CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Pr|nCeSS^M|cKeY

[MERGED] DIABETES (KENCING MANIS)

[Copy link]
 Author| Post time 25-7-2006 12:18 AM | Show all posts
Originally posted by boss.ika at 24-7-2006 02:23 PM
cuba GYMNEMA HERBAL TEA keluaran Diabetea Sdn Bhd, ada kat kebanyakan farmasi...botol empatsegi warna hijau ....teh herba ni khas utk diabetic problem....kalau minum hari tu, hari tu jugak dia buan ...


boss.ika...thanx for the info...
teh ni takde effect lain ke selain badan rasa panas???

miki nak try cari la...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2006 08:42 AM | Show all posts

Reply #18 boss.ika's post

Boleh tak beri minum air barley(jenis besar)yang kita rebus sendiri tanpa gula.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2006 10:17 AM | Show all posts
Originally posted by Pr|nCeSS^M|cKeY at 25-7-2006 12:14 AM


pusat rawatan ni kat mana?
ada disetiap negeri ke?
miki kat kelantan


Miki,
Pusat Rawatan NEUTRACEUTICAL ni di Ampang, KL. Tapi yang pentingnya adalah NUFERA tu. Kesannya memang cepat dan takde kesan sampingan. Keberkesanannya, paling cepat 2 hari dan paling lama 6 bulan. Bergantung kepada keadaan individu tu. Kalau kes kencing manis ni, dah ramai yang puas hati... Anything kalau nak tahu lebih lanjut, PM lah yea......

[ Last edited by  NUFERA at 7-8-2006 01:36 PM ]
Reply

Use magic Report

boss.ika This user has been deleted
Post time 25-7-2006 11:35 AM | Show all posts
Originally posted by Pr|nCeSS^M|cKeY at 25-7-2006 12:18 AM


boss.ika...thanx for the info...
teh ni takde effect lain ke selain badan rasa panas???

miki nak try cari la...

tiada side effect...cuma effect pada paras gula/tenaga, suhu & berat badan.
dua jenis daun herba (Gymnema Slyvestre & Camellia Sinesis) dlm teh ni adalah herba yg punya khasiat semulajadi iaitu menurunkan paras gula dlm badan...dan herba ni mmg jenis panas sikit....tapi tak boleh overdose, terutama bagi yg takde diabetes, sbb bila paras gula & tenaga terlalu rendah boleh pass out/pengsan.


tapi just nak ingatkan, tak semua org sesuai dgn certain herba-herba/akar kayu....try dulu, kot2 ada alergy / alahan ke...

[ Last edited by  boss.ika at 25-7-2006 09:58 PM ]
Reply

Use magic Report

boss.ika This user has been deleted
Post time 25-7-2006 11:53 AM | Show all posts
Originally posted by ssbrosi at 25-7-2006 08:42 AM
Boleh tak beri minum air barley(jenis besar)yang kita rebus sendiri tanpa gula.

boleh kot...good for inner cleansing, dan menurunkan body temperature.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2006 11:45 PM | Show all posts
pesakit diabetes ni ramai..kira2 2 juta rakyat malaysia kena diabetes kan ikut statistik...esme boleh la suggest kan pil peria ni...INSUPRO FORTE pernah dgr tak? insyaAllah sesaper saje yg ada diabetes boleh la amik pil ni...ada kes dr bacaan 26 darah tu leh turun ke 14 dan turun lagi dan lagi...

apa2 leh PM esme

~sorry...got to edit your posting...elakkan dari mengiklankan barangan kat sini~

[ Last edited by  blackmore at 26-7-2006 12:49 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-7-2006 12:00 AM | Show all posts
ni penerangan skit...

INSUPRO
Though varieties of antidiabetic drugs are available commercially, the search for herbal antidiabetic agents of plant origin is still rapidly initiated throughout the world. Momordica charantia or better known as bitter gourd by locals in Malaysia, is popularly used as medicinal herb in many tropical countries like Brazil, Cuba, India, Malaysia, Peru, Mexico, Panama, Haiti, New Zealand. Bitter gourd was documented to have vast medicinal values including

    * Antibacterial
    * Antibiotic
    * Antidiabetic
    * Anti-inflammatory

       

    * Antileukemic
    * AntimicrobialAntimutagenic
    * Antioxidant

       

    * Antitumor
    * Antiulser
    * Antiviral


By using sophisticated biotechnology, Insupro forte is being produced through extraction and enhancement of bitter gourd active ingredients such as saponin which proven to have hypoglycemic effect without side effect. In University Malaya of Malaysia, research lead by Professor Dr. Mustafa Ali Mohd. had confirmed that bitter gourd has blood glucose lowering activities. The study also concluded that the effect of Insupro forte were comparable to that of drugs.

[ Last edited by  blackmore at 30-10-2006 05:55 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2006 06:13 PM | Show all posts
sebenarnyakan...
apa penyebab utama penyakit ni...
adakah keturunan???
mcm adik beradik mak miki...semuanya ada penyakit ini....
miki pun pelik...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2006 01:24 PM | Show all posts

log-book tuk diabetes

hi...nk tanya ada sesape ada sample log-book tuk diabetes tak? tq :tq:
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2006 09:46 AM | Show all posts

Puasa pesakit diabetes

Puasa pesakit diabetes
Oleh: SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN

PENYAKIT Diabetes Melitus tidak mengenal agama mahupun pangkat keturunan. Umat Islam di negara ini yang mulai menyambut 1 Ramadan pada hari ini tidak terkecuali.

Adalah dianggarkan dua juta rakyat Malaysia menghidap penyakit kencing manis sepanjang tahun lalu.

Dan setiap kali tiba bulan Ramadan, sering kali timbul persoalan di kalangan para pesakit diabetes termasuklah individu yang baru dikesan menghidap penyakit itu - di mana kedudukan mereka.

Sama ada boleh atau tidak mereka menunaikan rukun Islam yang ketiga itu, bimbang puasa boleh menjejaskan kesihatan mereka nanti. Bagaimana pula dengan diet seharian memandangkan rawatan diabetes melibatkan pengawalan makanan yang rapi.

Rawatan kencing manis turut membabitkan pematuhan terhadap arahan ubat-ubatan baik yang diambil secara telan ataupun yang bergantung kepada suntikan insulin.

Oleh kerana pesakit tidak boleh makan dan minum ketika berpuasa, tahap glukosa darah mungkin akan turun ke tahap yang terlalu rendah terutamanya jika anda sedang menerima rawatan.

Pakar Runding Perubatan dan Kardiologi, Hospital Pakar Putra, Melaka, Dr. Nor Izham Aziz berkata, umumnya pesakit boleh berpuasa jika keadaan kencing manis mereka terkawal.

揗alah, bagi pesakit kencing manis, berpuasa boleh mendatangkan manfaat dari segi mengurangkan berat badan dan seterusnya mengurangkan tahap gula dalam darah.

揅uma, mereka dinasihatkan agar mengubah cara pengambilan ubat dan insulin mereka sepanjang bulan Ramadan ini,拻 katanya.

Menurutnya, ubat oral atau insulin biasanya digunakan sebelum bersahur dan sewaktu berbuka puasa.

揇oktor akan menasihati pesakit mengenai dos ubat dan insulin yang seharusnya dikurangkan semasa bulan Ramadan.

揃agi pesakit yang menggunakan ubat atau insulin sebanyak tiga kali sehari, dos ini boleh diubah suai kepada ubat- ubatan yang boleh digunakan dua kali sahaja, sehari,拻 ujar Dr. Nor Izham.

Begitu juga dengan insulin yang boleh digunakan sekali atau dua kali sehari.

揝eharusnya mereka tidak makan secara berlebihan dan mengurangkan makanan serta minuman yang manis-manis baik semasa berbuka mahupun bersahur.

揃ersahur hendaklah dilakukan hampir dengan waktu imsak dan bukannya di waktu tengah malam atau selepas snek untuk mengelakkan anda berpuasa terlalu lama,拻 katanya.

Ini juga membolehkan seseorang pesakit itu mengagihkan tenaga yang diambil secara sama rata sekali gus menjadikan tahap glukosa darah lebih seimbang.

Dalam masa yang sama, beliau turut mengingatkan pesakit agar tidak melengah- lengahkan waktu berbuka puasa.

Pesakit juga, kata Dr. Nor Izham, perlu memantau sendiri paras gula dalam darahnya kerana ini dapat mengelakkannya dari gangguan paras gula darah yang serius pada waktu siang nanti khususnya minggu pertama bulan Ramadan.

Tambahnya, masa terbaik untuk memeriksa paras gula tersebut adalah sebelum bersahur dan berbuka, dua jam selepas itu dan sebelum masuk tidur.

Bersenam berlebihan di bulan Ramadan tidak digalakkan kerana kelasakan dan pendedahan kepada panas matahari boleh menyebabkan dehidrasi (kekurangan air dalam badan) dan hipoglisemia, ujar beliau.

Apa itu diabetes

Diabetes merupakan satu keadaan di mana paras gula dalam darah adalah tinggi. Ia tidak boleh sembuh tetapi boleh dikawal.

Ini disebabkan oleh berlakunya kekurangan insulin atau fungsi terjejas atau kedua-duanya sekali. Insulin merupakan sejenis hormon yang dihasilkan oleh pankreas bagi mengawal paras glukosa dalam darah.

Pada keadaan normal, makanan yang dimakan akan ditukarkan ke dalam bentuk gula iaitu glukosa. Gula ini akan diserapkan ke dalam darah. Insulin akan membantu menggunakan glukosa ini sebagai sumber tenaga.

Apabila berlakunya kekurangan insulin atau fungsi insulin terjejas, paras gula dalam darah akan meningkat. Keadaan ini dipanggil diabetes.

Saranan jadual mengambil ubat pada bulan Ramadan

Waktu - Jadual

Maghrib - Berbuka puasa dengan minuman ringan (air buah-buahan). Makan ubat anda bersama makanan yang tidak mengandungi gula. Solat fardu maghrib

8.00 malam - Hidangan utama (makan malam)

8.30 malam - Sembahyang isyak/tarawih

10.00 malam - Snek (pilihan). Tidur

4.45 pagi - Bangun makan ubat

5.15 pagi - Bersahur

5.45 pagi - Snek (pilihan)

Panduan menguruskan diabetes pada bulan Ramadan

* Boleh makan kurma mengikut sunah Rasulullah s.a.w, asalkan tidak lebih dua biji

* Kurangkan membeli makanan di bazar-bazar Ramadan yang tinggi kandungan gula dan lemak

* Cubalah menahan diri dari memakan pencuci mulut yang manis, makanan tinggi lemak serta digoreng dengan minyak yang banyak kerana ia boleh menyebabkan pertambahan berat badan, ditambah pula dengan kurang melakukan aktiviti fizikal di bulan Ramadan

* Makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks seperti beras kampung, roti berserat tinggi, oat dan bijirin penuh lain mengeluarkan tenaga secara lebih perlahan berbanding makanan yang diproses

* Sertakan juga makanan karbohidrat yang berserat tinggi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran ketika berbuka dan bersahur.

* Kurangkan makanan bergaram yang tinggi kerana ini akan menyebabkan anda terasa lebih dahaga

* Banyakkan minum air masak untuk menggantikan air yang telah hilang pada waktu siang.

Komplikasi

Dr. Nor Izham turut mengingatkan para pesakit yang menunaikan ibadat itu hendaklah berjaga-jaga agar dapat mengelakkan komplikasi hipoglisemia yang mungkin berlaku dengan lebih kerap.

Hipoglisemia berlaku apabila kadar glukosa dalam darah terlalu rendah, menyebabkan pesakit terasa lapar, loya, menggigil, berpeluh, jantung berdebar-debar, tidak fokus dan resah gelisah.

揝ekiranya tidak diperbetulkan, ia boleh menyebabkan pesakit tidak sedarkan diri, seterusnya mengalami kerosakan otak.

揔eadaan ini boleh berlaku jika pesakit menggunakan dos ubat atau insulin yang terlalu tinggi atau terlupa makan selepas menggunakan insulin,拻 jelasnya.

Hipoglisemia juga boleh berlaku kesan dari melangkau makan, terlalu banyak bersenam, penyakit-penyakit tertentu dan masa antara pengambilan ubat dengan waktu makan yang tidak kena.

Mengulas lanjut: 揓ika ini berlaku, pesakit dinasihatkan agar menyegerakan berbuka puasa sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku seperti kebingungan atau tidak sedarkan diri.

揝egera makan atau minum makanan atau minuman yang manis untuk menaikkan tahap glukosa darah anda sehingga hilang simptom-simptom hipoglisemia itu.拻 katanya.

Kemudian, periksa tahap glukosa darah anda untuk memastikan ia kembali ke tahap yang disyorkan.

Antara tip-tip yang boleh dilakukan jika berlaku hipoglisemia

* Segera memakan lebih kurang tiga biji gula-gula. Pastikan anda sentiasa membawa gula-gula pada setiap masa bagi menghadapi kecemasan apabila paras gula dalam darah menurun.

* Minum sedikit jus buah-buahan

* Ambil setengah tin minuman ringan

* Ambil dua sudu teh gula pasir

* Makan sedikit snek

* Bagi mereka yang berada berhampiran pesakit yang tiba-tiba koma, gosokkan serbuk glukos ke gusi dan lidah mereka

Selain hipoglisemia, pesakit juga mungkin mengalami komplikasi hiperglisemia yang terjadi bila mana kadar glukosa dalam darah terlalu tinggi dan ini menyebabkan pesakit terasa lemah dan kehausan.

揓ika dibiar berlarutan, pesakit mungkin akan tidak sedarkan diri. Keadaan ini selalunya berpunca daripada kegagalan pesakit untuk makan ubat (terlupa) atau menyuntik insulin.

揔adangkala, ia disebabkan oleh pesakit ada menghidap komplikasi-komplikasi lain seperti jangkitan kuman atau serangan jantung. Pesakit haruslah segera mendapat rawatan perubatan,拻 kata Dr. Nor Izham.

Yang penting, pesakit kencing manis yang ingin berpuasa perlulah berjumpa doktor terlebih dahulu dan meminta pandangan mereka berhubung perkara ini.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2006 09:54 AM | Show all posts

Adakah anda menghidap pradiabetes?

Adakah anda menghidap pradiabetes?
Oleh DATUK PROF. MUSTAFFA EMBONG (Pakar Perunding Diabetes Institut Diabetes Negara (NADI))

TAHUKAH bahawa anda mungkin sedang menguruskan aktiviti harian tetapi pada masa yang sama mengalami paras glukosa darah yang tinggi dan anda tidak sedar akan hal ini?

Situasi ini mungkin berlaku jika anda mengalami suatu keadaan yang dipanggil pradiabetes.

Pradiabetes seperti terjelas namanya adalah satu peringkat sebelum anda dikatakan menghidap penyakit diabetes.

Walaupun pakar-pakar perubatan masih berbahas tentang definisi terbaik untuk keadaan ini, pradiabetes boleh didefinisikan sebagai satu keadaan di mana paras glukosa darah anda lebih tinggi daripada paras normal tetapi masih tidak cukup tinggi untuk diklasifikasikan sebagai menghidap penyakit diabetes.

Doktor merujuk keadaan ini sebagai Gangguan Glukosa Puasa (IFG) apabila paras glukosa darah lebih tinggi dikesan semasa berpuasa atau Gangguan Toleransi Glukosa (IGT) apabila paras glukosa darah di tahap luar biasa dikesan selepas menjalani ujian glukosa yang dipanggil Ujian Toleransi Glukosa (OGTT).

Bahaya pradiabetes

Individu yang menghidap pradiabetes selalunya tidak menunjukkan gejala-gejala diabetes yang jelas seperti susut berat badan, sentiasa dahaga atau kerap membuang air kencing (urin).

Namun, walaupun anda tidak mengalami sebarang gejala diabetes tersebut, anda masih perlu mengambil tindakan serius tentang pradiabetes.

Pradiabetes adalah satu keadaan yang serius. Merujuk kepada Persatuan Diabetes Amerika, pradiabetes bermakna anda lebih berisiko tinggi untuk terkena penyakit diabetes jenis 2 berbanding dengan individu yang mempunyai paras glukosa darah yang normal dan anda juga mungkin sudah mengalami masalah-masalah kesihatan disebabkan diabetes.

Program Pencegahan Diabetes (DPP) yang telah dijalankan oleh Institut Kebangsaan Kesihatan di Amerika Syarikat melaporkan bahawa para peserta yang mempunyai pradiabetes telah didapati menghidap diabetes jenis 2 dalam kadar 11 peratus setiap tahun!

Kajian lain mencadangkan bahawa kebanyakan individu yang mengalami pradiabetes akan mempunyai penyakit diabetes jenis 2 dalam tempoh 10 tahun.

Jika anda mempunyai pradiabetes, risiko untuk anda terkena serangan jantung atau angin ahmar (strok) juga meningkat. Ini adalah kerana paras glukosa dalam darah anda yang tinggi secara berterusan akan menyebabkan kerosakan pada saluran darah besar anda.

Tekanan darah tinggi dan lipid darah yang tinggi yang biasa dihidapi oleh individu yang mengalami pradiabetes juga menyumbang kepada kerosakan saluran darah.

Pastikan sama ada anda menghidap pradiabetes.

Satu soalan untuk anda (terutamanya jika anda sudah berumur 20 tahun atau lebih): 揂dakah anda tahu paras glukosa darah anda?
Reply

Use magic Report

jiasaya This user has been deleted
Post time 3-10-2006 12:36 PM | Show all posts

diabetes

saya masa ngandung dikesan ada diabetes.. kena wat MGTT byk kali..
pas bersalin, berat bdn naik about 8 kilo... cemana nak wat ni? is it diabetes?
saya ad history family diabetes(nenek)...
takutnya..i'm 27
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2006 09:45 AM | Show all posts
my hubby skrg ni border. br buat blood test b4 puasa.  BP pun border gak.  family dia abg & kakak dah kena.  belah aku plak arwah mak.

yg buat aku risau skrg ni, ibu jari kaki dia rasa kebas.  dah pegi check tp dr tak kata apa.   tu yg buat blood test itu hari.  thn ni je dah 2 kali buat test.  result sama.  dia pun ada jugak batu karang. worst was 2 yrs ago when he's in china.  so now dah ok sket.

berbalik pada rasa kebas tu, is it mmg tanda2 awal diabetic ni.  skrg ni tambah plak kat jari kelingking.  ke sakit2 yang lain ek.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2006 04:15 PM | Show all posts
I tgh risau ni....masa balik raya tumah mertua hari tu my bro in loa ada lat utk cek diabetes ni and dia cek i punya dah 24.5.... dia suruh i refer pd doc tp i belum pergi lagi...susah hati sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2006 10:42 AM | Show all posts
kl family history ader diebetes better take precautions... my mom ader diebetes.. and now im diagnosed most probaly ader diebetes

* most people ingat makan guler jer leh kene diebetes, my mom tak makan gule lansung since dia kecik lagi... but makan alot of carbo..... soo control carco gak kay*
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2006 04:07 PM | Show all posts
klu ada diabetes..is it safe untuk mengandung?

ada apa2 effect tak selain bb besar??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Chippo This user has been deleted
Post time 29-11-2006 04:54 PM | Show all posts
Originally posted by tiwol_ayu at 13-10-2006 09:45 AM
my hubby skrg ni border. br buat blood test b4 puasa.  BP pun border gak.  family dia abg & kakak dah kena.  belah aku plak arwah mak.

yg buat aku risau skrg ni, ibu jari kaki dia rasa kebas ...


Kebas kebas kalau kerana diabetes itu bukan tanda awal, it petanda the diabetes dah menjejas system saraf beliau. Its called neuropathy dan anda akan hilang sensasi dan blood flow akan berkurangan kepada kaki. Harus jaga jaga kerana jika terdapat luka, pesakit diabetes kekadang tidak tahu pun mereka telah melukai kaki mereka.

I am a diabetic, and yes I have neuropathy, but sometimes under control kadang out of control. Diabetes is there to stay jika anda sudah terkena, besar kemungkinan seumur hidup sebab itu dia diklasifasified sebagai chronic disease.

Be positive, jangan stress sangat dan yang paling penting, jaga pemakanan, senaman selalu kerana diabetics can actually lead a very normal life seperti orang biasa.

Now I have learned to manage my diabetes, unfortunately I am one of the unlucky ones yang terteka cos both parents diabetics. Even though i dont eat sweet stuff, control my carbo, do regular exercise, tapi dah kena apa nak buat. Just manage it well aja laaa
Reply

Use magic Report

kakaktua This user has been deleted
Post time 7-12-2006 01:18 AM | Show all posts

Kencing Manis

Any cure for kencing manis by traditional medication?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2006 03:29 PM | Show all posts
bakawali?


..............
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2006 10:05 PM | Show all posts
boleh cuba minum biosegar.
biosegar diperbuat dari ekstrak daun stevia iaitu sejenis herba pemanis semulajadi.
daun stevia sangat bermanfaat utk membantu menyembuhkan penyakit kencing manis dan menstabilkan gula dlm darah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:43 PM GMT+8 , Processed in 0.079697 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list