CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kalalah007

Golongan Anti-Hadith Siapa boleh tolong jawabkan?

[Copy link]
Post time 6-2-2009 07:42 PM | Show all posts
Originally posted by slug at 6-2-2009 09:54 AM
Sejahtera ke atas pakcik,
Apa pendapat pakcik mengenai hadith seperti Sahih Bukhari and Sahih Muslim? Adakah pakcik menolaknya?


Salaam,

Soalan adik bunyinya cukup mudah dan ringkas namun untuk menjawabnya memerlukan penjelasan yang jela-jela…..  Sebelum kita menerima sesuatu tentu kita percaya padanya kan…. maka mahu kena percaya dahulu baru boleh menerimanya….

Menurut ajaran Allah dalam Al Quran yang disampaikan oleh baginda nabi kepada kita kitab yang wajib terpercayai hanya ada 4 sahaja ( Zabur, Taurat, Injil dan Quran ) dan hanya satu yang diarahkan kita untuk menjadikan panduan dalam bersyariat iaitu Al Quran, selain dari itu Allah tidak arahkan, maka akan tertolaklah dengan sendirinya….. dan saya turut menolak untuk bersyariat atau mengamalkan dalam syariat.

Sedangkan hanya Al Quran satu-satunya panduan dalam bersyariat kita tidak termampu untuk melaksanakannya… inikan pula ditambah dengan kita-kitab lain. Orang yang menulis kitab-kitab dengan begitu banyaknya lalu tidak larat nak mengamalkan semuanya, Allah umpamakan sebagai keldai….

AQ 62:5. Persamaan orang-orang yang dibebankan dengan Taurat, kemudian mereka tidak memikulnya adalah seperti persamaan seekor keledai yang memikul buku-buku yang tebal. Adalah buruk persamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah. Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.

Apakah kita mahu disamakan oleh Allah kepada orang-orang yang diberi taurat lalu tidak melaksanakan apa yang diarahkan dalam kitab mereka? Dahlah Al Quran tidak mampu kita laksanakan ini kena tambah pula kitab-kitab karangan manusia yang begitu banyaknya…….

Oleh kerana tiada arahan Allah untuk mengamalkan selain dari Al Quran maka Pakcik menolak semua kitab2 yang ada dalam mengamalkan syariat….. terima kasih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2009 07:54 PM | Show all posts
Originally posted by slug at 6-2-2009 11:27 AM
Adik ni baru nak belaja. Boleh pakcik terangkanmaksud ayat ini?

"Surely Allah conferred a great favour on the believers when He raisedfrom among them a Messenger to recite to them His signs, and to purify them,and to teach them the Book and Wisdom. For before that they were in manifesterror" (Al i'Imran: 164)

~ Allah telah mengutuskan Rasul untuk membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah,membersihkan mereka, serta mengajar mereka Kitab Allah dan Hikmah. Dansesungguhnya mereka sebelum itu adalah dalam kesesatan yang nyata.

Soalan adik adalah (seperti yang dinyatakan dalam Al Quran):
1. Bagaimana Rasul membacakan mereka ayat2 Allah?
Adik berpendapat bahawa Rasul (Nabi Muhammad) membacakan mereka Al Quran.
2. Bagaimana Rasul membersihkan mereka?
3. Bagaimana Rasul mengajar mereka kitab Allah?
4. Apakah makna hikmah? Bagaimana Rasul mengajar mereka kitab dan juga hikmahdidalamnya?

Minta maaf jika adik terlalu banyak bertanya.


Salaam,

1. Pakcik pun berpendapat demikian bahwa baginda membacakan Al Quran.

2. Kalau kita baca diakhir ayat itu
yang berbunyi “mereka sebelum itu adalah dalam kesesatan yang nyata” kita akan faham dengan Al Quranlah baginda membersihkan mereka kerana sebelum Al Quran diturunkan mereka mengamalkan amalan-amalan jahiliyah…. Setelah mereka menerima islam dan Al Quran semua amalan-amalan mereka sebelumnya mereka buang…. Itulah dimaksudkan“dibersihkan”.

Dalam Al Quran pun Allah ajarkan kepada kita agar kita membersihkan/menyucikan minda kita untuk memahami Al Quran, tanpa kita membersihkan minda kita, selagi itulah mesej-mesej Allah dalam Al Quran kita tidak mampu untuk di fahami kerana syarat itu Allah yang letakkan…. Maka apabila syarat Allah itu tidak dipatuhi maka jadilah kita tak akan faham Al Quran selama-lamanya…. Hanya tau baca dan mengharapkan pahala sahaja….

3. Disamping baginda sendiri mengamalkan kandungan kitab AlQuran baginda menyampaikan kepada masyarakat di sekelilingnya…. tentulah dengan dengan “menyampaikan” kalau tidak maka baginda tidak menjalankan tugas yangtelah diamanahkan kepadanya.

4. Hikmah bermakna Bijaksana dalam bahasa melayunya…. baginda mengajar kitab dan hikmah dengan menyampaikan kepada masyarakat disekelilingnya….. dengan cara apa tidaklah pakcik ketahui kerana pakcik tidak ada pada masa itu dan pakcik tidaklah mahu memandai-mandai seolah-olah tahu dan juga pakcik tidak ambil kisah benda itu sebab tidak akan ditanya kelak diakhirat... yang akan ditanya adalah kandungan Al Quran.


AQ 5:67. Wahai rasul, sampaikanlah apa-apa yang diturunkan kepada kamu daripada Pemelihara kamukerana, jika kamu tidak buat, tidaklah kamu menyampaikan Mesej-Nya. Allah melindungi kamu daripada manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjukkepada kaum yang tidak percaya.

AQ 5:92. Dan taatlah kepada Allah, dan taatlah kepada rasul, dan berhati-hatilah. Jika kamu berpaling,ketahuilah bahawa atas rasul Kami hanyalah untuk menyampaikan yangjelas.

5:99. Adalah hanya atas rasul untuk menyampaikan, dan Allah mengetahui apa yang kamu menampakkan, dan apa yang kamu menyembunyikan.

AQ 64:12. Dan taatlah kepada Allah,dan taatlah kepada rasul; tetapi jika kamu berpaling, hanyalah atas rasul Kami untuk menyampaikan yang jelas.


P/s- Maaf mingkin penjelasan pakcik tidak memuaskan adik.... tapi itulah kemampuan pakcik menerangkan.... kadang-kadang apa yang kita faham tidak dapat pula diterangkan secara bertulis.... yang lemah adalah dari saya sendiri.

Terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2009 12:32 PM | Show all posts

Reply #19 slug's post

di dlm kitab miftahul jannah fil ihtijaaji bissunnah karangan imam jalaludin as suyuthi RAH ( ahli tafsir ) ,  

ada meriwayatkan bahawa imam syafiie RAH menegaskan tentang tafsiran ayat 164 surah ali 'imron bahawa : kalimah ALKITAB itu bermaqsud ALQURAN dan AL HIKMAH itu seperti yg ditafsirkan oleh para ulamak almufassirin yaitu SUNNAH NABI SAW ...


SESUNGGUHNYA , SUNNAH NABI SAW ITU ADALAH SEBAIK2 PENJELASAN TENTANG ISI KITABULLAH ITU ...



FIRMAN ALLAH SWT :

" SESUNGGUHNYA TELAH ADA PD ( DIRI ) RASULULLAH ITU SURI TAULADAN YG BAIK BAGI ORG2 YG MENGHARAPKAN ( RAHMAT ) ALLAH DAN HARI AKHIRAT DAN ORG YG MENGINGATI ALLAH SEBANYAK2NYA " .   














WALLAHU A'LAM ....
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2009 02:58 PM | Show all posts
Originally posted by sirri_khafi at 7-2-2009 12:32 PM
di dlm kitab miftahul jannah fil ihtijaaji bissunnah karangan imam jalaludin as suyuthi RAH ( ahli tafsir ) ,  

ada meriwayatkan bahawa imam syafiie RAH menegaskan tentang tafsiranayat 164 surah ali 'imron bahawa : kalimah ALKITAB itu bermaqsudALQURAN dan AL HIKMAH itu seperti yg ditafsirkan oleh para ulamakalmufassirin yaitu SUNNAH NABI SAW ...

SESUNGGUHNYA , SUNNAH NABI SAW ITU ADALAH SEBAIK2 PENJELASAN TENTANG ISI KITABULLAH ITU ...


Salaam,

Tafsir lagi..... tak boleh ke tanpa tafsir... sila kemukakan dalil dari AL Quran kewajipan mengikut tafsir sesama manusia ? Siapa-siapapun boleh buat tafsir bergantung kepada kepentingan masing-masinglah ustaz sebab itu Allah tak pernah jamin dan arahkan ikut tafsir.

FIRMAN ALLAH SWT :

" SESUNGGUHNYA TELAH ADA PD ( DIRI ) RASULULLAH ITU SURI TAULADAN YGBAIK BAGI ORG2 YG MENGHARAPKAN ( RAHMAT ) ALLAH DAN HARI AKHIRAT DANORG YG MENGINGATI ALLAH SEBANYAK2NYA " .   


AQ 33:21. Kamu adasatu teladan yang baik pada rasul Allah bagi sesiapa yang mengharapkan Allahdan Hari Akhir, dan mengingati Allah dengan banyak.

AQ 60:4. Kamu adateladan yang baik pada Ibrahim, dan orang-orang yang bersama dia, apabilamereka berkata kepada kaum mereka, 揔ami berlepas diri daripada kamu dan apayang kamu sembah selain daripada Allah. Kami tidak percaya kepada kamu, danantara kami dan kamu, permusuhan adalah nyata, dan kebencian selama-lamanya,sehingga kamu mempercayai Allah satu-satunya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2009 03:51 PM | Show all posts
FIRMAN ALLAH SWT :

"  .......   DAN KAMI TURUNKAN KPD ENGKAU AKAN AZ ZIKRU ( peringatan/ALQURAN ) , AGAR KAMU MENERANGKAN KPD UMMAT MANUSIA APA YG TELAH DI TURUNKAN ...    "   


SURAH AN NAHL AYAT 44 ...




maka jelaslah bagi kita bahawa nabi SAW itu menjelaskan isi kandungan ALQURAN dgn ILMU & HIKMAH yg di kurniakan oleh ALLAH SWT yaitu SUNNAH/HADIS ...



bagaimana pula dgn org yg jahil bahasa ALQURAN ?

adakah dia REFER kpd terjemahan penterjemah ?


boleh ker ?  











WALLAHU A'LAM .....
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2009 08:58 PM | Show all posts
Originally posted by sirri_khafi at 7-2-2009 03:51 PM
FIRMAN ALLAH SWT :
"  .......   DAN KAMI TURUNKAN KPD ENGKAU AKAN AZ ZIKRU (peringatan/ALQURAN ) , AGAR KAMU MENERANGKAN KPD UMMAT MANUSIA APA YGTELAH DI TURUNKAN ...    "   
SURAH AN NAHL AYAT 44 ...
maka jelaslah bagi kita bahawa nabi SAW itu menjelaskan isi kandunganALQURAN dgn ILMU & HIKMAH yg di kurniakan oleh ALLAH SWT yaituSUNNAH/HADIS ...
bagaimana pula dgn org yg jahil bahasa ALQURAN ?
adakah dia REFER kpd terjemahan penterjemah ? boleh ker ?  


Salaam,

Adakah ini cakap tak serupa bikin.....  habis yang ngko jugak guna terjemahan tu apasal..... dan ambil ayat itu sekerat plak tu.... sila baca terjemahan penuhnya ini, kalau tak caya refer Al Quran;

AQ 16:44. Denganbukti-bukti yang jelas, dan Zabur; dan Kami menurunkan Peringatan kepada kamusupaya kamu memperjelaskan kepada manusia apa yang diturunkan kepada mereka;dan supaya mereka memikirkan.



Sila renungi ayat diatas kepada siapa ayat itu ditujukan....  apa kaitan Zabur dan Peringatan (Al Quran).... bukankah peringatan diturunkan untuk manusia memikirkan bahwa umat terdahulu pun pernah menerima kitab zabur dan melalui ayat-ayat Al Quran baginda menjelaskan perkara tersebut.... banyak kisah-kisah umat terdahulu dalam Al Quran yang dijelaskan/kisahkan oleh Allah melalui baginda kepada kita.



Terima kasih.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-2-2009 09:59 PM | Show all posts
Originally posted by kalalah007 at 7-2-2009 04:43 PM
solat jumaat tu datang nya dari sunnah nabi. Dalil mengikuti sunnah nabi,

Katakanlah: ""Hai manusia sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu semua, yaitu Allah yang mempunyai kerajaan langit dan bumi; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Yang menghidupkan dan mematikan, maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul Nya, Nabi yang umi (Muhammad) yang beriman kepada Allah dan kepada kalimat-kalimat-Nya (kitab-kitab-Nya) dan ikutilah dia (sunnah), supaya kamu mendapat petunjuk"".   


Salaam,

Saya kemukakan terjemahan yang tiada perkataan dalam kurungan pula terutama yang saya gariskan kat atas;

7:158. Katakanlah,"Wahai manusia, aku adalah rasul Allah kepada kamu semua, yang bagi-Nyakerajaan langit dan bumi. Tidak ada tuhan melainkan Dia, yang menghidupkan danmematikan. Maka percayalah kepada Allah, dan rasul-Nya, Nabi yang ummiy, yangmempercayai Allah dan kata-kata-Nya, dan ikutlah dia supaya kamu mendapatpetunjuk."

Pertanyaan saya, dari mana datangnya perkataan "sunnah" dalam kurungan ayat saudara diatas?

Originally posted by kalalah007 at 7-2-2009 04:49 PM
Dan taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul, jika kamu berpalingmaka sesungguhnya kewajiban Rasul Kami hanyalah menyampaikan (amanatAllah) dengan terang (64:12)

Barang siapa yang mentaati Rasul itu, sesungguhnya ia telah mentaatiAllah. Dan barang siapa yang berpaling (dari ketaatan itu), maka Kamitidak mengutusmu untuk menjadi pemelihara bagi mereka. (4:80)


Adakah dengan hanya berpandukan Al Quran dalam bersyariat tidak mentaati rasulNya ? Kepada siapakah Al Quran diwahyukan dan disampaikan pula kepada masyarakat dan seterusnya kita pada hari ini...... bagaimana kita mahu mentaati Allah tanpa Rasul dan bagaimana kita mahu mentaati Rasul tanpa Al Quran? Oleh itu dengan mengamalkan Al Quranlah satut-satunya maka kita mentaati Allah dan rasulNya.....

Terima kasih.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2009 01:59 AM | Show all posts
Salaam,

Saya kemukakan terjemahan yang tiada perkataan dalam kurungan pula terutama yang saya gariskan kat atas;

7:158. Katakanlah,"Wahai manusia, aku adalah rasul Allah kepada kamu semua, yang bagi-Nyakerajaan langit dan bumi. Tidak ada tuhan melainkan Dia, yang menghidupkan danmematikan. Maka percayalah kepada Allah, dan rasul-Nya, Nabi yang ummiy, yangmempercayai Allah dan kata-kata-Nya, dan ikutlah dia supaya kamu mendapatpetunjuk."

Pertanyaan saya, dari mana datangnya perkataan "sunnah" dalam kurungan ayat saudara diatas?


apa anda ini bukan melayu ke? sampai tak boleh nak faham ayat Al-Quran tersebut. Bagaimana kita mengikuti rasul kalau tidak kita mengikuti sunnahnya. itulah yang dinamakan the way of the prophet. sunnah tu hanya sekadar perkataan bagi menerangkan jalan yang diikuti oleh nabi. Anda tidak mengikuti rasul anda mengikuti siapa? Atau bagaimana anda mengikuti rasul?

Adakah dengan hanya berpandukan Al Quran dalam bersyariat tidak mentaati rasulNya ? Kepada siapakah Al Quran diwahyukan dan disampaikan pula kepada masyarakat dan seterusnya kita pada hari ini...... bagaimana kita mahu mentaati Allah tanpa Rasul dan bagaimana kita mahu mentaati Rasul tanpa Al Quran? Oleh itu dengan mengamalkan Al Quranlah satut-satunya maka kita mentaati Allah dan rasulNya.....


Ayat 64:12 dan 4:80 adalah jelas suatu pengakuan syahadah untuk mentaati Allah dan rasulnya. Oleh kerana dalam syahadah anda tidak terdapat pengakuan aku naik saksi bahawa nabi muhammad itu pesuruh Alllah. Maka ia bertentangan dengan 2 ayat tersebut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2009 09:44 AM | Show all posts
Originally posted by anakmacho  


Dan saya lihat saudara pun menggunakan terjemahan juga malah ambil sebahagian ayat Allah dan terjemahkan ikut suka hati (no. 13).


Saya bukan hipokrit macam tuan,  saya memang guna terjemah. Tapi saya tak terjemah sesuka hati macam tuan. Saya berpegang kepada pegangan para ulamak yang membenarkan pemahaman Al Quran melalui penterjemahan yang dilakukan oleh orang menepati ciri-ciri penterjemah yang berilmu dan beramal dengan ilmunya. Perkara itu tidak diperjelaskan dalam al Quran, melainkan kalau anda menambah "tafsir" anda sendiri.. Malah dalam Al Quran ada mengatakan dengan jelas dalam Bahasa Arab- Al Quran itu nyata. Menurut Al Quran sahaja, kalau belajar al quran dalam bahasa lain- tidak nyata dan tidak jelas.

[103] Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa mereka yang musyrik itu berkata: Sebenarnya diadiajar oleh seorang manusia. (Padahal) bahasa orang yang mereka sandarkan tuduhan kepadanya itu ialah bahasa asing, sedang Al-Quran ini berbahasa Arab yang fasih nyata. (LISAANUN 'ARABIYYUN MUBIIIN"

To cut it short, tuan tidak ada sebarang dalil dalam quran yang membenarkan tuan menterjemah al quran, so jngn terus-terusan mempamerkan ciri kemunafikan tuan di sini. Kalau tuan kata tuan tak mampu belajar bahasa Arab, tentulah tuan berbohong kerana berjuta orang asing yang telah belajar bahasa Arab dan boleh menguasainya. Kalau tuan betul2 orang yang mengikut Al Quran only, tentu anda mahu memahaminya dengan JELAS dan caranya hanyalah dalam bahasa Arab, so start taking your Arabic classes.

Saya mahu mengatakan bahawa fahaman tuan yang mengatakan hanya Quran yang penting, ajaran, hujah, tafsiran, contoh, tauladan Rasul saw tidak perlu diikuti adalah absurd malah menyalahi al Quran sendiri, yang tuan tidak fahami dengan jelas kerana tuan tidak tahu bahasa Arab. Tuan sendiri demonstrate mustahil tuan mahu berhujah dengan Al Quran semata-mata di sini, tuan juga perlu menambah ulasan-ulasan, buah fikiran, idea dari diri tuan sendiri di samping al Quran tersebut dalam posting2 tuan. Berhentilah membuat tafsir2 Al Quran tuan yang dangkal dan tidak berilmu di sini.

Saya seru tuan janganlah mengingkari perintah Rasul kita dan menganggap perintah2, teladan2nya, kata-katanya, contoh2nya itu tidak perlu diikuti. Tuan ambillah iktibar dari cerita dalam al Quran tentang kaum Tsamud yang tidak Allah berikan sebarang kitab kepada Nabi mereka Saleh a.s, hanya melalui amaran-amaran dan perintah2 secara direct dari Rasul, dan mereka mendustakan suruhan Rasul mereka, dan dibalas Allah dengan siksa yang membinasakan.


Surah Syams:
[11] (Ingatlah), kaum Thamud telah mendustakan (Rasulnya) dengan sebab perbuatan derhaka mereka yang melampaui batas;
[12] Ketika orang yang paling jahat di antara mereka menerima perintah dari mereka (supaya membunuh unta yang menjadi mukjizat),
[13] Maka berkatalah Rasul Allah (Nabi Soleh) kepada mereka: (Janganlah kamu ganggu) unta betina dari Allah itu dan (janganlah kamu menyekatnya daripada mendapat) air minumnya (supaya kamu tidak ditimpa azab)!
[14] (Setelah Nabi Solehmemberi amaran) lalu mereka mendustakannya serta menyembelih unta itu.Dengan sebab dosa mereka, maka Tuhan menimpakan mereka dengan azab yang membinasakan serta Dia meratakan azab itu meliputi mereka (sehingga punah-ranah semuanya).
[15] Dan Allah tidak hiraukan kesudahan (mereka) yang demikian, (kerana itu adalah balasan yang adil).
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2009 08:06 PM | Show all posts
Originally posted by kalalah007 at 8-2-2009 01:59 AM
apa anda ini bukan melayu ke? sampai tak boleh nak faham ayat Al-Qurantersebut. Bagaimana kita mengikuti rasul kalau tidak kita mengikutisunnahnya. itulah yang dinamakan the way of the prophet. sunnah tuhanya sekadar perkataan bagi menerangkan jalan yang diikuti oleh nabi.Anda tidak mengikuti rasul anda mengikuti siapa? Atau bagaimana andamengikuti rasul?


Salaamun Alaikum,

Sebab saya melayulah dan faham bahasa tu maka saya tanya dari mana datangnya perkataan "sunnah" terjemahan yang tuan kemukakan sebab bila saya refer kat Al Quran di ayat itu tiada pun perkataan "sunnah" tu... sebab itu saya tanya dari mana datangnya atau sumbernya.... kan dah saya kata bila mana saya mengikuti Al Quran secara langsung saya akan mengikuti Allah dan rasulNya..... begitulah saya mengikuti rasul.....

Pada pendapat tuan... apabila saya mengamalkan segala perintah (taat) Allah dalam Al Quran, adakah saya tidak mentaati rasulNya?

Ayat 64:12 dan 4:80 adalahjelas suatu pengakuan syahadah untuk mentaati Allah dan rasulnya. Olehkerana dalam syahadah anda tidak terdapat pengakuan aku naik saksibahawa nabi muhammad itu pesuruh Alllah. Maka ia bertentangan dengan 2ayat tersebut.


Kedua-dua ayat itu tidak memperkatakan perihal syahadah.... bagaimana tuan boleh memesongkannya.... soal syahadah saya telah mengemukakan hujah saya berserta dalil berkenaan itu di topik yang satu... sila rujuk.

Terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2009 08:58 PM | Show all posts
Originally posted by always_typo at 8-2-2009 09:44 AM
Saya bukan hipokrit macam tuan,  saya memang guna terjemah. Tapi sayatak terjemah sesuka hati macam tuan. Saya berpegang kepada peganganpara ulamak yang membenarkan pemahaman Al Quran melalui penterjemahanyang dilakukan oleh orang menepati ciri-ciri penterjemah yang berilmudan beramal dengan ilmunya. Perkara itu tidak diperjelaskan dalam alQuran, melainkan kalau anda menambah "tafsir" anda sendiri.. Malahdalam Al Quran ada mengatakan dengan jelas dalam Bahasa Arab- Al Quranitu nyata. Menurut Al Quran sahaja, kalau belajar al quran dalam bahasalain- tidak nyata dan tidak jelas.
[103] Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa mereka yangmusyrik itu berkata: Sebenarnya dia diajar oleh seorang manusia.(Padahal) bahasa orang yang mereka sandarkan tuduhan kepadanya ituialah bahasa asing, sedang Al-Quran ini berbahasa Arab yang fasihnyata. (LISAANUN 'ARABIYYUN MUBIIIN"


Atas dasar apa tuan tuduh saya hikpokrit.... tuan guna terjemah, sayapun guna terjemah.... tuan memahami mesej Al Quran guna terjemah, sayapun memahami mesej Allah dalam Al Quran guna terjemah... kalau saya tuan katakan hilpokrit, tuan pun hikpokritlah sebab guna terjemah juga.... saya tidak memaksa sesiapa disini untuk mengikuti pendapat saya... sebab masing-masing kita dah dianugerahkan Allah akal... menjadi Pak Turut tanpa mahu menyelidiki adalah atas tanggungjawab sendiri. Tiada siapa menafihkan Al Quran selain dari bahasa Arab... adakah saya menafihkannya atau mempertikaikannya ?

To cut it short, tuan tidak ada sebarang dalil dalam quran yangmembenarkan tuan menterjemah al quran, so jngn terus-terusanmempamerkan ciri kemunafikan tuan di sini. Kalau tuan kata tuan takmampu belajar bahasa Arab, tentulah tuan berbohong kerana berjuta orangasing yang telah belajar bahasa Arab dan boleh menguasainya. Kalau tuanbetul2 orang yang mengikut Al Quran only, tentu anda mahu memahaminyadengan JELAS dan caranya hanyalah dalam bahasa Arab, so start takingyour Arabic classes.


Sila kemukakan ditopik mana dan no. berapa saya ada berkata bahwa saya tidak mampu untuk belajar bahasa arab.... mungkin saya lupa.. tolong ingatkan kat mana....

Saya mahu mengatakan bahawa fahaman tuan yang mengatakan hanya Quranyang penting, ajaran, hujah, tafsiran, contoh, tauladan Rasul saw tidakperlu diikuti adalah absurd malah menyalahi al Quran sendiri, yang tuan tidak fahami dengan jelas kerana tuan tidak tahu bahasa Arab. Tuan sendiri demonstrate mustahil tuan mahu berhujah dengan Al Quransemata-mata di sini, tuan juga perlu menambah ulasan-ulasan, buah fikiran, idea dari diri tuan sendiri di samping al Quran tersebut dalamposting2 tuan. Berhentilah membuat tafsir2 Al Quran tuan yang dangkaldan tidak berilmu di sini.


Sekali lagi tolong tunjukkan di topik mana dan no. berapa saya ada mengatakan tauladan rasullullah tidak perlu diikuti....? dan apa hak tuan untuk mengarahkan saya untuk menambah segala macam saranan tuan?

Dangkal dan tidak berillmu bergantung kepada penerimaan masing-masing.... dan adakah arahan di forum ini untuk saya berhenti untuk menyampaikan ayat-ayat Allah ?

Saya seru tuan janganlah mengingkari perintah Rasul kita dan menganggapperintah2, teladan2nya, kata-katanya, contoh2nya itu tidak perludiikuti. Tuan ambillah iktibar dari cerita dalam al Quran tentang kaumTsamud yang tidak Allah berikan sebarang kitab kepada Nabi mereka Saleha.s, hanya melalui amaran-amaran dan perintah2 secara direct dariRasul, dan mereka mendustakan suruhan Rasul mereka, dan dibalas Allahdengan siksa yang membinasakan.


Sekali lagi silalah tunjukkan topik mana dan no. berapa posting saya ada mengatakkan bahwa rasullullah tidak perlu diikuti....

Bagaimana tuan tahu kaum Tsamud bahwa nabi mereka tidak diberikan sebarang kitab.... Apa yang tuan faham berkenaan firman Allah ini;

AQ 2:213. Manusiaadalah umat yang satu, kemudian Allah membangkitkan Nabi-Nabi sebagai pembawaberita gembira dan pemberi amaran, dan Dia menurunkan bersama mereka Kitabdengan yang benar untuk Dia menghakimkan antara manusia mengenai apa yangmereka memperselisihkan. Hanya orang-orang yang diberikannya berselisih,setelah bukti-bukti yang jelas datang kepada mereka, kerana keangkuhan antaramereka; kemudian Allah memberi petunjuk kepada orang-orang yang percaya padayang benar mengenai apa yang dalamnya mereka memperselisihkan, dengan izin-Nya;dan Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki pada jalanlurus.

Terjemahan lain;

AQ 2:213. Manusia itu adalah umat yang satu. (setelah timbul perselisihan), maka Allah mengutus para nabi, sebagai pemberi peringatan, dan Allah menurunkan bersama mereka Kitab yang benar, untuk memberi keputusan di antara manusia tentang perkara yang mereka perselisihkan. Tidaklah berselisih tentang Kitab itu melainkan orang yang telah didatangkan kepada mereka Kitab, yaitu setelah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata, karena dengki antara mereka sendiri. Maka Allah memberi petunjuk orang-orang yang beriman kepada kebenaran tentang hal yang mereka perselisihkann itu dengan kehendak-Nya. Dan Allah selalu memberi petunjuk orang yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus.

Surah lain pula;

AQ 3:81. Danapabila Allah mengambil perjanjian Nabi-Nabi, "Bahawa Aku memberikan kamuKitab dan Kebijaksanaan; kemudian akan datang kepada kamu seorang rasul,mengesahkan apa yang bersama kamu. Kamu akan mempercayainya, dan kamu akanmenolongnya. Adakah kamu setuju?" Dia berkata, "Dan, adakah kamumengambil beban-Ku kepada kamu dengan syarat itu?" Mereka berkata,"Kami setuju." Dia berkata, "Maka saksilah, dan Aku bersama kamuantara para saksi."

Terjemahan lain;

AQ 3:81. Dan (ingatlah), ketika Allah mengambil perjanjian dari para nabi: "Sungguh, apa saja yang Aku berikan kepadamu berupa kitab dan hikmah kemudian datang kepadamu seorang rasul yang membenarkan apa yang ada padamu, niscaya kamu akan sungguh-sungguh beriman kepadanya dan menolongnya"[209]. Allah berfirman: "Apakah kamu mengakui dan menerima perjanjian-Ku terhadap yang demikian itu?" Mereka menjawab: "Kami mengakui." Allah berfirman: "Kalau begitu saksikanlah (hai para nabi) dan Aku menjadi saksi (pula) bersama kamu."

Kalau tuan tidak percaya kepada terjemahan yang saya kemukakan, tuan rujuklah terjemahan yang tuan terima pakai berkenaan aya-ayat diatas... dan renungkanlah sendiri....

AQ 38:29. Sebuah Kitab Kami menurunkan kepada kamu, diberkati, supaya mereka mengingati, dan supaya orang-orang yang mempunyai minda merenungkan ayat-ayatnya.

Saya haraplah pada tuan... walaupun kita tidak sependapat tapi janganlah emosi mengatasi akal.... kerana dengan mudah di provokasi syaitan dan itulah tujuan syaitan ingin melihat umat islam bercakaran sesama semdiri.

AQ 41:36. Jika satu provokasi daripada syaitan memprovokasikan kamu, berlindunglah pada Allah; sesungguhnya Dialah Yang Mendengar, Yang Mengetahui.

Salaamun Alaikum.

[ Last edited by  anakmacho at 8-2-2009 09:00 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2009 01:36 PM | Show all posts

Reply #29 always_typo's post

anak macho tidak pernah terjemah pun sebab dia sudah mengaku yg dia tidak tahu bahasa ALQURAN ....


dia hanya refer terjemahan org lain lalu diolah menurut otak yg  telah terpengaruh dgn ANTIHADIS ....










WALLAHU A"LAM ...
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2009 03:16 PM | Show all posts

Balas #32 sirri_khafi\ catat

Salaamun Alaikum,

Awak pernah ke terjemah Al Quran..... apakah tak tahu bahasa arab maka tak layak untuk memahami mesej Allah dalam Al Quran dan perlu menjadi Pak Turut sepanjang hayat.... Saya berterima kasih kepada para penterjemah yang ada kerana merakalah saya memahami mesej Allah dalam Al Quran. Semoga mereka sentiasa dirahmati Allah atas usaha mereka itu.......

Manusia ini bermacam-macam ada yang suka mengkaji dan ada yang suka menjadi Pak Turut.... ingatlah berfikir sesaat lebih baik dari beramal seribu tahun tanpa illmu atau Pak Turut.... kalau awak suka menjadi Pak Turut itu awak punya hallah.....

Ini adalah topik yang terbaik.... jom kita bincang pasal yang dikatakan hadis nabi ada atau tiada arahanNya dalam Al Quran.... baru awak layak mengatakkan Anti Hadis dan pada saya HADIS iYANG TERBAIK Itu merujuk kepada Al Quran manakala Hadis selain itu adalah menyesatkan manusia;

AQ 31:6. Antara manusia, ada yang membeli hadis yang menghiburkan untuk menyesatkan daripada jalan Allah tanpa pengetahuan, dan untuk mengambilnya dalam olok-olokan; mereka itu, bagi mereka, azab yang hina.

Terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2009 06:10 PM | Show all posts
anak macho....
awak da berkhatan ke blum????
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2009 07:00 PM | Show all posts
Salam... In pun nak join gak...


Pada In sunnah/hadis adalah pintu masuk dalam memahami Al Quran secara utuh.

Dalam Al Quran hukum mengenai ibadah disebutkan secara garis kasar.. macam solat, puasa, zakat. ia tidak dijelaskan secara detail cam cara melakukan solat atau kadar yg dikeluarkan dalam zakat. Penjelasan terperinci mengenai hal2l tersebut terdapat dlm bentuk hadis - dgn perkataan atau perbuatan Rasul saw. Seperti juga dengan perintah Al Quran dlm memenuhi perjanjian, akad serta halalnya jual beli,  dan haram riba disebutkan secara garis besar jugak.  Dlm Al Quran tidak dijelaskan secara terperinci akad dan traksaksi jual beli yg sah dan dibenarkan oleh syariat dan yg tidak dibenarkan.


Pun demikian dlm bberapa hal,  Al Quran memberikan penjelasan terperinci seperti masalah warisan, mekanisme li'an,  sebahagian hukuman hudud, pompuan yg haram dinikahi, dan beberapa hukum lainnya.


Dalam masalah hukum2 muamalat sosial,  politik,   membantu kita memahaminya dan memudahkan mempraktikkannya dalam situasi yg berbeza dengan ttap berpegang dengan pemahaman yg benar. Jelas betapa perlunya perincian oleh Rasul saw dalam menentukan mekanisma hukum, kadarnya dan batasan tersebut.


Q: Al Hasyr : 7 :  "...Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah..."



~ Kita juga memerlukan peradaban yang lain, seperti adab berjiran, bersahabat, perincian dalam melayani anak/kanak2....etc. semuanya ada bersama Rasul saw.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2009 07:02 PM | Show all posts
Originally posted by anakmacho at 9-2-2009 03:16 PM

Manusia ini bermacam-macam ada yang suka mengkaji dan ada yang suka menjadi Pak Turut.... ingatlah berfikir sesaat lebih baik dari beramal seribu tahun tanpa illmu atau Pak Turut.... kalau awak suka menjadi Pak Turut itu awak punya hallah.....

Ini adalah topik yang terbaik.... jom kita bincang pasal yang dikatakan hadis nabi ada atau tiada arahanNya dalam Al Quran.... baru awak layak mengatakkan Anti Hadis dan pada saya HADIS iYANG TERBAIK Itu merujuk kepada Al Quran manakala Hadis selain itu adalah menyesatkan manusia;


Boleh bawa sandaran dari mana dalil yang diboldkan tu?

Ayat yang pertama tersebut amat popular, tapi saya tak ingat ia adakah ayat Al Quran atau Hadith.

Ayat yang kedua pula dari tafsiran mana? Adakah Sunnah Nabi yang tidak disebut dalam Al Quran juga menyesatkan?

Terima kasih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2009 08:56 PM | Show all posts

Balas #35 indah1285\ catat

Salaam,

Nampaknya In telah mempertikai akan kelengkapan Al quran dengan mengemukakan itu.... apa yang telah Allah sebutkan maka itulah yang sepatutnya  seperti dalam sholat saya telah membuktikan bahwa hanya berpandukan Al Quran sahaja saya boleh sholat, begitu juga berkenaan zakat, Allah kata keluarkan yang berlebihan dari harta kamu... maka kita diberi kebebasan untuk menentuhkan jumlahnya dan begitu juga yang lain.... see In mengakui bahwa ada juga yang Allah perincikan maka jika yang lain-lain Allah mahu perincikan dah tentu Allah perincikan tetapi Allah hanya menetapkan begitu sahaja. In renungi firman Allah ini;

AQ 18:109. Katakanlah, "Sekiranya laut adalah dakwat untuk Kata-Kata Pemeliharaku, tentulah laut itu habis sebelum Kata-Kata Pemeliharaku habis, walaupun Kami mendatangkan pengisian semula yang serupa dengan itu."

AQ 31:27. Sekiranya semua pokok yang di bumi adalah pena-pena, dan laut - tujuh laut sesudah itu untuk mengisi semula - namun demikian, Kata-Kata Allah tidak akan habis. Sesungguhnya Allah Perkasa, Bijaksana.

Apakah Allah dah kehabisan dakwat sehingga manusia pulak perlu menambah-nambah syariat yang mana Allah tidak tetapkan dan kita lihat pada hari ini, lihat sahaja kitab Sahih yang dikatakan Hadis yang 6 betapa tebalnya...... sehingga keldai tidak larat nak memikulnya...;

AQ 62:5. Persamaan orang-orang yang dibebankan dengan Taurat, kemudian mereka tidak memikulnya adalah seperti persamaan seekor keledai yang memikul buku-buku yang tebal. Adalah buruk persamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah. Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.

Mahukah disamakan dengan keledai yang memikul banyak kitab tetapi tidak larat nak mengamalkannya.... dan kisah diatas berkenaan kaum terdahulu maka janganlah kita sama seperti mereka.

Q: Al Hasyr : 7 :  "...Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah..."


Ayat lengkapnya;

AQ 59:7. Segala apa rampasan perang yang Allah memberi rasul-Nya daripada penduduk bandar-bandar raya adalah kepunyaan Allah, dan rasul-Nya, dan sanak saudara yang dekat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan musafir, supaya ia jangan bergilir antara orang-orang kaya antara kamu. Apa sahaja yang rasul memberi kamu, ambillah; apa sahaja yang dia melarang kamu daripadanya, hentikanlah. Dan takutilah Allah; sesungguhnya Allah keras dalam pembalasan sewajarnya.

Apa yang In faham berkenaan ayat diatas ?

~ Kita juga memerlukan peradaban yang lain, seperti adab berjiran, bersahabat, perincian dalam melayani anak/kanak2....etc. semuanya ada bersama Rasul saw.


Berbuat baik sesama makluk adalah saranan Allah dalam Al Quran, maka apakah semua itu perlu diajar dan apakah pula fungsi akal jika perkara seperti itupun mahu kena diajarkan.... sia-sialah akal itu jika tidak digunakan.

maaf mybe terkasar sikit. terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2009 09:01 PM | Show all posts

Balas #36 mnm77\ catat

Salaam,

Sama ada dari mana datangnya tak kisah sebab tidak bertentangan dengan Al Quran....

Renungi AQ 31:6 yang saya sertakan no 33,. dan anda akan mendapat jawapannya... apakah yang dimaksudkan hadis yang menyeronokkan dan menyesatkan.

Terima kasih.

[ Last edited by  anakmacho at 9-2-2009 09:21 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2009 12:56 AM | Show all posts
Originally posted by anakmacho at 9-2-2009 09:01 PM
Salaam,

Sama ada dari mana datangnya tak kisah sebab tidak bertentangan dengan Al Quran....

Renungi AQ 31:6 yang saya sertakan no 33,. dan anda akan mendapat jawapannya... apakah yang dimak ...



orang yg tolak hadis Rasulullah saw sendiri adalah orang yg sesat...

pegi la blaja ttg ilmu Al-Quran n terjemahan bg abis dulu,
jgn main suka hati tafsirkan Quran ikut hawa nafsu semata2..
dalami ilmu agama biar mendalam, jgn main sekerat jalan je
nak tunjuk hebat..kalau dah terang n nyata dah salah jgn tegakkan lg benang yg basah.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2009 01:10 AM | Show all posts
Originally posted by anakmacho at 9-2-2009 09:01 PM
Salaam,

Sama ada dari mana datangnya tak kisah sebab tidak bertentangan dengan Al Quran....

berfikir sesaat lebih baik dari beramal seribu tahun tanpa illmu


Sefaham saya anda menolak hadith yang tiada disebut dalam AL Quran, maka sebab itu saya tanya dari mana sandaran anda tentang ayat di atas.

Kalau ia tiada dalam AL Quran mengapa anda kata berfikir sesaat lebih baik dari beramal seribu tahun? Tidakkah itu bertentangan dengan prinsip yang anda pegang? Melainkan anda ada bukti dari Al Quran yang menyatakan sedemikian...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:06 PM GMT+8 , Processed in 0.248914 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list