CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Field Hockey -

[Copy link]
Post time 7-8-2012 08:21 AM | Show all posts
London Olympic Park Hockey Stadium










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2012 06:15 PM | Show all posts
Hoki Piala Tun Razak : 3 pemain senior perkuat cabaran Terengganu



4 Oktober 2012



TIGA pemain senior adalah antara 16 pemain disenaraikan Persatuan Hoki Terengganu (PHT) bagi membawa cabaran Terengganu pada Kejohanan Hoki Piala Tun Razak ke-50 di Kuantan, Pahang dari 14 hingga 23 Oktober ini.

Setiausaha PHT Sabri Salleh berkata tiga pemain senior yang akan memperkuatkan pasukan Terengganu dalam memburu kejuaraan pertama pada kejohanan itu ialah Mohd Sharun Nabil Abdullah, Shahrin Mohamad dan Engku Abdul Malik Engku Mohamad.

" Pemain selebihnya terdiri daripada muka baru yang mewakili Terengganu dalam acara hoki pada Sukan Malaysia (Sukma) di Pahang Julai lepas, " katanya kepada Bernama.

Beliau berkata ketika ini, kebanyakan pemain Terengganu menyertai Kejohanan Liga Hoki Malaysia (LHM) dengan mewakili beberapa pasukan, antaranya Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sapura, Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dan Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC).

Katanya Terengganu mempunyai peluang cerah merangkul kejuaraan sulung pada kejohanan tersebut berdasarkan prestasi semasa pemain dalam kejohanan LHM.

Beliau, bagaimanapun berkata PHT sedikit terkilan kerana tidak dapat mengumpulkan semua pemain menjalani pusat bagi menghadapi kejohanan itu kerana masing-masing terikat dengan kejohanan LHM.

" Kita mungkin dapat kumpulkan mereka di Kuantan pada 12 Oktober selepas perlawanan akhir kejohanan LHM yang dijadualkan pada 10 Oktober, " katanya.

Terengganu menamatkan cabaran pada kejohanan tersebut tahun lepas di tempat ketiga dan ia merupakan pencapaian terbaik pasukan itu dalam penyertaan mereka pada Piala Tun Razak.

Sabri berkata Piala Tun Razak tahun ini juga akan menjadi pentas mengenal pasti pemain bagi mewakili pasukan hoki dari Terengganu yang akan ditubuhkan tahun depan untuk bersaing dalam kejohanan LHM.

Pada Piala Tun Razak kali ini, beliau berkata, pasukan Terengganu akan dibimbing oleh jurulatih Nik Rozimi Nik Mohamad.



- Bernama / Sinar Harian -




Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2012 06:36 PM | Show all posts
KLHC waspada amukan Maybank




Oleh NOR AZIRAN YUNUS
aziran.yunus@kosmo.com.my



PENYANDANG juara, Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) tetap berwaspada dengan kebangkitan Maybank apabila kedua-dua pasukan itu berentap pada aksi separuh akhir pertama Piala Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Stadium Hoki Nasional 2, Bukit Jalil hari ini.

Selepas tewas kepada KLHC dalam kedua- dua aksi liga sebelum ini, Maybank pastinya tampil ibarat ‘harimau terluka’ ketika berdepan dengan kelab yang berpangkalan di Kuala Lumpur itu.

Justeru, pengurus KLHC, George Koshy awal-awal lagi telah memberi amaran kepada anak-anak buahnya agar tidak memandang rendah keupayaan Maybank.

“ Walaupun dalam perlawanan liga lebih memihak kepada kami tetapi saya menjangkakan dalam saingan Piala TNB, saingan pasti berbeza,

“ Tambahan pula, pasukan Maybank akan diperkuat dengan dua pemain dari Pakistan, Muhammad Waqas dan Shakeel Abbasi, selain mereka kini dibarisi pemain muda yang semakin matang, ” kata Koshy.

Jurulatih Maybank, Wallace Tan pula berkata, skuad kendaliannya akan tampil selaku pasukan underdog dalam perlawanan tersebut.

“ Kami tidak mempunyai barisan pemain bintang dalam pasukan tetapi saya selalu mengingatkan kepada para pemain saya untuk bermain sebagai satu pasukan.

“ Kami perlu keajaiban untuk mengalahkan mereka (KLHC) tetapi halangan itulah yang menjadikan permainan ini lebih menarik sebenarnya,” kata Wallace.

Dalam satu lagi aksi separuh akhir, TNB akan membuat perhitungan dengan Sapura.

Bagi jurulatih TNB, Nor Saiful Zaini Nasiruddin, beliau mengakui ketiadaan penyerang prolifik, Mohd. Faizal Shaari yang akan menjalani penggantungan satu perlawanan sedikit menjejaskan perancangannya.

“ Tetapi harus diingat, ini bukanlah permai- nan individu tetapi berpasukan dan saya per- caya semua pemain saya akan berusaha bersungguh-sungguh menentang Sapura nanti,” katanya.

Perunding Sapura, Stephen van Huizen pula optimis pasukannya mampu menyerap tekanan dan serangan TNB yang tampil tanpa kelibat Faizal.

“ Kami agak lega dengan ketiadaan Faizal yang cukup berbahaya dalam pukulan sudut penalti, ” kata van Huizen.



- Kosmo -




Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2012 12:11 PM | Show all posts
Lenyap unsur negatif



Oleh Asrol Awang
sukan@hmetro.com.my




PRESIDEN Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah meminta pengurusan Persatuan Hoki Pahang (PHP) termasuk jurulatih sentiasa menerapkan disiplin tinggi di kalangan pemain jika ingin meningkatkan kualiti dan prestasi pasukan negeri.

Tengku Abdullah berkata, segala unsur negatif seperti merokok di kalangan pemain yang masih bersekolah dan penyalahgunaan dadah serta amalan rasuah perlu dipantau supaya ia tidak berlaku dalam pasukan hoki.


Menurutnya, amalan negatif jika dibiarkan berleluasa akan merosakkan prestasi pasukan di samping menjatuhkan maruah negeri Pahang.

“ Saya harap sukan hoki Pahang akan meningkat terutama melahirkan pemain berkualiti yang bukan saja cemerlang di negara ini, malah di kejohanan besar seperti Sukan Olimpik dan Sukan Asia.


“ Dengan kemudahan serba moden seperti Stadium Hoki Kuantan (SHK), PHP perlu lebih kreatif dan bijak mencungkil bakat baru bagi memenuhi impian negara memiliki barisan pemain terbaik dunia pada masa depan,” katanya pada pelancaran Projek Gemilang Hoki Pahang 2012-2017 di Kuantan.


Tengku Abdullah yang juga Tengku Mahkota Pahang mengumumkan SMK Seberang Temerloh (SMKST) sebagai Akademi Hoki Pahang berdasarkan kemudahan untuk melahirkan pemain berstatus dunia pada masa depan.

Pemilihan SMKST itu berdasarkan perancangan PHP yang melancarkan Projek Gemilang Hoki Pahang 2012-2017.


Namun, Tengku Abdullah berkata, setiap daerah di Pahang harus mencari inisiatif mewujudkan sekolah angkat bagi sukan hoki bagi melahirkan lebih ramai pemain berbakat.

Justeru, menurutnya, semua persatuan hoki daerah akan memainkan peranan lebih berkesan bagi melahirkan pemain pelapis yang cemerlang di daerah masing-masing.


“ Bagi mencapai misi itu, PHP akan mengadakan lebih banyak pertandingan antara daerah termasuk penganjuran liga yang dilihat langkah paling berkesan bagi memajukan sukan ini.


“ Setiap daerah juga diharap menganjurkan pertandingan supaya pemain sentiasa mendapat pendedahan selain menjalani latihan.


“ Tanpa pertandingan sudah tentu latihan dilaksanakan tidak serius dan hilang fokus kerana tiada matlamat buat pemain. ”




- Harian Metro -





Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2012 12:39 PM | Show all posts
Pahang mara ke separuh akhir




17 Oktober 2012




KUANTAN - Pahang berjaya menempah tiket ke separuh akhir Kejohanan Hoki Piala Tun Razak selepas mengalahkan Terengganu 5-3 pada perlawanan Divisyen 1 Kumpulan B di Stadium Hoki Kuantan di sini, hari ini.
   
Pahang mendahului kumpulan tersebut dengan mengumpul enam mata manakala Terengganu dan Johor berkongsi tiga mata dan Pulau Pinang tercorot dalam kumpulan tanpa sebarang mata selepas dua perlawanan.
   
Selain Pahang, juara bertahan Kuala Lumpur turut mengesahkan tempat ke separuh akhir dari Kumpulan A.
   
Pada pertemuan tadi, pemain kebangsaan Faizal Saari meletakkan Terengganu di hadapan dengan jaringan padang pada minit ke-17 dan menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-32.
   
Bagaimanapun, dua minit kemudian Pahang merapatkan jurang jaringan menerusi pukulan sudut penalti oleh Ahmad Kazamirul Nasaruddin sebelum waktu rehat separuh masa.

Pada babak kedua, sokongan padu penyokong tuan rumah telah menyuntik semangat pemain Pahang apabila sekali lagi Ahmad Kazamirul menepati sasaran dengan gol penyamaan menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-38.
   
Terengganu yang tersentak dengan jaringan penyamaan kembali mendahului pada minit ke-48 apabila Faizal Saari mencipta hatrik menerusi pukulan sudut penalti.
   
Namun, Pahang tidak mudah mengalah dengan menempah tiga lagi jaringan menerusi dua pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh Mohd Sallehin Abd Ghani (ke-57) dan Hairul Nizam Abdul Rani (ke-64).
   
Sebelum wisel penamat Pahang meraih satu lagi gol melalui jaringan hatrik Ahmad Kazamirul pada minit ke-65.
   
Dalam satu lagi perlawanan Divisyen 1, Kumpulan B, Johor berjaya mencipta kemenangan pertama dengan menundukkan Pulau Pinang 3-1.

Gol Johor berjaya diperolehi menerusi jaringan Shaheeb Shah Halim Shah seawal minit pertama, disusuli pada minit ke-18 oleh Faez Halmi Jali sebelum Mohd Afzanizam Zakaria menutup tirai jaringan pada minit ke-27.
   
Manakala gol saguhati Pulau Pinang berjaya diperoleh pada minit ke-38 hasil jaringan ketua pasukan, Jiwa Mohan.
   
Dalam saingan Divisyen 2, Polis (PDRM) berpesta gol apabila membelasah Kelantan 12-1, Sabah menang tipis 2-1 ke atas Melaka dan Selangor menumpaskan Perlis 5-0.




- Bernama / Sinar Harian -





Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2012 12:40 PM | Show all posts
KL beri laluan mudah untuk NS layak ke separuh akhir




18 Oktober 2012


KUANTAN - Negeri Sembilan melangkah ke separuh akhir Kejohanan Hoki Piala Tun Razak setelah mengalahkan juara bertahan Kuala Lumpur 2-0 pada perlawanan Divisyen 1 Kumpuan A di sini, malam ini.

Negeri Sembilan menjaringkan kedua-dua gol tersebut pada babak pertama menerusi M. Kaliswaran seawal minit kelapan dan S. Devamoorthy pada minit ke-18.

Bagaimanapun, keputusan itu tidak menggugat kedudukan Kuala Lumpur sebagai juara kumpulan dengan enam mata serta mengiringi Negeri Sembilan ke peringkat separuh akhir.

Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan kumpulan sama, hasrat Perak untuk memburu tempat ke separuh akhir tidak kesampaian apabila mereka seri 3-3 dengan pasukan ATM.

Perak sekadar menamatkan saingan kumpulan di tangga ketiga dengan empat mata manakala ATM tercorot dalam kumpulan dengan dua keputusan seri tanpa sebarang kemenangan dalam tiga perlawanan.
   
Dalam perlawanan Divisyen 2, Melaka menumpaskan Kedah 8-0 untuk menduduki tangga kedua di belakang pendahulu Selangor dengan sembilan mata.

Sabah, yang melakukan kejutan pada kejohanan kali ini, turut mencipta kemenangan ketiga selepas menundukkan Kelantan 4-0.

Sabah turut mengumpul sembilan mata dan menduduki tempat ketiga.   

Dalam satu lagi perlawanan, Perlis dan PDRM sekadar seri 3-3.




- Bernama / Sinar Harian -




Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-11-2012 11:16 AM | Show all posts






Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2012 10:03 AM | Show all posts
Malaysia Vs Canada (2012 FIH Argentina Hockey Champions Challenge 1 Men)



Date : 28/11/2012


Result : Malaysia (4) Canada (2)
















Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2013 12:45 PM | Show all posts
Tak bermaya..





Oleh : Saiful Affendy Sapran



Johor Bahru : Malaysia gagal mengulangi aksi cemerlang ketika menewaskan Afrika Selatan, Ahad lalu apabila tewas 1-2 kepada pasukan ranking keempat dunia, England pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan B saingan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia semalam.


Kekalahan pertama skuad negara selepas tiga perlawanan itu juga menyaksikan mereka gagal mempertahankan kedudukan teratas Kumpulan B dan menempah laluan sukar bertemu pasukan ranking pertama dunia, Jerman pada suku akhir esok.


Ketua jurulatih Paul Revington jelas kecewa dengan prestasi anak buahnya sambil menyatakan mereka gagal mengulangi standard permainan sebenar seperti ketika bertemu Afrika Selatan.

“ Ini bukan tahap yang dimahukan. Contohnya bahagian pertahanan dan serangan mungkin keletihan selepas bertemu Afrika Selatan dan ia menjejaskan rentak permainan mereka,” katanya.


England bermula garang apabila membuka jaringan pada minit ke-20 menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan Richard Smith.


Tersentak dengan gol itu, skuad negara kembali memperkemaskan corak permainan dan akhirnya usaha mereka membuahkan hasil apabila berjaya menyamakan kedudukan menerusi Tengku Ahmad Tajudin Abdul Jalil yang menyudahkan tolakan Faizal Saari daripada gerakan pukulan sudut penalti.

Skuad bimbingan Bobby Crutchley bagaimanapun kembali memberi tekanan selepas itu tapi tiga pukulan sudut penalti dihadiahkan kepada mereka gagal disempurnakan dengan baik.


Bersambung babak kedua, skuad negara dihadiahkan pukulan sudut penalti pada minit ke-50 tapi gagal disempurnakan anak buah Paul Revington.

England kembali di depan pada minit ke-58 menerusi jaringan padang Barry Middleton selepas berlaku situasi kelam kabut dalam kawasan D skuad negara.



- Harian Metro -




Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2013 02:08 PM | Show all posts
Malaysia tumpas kepada England




Oleh RADIAH SAORI
radiah.saori@kosmo.com.my



IMPIAN skuad hoki negara untuk mengungguli kedudukan teratas dalam Kumpulan A pada kempen Liga Hoki Dunia tidak kesampaian apabila tewas 1-2 kepada England di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru semalam.

Skuad bimbingan Paul Revington itu berdepan misi sukar untuk mara ke separuh akhir apabila dijadualkan menentang pasukan No. 1 dunia, Jerman malam ini.

Aksi suku akhir lain menyaksikan Argentina bertemu Afrika Selatan, England berdepan Jepun dan Pakistan menentang Korea.

Skuad negara yang perlu seri dengan England untuk muncul juara kumpulan, sekali gus memudahkan laluan untuk ke pusingan separuh akhir.

Berdasarkan keputusan semalam, Malaysia menamatkan saingan peringkat kumpulan di tempat ketiga dengan mengumpul 4 mata, manakala England di tangga teratas selepas mengumpul lima mata.

Pada aksi tersebut, skuad negara dikejutkan apabila England membuka tirai jaringan pada minit ke-20 menerusi pukulan sudut penalti Richard Smith.

Tidak menyerah kalah, skuad negara menyamakan kedudukan tujuh minit kemudian juga menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan Tengku Ahmad Tajudin Abdul Jalil.

Masuk babak kedua, permainan bertambah menarik apabila kedua-dua pasukan saling melakukan serangan, namun kelebihan berpihak kepada England apabila memperoleh gol kemenangan hasil jaringan padang Barry Middleton pada minit ke-57.

Bagaimanapun, Revington mengakui permainan anak buahnya sedikit terjejas selepas berhempas pulas ketika menewaskan Afrika Selatan Ahad lalu.

“ Perlawanan menentang Afrika Selatan agak mencabar dengan kedua-dua pasukan saling melakukan serangan dan bertahan. Saya rasa, ia sedikit sebanyak menjejaskan kualiti permainan kami hari ini (semalam), ” katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan semalam.

Sementara itu, Argentina muncul juara Kumpulan A selepas menewaskan Korea Selatan 3-0.

Argentina dan Jerman masing-masing mengumpul tujuh mata, namun kelebihan gol memihak kepada Argentina untuk terus berada di tangga teratas Kumpulan A.

Pada aksi semalam, Argentina gagal menembus benteng pertahanan Korea Selatan pada babak pertama namun bangkit untuk memperoleh tiga gol pada babak kedua.

Gol-gol Argentina diperoleh menerusi Facundo Callioni pada minit ke-55, Matias Paredes (57) dan Gonzalo Peillat (68).

Jerman sebelum itu menewaskan Jepun 3-1. Jepun dan Korea Selatan masing-masing menamatkan saingan Kumpulan A dengan memperoleh satu mata.

Pada aksi terakhir Kumpulan B semalam, Pakistan menewaskan Afrika Selatan 6-2.




- Kosmo -




Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2013 10:34 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 08:31 AM | Show all posts
National hockey player Chua Boon Huat dies in accident



By Fahirul N. Ramli | fnr@nst.com.my



KUALA LUMPUR: National hockey player Chua Boon Huat, 33, died in an accident involving his car and a lorry at 2.25am today.


The incident occured on the Damansara - Puchong Highway (LDP) near Kelana Jaya LRT station.

The Damansara Fire and Rescue Station was informed about an accident between a Proton Perdana and a water-tank lorry at 2.40am.

An officer and five firemen were dispatched to the scene at KM10.4 of the LDP.

They found Chua stuck in the wreckage and he died at the scene due to serious head injuries.

The cause of the incident has yet to be determined, but it was believed that Chua had rammed into the side of the highway cleanliness lorry.

Hailed from Bukit Cina, Malacca, Chua was one of the longest serving hockey players in the country.

He made his debut as a 17-year-old with the Malaysia hockey team in the 1998 Commonwealth Games and had earned more than 337 caps for Malaysia .


- NST -







Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 08:36 AM | Show all posts
National hockey player Chua Boon Huat dies in car crash



Teoh El Sen | Updated: August 01, 2013



KUALA LUMPUR : National hockey player Chua Boon Huat died in an accident early this morning. He was 33.

The 2.55am accident, along the Damansara-Puchong Highway near Kelana Jaya LRT station, involved his car and a lorry, according to an online report in New Straits Times.

The player, from Bukit Cina, Malacca, was one of the longest serving hockey players in the country.

He made his debut when he was 17-year-old with the Malaysia hockey team in the 1998 Commonwealth Games.

He is has played in all major hockey events since making his debut.

Chua had earned more than 300 caps for Malaysia and has played in competitions such as the World Cup, Olympics, Champions Trophy, Commonwealth Games, Asian Games and Asia Cup.



- Astro Awani -






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 08:42 AM | Show all posts
Boon Huat dies in highway crash



sports247.my


1 August 2013 05:57 MYT, Last updated at 1 August 2013 07:31 MYT







The Proton Perdana believed to be driven by Boon Huat in a wreck at the Lebuhraya Damansara-Puchong this morning.

Picture courtesy of DAMANSARA FIRE AND RESCUE DEPARTMENT.



NATIONAL hockey player Chua Boon Huat is believed to have been involved in a fatal car crash on the Lebuhraya Damansara-Puchong, early this morning.

The Twitter world was abuzz with the news of the accident and following a call to the PJ Traffic Police Department, sports247.my was informed that the victim’s name was ‘Chua Boon Huat’.

Details of the accident have yet to be released but it is believed Boon Huat’s black Proton Perdana (number plate CBH3350) had slammed into a highway maintenance lorry at kilometre 10.4 in the early hours of the morning.

Damansara Fire and Rescue Department received a panic call at 2.40am and deployed five of its personnel to the scene, only to find the victim dead.



Sources : http://www.sports247.my/




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 05:00 PM | Show all posts
" We will miss him, " said national coach Paul Revington who was inconsolable outside the University Hospital. His sentiments are shared by the rest of the nation. R.I.P Chua Boon Huat (Sports247.my)







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2013 03:32 AM | Show all posts
HangPC2 posted on 1-8-2013 05:00 PM
" We will miss him, " said national coach Paul Revington who was inconsolable outside the University ...

Antara nama besar hoki kebangsaan.. rip CBH
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2013 09:30 AM | Show all posts
Kehilangan besar kepada sukan hoki negara.

Semoga pemergian CBH akan memberikan semangat tambahan kepada pasukan hoki untuk menjuarai Piala Asia. Farewell gift for him.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2013 02:18 PM | Show all posts
Revington names Asia Cup squad


By ALLAN NETTO



AS the remains of national striker Chua Boon Huat was put to rest yesterday, the national squad pulled themselves back into business, as national coach Paul Revington named a 16-man squad for the upcoming 9th Asia Cup which will played in Ipoh from Aug 24-Sept 1.

It was indeed tough for the South African to pen out the list without the inclusion of the late Chua, but the former Republic of Ireland coach put aside the hard times in his bid to bring home the Asia Cup for the first time.

“ I think the past four or five days have been really tough for us, but we got back on our horses and continued training on Friday and I think as a result of that, we have dealt with the loss together and are prepared for what is ahead, ” Revington said after announcing his team today.

As always, Revington has left two slots open for another eight players to fight for; they are Ahmad Kazamirul Nasaruddin, Azreen Rizal Nasir, Jivan Mohan, Kairulnizam Ibrahim, Meor Muahamad Azuan Hassan, Muhamad Azammi Adabi, Muhamad Ramadan Rosli and Norhizzat Sumantri.

He is scheduled to name his final two players on Aug 16.

“ With the setback in regards to the late Chua Boon Buat, we want to give ourselves enough time to make the selections right.

“ We also have some players who are slowly coming back from injuries and we want to give them a chance to fight for a place in the team, ” added Revington.

The team will be given a five-day break beginning today for Hari Raya and they will regroup once again on Sunday in Ipoh for a training camp from Aug 11-15.

Malaysia are pitted in Pool A together with Pakistan, Japan and Taiwan, while Pool B will see defending champions South Korea together with India, Oman and Bangladesh.

“ Everyone is there to achieve something and with one ticket available to make it to the World Cup, our aim is to win the Asia Cup, ” said Revington.

The squad

1. Azlan Misron
2. Baljit Singh Charun Singh
3. Muhammad Firhan Ashaari Firhan
4. Faiz Helmi Jali
5. Faizal Saari
6. Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin
7. Kumar Subramaniam
8. Mohamad Sukri Abdul Mutalib
9. Mohammad Izad Hakimi Jamaluddin
10. Mohd Fitri Saari.Mohd Shahrun Nabil Abdullah
11. Mohd Shahrun Nabil Abdullah
12. Muhammad Marhan Mohd Jalil
13. Muhammad Razie Abdul Rahim
14. Nabil Fiqri Mohd Noor
15. Roslan Jamaluddin
16. Tengku Ahmad Tajuddin Abdul Jalil
17. TBC
18. TBC


Sources : http://www.sports247.my/







Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2013 02:34 PM | Show all posts
Revington believes Asia Cup is ours



By ALLAN NETTO



PAUL REVINGTON believes the national team’s fine blend of seasoned campaigners and budding young talents will serve well and provide the perfect tonic in Malaysia’s Asia Cup quest.

Revington, who included four national juniors when he announced the squad today, said the quartet – Mohd Fitri Saari, Muhammad Firhan Ashaari, Mohammad Izad Hakimi Jamaluddin and Faiz Helmi Jali – played a pivotal role in the juniors’ U-21 Asia Cup triumph last year which augures well in the team’s attempt to emulate the success of their junior counterparts.

The four are still eligible to play in the coming Junior World Cup.


Reminding the players that no one was guaranteed a starting spot, the national hockey team chief coach added that if the youngsters showed the same grit and determination which won them the cup last time around, then they could well help Malaysia create history.

“ I hope the players bring the same drive and intensity they had during the U-21 tournament last year, ” Revington said.

Team manager George Koshy was also optimistic about the team’s chances, saying that although Malaysia had never won the cup, “ nothing is impossible ”.

“ There’s always a day (for the chance to win the cup), and with the dramatic events unfolding in the lead up to the tournament, hopefully this September we’ll be lifting the Asia Cup, ” added Koshy.




Sources : http://www.sports247.my/








Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2013 02:43 PM | Show all posts
mohon pencerahan kt mana bole beli tiket piala asia kt area KL? kt Bkt Jalil bole ke?
Thanks in advance.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 09:46 PM GMT+8 , Processed in 0.077565 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list