CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nizamjogja

Jogja @ Yogyakarta - Part 2

   Close [Copy link]
Post time 12-6-2010 10:25 AM | Show all posts
pak trihan....kalau 4 hari, rencananya mcm mana.sampai di jogja 18 june morning then balik malaysia 21 june morning dari jogja. tpi saya mau ke bromo jugak. tpi saya tinggal di rumah kawan saya kat mutilan magelang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2010 12:18 PM | Show all posts
Reply  dara41


    Terima kasih, shopping tak lah byk sangat. Saya byk beli kat Mirota . Ada ju ...
adaraish Post at 12-6-2010 07:29



    Boleh saya saya tahu Mirota tu kat mana ek? Last year pergi pun cuma kat Barabodur n istana kraton je n shopping sikit kat Malioboro. Lagi satu awak stay kat mana di Yogja tu?, mungkin kalau ok  hotel tu boleh gak try,sebab kali ini saya cuti bersama family +kakak (6orang)
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2010 10:37 PM | Show all posts
Dara ,

Mirota tu terletak kat jalan mula2 masuk malioboro, tak jauh dari pasar beringharjo dlm 100m aje tapi bertentangan jalan lah.

Masa kat jogja saya duduk di Duta Guest Hse  ( 1 mlm ) dan Hotel Duta Garden ( 3 mlm ). Kedua-dua hotel ni kawasannya tak lah besar mana tapi senang utk gi mkn cuma garden agak kedalam kawasannya , pool kat depan bilik aje dan tenang le . Kedua-dua hotel ni kebanyakknnya diduduki mat salleh.

Kalu nak keluar senang, kat depan hotel tu ada beca or minta receptionist call kan teksi.  

Dara, saya masa gi sana ,
Hotel dan Kenderaan semua pak trihan yg uruskan. Bagi tahu je nak duduk hotel mana then trihan akan bantu bookingkan.

Kiranya saya berurusan je dgn  trihan. Tak perlu lah berurusan dgn internet dan pihak hotel.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2010 11:19 PM | Show all posts
Disini saya ceritakan serba sedikit itinerary saya di sana. Itinerary buat sendiri hasil dari menelaah thread jogja ni sejak dari part 1 lagi. Walau macam mana pun ada yg terpaksa diubahsuaikan dek kerana kesuntukkan masa.

Day 1,
Tiba di SOLO ( jam 8.30 pg waktu tempatan ). Pak Nur ( supir kami ) dah sedia tunggu di luar. Saya nampak dia pegang kertas tulis ADARAISH dan lambaikan tangan. Sebaik keluar terus pak Nur menyapa suami saya dgn memanggil pak adaraish. Terkejut suami, bila pulak dapat nama baru.  Selepas tu , pak Nur bawakan van pregio di bahagian menunggu. Terima kasih to Trihan yg memberikan pregio pada kami. Memang amat selesa dengan kami yg seramai 7 org ni.

Dari situ kami terus ke pasar beli belah ( nama tak ingat) tapi lebih selesa dari pasar klewar. Disebabkan masih pagi , banyak kedai tak bukak lagi. Tempat ni lagi selesa dari pasar beringharjo. Tak lama kat situ.

Seterusnya kami bergerak ke triwindhu flea market . Tempat ni jual barangan antik. Memang antik tapi takut nak beli sbb nampak lama sangat. Takut terbeli barang2 yg ada kaitan dengan saka ( ini kepercayaan org lama dulu le ). Tempat ni pun kecik aje.

Setelah selesai ronda2 di SOLO , kami terus bergerak ke PRAMBANAN. Sebelum masuk kawasan Prambanan kami lunch dulu kat depan Prambanan ( Kedai makan minang ). Tekak tak leh terima sangat tapi makan lah untuk kenyang.

Setelah itu terus ke PRAMBANAN. Selesai disitu kami bergerak ke pantai PARANGTRITIS dimana kami naik kereta kuda dgn caj 20k perorg. Hubby and my mum tak naik sbb hubby saya sibuk dok melayan pengamen. Terhibur betul dia dgn lagu lama yg bertajuk selamat tinggal bayu.
Seterusnya ke pantai Depok untuk merasai masakan seafood. To me biasa aje . Hubby order ikan , udang , ketam dan sayur. Saya tak makan mana pun hanya rasa kepiting aje. Lagi satu sebab, saya kalu nak berselera tempat tu kena lah ada hygiene sikit.

Ok lah sambung day 2 kemudian coz nak ke Mc Donald jap. Dah kat 11.30mlm ni tapi my son  ni nak mkn burger pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2010 11:34 PM | Show all posts
Reply  dara41


kalo dari KL ada flight to Surabaya itu lebih baik .


                       ...
trihan Post at 11-6-2010 23:17



    tri, nanti tolong info/pm saya tentang bromo lagi ya!
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2010 12:30 AM | Show all posts
kak Dakmama please check your PM, terimaksih
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-6-2010 12:56 AM | Show all posts

KAWAH IJEN
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2010 01:00 AM | Show all posts

HOTEL BROMO COTTAGE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2010 01:14 PM | Show all posts
ada sapa2 yg akan ke jogja minggu ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2010 06:01 PM | Show all posts
Air Asia dari jakarta-jogja .berangkat kul 6am tiba di jogja kul 7 am.
14hb june.seorang ayah leh lepas masuk borobudur ngan local fee IDR.15K n nizam,kakak,budak umur 8 tahun pon sama leh lepas ngan local fee...sorang budah 16 bulan masuk free....n than naik kete panjang kat dalam candi borobudur kena caj 5K/person free mineral water.leh tengok Hotel Manohara (lalu) time round ngan kete panjang tu.
Cuaca di jogja tima ni tak menentu...hujan bolih turun bila - bila..
hari tu pegi ke Destiny pelancongan Kaliadem(area kaliurang) see merapi volcano.Indah n clear tak de kabut ..nice moment..pasal selalunya diselimuti kabut tebal.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2010 06:09 PM | Show all posts
En.Anuar,Haiman,Adeep,Mak 2 budak ni...makasih dahpon pecayakan khidmat NEJ (NizamJogjaExplore) selama travelling di jogja
,...................................................................................................................................
www.facebook.com/nizamjogja
+62 85 8686 3 9988
sahayudinnizam@yahoo.com
.....................................................................................................................................
Isnin malam gi prambanan view..memang bukan nak tengok Ramayana Ballet pon...last -last kat Prambanan Theater ade weeding ceremony ,very nice .....di buat time malam....orang berduit le tu yang booked tempat tu...
........................................................................................................................................
sebelum tu belah petang tengok kat Rumah Teletubies selatan prambanan=rumah untuk korban gempa 2006
...........................................................................................................................................
2 hari ngan NEJ leh explore ka borobudur,prambanan,Kampung Rumah teletubiesmuseum kraton,pantai parangtritis,
Kaliadem,alun-alun kidul,UGM sight seeing,Kasongan village pottery,pusat barang kulit Manding,malioboro free n easy...n many more
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2010 09:55 PM | Show all posts
Thanks Nizam for a good service.
Jogja gives us a new experience especially for Aiman. Banyak sejarah yang Aiman belajar di Jogja.
Masa nak balik pagi tadi, ada kawan office abg nuar sms suruh beli Bakpia.
On the way gi airport, singgah pergi beli. rupanya sedap Bakpia ni, he,he.

Thanks a lot, Nizam.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2010 10:32 PM | Show all posts
korang..nak tanya la..( tp terkeluar sket topik kot)
sape2 yang ade kontek number phone van@mpv ke LCCT boleh share tak??
i need urgent...thanks alot...
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2010 11:05 PM | Show all posts
Sambungan trip saya

Hari ke 2 ( Isnin - 7.6.10 )
Dalam pukul 7 pg selepas breakfast bertolak ke BOROBUDUR. Disana international ticket 135k . Ada kelebihan sikit , antaranya dlm kaunter tiket tu ada minum2 free , toilet free ( kat luar kena bayar 1K) , naik keretapi dlm kawasan tu jugak free , tunjuk aje kat kaunter train tu  then dia akan bagi tiket train plus air aqua. Jika yg biasa naik train kena bayar 5K. Then ke muzium juga free. Pastikan yg you all dapat semua2 ni kalu beli international tiket. Dekat luar kawasan BORO ada ajen menjual tiket dgn harga 135k jugak  tapi tak dapat semua kemudahan yg saya nyatakan tadi. Tiket tu biasanya ditulis VOUCHER. So hati2 bila beli. Saya tak lama disini by pukul 11pg dah selesai.

Seterusnya kami ke KETEP PASS , KALIURANG , KALIADEM utk melihat Merapi tapi hampa kerana tak nampak, Merapi diseliputi kabus.
Tengahari kami makan di restoran terapung iaitu BAYONG KALENGAN . Tengah renovate . disini sambil makan ada pelukis yg bisa melukis wajah orang. Setiap lukisan harga 50K.
Seterusnya ke Pondok Salak , memang salak2 disini sedap dan manis.

Tatkala malam menjelma makan di kedai minang lagi. Nak kena balik awal sebab esok nak kena keluar pagi - pagi lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2010 12:23 AM | Show all posts
Hari ke 3 ( 8.6.10)

Pukul  7 pagi dah bergerak ke DIENG PLATEAU. Perjalanan ambil masa 3.5 jam. Yg menariknya adalah pemandangan semasa ke sana, penuh dgn sayur2an , penanaman ubi kentang, ladang teh pun ada jugak.

Semasa disana kami melawat KAWAH SIKIDANG , TELAGA WARNA dan CANDI ( tak le banyak sgt ). Masa lunch kat WONOSOBO . Dlm perjalanan pulang lebih kurang jam 2 petang , hujan lebat sesangat .
Sesampai diJogja terus ke kasongan . Selepas tu ke AMBARUKMO mall untuk dinner. Then ronda2 di sana sampai jam 10 malam.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2010 01:02 AM | Show all posts
Hari ke 4 ( 9.6.10),
Hari ini   FREE AND EASY. Tujuan utama untuk shopping aje. Selepas berjumpa TRihan , jam 9.30 pg keluar naik beca yg ada kat depan hotel utk ke malioboro.Penarik beca tu caj 20k sehala ( itu pun selepas tawar menawar ) namun dlm perjalanan kami di bawa ke tempat jualan batik2 spt luwes-luwes then minta di hantarkan ke tempat nak beli BAKPIA 75. Selepas itu baru ke malioboro , stop kat depan MIrOTA. Tengahari minta beca tu hantarkan ke kedai makan DUTA minang.
Selepas makan, my hubby and the two boys went back to the hotel manakala diri sendiri, my mum, my maid and my doter sambung balik perjalanan utk shopping di pasar beringharjo sampai jam 4 petang. Bayaran pun dah ubah tak jadi 20K , tapi tak apa still ok.
My doter buat hal pulak so we all pun balik lah ke hotel naik ANDONG ( kereta kuda ).

Pukul 6 petang saya, suami and my mum bersedia ke parambanan untuk menyaksikan pertunjukkan RAMAYANA BALLET. The children and my maid tinggal di hotel sebab tak sihat belaka. Sampai di parambanan jam 6.45 petang , so we all gi dinner kat situ . Makan buffet style dlm 70k seorang. Tiket masuk dah beli dgn pihak hotel ( 175k perpax - class khusus). Tiket ni harga berbagai. Class VIP - 250k/pax, class khusus-175k, class 1- 150k , class 2 - tak ingat harganya). Yg paling murah tiket harga 75K. Bagi Class VIP dan Khusus dapat minum coffee percuma ( ada diberikan koupon ).
Pada pandangan saya , tempat duduk 150k tu pun kiranya dah ok dan boleh tengok dgn puas. Cuma yg 75k je viewnya kurang sikit sebab dari sudut sisi.  

Pertunjukkan berlangsung dalam 1.5 jam jugak. Kira2 10 minit dah nak berakhir , show ditangguh kan dulu utk refreshment. Gedebak gedebuk jam 10.30 mlm baru sampai hotel. Apalagi  acara penyimpanan barang dalam beg pun berlangsung le sebab esok jam 7 pagi dah nak bertolak ke airport. Siap mengemas dan bagai sampai jam 1 pagi le.

Hari ke 5 ( 10.6.10),

After breakfast jam 6.30 pg, siap2 tunggu pak NUr untuk mengahantar kami ke airport JOGJA. Sampai airport dlm 1/2 jam je. Tak ada masalah apa2. Malahan  ada ada 16kg lagi  yg terlebih tidak dapat digunakan sepenuhnya.

Ada lagi beberapa tempat yg tak sempat nak explore , mungkin lawatan yg akan datang.
Kesimpulannya , inilah trip yg paling kurang menyopping . Tapi tak apa sebab bulan depan ni ( July ) akan ke jakarta dan bandung selama 6 hari dengan my mum and  doter . Hubby tak sure lagi. Yg lain2 tu tinggal sebab sekolah dan  lagi pun dah biasa pergi.
Tujuan utama memang untuk SHOPPING aje buat bekalan hari raya dan kenduri kahwin bulan november  nanti.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-6-2010 07:34 AM | Show all posts
Lincome...232
bolih ke tempek pic ,time kita gi Kaliadem yang ternampak UFO.
longkang dia nampak perfect...tu dia besaq nya......kali pertama nizam leh tengok longkang besaq tu.....
.............................................................................................................................................
pagi ni pon 16hb june...pick up kat adisucipto airport 6 mesia.
nizam yang drive ...bila hari yang sama ade 3-5 rombongan mesia baru le ,Nizam bagi driver lain untuk drive
Bila local guest likes from daerah /negeri di Indon...nizam suruh driver lain yang jalan...nizam dok kat opis browsing internet je he he he
.........................................................................................................................................
nizam will be drive when U are from belanda(netherland)-Suriname-malaysia...3 negara ni nizam suka drive sendiri..tak bagi driver lain jalan.....
......................................................................................................................................
tamu malaysia sebab nizam pandai cakap mesia ...penang pon tere
tamu belanda sebab time ni nizam ambiq tusyen bahasa belanda
tamu suriname sebab depa guna bahasa jawa step 3(kasar)   he he he
..........................................................................................................................................
mendung-panas-hujan pon bila-bila turun
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2010 08:25 AM | Show all posts
adaraish...
saya akan ke jogja jumaat ni...apa tip lagi?jumaat sampai isnin.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2010 11:50 AM | Show all posts
Hari ke 4 ( 9.6.10),
Hari ini   FREE AND EASY. Tujuan utama untuk shopping aje. Selepas berjumpa T ...
adaraish Post at 16-6-2010 01:02



    Adaraish, Thanks and so interestinglah  iternary you...at least ada gak idea untuk saya  plan insaAllah bulan 12 ni nak  cover tempat yang tak sempat nak pergi dulu  macam Solo, pantai Parangtritis dan DIENG PLATEAU tu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2010 08:42 PM | Show all posts
Reply 239# dara41


    No problem, gi lah dara. Kalu ada lebih masa boleh berlama-lama. Saya pun macam kraton , water castle tak sempat gi lagi. Begitu jugak dengan tempat kulit manding serta kota gede.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 08:32 PM GMT+8 , Processed in 0.113066 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list