemain berpengalaman, Chua Boon Huat pada minit ke-35 menerusi pukulan cantik sebelum perlawanan separuh masa pertama ditamatkan.

Enam minit selepas perlawanan bersambung Kevinder Singh menjaringkan gol ketiga Malaysia tatkala pemain negara menguasai permainan pada awal babak kedua dan pada minit ke-51, Ismail Abu mempunyai peluang untuk menjadikan kedudukan 4-1 namun pukulannya tersasar.

Switzerland menambah jaringan menerusi Thomas Gahwiler pada minit ke-64 selepas menerima hantaran kebelakang yang menarik dari Ulrich Bergman, bagaimanapun Malaysia yang menguasai permainan pada babak kedua berjaya menambah jaringan menerusi Muhd. Razie lima minit sebelum perlawanan tamat.

Dalam masa tambahan Switzerland berjaya menjaringkan gol ketiga melalui pukulan sudut penalti oleh Philip Keller tetapi sudah terlambat untuk menyekat kemenangan Malaysia.

Skuad negara harus mencatatkan kemenangan ketika bertemu Jepun esok dalam perlawanan terakhir peringkat round robin. Dua pasukan teratas kumpulan itu akan bertemu dalam perlawanan akhir.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2008 07:36 AM | Show all posts
Sarjit makin tidak senang duduk

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril@kosmo.com.my

PRESTASI buruk yang dipamerkan skuad hoki negara ketika menentang Switzerland kelmarin sudah mula merisaukan jurulatihnya, Sarjit Singh.

Di sebalik kemenangan tipis 4-3 pada aksi keempat Kejohanan Kelayakan Olimpik di Kakamigahara, Jepun itu, jurulatih negara jelas sekali kurang berpuas hati dengan corak permainan anak buahnya.

Dan pening kepala Sarjit mungkin akan bertambah jika aksi yang sama dipamerkan pada perlawanan terakhir dengan tuan rumah, Jepun hari ini, perlawanan yang disifatkannya sebagai penentu hidup dan mati misi negara ke perlawanan akhir kejohanan kelayakan ini.

"Prestasi pemain semalam (kelmarin) memang kurang memuaskan," kata Sarjit ketika dihubungi Kosmo! semalam.

"Tapi yang penting, kita menang walaupun tipis. Kita juga bernasib baik kerana Jepun tewas kepada Jerman, jadi peluang kita untuk layak ke perlawanan akhir akan ditentukan esok (hari ini dengan Jepun).

"Cuma apa yang perlu kita laku- kan ialah perkemaskan lagi kubu pertahanan yang dilihat goyah dan perkemaskan lagi jentera serangan. Kita tidak boleh melepaskan banyak peluang seperti semalam (kelmarin) lagi," katanya.

Menurut bekas pemain kebangsaan itu, beliau yakin dengan kemampuan anak buahnya menjelang pertemuan hari ini, namun tidak mahu pemain terlalu berhati-hati dengan corak permainan pantas pemain Jepun.

"Kita tidak boleh duduk diam dengan rentak permainan pantas Jepun. Kita perlu lakukan yang terbaik dan perkemaskan kekuatan pada setiap posisi.

"Apa yang kita boleh lakukan ialah mencari gol seawal mungkin untuk menjejaskan rentak mereka. Kalau pemain pertahanan kita boleh menyerap asakan mereka dengan baik, saya yakin kita mampu menang ke atas mereka.

"Rekod kita ke atas Jepun juga agak baik dan setelah melihat moral pemain ketika latihan hari ini (semalam) saya tetap yakin dengan peluang kita.

"Yang pastinya, kita tidak akan menyerah kalah begitu saja. Kita perlu lebih menggunakan peluang pukulan sudut penalti dan jika berjaya, saya memang puas hati," kata Sarjit lagi.

Hari ini skuad negara akan turun tanpa pakar flick, S. Kuhan yang mengalami kecederaan dan masih belum cergas biarpun beraksi pada babak pertama ketika menang ke atas Switzerland.

Penyerang muda, Mohd. Razie Rahim mungkin bakal diturunkan sekali lagi oleh Sarjit selepas pemain Sekolah Sukan Bukit Jalil itu mele- dakkan dua gol penting kelmarin.

Malaysia kini mengumpul tujuh mata di tempat ketiga, dua mata di belakang Jepun yang menduduki tangga kedua.

Juara dunia, Jerman sudahpun layak ke perlawanan akhir selepas menang semua empat perlawanan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2008 03:52 PM | Show all posts
walaupun aku x minat sgt hoki ni,,td aku tgk gak live m'sia vs japan..
sayang seri 3-3...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:38 AM GMT+8 , Processed in 0.240855 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list