CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 52391|Reply: 80

MENU/RESEPI ANTARABANGSA :: BRUNEI ::

[Copy link]
Post time 10-5-2007 01:54 PM | Show all posts |Read mode
Ha, ni sebetulnya hutang ni.. lama dah mod request, tapi tak sampai, mana mana orang brunei kat sini ni, nak post recipe masakan ker kueh tradisi brunei, boleh lah post kat sini.

DADAH TAHAI

Apa dia 'dadah tahai ' ?

Dadah tahai, adalah salah satu masakan ikan bakar yang telah dikeringkan berserta serai, asam keping dan bawang. Semua forumers janganlah terkejut kerana nama masakan ni dimulai dengan perkataan DADAH, kita tak lah simpan dadah kat masakan ni, mungkin kenapa ia dipanggil sebagai dadah tahai ni, mungkin disebabkan dadah tahai ni membuatkan orang ketagih nak makan ikan ni, apa orang kata, rasa sekali nak lagi, sebab rasanya agak masam kerana ia dibubuh dengan asam keping dan juga serai. Mungkin LT tak tau lah apa namanya kalau kat malaysia, mungkin perkataan dadah ni DADIH kot? tak tau plak LT macammana masakan berdadih ni. Kat bawah ni, adalah gambar Dadah Tahai yang LT masak sendiri, bukan petik dari  magazine atau majalah masakan ek? heheheh... terima kasih kepada yang berkenaan kerana menghiaskan masakan ni. So, LT harap korang boleh cuba masakan ni, mungkin bab mana nak cari tahai ni jer kot, mungkin LT akan tanya kengkawan LT. ill update soon.





Bahan-bahan:
- beberapa ekor ikan tahai  ( tak tau plak apa nama dia kat malaysia, nanti LT pi tanya) ( ikan yang dibakar dan dikeringkan)
- 1 batang serai ( dititik)
-  2-3 ulas bawang merah ( dihiris)
-  1 labu bawang besar (di potong dadu)
-  3 keping asam keping
-  1 ke 1.5 sudu makan lada kering kisar.
-  1 biji lada hidup ( jika suka)
-  sedikit air asam jawa ( jika suka )
-  sedikit garam dan serbuk perasa


Cara-caranya:
1) Didihkan air, masukkan kesemua bahan-bahan. Tunggu ikan tadi lembut. dan siap untuk dihidang.


p/s: sedap dimakan ketika panas. rasanya yang kemasam-masaman memang mengiurkan. LT akan cuba tanya kat kawan2, apa dia tahai dalam konteks malaysia ok. lepas ni LT akan post masakan yang lain.  





[ Last edited by  Kacip_Fatimah at 5-3-2009 12:07 ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2007 02:08 PM | Show all posts

Reply #1 LailaTempawan's post

terkejut: tengok nama resipi baru kita hari ni..
ingatkan nak panggil .....POLISSSSSSS...

nampaknya macam masakan asam rebus gitu...
terimakasih kongsi resipi....
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2007 02:12 PM | Show all posts
bang laila, macam ikan singgang atau masak asam rebus. ikan tahai tu nnt bang laila tolong check ye.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2007 02:16 PM | Show all posts
kalau tak silap ita, ikan tu kat malaysia dipanggil ikan tamban (kelatanese panggil tamban beluru...kalau tak silap sbb tau makan jer)...
cara masakan pun cam hannan kata asam rebus...kelantanese lak singgang ikan...
btw laila...thanks for the recipe...boleh tukar2 recipe antara 2 negara...mengeratkan silatulrahim gituu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2007 02:16 PM | Show all posts

Reply #2 hannan6d's post

  ha, sebab tu mesti kasi deskripsi maksud dadah tahai, LT memang dah teka dari awal lagi, mesti korang semua tekejut ngan nama tu, tapi itu memang dah nama dia, kita kat Brunei memang dah except tu, kalau polis tengok nama tu pun, " ha? dadah tahai.. meh dadah tahai tu, kita nak makan... " heheheh..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2007 02:20 PM | Show all posts

Reply #4 s3Nor!t@'s post

yer.. itulah dia.. baru LT ingat.. ikan tahai tu, Ikan tamban yang dibakar dan dikering.. thanks senorita..   buat malu jer..  kat sini nama pun sama, ikan tamban..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-5-2007 02:30 PM | Show all posts
ikan tu mcm ikan tamban masin jer.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2007 02:39 PM | Show all posts
tunjuk la masakn lain2 lg... alang tengok kt RTB tu kalu pukul 7.30 pg tu ada rancangan rampai selera kalu tak silap... wah macam2 masakan yg ditunjuk...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-5-2007 03:24 PM | Show all posts
Originally posted by alangGIRL at 10-5-2007 02:39 PM
tunjuk la masakn lain2 lg... alang tengok kt RTB tu kalu pukul 7.30 pg tu ada rancangan rampai selera kalu tak silap... wah macam2 masakan yg ditunjuk...



yer.. ada masakan diorang kasi tunjuk kat RTB pagi tiap pukul 7.30 - 8am.. nama rancangan tu Rampai Pagi.. memang macam2 masakan diorang kasi tunjuk.. tapi tu semua bukan masakan tradisi.. masakan moden..
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2007 03:48 PM | Show all posts
B. Laila, bole la kasi resepi apa tu yg mcm sagu lilit kat lidi ngan lauk nyer sekali.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2007 03:54 PM | Show all posts

Reply #10 alangGIRL's post

sagu lilit? lauk? hmm.. macam mana tu ek?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2007 03:56 PM | Show all posts
ok... masakan-masakan dan resipi kueh lain.. akan LT post kat sini dalam sedikit masa lagi ok..
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2007 04:14 PM | Show all posts

Reply #10 alangGIRL's post

tu bukan ambuyat ke org panggil? makanan tradisi salah satu kaum kat sarawak? kalau salah maaf yer...
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2007 04:39 PM | Show all posts

Reply #13 s3Nor!t@'s post

yup..yg tu ambuyat ..kat sabah pun ada gak mamam ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2007 04:43 PM | Show all posts

Reply #14 mykiwi's post

tq kiwi
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2007 05:10 PM | Show all posts
haaa...aaaa... ambuyat... dulu kan ada alang tya ky thread azrinaz tu? hehe kalu rajin sesape tolong la tempek resepi + gambar sekali....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2007 06:59 PM | Show all posts
masakan brunei rasa tak der beza ngan masakan org kedayan di miri..
bahasa pun lebih kurang jer..makanan dadah tahai, ambuyat, antara yg popular di kalangan kami jugak..menjadi mknan tradisi...
wah rindu nak mkn dadah tahai...nanti balik miri nak suh emak cari ikan tahai salai.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2007 09:07 PM | Show all posts
Originally posted by s3Nor!t@ at 10-5-2007 04:14 PM
tu bukan ambuyat ke org panggil? makanan tradisi salah satu kaum kat sarawak? kalau salah maaf yer...



oh yang tu.. yer tu memang kita panggil AMBUYAT..

lidi yang senorita tanya tadi tu, kita panggil CANDAS...

ambuyat?  saya akan tempek kat sini yer.. lauk dia tu kita pnggil CACAH

sedap cacah tu.. masam-masam manis..  wah.. sekarang LT terngiur nak makan ambuyat lah..

[ Last edited by  LailaTempawan at 10-5-2007 09:16 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2007 09:11 PM | Show all posts
Originally posted by seri06 at 10-5-2007 06:59 PM
masakan brunei rasa tak der beza ngan masakan org kedayan di miri..
bahasa pun lebih kurang jer..makanan dadah tahai, ambuyat, antara yg popular di kalangan kami jugak..menjadi mknan tradisi...
...


memang sama pun, orang kedayan kat brunei pun masih ada..

manalah masakn kat sarawak, sabah dan brunei, seakan2 nak sama, kan tinggal berdekatan jer, so masakan tu kurang lebih sama..

tapi, kan korang makan ambuyat dengan cecah @ cacah tak? cacah petai ada gak?
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2007 09:36 PM | Show all posts

Reply #19 LailaTempawan's post

cacah ambuyat nie senang jer..samada guna air asam jawa campur ngan cili padi..
atau klu kebetulan ada masak asam pedas kuning( klu kitaorg asam pedas warna kuning bukan warna merah) so guna kuah asam pedas tu sebagai pencicah ambuyat..letak cili padi nak bagi ummph....ambuyat nie sesuai di mkn waktu tengahari...time panas2...adoii sedap nya..
ada resepi kuih penyaram tak..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 04:18 AM GMT+8 , Processed in 0.077138 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list