CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: freekey

SERI BAYU Beri Syarat Lepaskan EREMA...

[Copy link]
Post time 10-1-2012 09:02 AM | Show all posts
Anak umo 8 TAHUN. Lahir terlebih bulan kut.............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2012 09:14 AM | Show all posts
Post Last Edit by nazlinda04 at 10-1-2012 09:16

Reply 121# NAT_11

bukanalah.,.ini dah kira lahir terlebih tahun plak...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 09:19 AM | Show all posts
whatever it is anak tu dah pun wujud
dan arwah dah pun takde
so jagalah anak yang ada tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 09:20 AM | Show all posts
aku tak pandai matematik ke?
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 09:23 AM | Show all posts
Anak umo 8 TAHUN. Lahir terlebih bulan kut.............
NAT_11 Post at 10-1-2012 09:02



    mek just buleh konpemkan tarikh nikah jer la .. nanti mek gali the artikel ..
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 09:23 AM | Show all posts
ksian kt anak dia 2..ermmmm....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-1-2012 09:25 AM | Show all posts
betol ker dieorg kawen tahun 06??
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 09:29 AM | Show all posts
Bukan berselindung, bukan juga mahu membohongi sesiapa, Erema atau nama sebenarnya, Dayang Zaira Erema Awang Moshdad, 28, terpaksa merahsiakan kehadiran Nur Irsya Amyra kerana atas permintaan arwah suaminya ketika itu. Pada masa itu, Erema belumpun menempa nama dalam dunia persada seni suara.

masa thn 2006 diorg kawin, erema tu dah jd penyanyi kan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2012 09:30 AM | Show all posts
tak paham aku!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 09:33 AM | Show all posts
benda da lepas x yah dok wat hebahan lagik. sebut psl utang piutang arwah lar, apa lar... ms idup arwah dulu ko tinggalkan dia
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 09:44 AM | Show all posts
dah arwah kan.....nape up balik citer ni sian weyhhh
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 09:48 AM | Show all posts
dah arwah kan.....nape up balik citer ni sian weyhhh
makadek Post at 10-1-2012 09:44



    Sebab nak halalkan anak dia yang tetiba muncul. Tepaksalah buat
    ceta yang berbelit-belit macam ular sawa tak kenyang.................
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 09:54 AM | Show all posts
doakan yang terbaikk ajer..kalau dia pernah buat silap...sebagai manusia kita pon kadang kadang tergelincir juga..bezanya cuma kita bukan artis...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 11:27 AM | Show all posts
AL FATIHAH untuk arwah sri bayu,.. dah selamat kembali kepada yang MAHA PENCIPTA,.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 11:37 AM | Show all posts
dulo dia penah mengandung pas2 gugurkan sb selalu angkat Arwah...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 11:43 AM | Show all posts
aku konpius
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2012 11:48 AM | Show all posts


SERI Bayu menyerahkan mas kahwin RM80 kepada Erema bersama sebentuk cincin emas selepas mereka diijabkabulkan di Danau Desa, Kuala Lumpur malam kelmarin.
--------------------------------------------------------------------------------
Hiburan (Akhbar Utusan Malaysia - Khamis 21 disember 2006)

Keikhlasan Erema terhadap Seri Bayu
Oleh: ABD. AZIZ ITAR


PENYAKIT saraf motoneuron disease yang dihidapi oleh Seri Bayu sejak setahun lalu tidak menghalang Erema untuk menerima penulis lirik terkenal itu sebagai pasangan hidupnya.

Penyanyi berusia 23 tahun kelahiran Kuching, Sarawak itu reda malah tidak menghirau tanggapan orang ramai terhadap duda anak lima yang menjadi pilihan hatinya itu.

鈥淪aya tidak kisah dengan keadaan dirinya yang tidak boleh berjalan dan sukar untuk bertutur. Memang ramai orang yang akan memperkatakan mengenai perkahwinan kami ini. Tetapi ini adalah keputusan saya dan ia bukannya kerana atas dasar terhutang budi ataupun sebab-sebab yang lain.

鈥淜asih sayang saya terhadap Abang Bayu tidak pernah berubah. Justeru, saya tidak teragak-agak untuk menjadi isterinya,鈥
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 11:49 AM | Show all posts
Erema: Sayang Hanya Berganti Simpati
  
Teks oleh Thani Hasbullah


KUALA LUMPUR, 2 DIS 2008 : Penulis lirik Jamaludin Sulik atau lebih dikenali Seri Bayu, 43,  bersama isterinya, Erema atau Dayang Zaira Erema Awang Moshdad , 25, hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pagi semalam untuk menyebut kes tuntutan cerai oleh Erema daripada suaminya.

Dalam sebutan kes pada kira-kira jam 9 pagi tadi, Hakim Tuan Ghazali Ahmad meminta kedua-dua mereka mendapatkan peguam setelah Seri Bayu enggan menceraikan Erema. Kes mereka disebut semula pada 12 Januari 2009 pada jam 9 pagi.

Prosiding berjalan lancar kurang daripada 5 minit disaksikan pembantu hakim, Cik Normah Md Ali dan Norkhisamuddin Mohd Nor. Seri Bayu yang hadir berasingan dengan Erema di mahkamah itu sebelum Erema tiba.

Erema kemudian diwawancara oleh murai.com.my. Dia akui tidak lagi sanggup menjadi isteri kepada Seri Bayu apabila hubungan mereka sudah tiada lagi persefahaman sejak setahun lalu. Ikuti luahan hatinya...

"Luahan hati saya ini bukan untuk meraih simpati tapi inilah yang sebenar-benarnya berlaku. Selama ini saya tidak pernah bersuara kepada sesiapa dan saya sentiasa menjaga maruah perkahwinan kami, tetapi Abang Bayu sendiri yang mendedahkan perkara yang tidak benar kepada pihak media. Mulanya saya ingin berdiam diri tetapi kerana apa yang disebutnya itu begitu keterlaluan, saya harus mempertahankan diri saya.

"Selama ini saya sentiasa menjaganya dengan sebaik-baiknya. Menyuapkan dia makan, minum, memandikannya serta menyiapkan tempat tidurnya. Satu ketika saya sangat sayang dan kasihankan dia sehingga pernah terfikir untuk menukarkan nyawa saya dengannya.

"Tapi selepas beberapa lama berkahwin, barulah saya tahu siapa Seri Bayu yang sebenarnya. Saya terpaksa hidup berpura-pura di depan mata masyarakat kerana sentiasa mengikut telunjuk yang salah. Saya mengenalinya sebelum dia jatuh sakit dan saya berkahwin dengannya ketika dia sudah tidak boleh berjalan lagi. Itu semua satu pengorbanan. Saya korbankan usia remaja saya untuknya. Kalau tidak sayangkan dia, saya sudah lama boleh meninggalkannya - dari dulu lagi dan bukan sekarang.   

"Apabila Abang Bayu jatuh sakit, dia tidak boleh lagi bekerja dan pada masa yang sama menanggung beban hutang yang terlalu banyak. Perlukan saya yang masih ada kudrat ini membiarkan dia dilanda masalah? Kerana sayangkan dia, saya sanggup menyanyi semula di kelab malam. Kalau tidak, apa kami nak makan? Kereta BMW yang dibeli atas nama saya akhirnya sudah kena tarik, duit simpanan saya sudah habis dan duit RM500 yang Karyawan derma setiap bulan itu saya ingin tanya - adakah cukup untuk menampung hidup kita di bandar besar seperti Kuala Lumpur?

"Akhirnya selepas keluar bekerja, dia mula cemburu dan menuduh saya curang malah saya telah memukul dan menendangnya. Adakah saya sekejam itu walaupun hakikatnya perkara sebaliknya pernah dilakukannya ketika dia agak sihat dulu. Semua itu orang tidak tahu. Saya amat sedih dan kecewa kerana dia menggunakan kesempatan dirinya yang sakit itu untuk mereka-reka cerita demi meraih simpati orang," jelas Erema.


Banyak hutang dan menipu orang

Sambil menangis Erema berkata lagi, siapa yang tidak malu apabila dia membawa suaminya itu berjalan-jalan di khalayak umum, tiba-tiba ada orang datang memarahi mereka dan memanggil dia (Seri Bayu) sebagai penipu dan menuntut segala hutang piutang!

"Saya sendiri berasa takut dan dia akhirnya mengajak saya berpindah randah ke sana ke mari supaya dapat menyorok diri daripada mereka yang sudah ditipunya dan meminjam wang. Itulah antara tekanan hidup yang saya alami sehingga saya tidak sanggup lagi untuk bersamanya. Kalau dia tuduh saya curang, kenapa dia masih lagi tidak mahu ceraikan saya? Sebabnya mudah... tidak ada lagi sesiapa yang sanggup menjaganya termasuk keluarganya sendiri yang sudah lama membuangnya. Hanya Tuhan yang tahu azab saya hidup dengannya.

"Saya sedar masyarakat akan mengutuk saya, menuduh saya isteri yang derhaka, tapi saya percaya, Tuhan Maha Kaya. Saya percaya semua ini ada hikmahnya dan saya sedih melihat dia sendiri tidak ada kesedaran untuk mendekati Tuhan dalam kedaan uzur itu apatah lagi membimbing saya menjadi seorang isteri yang baik.

"Malah dalam keadaan sakit pun dia masih menipu doktor berpura-pura tenat sehingga ambulans dipanggil, baru-baru ini. Apabila nampak saya bergegas datang dari jauh, dia hanya tersenyum puas dan akhirnya saya pula dimarahi doktor kerana memanggil ambulans bukan untuk pesakit yang benar-benar tenat sedangkan saya sendiri tidak tahu tentang perkara itu. Semuanya dia yang rancang.

"Kini terserahlah kepada mahkamah memutuskan apa yang terbaik buat saya. Namun perasaan sayang saya sudah hilang terhadap Abang Bayu dan yang tinggal hanyalah simpati. Mungkin pada matanya, saya gagal menjaga dia seperti mana yang dia inginkan dan sebab itulah saya meminta bantuan Karyawan menghantar dia ke rumah kebajikan kerana mungkin di sana dia akan lebih bahagia dan dijaga dengan sempurna.

"Walaupun Abang Bayu tidak mahu ceraikan saya, tapi dia pernah memberitahu akan melepaskan saya dengan cara yang baik di mahkamah. Bagaimanapun saya tidak boleh buat apa sebab talak di tangannya. Saya tetap tidak berganjak untuk menuntut cerai kerana saya tidak tahan lagi dengan perbuatan dan pembohongannya di mata masyarakat. Saya ingin kembali kepada keluarga saya," kata Erema yang menangis dan terus menangis.

Mungkin juga sebahagian lirik lagu Pelita Di Bawah Purnama nyanyian Erema sendiri menggambarkan apa yang dilaluinya

"Cinta... dengarlah rintih hatiku
mengharap belai dan rindu
yang pernah dicurah sepenuh hatimu.
Kasih... inikah yang ku rasai,
pengorbanan tak dihargai
menjadi siksaan yang tidak diundang,
ooo... pedih... sayang

Ingatkah lagi, kau pernah berkata,
aku bagai pelita di bawah purnama,
kini malam sepi, tinggal hanyalah memori
mungkin cahaya menjelma semula..."
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 11:50 AM | Show all posts


Ini ada depa
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 12:22 PM | Show all posts
aku confuse... dia kahwin akhir dis 2006, budak tu nampak lebih 7-8 tahun.. tu anak erema dgn orang lain ker dgn seri bayu?
mohon pencerahan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 09:51 PM GMT+8 , Processed in 0.151464 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list