CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: angel01

~ ♥ ~ B e r i t a__P u l a u__M u t i a r a ~ ♥ ~

[Copy link]
 Author| Post time 25-9-2008 01:06 AM | Show all posts
Utara: Sime Darby minta maju Pulau Jerejak

GEORGETOWN: Sime Darby Bhd adalah antara empat pelabur yang berminat untuk membangunkan Pulau Jerejak, sebuah pulau yang pernah dijadikan pusat tahanan penjenayah tegar di negeri ini.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkata tiga lagi adalah pelabur dari luar negara yang mendapat sokongan syarikat tempatan.

Katanya, Sime Darby menunjukkan minat untuk melabur dalam bidang berkaitan pelancongan di pulau yang turut dikenali sebagai 'Alcatraz Malaysia'.

"Kami menerima sambutan menggalakkan daripada pihak yang berminat membangunkan pulau itu secara menyeluruh termasuk pelabur dari Timur Tengah dan Sime Darby adalah syarikat tempatan pertama yang menunjukkan minat," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Sime Darby, Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid, semalam.

Pulau Jerejak dikenal pasti sebagai lokasi untuk dibangunkan pelancongan kesihatan dalam inisiatif Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) yang dilancarkan setahun lalu.

Pulau itu yang mempunyai keluasan 362 hektar, kini mempunyai sebuah resort yang dibangunkan secara usaha sama oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan UDA Holdings Berhad di kawasan seluas 32 hektar.

Guan Eng berkata, pembangunan pulau itu akan membabitkan pelaburan berbilion ringgit dalam jangka masa 10 tahun.

Katanya, kerajaan negeri berkemungkinan membuka tender bagi pembangunan pulau itu pada akhir tahun ini.

"Syarikat yang berminat boleh mengemukakan cadangan masing-masing," katanya.

Ketua Menteri berkata, ramai pelabur berminat melabur di negeri ini dan perkembangan itu seiring dengan usaha kerajaan untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai Bandar Antarabangsa.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri komited untuk menyediakan persekitaran yang kondusif bagi menggalakkan pelabur menanam modal di Pulau Pinang.

sumber : Berita Harian Online

http://www.bharian.com.my/Curren ... /Article/index_html

p/s : dah lamer tak lepak porem...luper camner nak tampal url...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-9-2008 01:08 AM | Show all posts
Utara: Tindakan jika gagal bayar pinjaman
Oleh Fazli Abdullah
fazliabdullah@bharian.com.my

Pulau Pinang dakwa pelajar ingkar selepas 5 tahun tamat pengajian

GEORGETOWN: Peminjam yang gagal melunaskan pinjaman pelajaran yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri selepas lima tahun tamat pengajian akan didakwa di mahkamah.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkata kerajaan negeri terpaksa mengambil tindakan undang-undang sebagai langkah terakhir berikutan tunggakan pinjaman yang banyak iaitu RM15.6 juta sehingga bulan lalu.

Katanya, walaupun pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mengambil tindakan mahkamah ke atas peminjam yang mempunyai tunggakan tetapi kerajaan Pakatan Rakyat perlu melakukannya.

揥alaupun jumlah tunggakan berkurangan daripada RM25 juta pada 2005 kepada RM15.6 juta bulan lalu tetapi jumlahnya masih besar dan tindakan tegas perlu diambil," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Kerajaan negeri mewujudkan skim Biasiswa dan Pinjaman Penuntut Pulau Pinang pada 1970 bagi membolehkan pelajar yang dilahirkan atau belajar sekurang-kurangnya lima tahun di negeri ini yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi mendapatkan kemudahan itu.

Mengikut rekod, 4,860 peminjam gagal membayar baik pinjaman berjumlah RM25 juta pada 2005, 4,814 orang pada 2006 (RM24.1 juta), 3,982 orang pada 2007 (RM19 juta) dan sehingga Ogos lalu, 3,416 orang dengan tunggakan RM15.6 juta.

Guan Eng berkata, sebelum mengambil tindakan undang-undang pihaknya akan mengiklan nama peminjam dalam akhbar dan internet sebagai makluman kepada individu terbabit serta penjaminnya.

Notis juga dihantar kepada peminjam berdasarkan kepada alamat terbaru yang diperoleh dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara dan agensi kerajaan lain.

"Kerajaan negeri masih tidak berpuas hati dengan tunggakan yang masih tinggi walaupun sudah berkurangan sejak beberapa tahun lalu," katanya.

sumber : Berita Harian Online

http://www.bharian.com.my/Curren ... /Article/index_html
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2008 08:00 AM | Show all posts

Reply #240 angel01's post

hai angel...mana menghilang diri. sibuk ekk. btw, thanks for the wishes...card raya untuk angel. :hug:  

Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2008 10:00 PM | Show all posts


          The Star Online   North
[table=98%,rgb(255, 250, 205)][tr][td]

'Continue culture of giving aid'

Link to original article


KEPALA BATAS: Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi has said that he hopes the culture of giving away aid and contributions to the less well-off can be continued by the younger generation in the future.

He said he was glad to see the tendency of young entrepreneurs today who were willing to give away aid and contributions to lighten the burden of the less fortunate.

He said this good culture should be continued to ensure the hardcore poor receive the necessary assistance.

擨t is also in line with the Government抯 policy to eradicate hardcore poverty in the country so that these people can share the bounty from the country抯 development and happiness,
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2008 01:31 PM | Show all posts


          The Star Online   North
[table=98%,rgb(255, 250, 205)][tr][td]

Warm Raya despite the floods

Link to original article


GEORGE TOWN: The eve of Hari Raya was a wet affair for Penangites but the weather failed to dampen preparations for Hari Raya Aidilfitri.

Rain or no rain, grandmother Sarabi Mohd Hanifa, 70, continued to slave over a hot fire, patiently waiting for her ketupat to cook with her children and grandchildren by her side at her Kampung Mesjid house near Jalan P. Ramlee .

[table=75%,black][tr][td]



Rain is no Raya damper: Sarimah Hashim, 42, preparing ketupat on the verandah of her flooded home in Kampung Permatang Tok Subuh in Bukit Mertajam as children (in the background) play in the floodwaters. Rain caused floods in various parts of Penang yesterday but the weather failed to dampen preparations for Hari Raya Aidilfitri.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2008 02:36 PM | Show all posts


          Kosmo! Online   Negara

Bahaya telefon bimbit kepada kanak-kanak


Link to original article


GEORGE TOWN - Penggunaan telefon bimbit oleh kanak-kanak khususnya di bawah usia 12 tahun didakwa mendedahkan mereka kepada tumor otak.

Demikian hasil penyelidikan terbaru dari Sweden yang mendapati kanak-kanak lima kali lebih cenderung mendapat tumor menerusi penggunaan alat komunikasi itu secara kerap.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed Idris memberitahu, kanak-kanak terdedah kepada radiasi telefon bimbit, telefon tanpa wayar dan peralatan lain kerana otak dan sistem saraf mereka sedang berkembang.

Katanya, oleh kerana kepala mereka kecil dan tengkorak lebih nipis berbanding orang dewasa, radiasi lebih mudah menembusi jauh ke dalam otak.

"Kajian itu diketuai Profesor Lennart Hardell dari Hospital Universiti di Orebro, Sweden. Ia dibentangkan pada persidangan antarabangsa mengenai telefon bimbit dan kesihatan serta risiko radiasi penyebab kanser," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini semalam.

Kata S.M. Mohamed, perkara ini menimbulkan kebimbangan kepada kesihatan khususnya risiko peningkatan tumor otak kerana antena radiasi berada terlalu hampir dengan otak dan kemungkinan ia menyerap sejumlah besar tenaga elektromagnetik.



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2008 05:54 AM | Show all posts


          Kosmo! Online   Varia

Segalanya Pulau Pinang

Oleh AZELI ALI
mohdazeli.ali@kosmo.com.my


Link to original article


Buku ini dapat membantu mempromosikan Pulau Pinang secara lebih santai dan ringkas sebagai paparan kepada pelancong di hotel-hotel dan pintu masuk utama di negeri ini.





NICHOLAS KU menunjukkan buku bertajuk Penang The Worlds's Home.



TIADA kata yang dapat menerangkan keindahan Pulau Pinang kecuali dengan berkunjung sendiri ke negeri yang terkenal dengan jolokan nama Pulau Mutiara itu.

Namun bagi yang tidak berkesempatan untuk datang, memadailah dengan menatap buku meja kopi Penang The World's Home yang lengkap dengan paparan tempat-tempat menarik dan aktiviti penduduk di negeri itu.

Ini kerana segala-galanya tentang Pulau Pinang telah dimuatkan di dalam buku setebal 52 muka surat itu termasuk sejarah latar belakang negeri tersebut serta keindahannya sebagai Tapak Warisan Dunia yang diiktiraf oleh Organisasi Pendidikan, Ilmu Pengetahuan, dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) serta lokasi-lokasi menarik untuk dikunjungi.

Selain itu, kandungan buku tersebut juga memaparkan kekayaan seni bina termasuk bangunan kolonial yang berabad lamanya atau menjelajah ke celah-celah lorong yang menonjolkan budaya sebenar penduduk Pulau Pinang.

Kepelbagaian etnik yang mendiami negeri ini turut memperkenalkan perbezaan budaya dan sambutan perayaan yang menyerlahkan warna-warni serta dinamik kehidupan masyarakat berbilang kaum.

Penjelajahan ini tidak akan sempurna tanpa merasai atau menikmati sendiri hidangan seperti nasi kandar, char koey teow, pasembur, laksa, roti canai, capati ataupun mencuba jeruk buah pala.

Pulau Pinang juga tidak lupa menawarkan tarikan untuk kembali ke alam semula jadi seperti Taman Rama-Rama, Taman Botani, Taman Negara Pulau Pinang, selain pantainya yang indah di Batu Feringghi dan pulau Jerejak.

Lokasi perniagaan yang ditawarkan pula sesuai untuk mengadakan mesyuarat, bengkel insentif, konvensyen dan pameran (MICE). Ia turut tidak diabaikan di negeri yang sedang meningkat maju itu seperti di Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang ataupun hotel-hotel di seluruh negeri itu.

Foto-foto yang dimuatkan di dalam buku ini turut menonjolkan Pulau Pinang secara keseluruhannya termasuk Jambatan Pulau Pinang, beca, kereta api Bukit Bendera dan feri yang menjadi identiti negeri tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Pulau Pinang, Danny Law Heng Kiang pada sidang medianya memuji langkah Wan Ling Sdn. Bhd (Wan Ling) menerbitkan buku tersebut.

Katanya, ia dapat membantu mempromosikan Pulau Pinang secara lebih santai dan ringkas sebagai paparan kepada pelancong di hotel-hotel dan pintu masuk utama di negeri ini.

"Ini selaras dengan usaha memperkenalkan Pulau Pinang dalam bidang pelancongan global, selain meletakkan negeri ini sebagai destinasi wajib dilawati oleh pelancong ke Malaysia.

"Pelbagai produk boleh difokuskan di Pulau Pinang sama ada warisan hidup, budaya, seni dan filem, pelancongan kesihatan, pelancongan pendidikan dan tak lupa Pulau Pinang sebagai syurga makanan," katanya.

Penerbitan buku ini menurut Danny adalah tepat pada masanya bagi memaparkan keindahan Pulau Pinang dan sumbangan sebuah syarikat swasta ke arah industri pelancongan yang lebih baik.

"Sebagai pelengkap kepada buku ini, kami merancang untuk mengeluarkan cakera padat digital mengenai tempat-tempat menarik dan makanan Pulau Pinang, selain risalah dan peta pelancongan baru," ujarnya.

Buku Penang The Worlds's Home itu akan dilancarkan pada majlis makan malam amal For Vogue A Glittering Night of Honors di Hotel G, George Town pada malam ini, 17 Oktober.

Sementara itu, Pengarah Kreatif Wan Ling, Nicholas Ku berkata, majlis makan malam ini turut diserikan dengan pertunjukan fesyen oleh pereka terkenal Carven Ong.



Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 08:10 AM | Show all posts


          The Star Online   North
[table=98%,rgb(255, 250, 205)][tr][td]

Top student抯 key to success

Link to original article


FOR top student Mohammad Firdaus Mohd Mahdi, 17, the secret to good grades is sharing knowledge with friends.

The Mara Junior Science College (MRSM) student in Balik Pulau, Penang, who received prizes for best academic achievement and best student in physics and biology, said it was through teaching and revising with classmates that he was able to excel in his studies.

揥hen my friends asked me something, I抎 teach them what I know and if I抦 not sure, I would look it up myself,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2008 01:51 PM | Show all posts


          Berita Harian Online   Wilayah

Utara: Penduduk tuntut rumah ganti lebih selesa


Link to original article


GEORGETOWN: Penduduk Kampung Sungai Nibong di sini menuntut JKP Sdn Bhd, syarikat milik penuh Kementerian Kewangan menyediakan rumah ganti yang lebih besar saiznya berbanding tawaran dibuat sebagai pampasan.

Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Sungai Nibong, Arshad Ariffin, berkata pihaknya menuntut rumah berkeluasan 850 kaki persegi berbanding tawaran asal 650 kaki persegi.

Katanya, 84 pemilik rumah membabitkan kira-kira 500 penghuni, mengalami kesan akibat pembangunan projek pembinaan satu blok rumah pangsa kos rendah dan dua blok pangsapuri itu.

Beliau berkata, sebahagian pemilik rumah di kampung berkenaan sudah menerima saman mahkamah berikutan syarikat pemaju menghantar notis arahan mengosongkan premis.

"Notis itu mula diterima penduduk sejak awal Mac lalu dan ada kes sudah didengar di mahkamah," katanya pada sidang media selepas perhimpunan di depan masjid Kampung Sungai Nibong, kelmarin.

Tanah penduduk terbabit yang dianggarkan berkeluasan empat hektar diambil pemaju untuk dibangunkan bagi pembinaan kawasan perumahan termasuk rumah pangsa bagi penduduk terbabit.

Arshad berkata, pihaknya juga sudah mengadakan pertemuan dengan Unit Penyelarasan Bumiputera dan Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Noh Mohamed Yakcop, tapi tiada jalan penyelesaian ditemui.

Beliau juga menolak keras dakwaan syarikat itu yang mengatakan satu perbincangan khas dengan pemilik rumah di Balik Pulau dekat sini, mengenai pemberian pampasan.

Katanya, tanggapan syarikat berkenaan yang kampung itu adalah setinggan juga tidak benar kerana kebanyakan penduduk adalah waris yang sudah menghuni kawasan itu sejak lebih 100 tahun lalu.

揔ita berharap kerajaan Persekutuan memberi perhatian utama terhadap isu ini kerana penduduk adalah keturunan Melayu yang turut memperjuang kemerdekaan tanah air dulu," katanya.



Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 10:04 AM | Show all posts


          Bernama Online   Berita Utara

Kerajaan Pulau Pinang Disaman Guna Papan Tanda Pelbagai Bahasa

November 04, 2008 17:31 PM

Link to original article


PULAU PINANG, 4 Nov (Bernama) -- Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM) memfailkan saman di Mahkamah Tinggi di sini hari ini terhadap kerajaan Pulau Pinang berhubung penggunaan papan tanda nama jalan dalam pelbagai bahasa di tapak warisan Georgetown.

Dalam writ saman yang difailkan pada 2.55 petang, gabungan itu memohon mahkamah mengeluarkan perintah menghalang papan tanda itu dinaikkan.

Gabungan itu turut memohon satu deklarasi dibuat berhubung Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan bagi mempertahankan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

Writ saman telah difailkan oleh wakil gabungan itu Nik Rizman Sapian menerusi peguam Sahrihan Jani dari Tetuan Sahrihan & Hamdan, dengan menamakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sebagai defendan pertama dan kerajaan negeri Pulau Pinang sebagai defendan kedua.

Dalam penyata tuntutan, Nik Rizman yang juga anggota GGMM, menyatakan bahawa beliau telah menghantar notis tuntutan kepada kedua-dua defendan supaya membatalkan keputusan memasang papan tanda nama jalan dalam pelbagai bahasa di tapak warisan Georgetown.

Kedua-dua defendan telah mengabaikan notis yang dihantar melalui Tetuan Azam Aziz dan Rose Maria menyebabkan beliau memohon satu deklarasi dan injunksi dari mahkamah.

Ketika ditemui pemberita di luar perkarangan mahkamah, Pengerusi GGMM Khairul Azam Abdul Aziz berkata perjuangan gabungan itu bertujuan mempertahankan ketuanan Melayu yang kian tercabar.

"Perjuangan kami berdasarkan peruntukan undang-undang dan bukan berdasarkan emosi semata-mata, kalah menang itu adat, yang penting kami berjuang mempertahankan kedaulatan Melayu," katanya.

Terdahulu 200 anggota gabungan itu mengadakan perarakan secara aman dari Padang Kota Lama menuju ke perkarangan Mahkamah Tinggi tidak jauh dari situ.




Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 10:08 AM | Show all posts


          Kosmo! Online   Varia

Rahsia rempah giling

Oleh ERMA IDAYU MOHD YUSOP


Link to original article


Rempah ratus yang digunakan untuk memasak segala jenis makanan digiling sendiri oleh dua tukang masak dan batu giling yang digunakan itu berusia lebih 20 tahun.








Nasi kandar, nasi yang dimakan bersama lauk pauk berempah kari yang diperkenalkan oleh pendatang India Muslim yang berhijrah ke negara ini pada satu ketika dulu, sememangnya begitu sinonim dengan Pulau Mutiara. Kalau berkunjung ke bandar raya ini, tidak sah rasanya kalau tidak singgah makan nasi kandar di mana-mana restoran yang menyajikan hidangan lazat itu.

Antara restoran yang menjadi buah mulut penduduk dan pengunjung pulau ini ialah Restoran Kassim Mustafa.

Nak tahu rahsia keenakan nasi kandar restoran ini? Rahsianya, ialah menggunakan batu giling untuk menggiling rempah ratus yang digunakan dalam masakan dan resipi warisan turun temurun sejak lebih 20 tahun lalu.

Pemiliknya, Saleem Manshoor, 43, berkata, keistimewaan nasi kandar Kassim Mustafa terletak pada rempah ratus yang digunakan dan masakannya tidak dicampur bahan perasa seperti MSG dan dalam masakannya, dia tidak pernah menggunakan cili kisar yang dibeli di kedai.

"Sejak dahulu lagi di Kassim Mustafa, rempah ratus yang digunakan untuk memasak segala jenis makanan digiling sendiri oleh dua tukang masak dan batu giling yang digunakan kini berusia lebih 20 tahun," katanya.

Saleem berkata, batu giling itu digunakan sejak bapa saudaranya, Kassim Mustafa, 72, dari India berhijrah ke negeri ini dan menjalankan perniagaan nasi kandar secara kecil-kecilan di sebuah gerai.

"Restoran ini dinamakan sempena nama beliau kerana dia yang memulakan perniagaan ini. Nasi kandar ini menggunakan resipi kami sendiri dan kami menggunakan rempah yang digiling supaya rasa dan keasliannya adalah sama," katanya sambil memberitahu perniagaan itu adalah perniagaan keluarga.

Antara bahan yang digiling menggunakan cara tradisional itu ialah cili kering, kunyit, jintan manis dan jintan putih. Tukang masak biasanya melebihkan penggunaan bawang bagi membangkitkan aroma masakan. Beliau, yang mempunyai sembilan cawangan restoran Kassim Mustafa di negeri ini, berkata, pendekatan masakan di restoran itu juga berbeza daripada kedai nasi kandar lain kerana sesetengah kedai nasi kandar lain tidak lagi menggunakan 100 peratus bahan yang digiling. Katanya, sesetengah kedai menggunakan serbuk kari daripada jenama terkenal dan kadang kala ia membuatkan lauk-pauk yang dimasak tidak sebati timbul di permukaan periuk ketika mendidih.

"Ramai pelanggan memuji keenakan masakan di sini kerana kepakaran tukang masak yang arif tentang rasa dan keenakan nasi kandar sebenar. Mereka tidak berkompromi dari aspek kualiti rasanya," katanya.





Menyenduk campuran kuah perlukan seni yang tersendiri dan jika terlebih senduk, rasanya akan menjadi lain dan tidak lagi sedap.



Ditanya apakah resipi yang menyebabkan ramai orang tempatan dan pelancong luar terus datang menikmati nasi kandar Kassim Mustafa, Saleem enggan mendedahkan resipi yang digunakannya.

"Hanya tukang masak yang mengetahui bahan-bahan serta kaedah memasak nasi kandar dan kami tidak pernah mendedahkannya kepada orang lain," katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak lokek untuk mendedahkan satu rahsia umum kenapa nasi kandar Pulau Pinang mempunyai rasa yang berbeza dengan nasi kandar yang dijual di tempat-tempat lain.

Baginya, rahsia utama nasi kandar Pulau Pinang menjadi sebutan ramai adalah disebabkan air yang digunakan untuk membasuh beras dan memasak.

Menurut Saleem, beliau pernah menerima tempahan daripada seorang pemimpin negara untuk menyediakan hidangan nasi kandar di Putrajaya.

Bagi memastikan keaslian rasa dan masakannya, beliau turut membawa 30 tong air dari Pulau Pinang untuk digunakan bagi memasak hidangan nasi kandar yang dinikmati oleh tetamu pemimpin berkenaan.

"Tak tahulah apa keistimewaan air dari Pulau Pinang sehinggakan ada para pelanggannya mengadu nasi kandar di luar negeri ini tidak seenak nasi kandar di bahagian pulau. Saya rasa rahsianya ialah air di negeri ini," katanya.

Selain itu, katanya, cara menyenduk campuran kuah kari dan teknik mencampurnya juga dianggap penting dalam menentukan keenakan nasi yang dimakan.

Beliau berkata, menyenduk campuran kuah perlukan seni yang tersendiri dan jika terlebih senduk, rasanya akan menjadi lain dan tidak lagi sedap.

"Jadi, ada kemungkinan teknik cedukan kuah kari itu dan cara ia dicampur menjadikan nasi kandar Kassim Mustafa menjadi sebutan penggemarnya," katanya.

Kassim Mustafa juga menerima pertanyaan untuk menjalankan perniagaan francais di luar negara tetapi menjelaskan pengurusannya lebih memilih untuk memiliki cawangan restoran sendiri.

Apabila ditanya bila usaha pengembangan ini akan dilaksanakan, beliau berkata: "Ia masih di peringkat awal. Kami belum memuktamadkan apa-apa lagi. Restoran kami berkembang pesat di sini." - Bernama



Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 11:54 AM | Show all posts


          Bernama Online   Berita Utara

Nenek Antara 15 Ditahan Merokok Di Tempat Awam

November 05, 2008 15:57 PM


Link to original article


PULAU PINANG, 5 Nov (Bernama) -- Seorang nenek berusia 58 tahun menangis teresak-esak meminta dilepaskan setelah ditahan kerana merokok di tempat awam dalam operasi Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang selama tiga jam di sekitar Komtar pagi ini.

Wanita berkenaan, yang ketika itu bersama seorang cucu lelakinya berusia lapan tahun, kelihatan terkejut ketika ditahan oleh pasukan penguatkuasa di Terminal Bas Komtar di sini, dan terus menangis sambil merayu meminta supaya dilepaskan.

Ketua Unit Inspektorat dan Perundangan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang Idris Mohamad berkata mereka terpaksa mengeluarkan kompaun kepada wanita itu kerana kesalahan melanggar peraturan merokok di tempat awam.

"Kita turut mengeluarkan 14 kompaun kepada mereka yang melanggar peraturan merokok di tempat awam dalam operasi pagi ini," katanya kepada pemberita selepas operasi itu di sini.

Idris berkata kesemua mereka dikenakan kompaun RM200 dalam tempoh 14 hari bagi mengelak dihadapkan ke mahkamah.

Katanya operasi itu bertujuan mengingatkan orang ramai mengenai peraturan larangan merokok di tempat awam.

"Kita menjalankan operasi seperti ini secara berkala kerana kita mahu membendung budaya merokok di tempat awam secara menyeluruh supaya matlamat mewujudkan zon bebas merokok dapat dilaksanakan," kata Idris yang mengetuai operasi melibatkan 30 anggota penguatkuasa jabatan itu.

Sepanjang tahun ini jabatan itu mengeluarkan 621 kompaun bagi kesalahan merokok di tempat awam.

-- BERNAMA



Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 11:58 AM | Show all posts


          NST Online   Local News

Move to rescue 2 main rivers

Link to original article


BUTTERWORTH: Two seven-year master plans are set to bring back the shine to Sungai Juru on the mainland and Sungai Pinang on the island. The two are among the 15 most polluted rivers in the country.

If all goes as planned, both rivers will be upgraded to Class Two of the Department of Environment water quality index. They are currently Class Five, deemed uninhabitable.

State Drainage and Irrigation Department director Hanapi Mohamad Noor said the efforts to rehabilitate both rivers were yielding results, and he was confident that by 2015, the rivers would be rehabilitated to Class Two.

The master plan for Sungai Pinang was completed earlier this year and for Sungai Juru is being worked on.

The three main aspects of the plan were to improve the quality of the rivers; reduce flooding, especially around Sungai Juru; and to beautify them, making them into people-friendly recreational spots.

Hanapi said it would take RM300 million to rehabilitate Sungai Juru and RM450 million for Sungai Pinang.



Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 12:01 PM | Show all posts


          Kosmo! Online   Negara

Pemandu nyaris maut - Lori tanah menjunam dari atas bukit

Oleh RIZAM ZAKARIYA dan RAZAK OSMAN
berita@kosmo.com.my


Link to original article






RIDZUAN tersepit lebih satu jam sebelum diselamatkan selepas lori yang dipandu terjunam di bukit Kampung Sungai Sembilang semalam.



BUKIT MERTAJAM - Seorang pemandu lori sebuah kuari di Kampung Sungai Sembilang, Juru nyaris maut apabila lori yang dipandunya menggelongsor dari kawasan tebing bukit sebelum terbalik di pinggir pantai yang berlumpur semalam.

Lebih mencemaskan, mangsa, Ridzuan Abdul Wahab, 28, dari Kampung Ekor Kucing, Padang Serai, Kedah terperangkap di bahagian kepala lori tanah yang remuk itu lebih satu jam sebelum diselamatkan.

Menurut rakannya, Khairul Zaman Baharudin, 28, ketika kejadian pukul 8.30 pagi itu, mangsa sedang memandu lorinya menuruni bukit curam membawa tanah dari kawasan puncak bukit tersebut.

"Menurut Khairul, ketika baru menuruni bukit tersebut, lori yang penuh dengan muatan tanah merah yang dipandunya tiba-tiba mengalami masalah brek.

"Ketika itu dia (Ridzuan) memberitahu tidak dapat berbuat apa-apa dan lori yang dipandunya menggelongsor begitu cepat sebelum melanggar beberapa batu kuari bersaiz besar dan terjunam ke pinggir pantai," katanya.

Dia yang ditemui di Hospital Seberang Jaya (HSJ) selepas mengiringi mangsa untuk mendapatkan rawatan turut tidak percaya bahawa rakannya itu terselamat walaupun mendapat cedera di bahagian dada, pinggang dan bahu.



Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2008 11:43 AM | Show all posts


          The Star Online   North
[table=98%,rgb(255, 250, 205)][tr][td]

Court 慾esters
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2008 11:44 AM | Show all posts


          Berita Harian Online   Wilayah

Utara: Aerobus bagi Pulau Pinang

Oleh Norakmah Mat Youb
norakmah@bharian.com.my


Link to original article


GEORGETOWN: Syarikat pereka dan pengendali sistem aerobus, Aerobus International Inc mengemukakan cadangan untuk menyediakan pengangkutan jenis itu di Pulau Pinang bagi memperbaiki sistem trafik di negeri ini.

Pengarah Pemasaran dan Pembangunannya, Datuk Aripin Mokhtar, berkata sistem pengangkutan itu yang diperkenalkan di Eropah, lebih murah dan cekap berbanding Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) atau monorel.

"Sistem aerobus menggunakan gerabak seperti monorel dan LRT tetapi tidak menggunakan landasan, sebaliknya tergantung serta bergerak menggunakan kabel," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengemukakan cadangan itu kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam pertemuan di sini, kelmarin.

Syarikat itu turut mencadangkan laluan bagi sistem pengangkutan berkenaan melalui kawasan Tanjong Tokong, Batu Feringgi, Bayan Lepas, Butterworth dan Permatang Pauh.

Setiap gerabak mampu memuatkan seramai 45 penumpang pada satu-satu masa dan ia dijamin selamat walaupun hanya bergerak menggunakan kabel.

Syarikat itu mencadangkan sebanyak 12 gerabak dipasang yang mampu membawa sehingga 40,000 penumpang dalam tempoh sejam dengan kelajuan kira-kira 100 kilometer sejam.

Kos membina sistem pengangkutan dianggarkan RM56 juta (USD18 juta) setiap 1.6 kilometer (km) berbanding RM99 juta bagi monorel. Kerja pembinaan sistem itu yang membabitkan laluan sepanjang 20km dijangka siap dalam masa dua tahun.

Sistem pengangkutan itu sedang dipasang menyeberangi sebuah tasik di China sepanjang 4.5 km dan dijangka siap sepenuhnya 2011.

Aripin berkata, pihaknya tidak bercadang melaksanakan pengangkutan sistem aerobus di Tapak Warisan Dunia di pusat bandar kerana tidak mahu mengganggu atau menjejaskan bangunan warisan.

"Jika sistem pengangkutan itu dibangunkan di negeri ini, kerajaan negeri tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan kerana semua kos pembinaan ditanggung oleh syarikat kami," katanya.

Sementara itu, Guan Eng berkata, kerajaan negeri sentiasa mengalu-alukan pandangan orang ramai dan syarikat yang mempunyai cadangan untuk memperbaiki sistem trafik dan pengangkutan di Pulau Pinang.

"Kerajaan negeri akan mempertimbangkan cadangan itu dan berhak menolaknya tanpa perlu menanggung sebarang kos. Bagaimanapun, semua keputusan akan diberikan selepas Mac tahun depan," katanya.

April lalu, Melewar Industrial Group (MIG) turut mengemukakan cadangan reka bentuk membina monorel sepanjang 52 km di Pulau Pinang yang membabitkan kos kira-kira RM2.2 bilion.

Kerajaan Pusat meluluskan pembinaan sistem monorel di Pulau Pinang yang membabitkan kos RM2 bilion dalam Rancangan Malaysia Kesembilan tetapi ditangguhkan berikutan keadaan ekonomi tidak mengizinkan.  



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2008 12:25 PM | Show all posts
banyak juga berita
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2008 05:48 AM | Show all posts


     The Star Online   Nation

Their days are numbered

By K. SUTHAKAR
Thursday November 20, 2008




THE days are numbered for a group of illegal parking attendants who are believed to be raking in RM300 daily at a beach in Batu Ferringhi. The Penang Municipal Council is seeking the help of the police to round up the youths who have been fleecing tourists for the past three years. The youths dupe motorists into thinking they are paying to an authorised parking contractor by issuing RM2 receipts.

A check by The Star showed that they collect the money from some 40 bays from 9am till 10pm including from patrons of seafood hawker stalls at the beach.

[table=75%,black]




Two illegal parking attendants waiting for motorists at Batu Ferringhi.



A motorist K. Manimaran said a youth approached him on a motorcycle when he parked his car and charged him RM2. When he enquired, the youth claimed part of the parking collection would be channelled to the village natural disaster fund and for a nearby mosque.

揥hen I queried further, he asked me to direct my questions to the village headman. 揌e gave me his handphone number when I insisted. But, when I called the number later, it was answered by a lorry driver in Ipoh who has never set foot in Penang,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2008 02:14 PM | Show all posts
GREAT NEWS厖.NORTHERN MALAYSIAN

LARGEST MEDICAL HEALTH EXHIBITION IS IN PENANG AGAIN

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2008 03:36 PM | Show all posts
yg ni dah ada blom...malas nk selak page..

:flower: :flower: :flower: :flower: :flower: :flower: :flower: :flower: :flower: :flower: PESTA BUNGA..:flower: :flower: :flower: :flower: :flower: :flower: :flower: :flower: :flower: :flower: :flower: :flower: :flower: :flower:

Date: 29th November ~ 7th December
Location: Penang Botanical Gardens
Contact: 04-2270428

Highlight of events:

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 10:03 PM GMT+8 , Processed in 0.085221 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list