CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Pr|nCeSS^M|cKeY

[MERGED] DIABETES (KENCING MANIS)

[Copy link]
Post time 13-3-2009 08:41 PM | Show all posts
y aku tengok mak aku mudah sgt lapor..so snek dia kitaorg sediakan timun jepun/buah pear/peria katak/biskut hi fiber.makanan dia mcm biasa tp kalau rajin bagi beras perang..tak mudah lapo. Dia makan gula2 papermint sbb tak mau kasi gula dia turun mendadak.
Sorang uncle cina tu dia ada diabitis dari umur muda..now dah 52 tahun & dapat kontrol .cara dia makan hanya nasi 1 cawan sehari.kalau beli sayur mesti 2 kg utk sekali masak. lebih kepada ikan yg bersisik utk protien.

ada kwn aku kata mak dia minum air rebusan putik jagung yg di rebus tinggal secawan.ada yg kata minum air misai kucing 5 hari seminggu. mcm2 ikutlah rezeki org nk sembuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2009 07:58 PM | Show all posts
aku baru 26 tahun . nak kawin x lama lagi. ari tu aku g cheak kat doktor sebab celah kelengkang ada gatal2x. then lepas fasting kandung gula 9.5. lepas minum air gula 16.0.

pening kepala aku.sebab aku stress xmengenangkan aku kena makan ubat sepanjang hayat. dah hampir 2 minggu aku kawal makan. tapi memang seksa sebab aku kuat makan. makan nasi pun separuh. air manis langsung x sentuh dan macam2x lagii.

doktor advice cepat kawin supaya ia mempengaruhi tahap kesuburanan. dia cakap bila dah 30's susah nak dapat anak. aku ada makan biovco. (minyak kelapa dara) tapi x boleh blah. nak termuntah jer kerjanya. last2x simpan kat almari...

sekarang ni aku makan kapsul ginseng kat mana tah. tapi ada kelulusan la. tapi aku x makan ubat doktor sebab 1st time dia bagi aku pil yang macam panadol kandungan 850mgram. aku pulak flat kat opis x boleh buat kerja. sampai nak muntah2x cirit birit dan sebagainya. makan pun x lalu.
so dia dah kurangkan kepada 500mgram.

so currently i'm stresss...
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2009 10:23 AM | Show all posts
Saya sekarang nie preggy dan disahkan doktor mengidap diebetes. Early stage preggy, saya takde kencing manis. Bila kandungan masuk 24 minggu baru dpt detect. Memula dpt detect gula saya 12. Last week saya admitted di hospital selama 3 hari dan masa tuh saya diajar macam mana nak cucuk insulin oleh pharmacist hospital. Pastuh dtg dietician and dietician resources explain pada saya pemakanan yg perlu saya ambil (quite interesting gak sebab selama nie saya mmg tak jaga makan time preggy). Sekarang nie tugas harian saya cucuk insulin and check gula. Alhamdulillah gula saya makin stabil (dah mula 5.0). Dari 16 unit insulin, saya turunkan 14 unit insulin. Esok ada appointment dgn doktor di hospital.

Sepanjang kehamilan nie, saya banyak surf internet cari source mengenai kesan pada kandungan dan juga refer pada doktor. Kebanyakkannya kata bayi akan jadi besar dan sukar untuk bersalin normal, chances tinggi utk dpt jaundice, sel darah merah akan berkurang dan bila anak makin membesar, dia akan jadi obese. Cuma saya tak dpt lagi info sama ada anak tuh nanti bila dah besar akan jadi kurang cerdik. Betul ker????.....

Doktor kata mujur saya dpt kencing manis pada minggu ke-24 sebab kalau peringkat awal dah dpt kencing manis, kemungkinan bayi akan cacat sebab perkembangan janin tak normal.

Dari segi pemakanan, sekarang nie saya banyakkan ambil fiber sebab saya ada terbaca di internet, fiber boleh mengurangkan gula disamping insulin. Mmg betul sebab everytime saya ambik fiber, gula mesti turun. Memula ambik roti wholemeal tuh mmg tak sedap tapi lama kelamaan jadi sedap. Kat bawah nie saya senaraikan diet saya sehari-harian.

Breakfast:
2 keping roti wholemeal disapu dgn marjerin low salt and low cholesterol
sekeping cheese (low salt and low cholesterol)
salad dan hirisan bawang besar (yg warna putih tuh)
atau
3 sudu besar quarker oatmeal (warna pink)
susu rendah lemak/susu anmum (original)

Morning tea break:
2 keping biskut Jacob Hi-Fiber Low Cholesterol
1 cawan teh o (takde gula)

Lunch:
1/4 nasi putih
sayur hijau (2 jenis)
ikan goreng (ikan talapia/kembung/selar kuning)
sikit kuah
air klorofil

Dinner:
1/4 nasi beras perang/nasi putih
sayur hijau (1 jenis)
ayam goreng (tanpa kulit) digaul dgn ikan bilis yg ditumbuk dgn bawang merah, cili masak dan cili padi
* ayam digoreng dgn menggunakan marjerin low cholesterol

Breakfast punya menu mmg itu jerr hari2 (tak muak pun). Lunch dgn dinner tukar2.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2009 10:53 AM | Show all posts
di samping kne jga pemakanan seharian sya nk syorkan seeloknya klu ambik minuman kena ambik yg mengandungi fructose di mana terhasil drpada buah2an & tumbuhan.....makcik bunga yg mengidap diabetis minuman yg ada Ingredients Ginseng Extract, Maca Extract, Instant Coffee Powder, Non-dairy Creamer, Fructose dlm baper sachet mmg nmpak berkesan..kandungan gula dia turun mendadak....alhamdulillah..smpai skrg dia msih mengamalkan....cara mengamalkan..kita buat sendiri juz apple hijau @ belimbing tp x payah tambah gula & minum..lepas tu ambik sebotol air mineral tuangkn air smpai tinggal 3/4 lepas tu tuang sachet ni ke dalam mineral water tu then ttp & shake...kemudian blh minum n kita akn rasai sendiri kesannya...TERBUKTI!!!!....yg penting...kandungan gula mmg akn turun mendadak.....tp make sure kena bancuh dgn air suam2 kuku sahaja...klu dgn air panas akan mematikan khasiat yg terdapat di dalam...INSYAALAAH...

[ Last edited by  debunga_zazz at 29-4-2009 23:56 ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2009 11:32 AM | Show all posts
lesen analisis..

Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2009 05:16 PM | Show all posts
insurans product...RM1j

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-5-2009 05:19 PM | Show all posts
produk ni amat berkesan utk kencing manis....dgn permulaan 1 sachet sahaja anda akn mendapati kandungan gula dlm darah anda akan turun secara mendadak keesokan harinya di samping dpt mencegah dri penyakit lain.....skarang promosi utk produk ni...utk pertanyaan lanjut pm bunga....jgn lepaskn peluang utk kehidupan yg lebih sihat & bahagia...
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2009 07:26 PM | Show all posts
DIABETES

Pankreas terletak berhampiran hati dan ia berfungsi sebagai tempat di mana hormon insulin dihasilkan. Insulin digunakan oleh tubuh untuk mengawal paras gula di dalam darah. Diabetes adalah penyakit yang disebabkan oleh paras glukos yang tinggi di dalam darah. Ia disebabkan paras insulin yang terlalu rendah di dalam darah atau insulin yang tidak efektif atau kedua-duanya.

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB
Apabila makanan diproses, glukos dihasilkan dalam saluran darah. Glukos adalah sumber tenaga kepada badan. Pesakit diabetes mempunyai tahap glukos yang tinggi dalam darah. Pankreas tidak dapat mengeluarkan insulin yang mencukupi untuk menukar glukos kepada lemak, atau otot, lemak dan sel hati tidak bertindakbalas kepada insulin atau kedua-duanya.

Diabetes terbahagi kepada 3 kategori:
(a) Diabetes jenis 1 selalunya dikesan semasa usia kanak-kanak. Badan tidak menghasilkan insulin yang mencukupi dan suntikan multivitamin insulin diperlukan untuk meneruskan hidup. Diabetes jenis 1 berlaku apabila sel badan dimusnahkan oleh sistem imun pesakit.

(b) Diabetes jenis 2 adalah lebih kerap di kalangan pesakit. Ia terdiri dari 90 peratus dari kalangan pesakit diabetes. Ia berlaku di kalangan orang dewasa. Dalam diabetes jenis 2 pankreas pesakit gagal untuk menghasilkan insulin yang mencukupi untuk mengawal paras gula di dalam darah pada paras yang normal. Kebanyakan orang tidak mengetahui mereka menghidapi diabetes jenis 2 walaupun tahap mereka adalah serious.

(c) Gestational diabetes berlaku kepada wanita yang mengalami kehamilan walaupun mereka sebenarnya bukan pesakit diabetes.

SIAPA BERISIKO DIABETES?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2009 01:26 PM | Show all posts
nak tanye la korang doc2 kat cni... risau giler ni.. tak tau nak letak kat pcos ke diabetes

camni.... tahun 2007 aku kena pcos, after my 3rd son's birth. Berat badan giler naik pastu period takde doc suh amek Diane... tapi side effect terlampau so kena  stop and aku amek ubat alternatif... ternyata berkesan n terus ade period sampai sekarang tapi tak jumpa gynae aku lagi dah.... tapi pastu
pastu aku kena diabetes plak tahun 2008, on medication Metformin 500mg twice a day. Dah masuk 2009 ni blood glucose aku ok dalam range 5 - 6 each time I check sebab ade meter kat umah. Berat badan dah kurang sampai ideal, 49kg for 5 feet. Makan ok la selalu jaga tapi kengkadang lari gak sbb tak tahan godaan gula. Exercise dulu buatla pastu skang sebab cepat penat tak buat sngat dah.
Pastu, baru2 ni buat kenduri kawen kat umah aku utk adik. Lepas kenduri tetibe aku pening, bilik tu cam berpusing, muntah2. Jumpa doc, check gula sumer ok.. dia kata maybe panas sgt or penat sgt. okla. Pas makan ubat doc beri, okla. Pastu, anak aku demam, so berjaga separuh malam ngan hubby, maybe ade makan lebih sket dari biase, no exercise.
DIzzy lagi.. kali ni lagi teruk sbb semayang nak rukuk sujud je pusing, then muntah2. Check gula naik sket ke 6.7, check kat rumah je kali ni tak jumpa doc.
ehh... tambah info sket...
mase dizzy tu leher & bahu belah kiri keras sket (mmg selalu stress kat situ), then check bp belah kiri 140/85 , belah kanan 129/85. Then, urut2 sket satu badan (sbb mmg ada angin pulakk) turun ke about 120/80 each side

So, aku nak tanye, dizzy yang aku alami 2x ni sebab diabetes ke, stress, high bp, angin? Paras gula naik tak banyak tapi dizziness nye teruk sangat. Ade sebab lain ke? PCOS aku kena check balik ke? Aku mmg tanak pregnant lagi n still under metformin meds. Aku takut ni sbb aku selalu kena tinggal ngan hubby sbb outstation. Takut tetibe terdizzy sensorang je kat umah...
and p/s: Aku kengkdang dapat panic attack tapi takde meds



Sorry panjang...

[ Last edited by  shahilashaari at 28-5-2009 13:54 ]
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2009 10:04 PM | Show all posts

Balas #203 tuahayam\ catat

nak cakap pun...mungkin org tak percaya....tapi aku ada gambar org kena kencing manis...kakinya dari nampak tulang..3 bulan je...dah tertutup balik...tak perlu potong..kalau lihat kaki tu..mesti org kata kena potong...dia memang bernasib baik..
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2009 06:37 PM | Show all posts
ramainyer promoter
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2009 08:49 PM | Show all posts

Balas #231 hainina\ catat

heheheh bukan promote la..nina...tapi sy bagitahu apa yg sy pernah lihat...mana tahu dengan sedikit info ni dapat membantu member yg memerlukan..jangan putus asa...sy pun tak tahu mana nak dapat sebab sy sendiri tak ada kencing manis...tak perlu lagi kok...minta dijauhkan..

ehem2...bukan nak kata tapi terpikir juga...jika betul ubat hospital berkesan...rasanya tak ada la yg kena potong kaki...huhuhu...sorry eeekk ..hanya pendapat dan tertanya2..
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2009 11:43 AM | Show all posts

Reply #230 TenangJeeer's post

makan ubat apa tu?
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2009 04:13 PM | Show all posts
senyap je thread ni...........
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2009 01:52 PM | Show all posts
semalam p farmasi check gula dalam darah...
Alhamdulilah mak punya dh turun dari 6.5 ke 5.3...
org farmasi tu kata yg normal 6 ke bwah..
yg betul2 bagus 3-5 macam tu la...
mak pun muka hepi je semalam coz ad penurunan mendadak..
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2009 09:43 PM | Show all posts
disyorkan herba semulajadi Cogent db+
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2009 09:51 AM | Show all posts
apa lagi ubt tuk kencing manis?
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2009 09:51 AM | Show all posts
apa lagi ubt tuk kencing manis? .......
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2009 11:07 AM | Show all posts
emak saye dah pakai insulin...last two months everything was ok...tiba2 dua hari lps dia mcm nak pitam..bwk pegi check dr kate bp dia naik and olso paras gula naik 17...i can say mak saye ni pantang makan...tapi kenape naik lagik despite ada insulan ...sigh!...ada apa ikhtiar lagi yek..dr suruh itu ini..kawal makan kawal gula..semua dah...tapi belum nampak hasil...pls help...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2009 10:52 AM | Show all posts
ramainyer promoter
hainina Post at 31/5/2009 18:37


dengki kaaaaa?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:25 PM GMT+8 , Processed in 0.124621 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list