CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 52272|Reply: 87

Menghias bilik anak-anak lelaki/perempuan

[Copy link]
Post time 11-4-2008 01:03 PM | Show all posts |Read mode
salam ibuk-ibuk, dan bapak-bapak sekelian..

heheheh




terpikir..
bilik2 anak kat umah tu...
cara hiasan ke, susun atur ker
ibu2/bapak2 yang tentukan
atau pun anak2 yang pilihkan
warna cadar ker, anak patung ke apa
yang dorang suka?

meh laa share
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2008 01:35 PM | Show all posts
klu x salah kt tred H&L da ade kot
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2008 01:35 PM | Show all posts
klu x salah kt tred H&L da ade kot
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2008 02:03 PM | Show all posts
waah anak lelaki ader bilik sendiri...xder laa tido bersepah sepah cam askar penat hihihi....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2008 02:07 PM | Show all posts

Reply #3 mek_win's post

kat sini pun
takpe kan
kalau citer gak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2008 02:08 PM | Show all posts

Reply #4 abgboroi's post

masuk bilik anak lelaki
mesti laa nampak gambo bola
gambo kartun
gambo apa lagi

bilik anak pempuan lak
ni semua bilik2 yang thias rapi
dgn mcm2 anak patung..
beg2 comel

kebanyakkan warna pink kan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-4-2008 02:56 PM | Show all posts

Reply #6 Syd's post

ehhhmmmmmmm!!
kalau bilik anak perempuanku ...suka combination warna biru & purple..takpun pink & purpple...
damai jer...
letakkan katil queen ku yang dah expired tu..& satu wardrobe yang colorfull...
mesti cantik..
ku masih dalan angan angan ni..belum buat lagi...
anak pun masih tidur sebilik...
tapi lain lain katil..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2008 03:05 PM | Show all posts

Reply #7 AmMiNafeesa's post

ada amek gambo tak?

tepek laa kat sini

hehehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-4-2008 03:23 PM | Show all posts
bilik anak dara sunti, koman2 ada selimut/comforter mcm nih;





kita dulu2 apa selimut mak kasi, tu lah kita pakai sampai tercabut benang kuar bulu2
hahaha

laaa nih dorang dah pandai tunjuk2 nak yang mana satu kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2008 03:24 PM | Show all posts
anak jantan sunti plak, koman2 gambo katun (spongebob dan sewaktu dgn nya..tak pun bola)


Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2008 04:08 PM | Show all posts

Reply #9 Syd's post

comei selimut ni...
anak sekarang dia tau mak pak dia ada duit...sebab tu larr pandai tunjuk..
kita dulu tau mak pak takdak duit...sebab tu pakai jer apa yang ada..

gambar tak der la...nanti lah..kalau dah jadi kenyataan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2008 04:31 PM | Show all posts

Reply #11 AmMiNafeesa's post

hehehe
ada kawan jual benda tu

ni bukan budak2 je rambang mata dok tgk selimut/comforter tu
ni mak2 pak2 budak punng

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2008 05:15 PM | Show all posts
Kreativiti hias bilik tidur anak
Oleh Norakmah Mat Youb


Ibu bapa perlu mengenal pasti bilik bersesuaian sebelum memilih perabot dan kelengkapan perlu untuk anak mereka

IBU BAPA yang pertama kali menimang bayi tentunya ghairah merancang bilik yang selesa dan cantik untuk cahaya mata mereka.

Mengenal pasti bilik bersesuaian untuk bayi dan kanak-kanak penting sebelum memilih perabot yang bakal dimuatkan dalam bilik berkenaan.

Sebelum itu, mereka mesti pastikan bilik bayi berhampiran bilik utama supaya tidak mengganggu ahli keluarga lain jika anak menangis.

Ketika menghias bilik tidur bayi pula, ibu bapa perlu berfikir panjang sama ada bilik yang sama akan digunakan dalam tempoh lama atau kekal sebagai bilik tidur bayi.

Antara kelengkapan dan perhiasan tambahan sebagai peneman bilik tidur bayi selain katil dan almari pakaian ialah patung, buku cerita, peti mainan, lukisan berbingkai, meja dan kerusi serta tong sampah.

Selain pemilihan bilik dan perabot dan kelengkapan, bilik bayi yang sempurna ialah yang mempunyai sistem pengudaraan semula jadi yang mencukupi. Ini bermakna, suasana bilik tidak bergantung kepada cahaya lampu atau sistem pengudaraan daripada kipas dan alat penghawa dingin semata-mata.

Pada peringkat awal, ibu bapa tidak perlu terlalu cerewet memilih warna atau perabot yang terlalu padat. Cukup sekadar menghiasinya dengan warna asas yang lembut.

Bagi mewujudkan kelainan, disarankan supaya menggabungkan warna merah jambu dan biru laut yang sudah menjadi warna pengenalan bagi bayi lelaki dan perempuan.

Jika bercadang menggunakan kertas dinding yang bermotifkan alam semula jadi termasuk haiwan dan tumbuh-tumbuhan atau watak kartun, pastikan coraknya sesuai dengan peringkat usia bayi.

Bagi bilik kanak-kanak berusia empat tahun ke atas, perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah keselamatan kerana mereka sedang melalui proses pembelajaran. Bilik mereka biasanya dijadikan tempat bermain dan belajar selain tempat tidur.

Justeru, tidak perlu diletakkan perabot mahal atau berjenama, memadai dengan yang berharga sederhana tetapi kukuh dan lasak.

Pengarah Urusan Medium Design Associate, Muzzammil Muhamad, berkata perabot di bilik bayi biarlah daripada jenis boleh ubah suai untuk jangka masa panjang kerana bayi cepat membesar, manakala bagi kanak-kanak sediakan ukuran perabot yang sesuai dengan usia mereka dan kegiatan yang dilakukan.

揓ika kanak-kanak lasak, pastikan kelengkapan dipilih teguh, tahan lama dan dapat menampung berat badan mereka bagi mengelakkan cedera jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.

揃agi ibu bapa yang mempunyai bajet yang rendah tetapi ingin menghias bilik bayi mereka pula, tidak perlu risau kerana di pasaran sekarang banyak perabot dan peralatan yang boleh suai dan padan. Apa yang penting adalah kreativiti,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2008 05:16 PM | Show all posts
Tips keselamatan di bilik kanak-kanak
Oleh Norakmah Mat Youb


KETIKA menghias bilik anak terutama bayi perkara penting perlu diambil kira ialah keselamatan mereka dan barulah beralih kepada pemilihan kemasan dinding selain perhiasan yang dapat merangsang fikiran bayi.

Bilik kanak-kanak seelok-eloknya mempunyai keluasan yang cukup untuk mereka bermain dan sebaik-baiknya pilih perabot jenis pasang siap, khususnya almari kerana ia menjimatkan ruang.

Selain itu, pastikan keselamatan yang diambil mengikut peringkat perkembangan minda kanak-kanak dan bukan berdasarkan usia saja:-

* Tidak digalakkan memasang tingkap gaya Perancis atau tingkap kaca besar. Jika mahu memasang tingkap kaca, pilih jenis berlapik yang diperbuat daripada kaca dan plastik kerana jika pecah ia tidak berterabur dan merebak ke tempat lain kerana lapisan plastik memastikan kedudukan kaca kekal di tempatnya.

* Pasang kunci keselamatan, jeriji atau kaca keselamatan pada tingkap yang tinggi sedikit dari aras lantai untuk mengelak mereka membukanya. Jika pasang jeriji, pastikan bentuknya lurus bagi mengelakkan mereka memanjatnya.

* Jangan letak kerusi atau sebarang perabot berhampiran jendela bagi mengelakkan mereka memasukkan kepala di celah jeriji.

* Pasang langsir atau bidai yang sesuai di tingkap bilik supaya dapat menapis kemasukan cahaya matahari terus.

* Jangan pasang langsir labuh hingga mencecah lantai bagi mengelakkan kanak-kanak menariknya atau mereka boleh terjatuh akibat terpijak langsir. Seelok-eloknya labuh langsir hanya mencecah ambang saja.

* Pasang penyendal pintu automatik yang boleh menghalang pintu tertutup secara kuat. Ia dapat mengelakkan jari kanak-kanak cedera jika tersepit pada daun pintu.

* Tukar ambal yang koyak atau bergulung di hujung atau tepi. Lantai parket yang tertanggal dan lantai jubin atau marmar yang pecah hendaklah diganti segera bagi mengelakkan kanak-kanak tersungkur atau luka terpijak jubin yang pecah.

* Jangan sesekali memasang lampu lantai di bilik kanak-kanak, sebaliknya lebih sesuai menggunakan lampu kalimantang atau lampu dinding yang boleh dikawal cahayanya.

* Elakkan daripada membeli perabot berbucu tajam. Pilih yang bucu bulat dan sentiasa pastikan dalam keadaan baik.

* Jika kanak-kanak tidur di atas katil setinggi lebih 30 meter dari lantai, pasangkan rel keselamatan. Letak katil di penjuru sudut yang dipagari dinding sebagai langkah keselamatan tambahan.

* Peti menyimpan permainan sangat berbahaya bagi kanak-kanak berusia dua tahun ke bawah. Jika menggunakannya pastikan peti itu tidak dilengkapi kunci atau selak yang boleh memerangkap kanak-kanak di dalamnya.

* Permainan elok disusun di lantai supaya memudahkan mereka mengambilnya tetapi barang berbahaya seperti gunting dan losyen hendaklah disimpan di tempat tinggi.

* Letak patung besar berasingan daripada bayi terutama waktu tidur kerana bimbang bayi boleh lemas apabila terhimpit patung itu.

* Jangan guna perhiasan kecil atau kaca serta perhiasan tembikar yang mudah pecah kerana dikhuatiri akan dimasukkan ke dalam mulut bayi atau kanak-kanak.

* Elak meletak perhiasan kaca di atas meja beralas kerana kemungkinan besar mereka akan menarik alas itu menyebabkan perhiasan jatuh dan pecah sekali gus mengundang bahaya.

* Elak menempatkan terlalu banyak perabot dalam bilik dan pastikan ia tidak berhabuk kerana saluran pernafasan bayi terlalu kecil dan mudah terganggu.

* Pastikan perabot dalam bilik kukuh dan tidak mudah digerakkan. Jika boleh, susun peti penyimpanan barang, rak buku dan almari rapat ke dinding.

* Jika ingin menggantung gambar atau lukisan, pastikan ia tidak menakutkan kanak-kanak sehingga terbawa-bawa dalam tidur.

* Berhati-hati dengan punca elektrik. Tutup palam elektrik yang tidak digunakan dan sentiasa pastikan peralatan elektrik dalam bilik kanak-kanak berada dalam keadaan baik.

* Jika mempunyai wang lebih, boleh pasangkan alat pencegah kebakaran di bilik kanak-kanak anda.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2008 11:56 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 11-4-2008 05:16 PM
* Jika kanak-kanak tidur di atas katil setinggi lebih 30 meter darilantai, pasangkan rel keselamatan. Letak katil di penjuru sudut yangdipagari dinding sebagai langkah keselamatan tambahan.


30cm kot
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2008 11:47 AM | Show all posts
Originally posted by lillylav at 11-4-2008 11:56 PM


30cm kot



kalau 30cm tinggi pembaris panjang jer kan..logik la jugak
kalau 30 meter mau biol  kepala anak jatuh dari katil..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2008 09:49 PM | Show all posts

Reply #16 AmMiNafeesa's post

oho..haku cadang 9 n samtimes aku pakai gak idea nih) ltk bed yg ada roller jek..buat sambut kot2 ganaz sgt tidooo....
dlm paler aku..bilik anak laki aku nak buat kaler biru ijauuu..hehe...ado gambar kete motor kot..then gantung helicopter aeroplanes kat atas....
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2008 11:33 PM | Show all posts
Hiasan bilik untuk anak2 memang penting!
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2008 01:02 PM | Show all posts
bilik my doter, i cat kaler pepel, bedding and langsir kaler pink, rak buku 3 tingkat yg biasa jual kat k4 kaler brown tu, i pegi cat kaler pink...hikhik..

katil single divan, lemari 2 pintu, satu meja computer kecik. suma perabot ni i purposely beli sampai dia anak dara sok...so i takdelah beli yg ada gambar katon, kang dah besar sure dia malu kalo bilik dia ada gambo2 tu... so nak jimat, i terus beli version anak dara punye walopon my doter baru 4y.o. hihi...

nanti, insyaAllah..ada masa . i snap pic k.. share ngan kengkawan kat sini...
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2008 05:44 PM | Show all posts
Aku masa kecik dulu tak nah hias bilik pung!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:56 PM GMT+8 , Processed in 0.866228 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list