CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kalalah007

Golongan Anti-Hadith Siapa boleh tolong jawabkan?

[Copy link]
Post time 10-2-2009 09:01 AM | Show all posts
Kalau kaum tsamud ada kitab, lagi la bagus, itu bermakna di sampingkitab tersebut, perkataan2 (Qaala) Nabi saleh a.s. pun perlu diikuti, kerana Nabi Saleh itu Rasulullah.

As Syams 13.
Wa Qo Lalahu Rasulullahi Naa Qotallahi wasu'yaa ha.

Perhatikan Allah sebut Rasulullah, bukan Nabi Saleh, menandakan walau Allah maksudkan disitu Nabi Saleh, tetapi Allah juga bermaksud kata-kata (QaaLa) semua Rasul Allah itu perlu ditaati.


Al Fath Ayat 29 -
Muhammadun Rasulullah.
Kenyataan Allah yang Nabi Muhammad itu Rasul Allah.


Kesimpulan. Kata-kata Rasulullah perlu ditaati.

Jelas perawi2 hadith Nabi saw yang tuan cela dan hina adalah pengikut ajaran Al Quran yang amat setia dan patuh, maka setiap perkataan Nabi Muhammad mereka usaha sampaikan dengan bersungguh-sungguh kepada manusia kerana Al Quran dah cakap, ianya perlu ditaati.

Bagaimana anda mahu mematuhi suruhan Al Quran ini?

[ Last edited by  always_typo at 10-2-2009 09:02 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2009 09:30 AM | Show all posts

Balas #39 abstruse\ catat

orang yg tolak hadis Rasulullah saw sendiri adalah orang yg sesat...

pegi la blaja ttg ilmu Al-Quran n terjemahan bg abis dulu,
jgn main suka hati tafsirkan Quran ikut hawa nafsu semata2..
dalami ilmu agama biar mendalam, jgn main sekerat jalan je
nak tunjuk hebat..kalau dah terang n nyata dah salah jgn tegakkan lg benang yg basah.


Salaamun Alalikum,

Apakah tuan faham berkenaan pengertian hadis... sebab bagi saya HADIS merupkan nama lain Al Quran sama seperti Al Zikr, Al Hikmah... dan untuk itu sila rujuk no. 16 topik ini berkenaan hadis dan adapun hadis selain itu menyeronokkan dan menyesatkan, sila rukuk no. 33 diatas berkenaan dalilnya.

Jika tuan mengatakan saya mentafsir sesuka hati... sila tuan nafikan apa-apa yang tuan fikir salah terhadap pendapat saya dalam setiap ayat yang saya semukakan. Setakat ini dalam topik ini pihat tuan belum mengeluarkan hujah atau dalil  berkenaan membolehan atau membenaran baginda nabi menyampaikan selain dari Al Quran dalam bersyariat.... jika tidak ada maka bukan nabi yang memandai-mandai melainkan manusia lainlah yang mengatas namakan baginda.....  oleh itu siapa sebenarnya sesat..... renungkanlah... terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2009 09:57 AM | Show all posts

Balas #40 mnm77\ catat

Sefaham saya anda menolak hadith yang tiada disebut dalam AL Quran, maka sebab itu saya tanya dari mana sandaran anda tentang ayat di atas.

Kalau ia tiada dalam AL Quran mengapa anda kata berfikir sesaat lebih baik dari beramal seribu tahun? Tidakkah itu bertentangan dengan prinsip yang anda pegang? Melainkan anda ada bukti dari Al Quran yang menyatakan sedemikian...


Salaam,

Ya.... tuan sudah salah faham, pada saya yang saya tolak adalah yang bertentangan dengan Al Quran dan amalan-amalan yang dikatakan syariat yang dikutip dari luar Al Quran. Adapun kata-kata hikmah atau mutiara kata yang baik dan membina tiada sebab untuk saya menolaknya, jika tuan pun mencipta mutiara kata dan mesejnya baik mengapa perlu saya tolak.....

Jika tuan mengikuti posting2 saya yang lalu dilain topik saya pun ada meyertakan yang dikatakan hadis nabi yang tidak bertentangan dengan Al Quran.... Jika tuan mahu dalilnya mengapa kata-kata diatas, saya terima;

AQ 17:36. Dan janganlah mengikuti apa yang kamu tiada pengetahuan mengenainya; pendengaran, dan penglihatan, dan hati - semua itu ditanya.

AQ 38:29. Sebuah Kitab Kami menurunkan kepada kamu, diberkati, supaya mereka mengingati, dan supaya orang-orang yang mempunyai minda merenungkan ayat-ayatnya.

Gabungkan kedua-dua ayat diatas, hasilnya bukan sahaja beramal seribut tahun tapi sampai matipun kalau beramal ikut-ikutan tiada hasil sebab itu diarah untuk kita sendiri merenung/memikir ayat-ayatNya, bukan orang lain yang fikirkan untuk kita......

Terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2009 10:02 AM | Show all posts

Reply #42 anakmacho's post

err...bila masa tukar title jd tuan plak ni

haa kan dah kata mst nak menang juga kan..
takpa la macha macho, nnt saya akan sertakan dalil,
tak cukup lg ke dalil2 yg org lain kasik kat sini?
masih ngak mahu percaya ka?

setiap amalan kita spt solat, ikut sunnah nabi kan?
abis, macho solat camne ye?
sbb dlm Quran tak menjelaskan scr terperinci cara bersolat
ianya di perjelaskan mengikut sunnah Nabi saw..

camne macho solat?ikut Quran kan umum, boleh bgtau camne klu
tak ikut sunnah?
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2009 10:13 AM | Show all posts
Originally posted by anakmacho at 10-2-2009 09:57 AM


Ya.... tuan sudah salah faham, pada saya yang saya tolak adalah yang bertentangan dengan Al Quran dan amalan-amalan yang dikatakan syariat yang dikutip dari luar Al Quran. Adapun kata-kata hikmah atau mutiara kata yang baik dan membina tiada sebab untuk saya menolaknya, jika tuan pun mencipta mutiara kata dan mesejnya baik mengapa perlu saya tolak.....


Kalau benar saya salah faham, kenapa sungguh banyak hadith Nabi yang tidak bertentangan dengan Al Quran dipertikaikan, sedangkan kata2 mutiara yang tak bertentangan dengan Al Quran saudara boleh terima?

Contoh:
Dalam Al Quran tak disebut secara terperinci berapa kali dimestikan bersolat dalam sehari, tetapi hadith Nabi menghuraikan berapa kali MESTI solat.

Ada banyak lagi contoh, tapi cukup contoh yang ni boleh membuatkan perbincangan berjela-jela yang mana saudara akan mempertahankan tiada kewajipan solat 5 kali sehari. Betul tak?
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2009 10:26 AM | Show all posts
sekali lagi saudara anak macho menyerlahkan kejahilannya tentang bahasa ALQURAN ...


nampaknya anakmacho tidak tahu yg kalimah HADIS mempunyai banyak mana ...


dan perkara ini tidak akan dapat di ketahui melainkan org yg belajar bahasa ALQURAN ...


satu lagi isu tentang terjemahan tanpa kurungan ... menyerlahkan lagi kebodohan saudara anak macho tentang bahasa ALQURAN .... sekiranya saudara mempelajari bahasa ALQURAN ... saudara pasti akan mendapati betapa tingginya gaya bahasa ALQURAN yg tidak mudah di terjemah secara literal ...   



contoh yg terbaik seperti ayat 72 surah al isra ' .....  jika di terjemah secara lafziah ... ayat itu akan berbunyi :

" barangsapa yg buta di dunia maka di akhirat dia akan buta dan lebih sesat dari jalan .. "



maka terjemahan yg sebegini hanya akan mengelirukan org2 awam yg jahil ...


maka perlulah di tambah dlm kurungan ( buta mata hatinya & jalan yg benar ) walaupun di dlm ayat itu tidak ada kalimah qolbun ( hati ) @ fu adun  ( mata hati ) dll ....



kaedah ini kita panggil ilmu tafsir ...  bukan terjemahan lagi ...




yg lucunya ialah saudara tidak tahu bahasa ALQURAN ... tapi sibuk nak mentafsirkan ALQURAN ... akhirnya sesat & menyesatkan ...




nabi SAW telah bersabda :

" barangsiapa berkata tentang ALQURAN dgn pendapat akalnya kemudian ia benar maka sesungguhnya dia tetap salah  "  ...

riwayat imam tirmizi dan imam abu dawud RAH ....   




adapun para ulamak itu tidak menafsirkan ALQURAN menurut pendapat akal mereka .. tetapi menurut ilmu pengetahuan & kefahaman yg di kurniakan oleh ALLAH SWT .....





oleh itu , saya anggap saudara tidak ada point apa2 lagi memandangkan saudara sendiri org yg berhajat mcm saya jugak
( org jahil yg memerlukan bimbingan guru ) ......











WALLAHU A'LAM ...

[ Last edited by  sirri_khafi at 13-2-2009 06:28 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-2-2009 11:00 AM | Show all posts

Balas #41 always_typo\ catat

Salaam,

Tuan menyebut "kalau" bererti dalam masa yang sama tuan tidak yakin dengan firman Allah dalam Al Quran yang disampaikan oleh baginda nabi berkenaan ayat tersebut.

Berkenaan kisah kaum Tsamud bersama nabi mereka dengan unta betina, pertama saya yakin bahwa setiap nabi dianugerahkan kitab dalam kitab itu tentu ada arahan Allah kepada para nabi untuk berkata.... dan kisah tersebut adalah kisah lampau atau kisah ghaib yang dikisahkan kepada baginda nabi Muhammad oleh Allah (penceritaan semula) maka seudah tentu ayatnya sebegitu sebab kita tahu bahwa para nabi tidak akan berkata kecuali yang diwahyukan sahaja (hal berkaitan syariat). Sama seperti baginda nabi diarah untuk berkata apabila kaumnya bertanya, cth: 2: 219. Mereka bertanya kepadamu tentang khamar[136] dan judi. Katakanlah (Muhammad): "Pada keduanya terdapat dosa yang besar......"

Apabila seorang pencerama agama berkata "Nabi berkata dalam Al Quran bahwa khamar dan judi adalah......", kita faham apa yang dimaksudkan bahwa nabi berkata atas kapasiti firman Allah dan begitulah juga kisah-kisah para nabi dalam Al Quran bukan datang dari diri mereka sendiri melainkan wahyu Allah juga.

Jelas perawi2 hadith Nabi saw yang tuan cela dan hina adalah pengikut ajaran Al Quran yang amat setia dan patuh, maka setiap perkataan Nabi Muhammad mereka usaha sampaikan dengan bersungguh-sungguh kepada manusia kerana Al Quran dah cakap, ianya perlu ditaati.

Bagaimana anda mahu mematuhi suruhan Al Quran ini?


Nampaknya sekali lagi tuan berkata yang saya tidak pernah ucapkan, sila nyatakan di topiik mana saya ada mencela dan mengina sesama manusia (perawai), adakah saya tidak menerima yang dikatakan hadis nabi yang konon ada perawinya maka saya menghina mereka ?

Ikut jelah apa dalam Al Quran, maka saya telah mematuhi Al Quran.... apa susah takkan mahu ditambah-tambah dari luar Al Quran pulak....

Terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2009 11:09 AM | Show all posts

Balas #44 abstruse\ catat

Salaam,

Mana saya tau yang awak tu pompuan.....

Bila masa puan kata... saya mesti mahu menang.... topik mana?

Mana dali-dalil yang puan maksudkan tu...... jika ayat Al Quran saya akan terima mana pendapat yang terbaik......

Berkanaan sholat tu.... sila ke sini Sholat terima kasih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2009 11:17 AM | Show all posts

Balas #45 mnm77\ catat

Salaam,

Mana dia yang dikatakan banyak tu..... seperti yang saya katakan saya menolak mana-mana syariat yang menambah-nambah.... tidak disebutkan dalam Al Quran.

Sholat misalnya, Allah sebut nama sholat dalam Al Quran tiga sahaja... sholat Fajar, sholat Wausthaa dan Sholat Isya..... maka itu sahaja nama sholat dalam Al Quran.... yang tuan pi buat lagi tu Sholat Zohor dan Azar, itu bukan menambah ke namanya?

Sedangkan dengan jelas dalam Al Quran, baginda diarah berkata bahwa baginda tidak ikut kecuali yang diwahyukan sahaja... saya tidak percaya baginda yang menambah melainkan manusia lainlah yang mengatas namakan baginda.

Terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2009 11:29 AM | Show all posts
Originally posted by anakmacho at 10-2-2009 11:17 AM
Salaam,

Mana dia yang dikatakan banyak tu..... seperti yang saya katakan saya menolak mana-mana syariat yang menambah-nambah.... tidak disebutkan dalam Al Quran.

Sholat misalnya, Allah sebut nama sholat dalam Al Quran tiga sahaja... sholat Fajar, sholat Wausthaa dan Sholat Isya..... maka itu sahaja nama sholat dalam Al Quran.... yang tuan pi buat lagi tu Sholat Zohor dan Azar, itu bukan menambah ke namanya?


Bukan menambah, tapi pemahaman orang yang tolak hadith ada masalah, iaitu menafsir Al Quran tanpa merujuk kepada perbuatan Nabi.

Kalau ayat2 dibawah ditafsir tanpa merujuk kepada Hadith dan Sunnah, maka bertanggung-jawablah untuk menjawab di hadapan Allah kelak.


Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Aal-Imran)

Ikut Nabi termasuklah mempercayai dan taat Perintah Allah (Al Quran), kalam Nabi dan perbuatannya yang menjadi contoh (Hadith dan Sunnah). Dalam solat terdapat ayat Al Quran puji-pujian (permulaan Al-Fatihah) terhadap Allah dan tasbih tasbih pujian.

Maka bertasbihlah kepada Allah di waktu kamu berada di malam hari (Maghrib dan Isyak) dan waktu kamu berada di waktu Subuh, (Ar-Rum, 17)
dan bagi-Nyalah segala puji di langit dan di bumi dan di waktu kamu berada pada petang hari (Asar) dan di waktu kamu berada di waktu Zuhur (Ar-Rum, 18)

Peliharalah kamu solat fardhu, khasnya solat Wusta (Asar) dan berdirilah kerana Allah dengan taat dan khusyuk. (Al-Baqarah,238)

Dan dirikanlah solat itu pada kedua tepi siang dan pada bahagian permulaan daripada malam (Hud, 114)

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa; (iaitu) sebelum Solat Fajar (Subuh) dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari dan sesudah Solat Isyak; itulah tiga masa bagi kamu (An-Nur, 58)

Dirikanlah olehmu Solat ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam (Maghrib), dan Solat Fajar (Subuh) sesungguhnya Solat Fajar (Subuh) itu adalah disaksikan (keistimewaannya). (Al-Israk, 78)


Seperti biasa, anda mungkin akan mempertikaikan yang dalam kurungan dan membawa tafsiran alternatif berdasarkan terjemahan literal kebanyakannya dari barat (Lexicon) kononnya lebih neutral dan kononnya lebih memahami bahasa Al Quran.

Sekian

[ Last edited by  mnm77 at 10-2-2009 11:40 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2009 11:55 AM | Show all posts

Balas #46 sirri_khafi\ catat

Salaam,

Siapa yang memperbanyakkan maknanya..... Allah ke manusia itu sendiri.... Allah tak ajarpun dalam Al Quran perkataan "Hadis Nabi" dan "Sunnah Nabi", apakah tuan mahu mengajar Allah pasal agama...... ?

Sebab itulah Allah arahkan manusia merenung ayat-ayatnya..... apakah bila disebut "buta" tuan akan terfikir akan buta mata.... buta tidak semsetinya buta matalah tuan..... buta banyak maknanya..... dan ayat itu sebut "buta" sahaja  maka renungkanlah apa maksudnya.... apa guna Allah bagi akal tapi tidak mahu digunakan.....

nabi SAW telah bersabda :

" barangsiapa berkata tentang ALQURAN dgn pendapat akalnya kemudian ia benar maka sesungguhnya dia tetap salah  "  ...

riwayat imam tirmizi dan imam abu dawud RAH ....   


Memadangkan tiada satu kitabpun melainakan Al Quran yang Allah janji untuk memeliharanya dari unsur sabotaj dan berkepentingan... maka yang lain-lain terdedah dari unsur-unsur manusiawi.... berapa peratuskah keyakinan tuan berkenaan yang tuan katakan hadis nabi itu (diatas) keluar sendiri dari mulut baginda sendiri..... lihat pula firman Allah ini;

AQ 38:29. Sebuah Kitab Kami menurunkan kepada kamu, diberkati, supaya mereka mengingati, dan supaya orang-orang yang mempunyai minda merenungkan ayat-ayatnya.

Bukankah Allah suruh guna akal untuk merenung atau memikir akan firman-firmanNya.... dan tiba-tiba ada pulak yang dikatakan hadis nabi "jangan guna minda/akal...."

adapun para ulamak itu tidak menafsirkan ALQURAN menurut pendapat akal mereka .. tetapi menurut ilmu pengetahuan & kefahaman yg di kurniakan oleh ALLAH SWT .....

oleh itu , saya anggap tuan rumah tidak ada point apa2 lagi memandangkan beliau sendiri org yg berhajat
( org jahil yg memerlukan bimbingan guru ) ......


Habis tu jika para ulama mentafsir tidak guna akal mereka mereka guna apa.... ingatlah Allah di akan bagi apa-apapun jika seseorang tidak berusaha, begitu juga penggunaan akal... Allah tidak akan bagi apa-apa ilham kalau tidak mahu guna aka.... dengan memikirkan guna akallah baru Allah akan bagi Ilham. Apakah manusia biasa tidak layak untuk mendapat karunia Allah untuk memahami ayat-ayatNya..... siapakah yang mengukur tahap ke ulamakan manusia itu.... adakah manusia sendiri ?

Merujuk kepada yang dikatakan hadis nabi di atas.... patutpun ramai umat islam tidak mampu untuk memahami mesej Allah dalam Al Quran kerana menurut arahan yang tidak pasti sumbernya.... dan tuan rela mengikuti sesuatu yang Allah tidak pernah berjanji akan menjaga jetulinanya daripada tuan ikut Al Quran itu sendiri... sanggup megenepikan kitab Allah demi sesuatu yang tidak pasti....

Semua manusia memerlukan bimbingan guru,  guru dan pengajar yang terbaik adalah Allah, ,maka berusahalah dan memohon kepada Allah agar dibuka dibuka matahati untuk memahami mesejNya.... ingatlah tiada guru selain Allah....


P/s - Siapa tuan  rumah o.... disini tuan tidak teliti sebab tuan memblok minda tuan hanya kerana kita tidak sefahaman..... selagi tuan memblok minda tuan maka tuan tidak akan faham ap yang saya cuba sampaikan.... adakah hanya saya manusia biasa.... bagaimana pulak agaknya jika yang berkata-kata ini adalah guru-guru yang tuan sanjungi.... adakah tuan akan menolaknya juga....

Terima kasih.

[ Last edited by  anakmacho at 10-2-2009 12:11 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2009 12:15 PM | Show all posts

Reply #51 anakmacho's post

macha, nak tanya skit...kenape saudara tolak hadis Nabi saw habis2an?

apa saudara tak takut ke balasan yg bakal diterima kelak,
kenapa mesti menafikan hadis Nabi saw? habis solat saudara
hanya 3 kali sehari la ye? camne cara solat saudara pulak?
ada sujud tak?ada rukuk tak? sebab jika tak ikut sunnah Nabi
abis saudara ikut sape utk bersolat?

nak tanya lagi, apa saudara dah hafaz 30 juzuk Al-Quran ke?
apa boleh menafsirkan Al-Quran ikut logik akal+nafsu semata2 ka?
apa saudara meletakkan golongan orientalis sebagai idola ka?
perbetulkan balik iktikad saudara tu, balik kpd syariat Islam..

belum terlambat saudara,
ni bukan saya nak melabelkan sesat lagi menyesatkan...
tapi jika dah jelas salah n nampak dah menyimpang jauh,
kembali la ke pangkal jalan.

andai pakat bagi hujah dgn dalil2 tak kira Quran atau Sunnah
still sedara tak nampak lg,
still nak kata ur point smua betul..

nak tanya lg ni...saudara ada belajar agama tak?
jgn main tebuk sana sini je..
ulamak pun takut nak menafsirkan ayat sesuka hati
tambah kita ni yg hanya hamba biasa..
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2009 12:58 PM | Show all posts

org yg menolak hadis ( sabdaan2 ) baginda nabi SAW adalah kafir kpd baginda nabi SAW
... ini adalah jelas ...



tidak timbul pun sebenarnya isu tidak ada penjagaan ALLAH terhadap kata2 nabi nya @ ilmu2 kenabian selain ALQURAN dll ...yg pentingnya , samada beriman dgn kata2 nabi SAW @ tidak ....




org yg menolak kata2 , perbuatan , cara hidup , cara berfikir , mimpi & ilham nabi SAW sebenarnya kafir terhadap nabi SAW ...   serta JAHIL tentang KENABIAN itu sendiri...





sesungguhnya ILMU KENABIAN itu tidak terbatas kpd WAHYU ALQURAN semata2 ...



jangan sempitkan ilmu kenabian yg luas  itu dgn akal kita yg terbatas ....





ilmu kenabian itu merangkumi SELURUH YG BERKAITAN DGN RASULULLAH SAW itu sendiri ...





FIRMAN ALLAH SWT :



"SESUNGGUHNYA TELAH ADA PD RASULULLAH ITU SURI TELADAN YG YG BAIK ..... "



SURAH AL AHZAB AYAT 21 ....








"DAN TIDAKLAH DIA MENGUCAPKAN DARI HAWA ( NAFSU ) , "


" IANYA KECUALI WAHYU YG DI WAHYUKAN " ..



SURAH AN NAJM AYAT 3 & 4 ...




jadi tidak timbul pun isu mengambil panduan luar dari ALQURAN kerana apa shj yg berkaitan dgn nabi SAW itu termasuk dari ALLAH SWT & ALQURAN adalah sebahagian ILMU KENABIAN itu ...



kata2 , perbuatan , pemikiran , mimpi & ilham itu adalah termasuk dari ilmu2 kenabian walaupun tidak seperti ALQURAN yg di sampaikan melalui malaikat jibril AS ...


FIRMAN ALLAH SWT :


"MAKA DIA YG MENGILHAMKAN JIWA ITU KEKEJIAN JIWA DAN KETAQWAAN JIWA " .



SURAH ASSYAMS AYAT 8 ...





hakikatnya , segala ilmu kenabian itu adalah dtg dari ALLAH SWT walaupun bukan semuanya disampaikan melalui malaikat jibril AS & bukan semua ilmu kenabian itu terpelihara seperti ALQURAN ....


jadi faktor di sini adalah IMAN ....


samaada kamu beriman dgn KENABIAN & KERASULAN baginda serta ILMU2 yg dikurniakan kpd baginda seperti HIKMAH dll @ sebaliknya ( yakni kafir @ mendustakan beliau ) ...






FIRMAN ALLAH SWT :


"WAHAI ORG YG BERIMAN , BERIMAN LAH KAMU KPD ALLAH & RASULNYA ...... "

SURAH AN NISA' AYAT 136 ....




jadi tidak timbul langsung isu ilmu kenabian ( wahyu, ilham , mimpi , sunnah , hadis dll ) yg manakah yg mana mendapat pemeliharaan ALLAH @ tidak ...


pokoknya ... beriman @ kafir ...  


jelas kan ....





telah saya jelaskan , ulamak menafsirkan ALQURAN berdasarkan ILMU & kefahaman yg SOHEH yg di kurniakan oleh ALLAH SWT kpd mereka ...


ada pun saudara anak macho tidak mempelajari bahasa ALQURAN .... sudah tentu kefahaman saudara itu TIDAK SOHEH @ pure ...  kerana , saudara bukan AHLI ALQURAN YG TULEN ...

so jelas... dan x perlu twist lagi ...






saya dapati saudara menampilkan terjemahan ayat2 berkaitan hadis ... walhal saudara adalah seorg yg jahil tentang bahasa arab
...
maka saya membuat kesimpulan bahawa saudara terlupa yg dirinya JAHIL BAHASA ALQURAN ... dan semestinyalah saudara bertanya kpd org yg mengetahui bahasa arab yaitu apakah makna kalimah HADIS dan berapa banyakkah makna kalimah HADIS itu jika di terjemahkan ke dlm bahasa melayu dll...


lagipun... saudara menampilkan terjemahan ayat ALQURAN berkaitan HADIS dgn tidak sempurna ... maklumlah saudara tidak tahu bahasa ALQURAN .. takpe , saya maafkan dan pi lah belajar rajin2 ...



oleh kerana saudara tidak pernah belajar bahasa ALQURAN ... saya tidak surprise jika saudara tidak tahu makna SUNNAH yg berasal dari bahasa arab ... sebab tuh saudara menafikan sungguh2 tentang sunnah nabi SAW yg dtg dari HIKMAH & ILMU KENABIAN YG DI KURNIAKAN OLEH ALLAH SWT itu ....



di harap forumer2 sekalian memahami kedaifan saudara anak macho ...





semoga ALLAH memberi petunjuk kpd saya , saudara anak macho dan forumer2 lain ...


amin ..












WALLAHUA'LAM ......




[ Last edited by  sirri_khafi at 13-2-2009 06:25 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2009 08:23 PM | Show all posts

Balas #52 abstruse\ catat

Salaam,

Saya tak tolak yang dikatakan hadis nabi... yang saya tolak adalah penambahan syariat yang tidak disebut dalam Al Quran.

Sebab saya takutlah saya tidak meletakkan nasib saya atau bergantung pada orang lain (Pak Turut).

Tentang sholat tu... kan saya dah bagi linknya untuk ko rujuk no 48 .... mengapa tak nak rujuk...

Insya Allah tengah usahakan....
Guna nafsu... tidaklah boleh.... Allah dah bagi akal nak buat apa akal tu.....
Adakah orientalis mengajak kepada Al Quran semata-mata...

Mana point ko orang semua betul... tak nampakpun....
Insya Allah sentiasa belajar sampai hujung nyawa.....
Baginda nabipun manusia biasa....
Adakah ulama pula luar biasa......?

[ Last edited by  anakmacho at 10-2-2009 08:24 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2009 09:02 PM | Show all posts

Balas #53 sirri_khafi\ catat

org yg menolak hadis ( sabdaan2 ) baginda nabi SAW adalah kafir kpd baginda nabi SAW
... ini adalah jelas ...
tidak timbul pun sebenarnya isu tidak ada penjagaan ALLAH terhadap kata2 nabi nya @ ilmu2 kenabian selain ALQURAN dll ...yg pentingnya , samada beriman dgn kata2 nabi SAW @ tidak ....
org yg menolak kata2 , perbuatan , cara hidup , cara berfikir , mimpi & ilham nabi SAW sebenarnya kafir terhadap nabi SAW ...   serta JAHIL tentang KENABIAN itu sendiri...


Salaam,

Orang yang mengada-ngadakan pula yang baginda tak pernah ucapkan nak panggil apa? Fitnah terhadapnya lah......

sesungguhnya ILMU KENABIAN itu tidak terbatas kpd WAHYU ALQURAN semata2 ...
jangan sempitkan ilmu kenabian yg luas  itu dgn akal kita yg terbatas ....
ilmu kenabian itu merangkumi SELURUH YG BERKAITAN DGN RASULULLAH SAW itu sendiri ...


Habis tu adakah wahyu lain selain Al Quran... mengapa Allah tak jaga pula....?

FIRMAN ALLAH SWT :
"SESUNGGUHNYA TELAH ADA PD RASULULLAH ITU SURI TELADAN YG YG BAIK ..... "
SURAH AL AHZAB AYAT 21 ....


Ayat ni dah jawab dah (rujuk no 24 lah) .... tapi ko sengaja tak nak ambil tahu... sebab dalam hati tidak ikhlas mahu kongsi ilmu, yang ko tahu menghentam saja.... sebab itu ko buta hati....

"DAN TIDAKLAH DIA MENGUCAPKAN DARI HAWA ( NAFSU ) , "
" IANYA KECUALI WAHYU YG DI WAHYUKAN " ..
SURAH AN NAJM AYAT 3 & 4 ...


Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
53:1. Demi bintang apabila ia menjunam,
53:2. Teman kamu tidak sesat, dan tidak juga silap,
53:3. Dan tidak juga berkata-kata daripada keinginannya.
53:4. Ini tidak lain hanyalah satu wahyu yang diwahyukan,
53:5. Yang mengajar dia, yang sangat dalam kekuatan,
53:6. Sangat kuat; dia tegak mengambang,
53:7. Di horizon yang tinggi,
53:8. Kemudian mendekati dan turun,
53:9. Jarak dua ibu panah, atau lebih dekat,
53:10. Kemudian mewahyukan hamba-Nya, apa yang dia mewahyukan.

Apa yang ko faham berkenaan ayat-ayat diatas.... wahyu yang diwahyukan itu apa, adakah selain dari Al Quran, bukankah kisah diatas adalah pengisahan Al Quran (ayat-ayat Al Quran) yang diturunkan kepada baginda melalui malaikat, mengapa ko boleh memutar belitkan demi menghalalkan hujah ko.... Al Quran diwahyukan kepada malaikat dan melaikat mewahyukan kepada baginda dan baginda pula mewahyukan (menyampaikan) kepada kita, itulah yang disebut wahyu yang diwahyukan..... yang ko kata hadis dari siapa kepada siapa...

FIRMAN ALLAH SWT :
"MAKA DIA YG MENGILHAMKAN JIWA ITU KEKEJIAN JIWA DAN KETAQWAAN JIWA " .
SURAH ASSYAMS AYAT 8 ...


Jelas ayat itu sebut Ilham.... Allah tak sebut wahyu.... Ilham sesiapapun dapat, orang bukan islam pun dapat sebab itu mereka dapat merekacipta segala macam peralatan yang kita hanya tahu menggunakannya sebab mereka berusaha dan semua itu Allah yang bagi Ilham... berusaha baik dapat ilham baik... berusaha tidak baik.... fikir macama mana nak pecah rumah orang... dapat ilham tak baik.... itulah mesej ayat tu..... takkan tak faham kut, terjemahan lain;

AQ 91:8. Dan mengilhamkannya kepada kejahatan dan ketakwaan!

Kejahatan ko berhajat, ilham kejahatanlah ko dapat... ketakwaan ko berhajat, ilham takwalah ko dapat....

Hebat mejaja sana sini, saya tak tahu bahasa arablah, kafirlah, sesatlah... tapi sendiri...... tak faham mesej Allah walaupun dengan bangganya kata ada belajar bahasa arab.... ingatlah satu jari tunjuk orang lain, 3 jari tunjuk diri sendir.....

saya dapati tuan rumah menampilkan terjemahan ayat2 berkaitan hadis ... walhal tuan rumah adalah seorg yg jahil tentang bahasa arab


Walaupun saya dah bagitau, saya bukan tuan rumah (no. 51) tapi masih lagi buat fitnah pada tuan rumah.... sebab apa sebab tidak teliti hanya kerana mahu menang berhujah... maka nafsu mengatasi segala-galanya.

Terima kasihlah untuk ngko.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2009 10:04 PM | Show all posts

Balas #50 mnm77\ catat

Bukan menambah, tapi pemahaman orang yang tolak hadith ada masalah, iaitu menafsir Al Quran tanpa merujuk kepada perbuatan Nabi.
Kalau ayat2 dibawah ditafsir tanpa merujuk kepada Hadith dan Sunnah, maka bertanggung-jawablah untuk menjawab di hadapan Allah kelak.


Salaam mnm77,

Saya bagi contoh sholat sebab tuan bagi contoh itu terlebih dahulu... maka saya merespon berkenaan itu dan saya tidak akan merespon berkenaan ayat-ayat berkaitan sholat disini sebab ini adalah topik hujah untuk mencari dalil yang dikatakan hadis nabi ada atau tiada.... dalam Al Quran.

Insya Allah saya bertanggungjawab sepenuh dan saya sadar akan itu kelak diakhirat. Terima kasih kerana menggingatkan.

Seperti biasa, anda mungkin akan mempertikaikan yang dalam kurungan dan membawa tafsiran alternatif berdasarkan terjemahan literal kebanyakannya dari barat (Lexicon) kononnya lebih neutral dan kononnya lebih memahami bahasa Al Quran.


Seperti yang sering saya katakan dan ulang-ulangi... saya tidak terikat kepada seorang penterjemah sahaja.... dan saya tidak anti ayat-ayat dalam kurungan sebab setelah saya meneliti sesuatu ayat yang ada kurungan ( ) sebelum dan selepas ayat dan saya tidak menjumpainya maka saya akan bertanya dari mana datangnya ayat-ayat dalam kurungan itu.....

Setakat ini pihak tuan belum mengeluarkan dalil ada atau tidak dalam Al Quran kebenaran untuk baginda menyampaikan selain dari Al Quran dalam bersyariat?

Tak apalah..... cuba tuan renungi ayat-ayat Allah ini tanpa memblok minda tuan,

AQ 6:19. Katakanlah (Muhammad), " Perkara apakah yang paling besar dalam kesaksian?" Katakanlah, "Allah adalah saksi antara aku dan kamu, dan al-Qur'an ini diwahyukan kepadaku supaya aku memberi amaran kepada kamu dengannya, dan sesiapa ia sampai. Adakah kamu benar-benar mempersaksikan bahawa ada tuhan-tuhan lain selain Allah?" Katakanlah, "Aku tidak mempersaksikan." Katakanlah, "Dia hanyalah Tuhan Yang Satu, dan aku berlepas diri daripada apa yang kamu menyekutukan."

Lihatlah akur janji baginda nabi dalam ayat diatas dan disaksikan oleh Allah... hanya Al Quran yang wajib baginda sampaikan kepada serata alam.

AQ 6:50. Katakanlah (Muhammad), "Aku tidak mengatakan kepada kamu, 'Aku mempunyai perbendaharaan Allah'. Aku tidak mengetahui yang ghaib, dan aku tidak mengatakan kepada kamu, 'Aku seorang malaikat'; aku hanya mengikuti apa yang diwahyukan kepadaku." Katakanlah, "Adakah orang yang buta denganorang yang melihat sama? Tidakkah kamu memikirkan?"

AQ 7:203. Dan apabila kamu tidak mendatangkan kepada mereka satu ayat, mereka berkata, "Mengapakah kamu tidak pilih sendiri?" Katakanlah (Muhammad), "Aku hanya mengikuti apa yang diwahyukan kepadaku daripada Pemeliharaku; inilah bukti yang nyata daripada Pemelihara kamu, dan petunjuk, dan pengasihan, bagi kaum yang mempercayai."

AQ 10:15. Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas, orang-orang yang tidak mengharapkan untuk bertemu dengan Kami berkata, "Datangkanlah al-Qur'an selain yang ini, atau tukarkanlah ia." Katakanlah (Muhammad), "Tidak patut bagiku untuk menukarkannya dengan kemahuan diriku sendiri. Aku tidak mengikuti apa-apa, melainkan apa yang diwahyukan kepadaku. Sesungguhnya aku takut, jika aku mengingkari Pemeliharaku, akan azab hari yang besar."

Ayat-ayat diatas dengan jelas baginda diarah untuk berkata bahwa tiada yang baginda sampaikan melainkan Al Quran yang diwahyukan...... dan sekiranya baginda memandai-mandai menyampaikan selain yang diwahyukan (Al Quran) maka baginda akan dihukum....;

AQ 69:44. Sekiranya dia (Muhammad) mengada-adakan terhadap Kami sebarang ucapan,
AQ 69:45. Tentu Kami mengambilnya dengan tangan kanan,
AQ 69:46. Kemudian pasti Kami memotong urat jantungnya,
AQ 69:47. Dan tiadalah seseorang daripada kamu yang dapat menghalangi dia.
AQ 69:48. Sesungguhnya ia adalah Peringatan bagi orang-orang yang bertakwa (takut kepada Tuhan).


Begitu juga.... berkenaan berpegang teguh.... adakah berpegang teguh kepada selain dari kitab wahyu...;

AQ 7:170. Dan orang-orang yang berpegang teguh pada Kitab, dan melakukan solat - sesungguhnya Kami tidak mensia-siakan upah orang-orang yang membetulkan.

Dengan dalil-dalil di atas.... maka adakah baginda akan menyampaikan selain Al Quran dalam bersyariat yang apatah lagi yang langsung tidak sebut sama sekali dalam Al Quran iaitu yang dikatakan "Hadis Nabi dan Sunnah Nabi"..... kalau sememangnya ada mengapa Allah tidak sebut walau sekalipun.... perkataan itu..... dan apa yang saya nampak pihak tuan tercari-cari dalilnya demi menghalalkan apa yang tiada.....

Bagaimana jika yang dinamakan hadis/sunnah nabi adalah ciptaan musuh-musuh islam untuk memesongkan umat islam dari Al Quran..... memandangkan Al Quran Allah dah janji akan ketulinannya hingga kiamat maka mereka (musuh islam) tidak dapat berbuat apa-apa terhadap Al Quran.... cara terbaik bagi mereka ialah mencipta sesuatu yang mengatas namakan baginda walhal baginda sendiri tidak tahu menahu akan hal tersebut....... dan mereka nampak peluang itu.....

Harap dapat direnungkan..... terima kasih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2009 11:09 PM | Show all posts

Reply #56 anakmacho's post

aku terdetik utk reply kat sini sbb aku berpendapat al-Quran sepatutnya digunakan sebagai rujukan........

sbb kita tak tau sama ada kisah nabi ada dipesongkan penyampaian atau tidak melalui mulut org......

An-Nisaa' [59] Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

An-Nuur [48] Dan (bukti berpalingnya mereka ialah) apabila mereka diajak kepada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, maka dengan sertamerta sepuak dari mereka berpaling ingkar (menolak ajakan itu jika keputusan tidak menguntungkan mereka).

An-Nuur [51] Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak ke pada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: "Kami dengar dan kami taat": dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan.

tapi aku kurang faham dgn maksud ayat an-nuur 48 dan 51.....



[ Last edited by  Acong at 10-2-2009 11:15 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2009 12:16 AM | Show all posts

Balas #57 Acong\ catat

An-Nisaa' [59] Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

An-Nuur [48] Dan (bukti berpalingnya mereka ialah) apabila mereka diajak kepada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, maka dengan serta merta sepuak dari mereka berpaling ingkar (menolak ajakan itu jika keputusan tidak menguntungkan mereka).

An-Nuur [51] Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak ke pada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: "Kami dengar dan kami taat": dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan.


Salaam Acong ah.... ,

Sila tuan semak Al Quran di ayat-ayat berkenaan, ada tak dalam teksasalnya (Al Quran) perkataan-perkataan yang diletakkan dalam kurunganitu dan ayat-ayat yang saya gariskan...

Terjemahan lain berkenaan ayat-ayat itu;

AQ 4:59. Wahai orang-orang yang percaya, taatlah kepada Allah, dan taatlah kepada rasul, dan orang-orang yang dalam urusan antara kamu. Jika kamu berbalah dalam sesuatu, kembalikanlah ia kepada Allah dan rasul jika kamu mempercayai Allah dan Hari Akhir; itu yang lebih baik, dan kesudahan yang lebih baik.

AQ 24:48. Apabila mereka dipanggil kepada Allah dan rasul-Nya, supaya dia menghakimkan antara mereka, tiba-tiba segolongan daripada mereka berpaling.

AQ 24:51. Ucapan orang-orang mukmin apabila dipanggil kepada Allah dan rasul-Nya, supaya dia menghakimkan antara mereka, hanyalah bahawa mereka berkata, "Kami dengar dan kami taat"; mereka itu, merekalah orang-orang yang beruntung.

Ada kemungkinan yang tuan bawakan itu adalah tafsiran Al Quran sebab banyak penambahan yang ketara pada ayat-ayat  berkenaan..... dan tafsiran adalah pendapat manusia yang tidak lari dari kesilapan, maka tidak wajib untuk diikuti. Terima kasih......
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2009 08:38 AM | Show all posts

Reply #57 Acong's post

assalamu 'alay kum acong ...


  

maka kita juga jangan mengikuti org yg jahil ....


manusia tidak pernah lari dari kesilapan ... apatah lagi org yg tidak tahu bahasa ALQURAN ... sesat & menyesatkan akhirnya ...


" dan janganlah kamu mengikuti apa yg kamu tidak tahu mengenainya " ...


ayat nih sepatutnya di renungi bagi org yg jahil bahasa ALQURAN tetapi maseh nak menyesatkan org dgn mengikut kadar kejahilannya ..


mungkin acong sendiri boleh check apakah makna SUNNAH itu kerana ia juga dari bahasa ALQURAN ...










WALLAHU A'LAM ...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2009 09:28 AM | Show all posts

Reply #55 anakmacho's post

soalan pertama :

adakah wahyu lain selain ALQURAN ?


jawapan : ada !



FIRMAN ALLAH SWT :

" DAN TUHAN MU MEWAHYUKAN KPD LEBAH  ... "

SURAH AN NAHL ..




" DAN KAMI WAHYUKAN KPD IBU MUSA : SUSUKANLAH DIA ... "

SURAH AL QOSOS AYAT 7 ...


p/s : perhatikan kalimah " auha "  .... tapi sayang nya kamu x pernah belajar bahasa ALQURAN ... sayang seribu kali sayang  ~  






soalan kedua :

mengapa ALLAH tak jaga ? ( merujuk kpd ilmu kenabian selain ALQURAN seperti hadis dll )   



jawapan : saya nak pinjam jawapan saudara di dlm thread  " alkitab ( injil) DARI SUDUT alquran " posting 43 yaitu :


" ITU ADALAH RAHSIA ALLAH YG KITA TIDAK TAHU HIKMAHNYA " ......  


TERIMA KASEH ...  









WALLAHU A'LAM ...

[ Last edited by  sirri_khafi at 11-2-2009 09:32 AM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:11 AM GMT+8 , Processed in 0.145960 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list