CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Pr|nCeSS^M|cKeY

[MERGED] DIABETES (KENCING MANIS)

[Copy link]
Post time 27-6-2008 05:47 PM | Show all posts
Originally posted by me_meen at 3-6-2007 12:56 AM
my mom's amalkan......'peria katak' d'blend wit green apple..buat juice,
..boleh turun sket kencing manis dia.


yup..
terbukti.. :victory:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2008 06:30 PM | Show all posts
bg pesakit2 diabetes, kebanyakkan supplement tak akan bertindak balas dengan ubat doktor..ubat doctor utk memaintainkan kesihatan waktu tu n supplement to support body or recover for long time period..lg pun supplment adalah makanan tambahan yg diperlukan badan setiap hari tetapi kita tak amikmelalui pemakanan kita harian..oleh tu jangan
takut utk amik supplement n ubat bersama2..especially utk penyakit kronik macam diabetes ni..

kat farmasi byk jenis supplement utk diabetes..cthnye capsule /tablet peria katak dll(tanye kat farmasi)..kurangkan makanan bergula especially nasi..sbb nasi akn jd gula selepas dicerna..mmg lapar kalo tak makan nasi..cuma kuantiti nasik yg dikurangkan tu elok lah di tukar dengan lauk atau sayur2an..buah2an pun tak brape digalakkan kerana ade fruktose(sejenis gula)

banyakkanlah bersenam kerana jika bersenam badan akn menambah kuatiti insulin dalm badan n mengurangkan gula dalam darah..

P/s: bagi yg mengambil ubat doktor, sila amik ubat itu pada masa yg telah ditetapkan..jika tempoh masa antara dosage ubat diabetes dgn ubat yg lain(cthnye ubat pagi n tgh hari) terlalu hampir..ini akan menyebabkan anda kebelai @ berasa lapar@ menggigil..penyelesaiannya: minum sedikit air gula..
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2008 10:05 AM | Show all posts
abang aku skrg mata dah kabur.. umur baru awal 30-an.. takleh wak keje dah.. nak drive pun takleh sbb kabur..

ada sesiapa tahu tak ubat dia.. kesian tgk dia.. skrg setiap ari mmg kena suntik insulin..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2008 01:29 PM | Show all posts
Boleh cegah komplikasi

Sekiranya anda disahkan menghidap diabetes, segeralah mendapatkan rawatan yang betul untuk memastikan ia tidak menjadi lebih buruk.



SUNTIKAN hormon insulin diperlukan oleh pesakit
diabetes mellitus jenis 1. - Gambar hiasan



DALAM penulisan kali ini, saya akan membincangkan secara lebih lanjut mengenai diagnosis, faktor-faktor risiko dan tentunya apakah langkah yang perlu dilakukan untuk merawat diabetes.

Merawat segera diabetes adalah sangat penting untuk memastikan tiada komplikasi lain terjadi akibat penyakit ini. Lebih buruk lagi, sekiranya seseorang pesakit turut menghidap 憄akej
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2008 02:08 PM | Show all posts

Herba Kesihatan bagi Darah Tinggi & Kencing Manis

Herba Kesihatan bagi Darah Tinggi & Kencing Manis.

Khasiat pokok melada pahit & kemunting cina
Amat baik untuk dijadikan minuman harian untuk Tenaga, Meningkatkan Kecergasan, Menghilangkan Kelesuan dan Masalah Kesihatan seperti:

- Membantu metabolisma otak, memproduksi minda
- Masalah keputihan dan haid tidak teratur
- Menguatkan kapasiti memori ingatan
- Melawaskan kencing dan air besar
- Rasa lenguh-lenguh, bisa tumit kaki
- Mengeratkan hubungan suami isteri
- Menghilangkan parut lama di kulit
- Alahan makanan laut (rasa gatal-gatal)
- Melambatkan penuaan sel otak
- Kebas anggota dan sakit lutut
- Kulit sensetif, kulit kering
- Semput, lelah dan asma
- Kencing manis
- Demam denggi
- Darah tinggi
- Senggugut
- Sembelit
- Resdung
- Gastrik
- Migrain
- Kanser
- Buasir
- Ghaut

...aku edit sikit...



[ Last edited by  blackmore at 2-3-2009 05:01 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2008 07:27 AM | Show all posts
Kanak-kanak dan diabetes


GEJALA diabetes di kalangan kanak-kanak kadang kala disalah tafsir sebagai selesema atau gejala penyakit lain.

DIABETES merupakan antara penyakit kronik yang paling biasa menyerang kanak-kanak. Ia boleh menyerang pada mana-mana usia, termasuk bayi dan kanak-kanak kecil.

Jika tidak dikesan dari peringkat awal di kalangan kanak-kanak, penyakit ini boleh menyebabkan kecederaan otak yang serius dan juga boleh membawa maut.

Namun, penyakit diabetes di kalangan kanak-kanak sering kali terlepas pandang sepenuhnya, sama ada salah diagnosis sebagai selesema atau tidak didiagnosis langsung.

Setiap ibu bapa, guru, jururawat sekolah, doktor mahupun sesiapa sahaja yang terlibat dalam penjagaan harian kanak-kanak perlu prihatin dan membiasakan diri mengenali tanda-tanda amaran ancaman diabetes kanak-kanak.

- Jenis


Diabetes adalah sejenis penyakit kronik yang boleh menyebabkan hilang upaya dan sering membawa maut (akibat komplikasi).

Ia berlaku akibat daripada masalah dalam pengeluaran dan bekalan hormon insulin di dalam badan.

Badan memerlukan insulin untuk menggunakan tenaga yang tersimpan di dalam makanan. Apabila seseorang menghidap diabetes, badan mereka tidak dapat menghasilkan insulin yang cukup (diabetes jenis pertama) atau badan mereka gagal menggunakan insulin yang dihasilkan dengan berkesan (diabetes jenis kedua).

Diabetes jenis pertama adalah sejenis penyakit autoimun (sistem imuniti badan menyerang sel sendiri) dan tidak boleh dicegah.

Di seluruh dunia, diabetes jenis pertama adalah jenis diabetes yang paling banyak menyerang kanak-kanak dengan anggaran sekitar 500,000 kanak-kanak di bawah umur 15 tahun menghidapinya.

Bagaimanapun, akibat daripada peningkatan kadar obesiti di kalangan kanak-kanak dan gaya hidup yang lebih banyak duduk daripada bergerak, bilangan kanak-kanak dan remaja yang menghidap diabetes jenis kedua juga meningkat dengan pantas di seluruh dunia.

Di sesetengah negara (seperti Jepun), diabetes jenis kedua telah menjadi diabetes yang paling banyak berlaku di kalangan kanak-kanak, mengatasi jenis pertama.

- Lindungi kanak-kanak


Tiada kanak-kanak yang sepatutnya mati akibat penyakit diabetes. Ianya satu penyakit yang membawa maut dengan empat juta kematian setiap tahun akibat masalah berkaitan dengan diabetes.

Kanak-kanak seringkali menjadi mangsa, terutamanya di negara-negara yang kurang kemudahan penjagaan dan rawatan diabetes, sering kali, menemui ajal pada usia muda.

- Sekitar 500,000 kanak-kanak di bawah umur 15 tahun menghidap diabetes jenis pertama di seluruh dunia.

- Setiap hari, 200 orang kanak-kanak disahkan menghidap diabetes jenis pertama.

- Setiap tahun, 70,000 kanak-kanak di bawah umur 15 tahun disahkan menghidap diabetes jenis pertama.

- Bilangan kes diabetes jenis pertama di kalangan kanak-kanak sedang meningkat pada kadar tiga peratus setahun.

- Peningkatan kes diabetes jenis pertama paling tinggi di kalangan kanak-kanak di bawah umur persekolahan pada kadar lima peratus setahun.

- Finland, Sweden dan Norway mempunyai kadar kes diabetes jenis pertama di kalangan kanak-kanak yang tertinggi di dunia.

- Diabetes jenis kedua telah dilaporkan di kalangan kanak-kanak seawal usia lapan tahun dan laporan terkini menunjukkan diabetes dikesan di kalangan kanak-kanak yang sebelum ini dianggap tidak berisiko.

- Di kalangan penduduk pribumi di Amerika Syarikat, Kanada dan Australia, terdapat sekurang-kurangnya seorang penghidap diabetes muda daripada 100 kanak-kanak. Dalam sesetengah komuniti, terdapat satu penghidap diabetes muda bagi setiap 25 kanak-kanak.

- Lebih separuh kanak-kanak yang menghidap diabetes mengalami komplikasi dalam tempoh 15 tahun.

- Kajian global menunjukkan diabetes jenis kedua boleh dielakkan dengan membolehkan individu menurunkan antara tujuh hingga 10 peratus berat badan mereka, di samping meningkatkan kadar aktiviti fizikal mereka kepada tahap sederhana.

- Diabetes jenis kedua di kalangan kanak-kanak kini menjadi satu ancaman kesihatan umum dan berpotensi menyebabkan masalah serius kelak.

- Diabetes jenis kedua menyerang kanak-kanak di negara membangun dan juga negara maju.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-2-2009 08:59 PM | Show all posts

Penyakit Kencing Manis

Salam...saya nak mintak tolong pada geng forum yang ada sedara mara atau sedang mineghidapai penyakit kencing manis (diabetic) untuk luangkan masa dalam 1.5 jam untuk dapatkan sedikit maklumbalas berkaitan diabetic nie. maklumat lanjut seperti berikut : -

IDI 1

DATE : 18 Feb 2009 (Wednesday) @ 11AM
AGE :35-45 (One Respondents Only)
GENDER/RACE : FEMALE / MALAY
LANGUAGE : MALAY
TOKEN : RM 100.00
CRITERIA : DIBETIC PATIENT FROM TYPE II NON INSULIN DEPENDENT, WHO POSESSED A PERSONAL GLUCOMETER (MACHINE THAT CHECK ON BLOOD SUGAR LEVEL)


IDI 2


DATE : 18 Feb 2009 (Wednesday) @ 3PM
AGE :35-45 (One Respondents Only)
GENDER/RACE : FEMALE / MALAY
LANGUAGE : MALAY
TOKEN : RM 100.00
CRITERIA: DIBETIC PATIENT FROM TYPE I AND TYPE II (INSULIN AND NON INSULIN DEPENDENT) WHO POSESSED A PERSONAL GLUCOMETER (MACHINE THAT CHECK ON BLOOD SUGAR LEVEL)

IDI 3

DATE : 23 Feb 2009 (Monday) @ 3PM
AGE :46-65 (One Respondents Only)
GENDER/RACE : MALE / MALAY
LANGUAGE : MALAY
TOKEN : RM 100.00
CRITERIA : DIBETIC PATIENT FROM TYPE I AND TYPE II (INSULIN AND NON INSULIN DEPENDENT) WHO POSESSED A PERSONAL GLUCOMETER (MACHINE THAT CHECK ON BLOOD SUGAR LEVEL)

IDI 4

DATE : 25 Feb 2009 (Wednesday) @ 3PM
AGE :55-65 (One Respondents Only)
GENDER/RACE : MALE / MALAY
LANGUAGE : MALAY
TOKEN : RM 100.00
CRITERIA : DIBETIC PATIENT FROM TYPE II NON INSULIN DEPENDENT, WHO POSESSED A PERSONAL GLUCOMETER (MACHINE THAT CHECK ON BLOOD SUGAR LEVEL)


Veneu: TNS, Kuala Lumpur

Survey for one to one in depth interviews will take about 1.5 hours.  TQ


...aku edit sikit...


[ Last edited by  blackmore at 2-3-2009 05:07 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2009 11:28 PM | Show all posts
URGENT

DATE : 16 Feb 2009 (Monday) @ 3PM
AGE : 18-65 (One Respondents Only)
GENDER/RACE : FEMALE / MALAY
LANGUAGE : MALAY
TOKEN : RM 100.00
CRITERIA : DIBETIC PATIENT FROM TYPE II NON INSULIN DEPENDENT, WHO POSESSED A PERSONAL GLUCOMETER (MACHINE THAT CHECK ON BLOOD SUGAR LEVEL)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2009 03:32 PM | Show all posts

sembang-sembang diabetes

jom kita borak borak mengenai diabetes disini...maklumat tentang diabetes amat kurang sedangkan ianya penyakit yang common di malaysia selain masalah dari darah tinggi....

ramai antara kita yang x tahu mereka sebenarnya penghidap diabetes tapi tidak mahu membuat ujian pemeriksaan darah..ini menyebabkan penyakit ini lambat dikesan dan rawatan awal tak dapat di lakukan...

blood glucose normal :

antara 4.6- 8  atau di bawah 10 mmol

diabetes apa saja ukuran dari angka diatas

camner ngan blood glucose korang?  ubat apa yang korang amik sekarang?  sebarang ubat alternatif ? dan siapa yang dah berjaya turunkan blood glucose tanpa sebarang ubat dan masih maintain....

ok jom kita borak....terutama mereka yang mengalami sendiri...ubat alternatif atau klinik mana mana boleh rekemen kat sini...sebagai panduan bersama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2009 04:37 PM | Show all posts
mmg kene ambil perhatian pasal diabetis nie...kalau ambil contoh my mom kesian sgt skrg baru aje operation potong kaki..tahun lepas potong kaki atas kesilapan hospital ( sbb doc n nurse yg bijak gi cucuk kat kaki i ada buat complain satu thread dulu) n then tahun nie lak kene potong satu lagi kaki...kalau tgk kat ward tu mmg ramai sgt org yang potong kaki...ada satu kes tu...auntie tu dah ler kene potong kedua2 kaki..pas tu kene potong punggung dia gak..pas tu dia buang air besar pakai tiub kat usus..mmg kesian tul....

kat sini gak i nak tanya..kalau dah potong kedua2 kaki tu leh ke kite pakai kaki palsu nnt..kesian lak tgk my mom kalau terbaring aje..tgk kat belakang badan dia mcm melecet pas tu kulit dah jadi kering mcm bersisik lak....tiap2 hari kene sapu lotion utk kurangkan jadi kering...kalau kat tangan tu lagi ler hancur..lebam2 sbb line urat utk ambil darah x nampak....

from this experience....mmg kene berhati2 n jaga permakanan...takut lak kalau i kene nnt.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2009 04:59 PM | Show all posts
my mom pun kena kencing manis.....skrg buahpinggang dah rosak...
jadi dr suruh die cucuk jer....mcam2 dia cuba makan tapi tak jalan....
baru2 nih die cuba minum air rebusan halba......
insyaAllah.....katenye....kencing manis die dah turun.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2009 05:05 PM | Show all posts
Originally posted by amirmelati at 2-3-2009 04:37 PM
mmg kene ambil perhatian pasal diabetis nie...kalau ambil contoh my mom kesian sgt skrg baru aje operation potong kaki..tahun lepas potong kaki atas kesilapan hospital ( sbb doc n nurse yg bijak  ...


jgn takut dengan diabetis...u mmg ada potensi kena diabetes...selalunya kalau ada family history peratus nak kena adalah 80 %...jgn risau sangat....buat ajer pemeriksaan darah dan kontrol blood glucose mengikut paras yang ditetapkan...so u will okay..

ibu u terjadi camtu sebab menghadapi masalah untuk kontrol blood sugar...biasanya tak dapat di kawal langsung....ada org dapat komplikasi baru mereka tahu mereka diabetes...so agak terlewat utk mengawal diabetes....

ubat ubat sekarang dah canggih...ada juga ubat alternatif seperti insulpro yang dibuat dari extract peria.....

so bila kali terakhir periksa kandungan gula dalam darah? pemeriksaan ini mudah,tak menyakitkan dan boleh di buat di farmasi atau klinik tanpa appointment...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2009 07:53 PM | Show all posts
my mum gula dia 25 degil sgt tak mau pantang makan ...i sedih tengok dia tp dia buat dek jer...kadang bila anak2 tak nampak dia curi makan yg manis...siap aku warn cucu dia,kalau nak makan manis2 mkn kat luar nnt nenek kau mintak kejam kan.nak buat mcm mana dia dah semulajadi addicted to sugar...aku dah ckp kat dia ..nak buat mcm mana tuan punya badan kena sayang diri sendiri pun tak jalan...siap pakat dengan doktor, masukkan dia dlm sepital 3 hari pun tak jalan. yg dia tau dia takut nk pi jumpa doktor nnt doktor masukkan dia kat sepital.aku belikan ubat, dia tahu mahal dia buat simpan..syg nk mkn. entah ler..
Last month aku bagi dia kacip emas, lps minum gula dia naik tp dia kata badan dia dah ringan,tido pun mcm lena lg. tp gula dia dah naik sampai 31 aku tak tau nak teruskan or stop.yg jual kata ubat nie fungsi dai baiki hempedu.suruh turunkan dos tp jgn stop dulu.Lusa aku nak cuti, nak bawak dia pi tpt hemodylisis...biar tengok sendiri betapa perlunya dia syg buah pinggang dia.harap taktik kali ini berjaya
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2009 09:42 AM | Show all posts

Balas #212 abgboroi\ catat

every day dia check paras gula..sbb skrg nie dari thn lepas kirenyer hospital tu dah jadi rumah kedua dah..balik umah pun raya aje...

cuma skrg nie kekadang dia terus hipo..paras gula terlalu rendah...
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2009 09:46 AM | Show all posts

Balas #213 glump\ catat

my mum dulu mcm nie...minuman kegemaran dia air coke...kat office dia waktu lunch aje minum coke....kat umah air coke..kalau x der stock tu sanggup gi kedai beli air tu...bile tegur...mesti dia ckp ala minum sikit aje..tak ke angin tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2009 04:15 PM | Show all posts

Reply #215 amirmelati's post

agaknya perangai org2 tua memang camtuh kot...
kalau kita tak kasi makan benda yg die org suka.....
mula  kecik hati lak....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2009 08:40 PM | Show all posts
hari nie gula mak aku dah turun ke 16, entAHLAH.harap2 kekal turun, payah sgt dia nie.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2009 09:18 AM | Show all posts
aritu ratu ade buat cek utk kncg manis...first time la buat sbb nak tau tahap kesihatan kan...so resultnye 6.3....kira dah 'pre-diabetese' la tu....so doc soh lbh beware dlm pengambilan makanan...atleast awal2 dah tau kan jd ble kontrol...so pd sesape yg belum penh cek tu...pegila cek.tak payah tunggu sampai kuo tande2 baru nak g cek sebab zaman skang ni....umo 20an pun ble kena mcm2 penyakit....sebab utamanye-PEMAKANAN.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2009 08:37 PM | Show all posts
tryla g homeopathy
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2009 02:34 PM | Show all posts
orang kata kalo masak nasi tu buang air kanji dia, nanti kurang sikit diabetec u
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:39 AM GMT+8 , Processed in 0.155117 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list