CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dieela

Bukit Fraser, Pahang

[Copy link]
Post time 19-10-2008 08:44 PM | Show all posts
baru ingt nk pi sini..
bila dgr cite jln kat sini curam...
alahaiii takottt nyer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2009 12:35 PM | Show all posts
kengkawan, nak tanya
mana lebih dekat kalau nak pegi fraser hill ni?
iktu rawang-kuala kubu baru ke??
atau ikut ulu yam tu???
tak pernah pergi, tp nak redah pergi.. cuti raya cina ni

dah book rumah peranginan gomen punya kat sana..
murah la..satu bilik kecik baru 40 rggt, bilik beso 50, banglo baru 200 je
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2009 01:42 PM | Show all posts











Latest pic taken from Fraser's Hill pada April 09.  Cuma naik kesana just nak ambik gambar and we went down same day.  Nothing much there still the same old Fraser's Hill.






[ Last edited by  Suhazlina at 10-4-2009 13:44 ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2009 12:05 AM | Show all posts
brp tinggi dari aras laut ??
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2009 10:00 AM | Show all posts

Balas #124 chumpon\ catat

Chumpon,

Tak sure la babe.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2009 01:48 PM | Show all posts
anyone  .... ada tak sesape contact no for bungalow untuk disewa .. nak g 5 family .. rasa rugi amik hotel , baik amik bungalow all semua berkumpul
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-5-2009 05:48 PM | Show all posts

Balas #124 chumpon\ catat

Approx. 1200 meters from sea level.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2009 01:48 PM | Show all posts
26 Jun, 2009 12:36 PM

Bukit Fraser Tetap Gamit Pelancong

Oleh Norehan Saleh

BUKIT FRASER, 26 Jun (Bernama) -- Bukit Fraser bukanlah nama kecil dalam industri pelancongan negara.

Terletak di Banjaran Titiwangsa, Pahang, ia merupakan kawasan pelancongan tanah tinggi yang menarik kerana suhunya antara 17 dan 24 darjah Celcius.

Puncak tertinggi Bukit Fraser ialah 1,280 meter dari aras laut. Terletak kira-kira 105 kilometer dari Kuala Lumpur, di sini terdapat banyak bangunan dan banglo dibina mengikut gaya dan cita rasa kolonial British.

Pekannya agak kecil, dikenali sebagai 'Little England' dan kebanyakan aktiviti di sini tertumpu di sebuah dataran yang mempunyai sebuah menara jam yang cantik.

Pusat peranginan ini dianggap sebagai tempat terunggul untuk aktiviti memerhati burung dan menjadi tuan rumah acara tahunan Pertandingan Memerhati Burung Antarabangsa Bukit Fraser.

Suasana di Bukit Fraser menyerupai suasana perkampungan di pedalaman negara Scotland yang dipenuhi dengan bangunan granit kelabu dengan gaya Tudor.

Bagi mereka yang pernah berkunjung, pastinya keindahan flora dan faunanya cukup memikat. Udaranya yang segar cukup menenangkan bagi mereka yang mahu "menyatukan" diri dengan alam semula jadi yang luas menghijau itu.

SUNTIKAN BARU UNTUK 'THE LITTLE ENGLAND'

Menyedari bahawa 'Little England' ini perlu diberikan suntikan baru, kerajaan memperuntuk sebanyak RM30 juta bagi membangunkan kembali Bukit Fraser menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi.

Pengarah Tourism Malaysia Pahang, Amran Ariffin berkata jumlah itu ialah bagi projek pembangunan fasa pertama iaitu memperbaik semula bangunan-bangunan lama di sini.

"Kementerian Pelancongan serius dalam usahanya memulihkan kembali Bukit Fraser sebagai sebuah destinasi pelancongan terbaik di negara ini.

"Usaha pemulihan itu akan dilakukan secara berperingkat supaya ia dapat menarik semula kedatangan pelancong ke sini seperti zaman kemuncaknya sebelum ini," katanya ketika ditemui Bernama pada pertandingan fotografi alam semula jadi Bukit Fraser, baru-baru ini.

KARNIVAL BERKONSEPKAN KELUARGA

Selain itu, Amran berkata menerusi sokongan Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser (PKBF) dan Majlis Daerah Raub, acara yang dijadualkan tahun ini juga akan dilaksanakan secara besar-besaran tahun depan.

"Sasaran kami ialah seramai 35,000 pengunjung dalam tempoh sebulan, dan kami juga mengharapkan jumlah itu lebih tinggi ketika musim percutian sekolah atau hujung tahun," katanya.

Amran berkata Tourism Malaysia Pahang dengan kerjasama Kerajaan Pahang, Majlis Daerah Raub, Universiti Malaysia Pahang (UMP), Hotel Shahzan Inn, The Pines Resort serta Persatuan Pencinta Alam Malaysia juga mengadakan karnival berkonsepkan keluarga di sini.

"Karnival itu akan menyediakan lapan program utama bermula Jun dan berakhir pada hujung tahun ini sebagai tarikan mengajak pengunjung ke pusat peranginan ini," katanya.

Program itu ialah pertandingan fotografi alam semula jadi, pertandingan mengenal burung antarabangsa Bukit Fraser, kejohanan memanah, kejohanan golf, pencarian harta karun, kejohanan paintball, berbasikal mini merentas pekan Bukit Fraser dan kejohanan woodball.

"Kami juga akan menjadikannya sebagai acara tahunan, dan sebagai permulaan, program berkenaan diadakan secara berperingkat supaya ia sentiasa dapat menarik pengunjung ke sini," katanya.

Berkenaan pertandingan fotografi alam semula jadi itu, Amran berkata ia merupakan acara permulaan bagi karnival berkonsepkan keluarga itu yang dirangka oleh Tourism Malaysia Pahang bagi memupuk pemahaman pengunjung mengenai kepentingan pemuliharaan alam semula jadi.

"Kami berharap menerusi pelbagai program yang dirangka ini, Bukit Fraser akan kembali menjadi destinasi utama pelancongan tanah tinggi negara," katanya.

Terdapat dua laluan ke Bukit Fraser iaitu dari Kuala Lumpur menuju ke Rawang, Kuala Kubu Baharu, Ampang Pechah dan Gap sebelum mendaki ke Pekan Bukit Fraser.

Laluan kedua ialah dari Kuala Lumpur ke Bentong, Raub, Tras dan Gap. Seterusnya mendaki dari Gap ke Pekan Bukit Fraser.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2009 12:31 AM | Show all posts
25# dvpro
Saya recommend you ikut KKB lebih cepat dan selesa. Dari KKB ke Splash Dam jalan nya dah cantik. Cuma dari Splas dam ke GAP jln sempit sikit. Tapi tak berapa jauh.

Enjoy your trip..
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2009 12:34 AM | Show all posts
26 Jun, 2009 12:36 PM

Bukit Fraser Tetap Gamit Pelancong

Oleh Norehan Saleh

BUKIT FRASER, 26 Jun (Bernama) -- Bukit Fraser bukanlah nama kecil dalam industri pelancongan negara.

Terletak d ...
Syd Post at 26-6-2009 13:48



Dalam banyak2 tanah tinggi di Malysia.. bagi saya Fraser is still the best..
Sebab
1. Pembangunan tak banyak
2. Kebersihan dan alam semula jadi masih terkawal
3. Udara nyaman dan sejuk
4. Tidak sesebok tanah2 tinggi yang lain
5. Saya suka sangat pemandanagn English style pekan nya..
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2009 11:46 PM | Show all posts
Minngu ni ada sapa nak ke B Fraser??
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2009 11:11 AM | Show all posts
Minngu ni ada sapa nak ke B Fraser??
irbudan Post at 1-7-2009 23:46


mb i nk ke sana...tp tgk keadaan dulu...if ada rezeki mggu nie akan ke sana...ikut kkb.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2009 02:04 PM | Show all posts
Kalau nak gie B. Fraser guna public transport camner ek? Selain dari naik teksi. Ada tak bas pergi sana? Kalau naik keretapi nak stop kat mana? Saya dari KL.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2009 11:01 PM | Show all posts
133# ita_comel

Setahu saya tak de bus yg p ke FH. Kalau ada pun setakat GAP je lah.. Keretapi pun takde. Keretapi sampai kuala kubu road je.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2009 11:04 PM | Show all posts
132# HARRIER28
Ohh ok..
Ape perancangan kesana...
Rehat.... Kerja....Jungle tracking..
?
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2009 11:23 AM | Show all posts
134# irbudan


GAP tu apa? Sorrylah..saya tak tahu. Sebab tu tanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2009 05:00 PM | Show all posts
132# HARRIER28
Ohh ok..
Ape perancangan kesana...
Rehat.... Kerja....Jungle tracking..
?
irbudan Post at 8-7-2009 23:04


berehat....amk gmbr...nnt aku ltk gmbr ye....
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2009 08:09 PM | Show all posts
134# irbudan


GAP tu apa? Sorrylah..saya tak tahu. Sebab tu tanya
ita_comel Post at 13-7-2009 11:23

Gap tu sebenarnya laluan akhir ke puncak sepanjang 8km yg hanya memuatkan kelebaran untuk sebiji kereta sahaja di kebanyakan tempat. Dan sebab kena tunggu giliran kalau sampai di permulaan laluan dalam waktu2 genap, ie. pukul 8am atau 10am, etc., kawasan menunggu tu akhirnya dipanggil Gap. Giliran turun naik sehala ni dari 7am-7pm sahaja, lepas waktu ni kena pandai2 sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2009 09:00 PM | Show all posts
Gap tu sebenarnya laluan akhir ke puncak sepanjang 8km yg hanya memuatkan kelebaran untuk sebiji kereta sahaja di kebanyakan tempat. Dan sebab kena tunggu giliran kalau sampai di permulaan laluan da ...
dvpro Post at 13-7-2009 20:09


Kena cari info masa untuk kenderaan naik ke atas, kalau tidak buang masa menunggu. Macam pengalaman sebelum ni, kami sampai kat GAP tu, baru je lepas masa akhir untuk kenderaan naik atas, berjanggut pulak kena tunggu baru boleh naik pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2009 10:29 PM | Show all posts
139# bayumentari
ya betul... gap tu adalah simpang tiga di antara main road KKB-Raub dengan jalan ke Fraser Hill. Kalau dulu ada waktu waktu tertentu untuk naik dan turun. Contohnya pada pukul angka nombor ganjil  adalah waktu untuk kenderaan naik sahaja dan untuk jam waktu nombor ganjil untuk kenderaan turun sahaja.. Kalau tak silap.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:31 AM GMT+8 , Processed in 0.629566 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list